Archive for the ‘Exam PTD’ Category

Keputusan Peperiksaan PTD M41 – 2011

Thursday, September 22nd, 2011

Keputusan peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik M41 untuk sesi 2011 telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan sedia untuk semakan untuk semua calaon yang telah mendudukinya tahun ini. Tahniah untuk calon yang LULUS!

keputusanptd2011 300x204 Keputusan Peperiksaan PTD M41   2011

Anda boleh semak keputusan anda dengan KLIK DI DINI;

>>>>Semakan Keputusan Peperiksaan PTD M41, 2011<<<<

Tahniah untuk yang berjaya daripada kami Team Tipsptd. Untuk yang tak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda dan pastinya sesi yang akan datang akan lebih mudah buat anda dengan pengalaman yang anda dapat dari sesi peperiksaan kali ini. Seksyen mana yang agak-agaknya sukar? Ramai yang berkata seksyen Matematik kali ini agak mudah dan seksyen A juga mudah kerana tiada soalan-soalan Sejarah. Kebanyakannya adalah dasar-dasar baru di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak. Bagaimana komen anda mengenai soalan tahun ini? Kongsikan;

  • Seksyen yang anda rasa paling sukar
  • Soalan yang anda rasa paliang sukar

Macam mana dengan keputusan peperiksaan anda? Jangan lupa kongsikan melalui ruangan komen di bawah, mungkin boleh kenal rakan-rakan di sini untuk sesi PAC yang akan datang

Peperiksaan M41 PTD Khas September 2011

Monday, August 22nd, 2011

Ada yang sudah mendapat email dan panggilan daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk panggilan menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik pada 10 September 2011 ini yang masih dalam ‘mood’ hari raya sebenarnya. Hari raya hanya untuk umat Islam tapi untuk jawatan PTD ini ianya untuk semua rakyat Malaysia dan sepatutnya ianya tidak harus dijadikan isu. Mendapat panggilan itu sudah boleh dikatakan sangat bagus kerana ramai yang mendaftar borang SPA8i masih tidak dapat panggilan menduduki peperiksaan

Ada yang bertanya adakah peperiksaan ini untuk mereka yang GAGAL pada peperiksaan Julai 2011 yang lepas? TIDAK, ianya adalah peperiksaan khusus dan mereka yang dipanggil peperiksaan Julai dan September 2011 ini adalah calon yang berbeza dan berada dalam satu ‘batch’ yang sama.

Sehubungan dengan itu penyelarasan keputusan peperiksaan diselaraskan menjadi pada tarikh yang sama iaitu pada 23 September 2011 nanti. Jika sebelum ini untuk calon Julai 2011, keputusan peperiksaan dinyatakan akan diumumkan pada 24 Ogos 2011, tetapi pihak SPA sudah membuat pengumuman rasmi di laman SPA berkaitan penyelarasan keputusan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini akan diumumkan pada 23 september 2011 ini bersama dengan calon yang bakal menduduki peperiksaan PTD ini pada September

exambertulisptd Peperiksaan M41 PTD Khas September 2011

Untuk calon September nanti, anda boleh mendapatkan Pakej Ebook Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik bermula pada 25 Ogos 2011 nanti dan pihak Tipsptd akan membuat sedikit tambahan pada pakej Julai 2011 yang lepas.

Harap bersabar untuk yang menanti keputusan peperiksaan PTD dan dalam kata lain, anda ada masa untuk beraya dahulu! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin daripada Team Tipsptd!

 

Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik 2011

Thursday, June 23rd, 2011

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik dijadualkan pada 16 Julai 2011 (tertakluk kepada perubahan). Selagi tiada senarai semakan online dikeluarkan oleh pihak SPA, maka tarikh peperiksaan belum muktamad tapi adalah dalam jangkamasa lingkungan tersebut.

Bagaimana pula dengan persediaan calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut? Ianya adalah satu persediaan yang harus dilakukan dengan teratur mencakupi semua skop penilaian yang terdiri daripada;

  • Pengetahuan am
  • Pengetahuan Matematik dan analatikal
  • Ujian Sahsiah dan Minat
  • Kemahiran menulis karangan (Bahasa Melayu dan Inggeris)
  • Kefahaman dan penguasaan bahasa

Persediaan pengetahuan am memerlukan calon yang peka dengan perkembangan semasa. Aktiviti membaca akhbar harian sememangnya membantu calon dalam bahagian esei dan juga soalan objektif. Tapi harus diingat bahawa sumber berita haruslah sama dan selari dengan hasrat kerajaan maka dengan itu ianya harus datang daripada akhbar arus perdana. Untuk persediaan kali ini, calon tak perlu risau kerana Team Tipsptd telah mengumpulkan lebih 40 keratan akhbar sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada akhbar arus perdana mencakupi pelbagai isu khas untuk yang memilih untuk memiliki Pakej Rujukan PTD

Untuk bahagian Matematik pula, persediaan harus mencakupi penguasaan bab-bab mengikut silibus sehingga SPM (seperti yang dimaklumkan dalam edaran silibus umum SPA). Jika anda perasan, untuk SPM jumlah bab umum adalah sebanyak lebih 20 bab dan setiap bab tersebut ada pecahan sub-bab. Adakah peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik mencakupi kesemua bab beserta sub-bab? Cukupkah masa untuk calon ulangkaji dan kuasai semua bab dalam masa yang singkat ini? Team Tipsptd mengambil inisiatif mengkaji jenis-jenis soalan Matematik yang ditanya dalam peperiksaan PTD sepanjang 2 tahun ini dan kami telah ringkaskan dan sediakan sebanyak 180 lebih soalan dan jawapan khusus mencakupi keseluruhan ‘bab khas‘ yang selalu ditanya dalam peperiksaan bertulis PTD.

Jualan masih belum dibuka dan setiap tahun Pakej Ebook ini telah membantu calon dalam menduduki peperiksaan ini dan ianya dijual dalam tempoh yang terhad. Untuk yang berminat, anda boleh daftar di laman utama di;

[+] www.tipsptd.com

Ianya mencakupi hampir semua komponen rujukan lengkap dalam versi digital. Anda akan diberikan link untuk anda muat turun ke komputer anda, jadi tak perlu tunggu posmen hantar (ambil masa). Komponen yang akan dimasukkan adalah;

  1. Ebook utama (penerangan format dan strategi menjawab)
  2. Contoh Soalan Seksyen A, B, C, D dan E beserta jawapan
  3. Contoh esei Bahasa Melayu
  4. Contoh esei Bahasa Inggeris
  5. Nota isu semasa (lebih 40)
  6. Contoh Soalan Matematik (180+ soalan dan jawapan)
  7. Contoh Soalan ujian sahsiah dan Minat (lebih 400 soalan)

Tiada soalan bocor, ianya adalah contoh soalan berdasarkan edaran umum oleh pihak SPA sendiri. Jika anda mengharapkan soalan bocor, Pakej Rujukan PTD bukan untuk anda! Ianya khusus untuk membantu persediaan peperiksaan bertulis pegawai tadbir diplomatik dan telah terbukti membantu ratusan calon sebelum ini. Belum pernah ada pakej persediaan khusus peperiksaan bertulis dan jika ada, ianya hanya daripada Team Tipsptd.

Adakah anda berminat untk mendapatkannya? Tinggalkan komen di bawah jika anda berminat!

Introspeksi Peperiksaan PTD 2010

Wednesday, December 22nd, 2010

Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sudah dikeluarkan dan seperti kelaziman fitrah, ada yang lulus dan ada yang gagal. Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal cuba semak semula bagaimana anda ketika menjawab soalan. Kenal pasti bahagian mana yang menjadi kelemahan anda dan cuba tingkatkan dan perbaiki bahagian yang anda rasa lemah tersebut supaya nantinya bertukar menjadi kekuatan anda untuk sesi seterusnya.

pegawai tadbir diplomatik Introspeksi Peperiksaan PTD 2010

Untuk yang belum melakukan semakan, boleh lakukan semakan di;

Jom kita lakukan sedikit muhasabah atau introspeksi soalan peperiksaan yang lepas. Bahagian mana rasanya yang ‘membunuh anda?

Seksyen Pengetahuan Am

Soalan tempoh hari mencakupi skop yang sangat luas dan ramai yang tersangkut di sini. Sebenarnya setiap tahun begitu. Sememangnya ianya menjadi satu tapisan terbaik untuk menyingkirkan sebahagian calon sekaligus mengurangkan jumlah calon yang lulus. Antara soalan yang ditanya;

  • 1 Malaysia (slogan, prinsip 1Malaysia)
  • Pentadbiran (bidang kuasa mahkamah, pengutan cukai)
  • Sukan (juara All England, Azizul Hasni)
  • Skop tugasan (arkib negara,muzium negara)
  • DEB, NKRA,ASEAN

Dan rasanya ramai yang tergamam melihat soalan mengenai “Pengasas Ilmu Forensik”

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini membuatkan ramai calon tak cukup masa. Soalan menyelesaikan masalah memerlukan masa untuk calon berfikir. Banyak juga soalan konsep Matematik yang menyebabkan calon yang kurang bersedia mengeluh seperti;

  • peratusan
  • pecahan
  • purata
  • kebarangkalian

Adakah anda tergamam melihat seksyen ini?

Seksyen Pengertian dan Kefahaman terhadap esei

Rasanya ini adalah satu bahagian yang berjaya menenangkan calon kerana ianya boleh dikatakan amat mudah dan sebagai bonus kepada calon. Soalan ditanya dan jawapan ada dalam esei yang diberi. Apa yang perlu ialah memindahkan kefahaman kepada jawapan. Tiada masalah!

Seksyen Esei

Ada dua skop yang dapat disimpulkan untuk soalan yang lepas;

  1. Pengetahuan Am. Soalan berkait rapat dengan Jenayah Siber dan Isu Subsidi amat menggembirakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan isu semasa. Bahkan isu-isu tersebut dibincangkan dengan meluas dalam akhbar mencakupi berita dan artikel. Bagi golongan ini, tahniah untuk anda!
  2. Dasar negara. Soalan berkaitan Model Ekonomi Baru dan negara berpendapatan tinggi menuntut ‘observation’ dan kepekaan terutama semasa pengumuman MEB dan perlaksanaannya.

Seksyen Sahsiah dan Minat

Ramai yang tak cukup masa. Kenapa tak cukup masa? Ramai calon mengambil masa untuk berfikir. Seksyen ini dirangka bukan untuk anda berfikir, ianya mahu menilai anda dan perlakuan anda. Jadi jawapan yang seharusnya keluar adalah dalam norma tindakan harian anda. Sememangnya itu tujuannya. Jika calon berfikir dan memberi jawapan ideal makanya tujuan asal seksyen ini turut tercalar.

Jadi bagaimana dengan anda? Tanya kembali diri anda dan dimana sebenarnya seksyen yang ‘membunuh’ anda sekaligus membuatkan anda GAGAL dan yang mana yang menjadi kekuatan anda sekaligus membuatkan anda LULUS?

Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Friday, October 29th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik telah dijadualkan pada 13 November 2010 ini dan semakan online calon layak sudah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh lakukan semakan anda melalui link di bawah;

SEMAK DISINI (Klik sini)

Seperti biasa, ramai yang risaukan soalan dan format. Format kali ini adalah seperti biasa cuma kali ini dimasukkan semula ujian Sahsiah dan Minat yang satu ketika dahulu dibawa ke sesi Assessment Center. Tapi kali ini dimasukkan semula ke dalam peperiksaan bertulis. Ianya kan memakan sedikit masa, tapi tips yang penting dalam seksyen ini ialah jadi diri anda sendiri dan tutup keburukan anda. Bukan menipu, tapi cuma tonjolkan yang baik dan nilai positif yang ada dalam diri anda.

Untuk seksyen yang lain, seperti biasa, persediaannya amat menyeluruh. Anda perlu mula dari sekarang. Umpamanya seksyen A mengenai pengetahuan Am, sangat luas skopnya. Bagi yang selalu peka dengan perkembangan dalam negeri mahupun luar negeri, ini adalah satu bonus buat anda. Pernah ditanya pada soalan dalam seksyen ini sesi lepas mengenai ‘pengasas Google’. Mungkin akan datang akan ditanya pula siapakah pengasas ‘Twitter’ atau ‘Facebook’..siapa tahu kan? Dalam seksyen ini kepekaan anda diambil kira

pegawaitadbirdiplomatik 300x70 Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Untuk seksyen B, daya menyelesaikan masalah adalah satu seksyen yang menyeronokkan. ianya mencabar kebolehan berfikir anda. Tips yang penting ialah, tulis dahulu poin semasa bacaan anda. Kadang ianya mengelirukan. Sebagai contohnya soalan yang menguji kemahiran logik anda, tulis poin-poin penting kerana soalannya memang dirangka untuk mengelirukan anda!

Salam sukses anda! Apakah agaknya yang menghalang anda untuk berjaya? Soalan matematik? Soalan logik? Soalan sejarah? Kongsikan melalui ruangan komen di bawah!

Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?

Thursday, October 7th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik bakal diadakan tidak lama lagi dan dijangkakan bulan November. Tapi tarikhnya masih belum dapat dipastikan lagi. Menurut apa yang telah dijadualkan sejak bulan lepas di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ianya bakal diadakan pada 13 November 2010, tetapi masih tertakluk kepada perubahan dalaman.

Apa yang penting ialah persediaan. Itu yang ada pada kita. Kenapa ramai yang mengambil enteng peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini… sedangkan pada asasnya ianya sama penting dengan peperiksaan zaman sekolah mahupun universiti dahulu. Seharusnya persediaannya juga setaraf dengan peperiksaan yang dinyatakan tadi. Ini bakal menentukan halatuju masa depan, jadi buatlah sehabis baik, sebaik mungkin.

Ramai yang pada akhir nanti merungut kerana gagal. Sebelum merungut, tanya dulu hati, tanya tindakan yang telah anda lakukan untuk pergi ke peperiksaan. Adakah ianya cukup dan wajar untuk anda mengeluh? Tepuk dada tanya hati, buang budaya studi ‘last minute’, studi ‘tak tentu hala‘, studi ‘semborono‘. Itu semua jaminan untuk anda gagal. Kejayaan tak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa persediaan yang rapi.

pegawai tadbir diplomatik Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?

Mulakan dari sekarang! Mula buka suratkhabar, mula baca sejarah Malaysia, mula buat soalan Matematik SPM, mula tonton berita tv, mula ikuti perkembangan negara! Mual..mula dan mula!! Bagaimana dengan persediaan anda? Sudahkah anda bermula?

Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April

Monday, May 31st, 2010

Tahniah untuk calon-calon yang berjaya Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 April 2010. Keputusan telah diumumkan hari ini sedikit lewat dari jangkaan. Mungkin kerana jumlah calon yang mengambil peperiksaan agak ramai kerana ianya menggabungkan 14 jawatan Gred 41 berbanding tahun dahulu yang hanya untuk M41. Apa-apapun kami dari pihak Tipsptd mengucapkan tahniah untuk yang berjaya, dan yang tak berjaya usah berputus asa kerana kalau dah rezeki tu tak ke mana!. Anda boleh semak keputusan di;

>>>>Semakan Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, April 2010<<<<

Tahniah untuk yang berjaya. Untuk yang tak berjaya jangan berputus asa, teruskan usaha anda dan pastinya sesi yang akan datang akan lebih mudah buat anda dengan pengalaman yang anda dapat dari sesi peperiksaan kali ini. Macam mana dengan keputusan peperiksaan anda? Jangan lupa kongsikan melalui ruangan komen di bawah, mungkin boleh kenal rakan-rakan di sini untuk sesi PAC yang akan datang icon smile Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April

Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?

Tuesday, May 18th, 2010

Untuk makluman semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 pada 10 April yang lepas, pihak SPA sudah pun mengeluarkan satu pengumuman di laman web rasmi SPA mengenai tarikh jangkaan keputusan diumumkan.

keputusan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 411 Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?

Ianya Dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Mei dan bukan 17 Mei seperti yang telah di war-warkan sebelum ini. Harap bersabar semua icon smile Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?

Peperiksaan Gred 41 vs Peperiksaan PTD

Friday, May 7th, 2010

Sedikit analisis dan pemerhatian yang dapat disimpulkan mengenai peperiksaan yang lepas, ianya jauh lebih mudah berbanding peperiksaan bertulis ambilan PTD yang lepas-lepas. Jadi bagi yang pernah menduduki peperiksaan PTD sebelum ini tetapi gagal dan mengambil semula peperiksaan ini dalam format Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, kami yakin anda tersenyum menjawab soalan kali ini kan?

Untuk bahagian pengetahuan am, ianya lebih kepada pengetahuan semasa dan banyak soalan seperti peperiksaan sesi 2009 yang lebih kepada ‘seakan sejarah’ seperti sejarah Olimpik, Piala Dunia dan lain-lain dan boleh dikatakan soalan kali ini lebih santai untuk memuatkan pengambilan 14 jawatan yang merupakan calon dari pelbagai latar. Soalan Matematik juga lebih kepada logik dan anda boleh congak jawapannya. Cuma ada juga soalan yang ‘sedikit memaksa’ anda membuat sedikit pengiraan.

Begitu juga bahagian-bahagian yang lain yang lebih ‘umum’ dan tidak spesifik. Soalan-soalan esei tidak seperti soalan esei peperiksaan khusus PTD yang memerlukan anda memahami dan mendalami beberap fakta dan isu. Kali ini ianya lebih kepada bagaimana ‘matang’ anda menyuarakan pendapat sebab isu-isu semuanya umum dan tidak sesekali menyebabkan anda ‘tersasar’ dengan kesilapan fakta sebagaimana yang berlaku dalam peperiksaan PTD.

Secara keseluruhannya, untuk calon-calon jawatan PTD, anda harus bersyukur sebab peperiksaan kali ini disekalikan sekaligus membuatkan ianya lebih mudah, tidak seperti barisan calon senior yang dahulu. Tapi harus juga berwaspada, jika soalannya mudah, mungkin gred lulus juga akan dinaikkan memenuhi kouta yang telah ditetapkan dan kapasiti pihak INTAN sendiri untuk memuatkan calon dalam sesi prePAC selepas ini.

Bagaimana pula pendapat anda selepas melalui peperiksaan yang lepas?

Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?

Thursday, April 8th, 2010

Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis yang bakal dilangsungkan 10 April ini tentang soalan Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.

mathematic lemah 300x236 Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?

Jadi apa sebenarnya soalan yang akan ditanya? Begini.. ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?

  1. Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulator
  2. Soalan hanya sehingga silibus SPM

2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukar
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

Mudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?

Salam kejayaan untuk anda!!

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!