Jawatan Kosong Kerja Kerajaan – MANSUH!
Wednesday, May 25th, 2011Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan yang semua Kerja Kosong Kerajaan yang telah ditawarkan di semua kementerian dan jabatan persekutuan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, dan badan berkanun negeri/persekutuan dibekukan sehingga Ogos ini.
Boleh baca keseluruhan pekeliling di laman JPA melalui link ini (KLIK DI SINI)
Persoalan sama ada ianya melibatkan pembekuan semua peperiksaan bertulis di bawah sistem MyRecruitment kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau tidak hanya akan terjawab dengan panggilan peperiksaan bertulis yang paling hampir ialah Pegawai Tadbir Diplomatik yang dijadualkan pada 26 Jun 2011, jika tiada panggilan sehingga 15 Jun, maka sah, ianya melibatkan pembekuan peperiksaan bertulis kerajaan juga
Mengikut kefahaman kami, ianya melibatkan pengambilan terus oleh jabatan/agensi tanpa melalui SPA (MyRecruitment) kerana dalam pekeliling tersebut menyatakan;
“agensi dinasihatkan supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut..“
Apa pun kita tunggu panggilan ujian bertulis dikeluarkan atau tidak, jika tidak dikeluarkan, maka sah ianya melibatkan keseluruhan peperiksaan SPA.
Apa pandangan anda tentang pekeliling ini?






