Team Tips PTD mengucapkan sekalung tanhniah untuk yang berjaya dalam ujian PAC Julai baru-baru ini. Agak awal juga result yang dikeluarkan kali ini berbanding sesi-sesi yang dahulu. Untuk yang masih belum semak status anda, anda boleh semak di sini “PTD Assessment Center (PAC)”
Ada juga yang lulus PAC tetapi masih dipanggil ke peperiksaan bertulis, ianya terpulang kepada anda. Bagi saya, fokus kepada persediaan temuduga PTD anda dari sekarang. Siapkan diri anda dan jangan lengah-lengah lagi. Anda hanya setapak sahaja lagi sebelum bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Sekali lagi, tahniah untuk anda dari Team Tips PTD!
Banyak email yang diterima baru-baru ini sampai tak terjawab. Jadi bagi soalan-soalan yang tak terjawab kami mohon maaf. Untuk minggu ini ramai yang tiba di blog ini mencari soalan-soalan temuduga kerja kerajaan. Memang banyak sesi temuduga sekarang tambahan pula dengan gabungan beberapa kementerian dan tambahan bajet di bawah pakej rangsangan ekonomi yang baru. Jadi saya ucapkan selamat berjaya untuk yang bakal menduduki temuduga jawatan kerja kerajaan.
Untuk sesi ptd assessment center (PAC) baru-baru ini ada yang memberitahu bahawa blog ini disebut oleh pegawai semasa sesi Ujian PAC dengan mengatakan blog ini tidak memaparkan maklumat yang tepat. Lucu pula bila mendengarnya. Anda sendiri tahu bahawa maklumat-maklumat ujian PAC dan lain-lain maklumat yang terperinci adalah dilarang sama sekali kerana ianya termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat umum yang berkait rapat dengan persediaan dalam setiap peringkat ujian sebelum berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Harapan kami ialah dapat menyediakan kepada pembaca blog dan pencari maklumat tentang kerjaya pegawai tadbir dan diplomatik ini satu maklumat dan flow yang betul tentang ujian-ujian pengambilan ke jawatan ini. Kurangnya satu tempat khusus membincangkan tentang kerjaya PTD ini menjadikan motivasi untuk blog ini dibangunkan. Jadi adalah diharapkan yang blog Tips PTD ini menjadi rujukan utama bagi mereka yang berminat menjawat jawatan pegawai tadbir dan diplomatik.
InshaAllah, minggu depan akan ada satu ebook percuma lagi untuk pembaca blog Tips PTD. Ianya berkisar tentang pengurusan gaji khusus untuk mereka yang makan gaji. Anda boleh tengok previewnya di Urus Gaji. Jangan risau, ianya percuma untuk anda!
Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Sesi temuduga pegawai tadbir dan diplomatik diumumkan untuk sesi Jun iaitu pada 1 hingga 12 Jun 2009 iaitu pada minggu hadapan. Anda harus fokus kan minda anda yang anda pasti berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Temuduga PTD merypakan peringkat terakhir dalam usaha menjadi seorang pegawai ptd dan kegagalan pada peringkat ini sudah pasti mengundang perasaan kecewa yang amat sangat. Jadi jangan biarkan diri anda kecewa, berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
Tentu anda pernah membaca buku “The Power of Thinking Big” yang antara lainnya menggalakkan kita berimaginasi dalam melipatgandakan fokus dan usaha kita ke arah itu. Cuba bayangkan, apabila selesai temuduga ptd, dan tiba masanya anda semak keputusan, anda diberitakan yang anda berjaya seperti dibawah!
Dan selepas itu anda mendapat surat tawaran dan lapor diri sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Alangkah indahnya kerana impian itu sudah tercapai. Anda boleh berimaginasi, tapi jangan hanya berangan! Usaha, kumpul maklumat dan siapkan diri anda!
Sehingga entri ini ditulis, surat panggilan prePAC atau PAC masih belum diterima oleh calon-calon yang lulus ujian bertulis PTD sesi Februari 2009. Banyak spekulasi yang tersebar dan masih menjadi tanda tanya adakah format PTD Assesment Centre kali ini masih kekal 1 hari atau kembali kepada sistem 3 hari. Sama-sama lah kita nantikan. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting anda siapkan diri anda secukupnya dari segi maklumat semasa dan latihan fizikal. Mula bermonolog sendiri untuk meningkatkan kemahiran pengucapan anda.
Entri kali ini ialah untuk tujuan pengetahuan semua calon PAC. Lokasi ujian PAC 2009 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Di semenanjung;
1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)
2. INTIM (Kampus Wilayah Timur)
3. INTURA (Kampus Wilayah Utara)
4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)
5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)
Sabah/Sarawak
1. Kampus INTAN Sarawak
2. Kampus INTAN Sabah
Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk memberi pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan
Demam temuduga masih belum berakhir. Banyak kekosongan di sektor kerajaan terbuka selepas pengumuman Bajet Mini oleh Perdana Menteri. Pelajar diberikan dana tambahan sebagai galakan untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan di buka dengan luasnya. Hanya yang pantas dan bijak mampu mengisi kekosongan itu.
Untuk lulus temuduga kerja kerajaan, anda perlukan persediaan yang agak rapi untuk berjaya dalam persaingan terbuka ini. Rujukan yang bagus dan maklumat teratur adalah kunci kejayaan anda dalam temuduga kerja kerajaan. Anda boleh rujuk panduan komprehensif yang disediakan oleh Jamal. Beliau menyediakan satu pakej lengkap untuk anda bersedia menghadapi temuduga kerja kerajaan. Bukan satu panduan, tapi 6 komponen semuanya untuk anda dari beliau;
1. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Versi Kemaskini Yang Kedua – dimuatkan rahsia-rahsia baru dalam menghadapi temuduga kerja kerajaan
2. Ebook Koleksi Kisah – Kisah Temuduga Kerja Kerajaan – ”kisah-kisah suka duka mereka yang pernah melalui temuduga kerja kerajaan dikongsikan bersama”
3. Ebook teknik – Teknik Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan. – ketahui teknik – teknik yang sebenarnya ketika menjawab soalan yang ditanyakan panel penemuduga
4. Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan
5. Ebook 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan – soalan – soalan dan jawapan yang begitu praktikal sebagai panduan kepada calon
6. Ebook Secrets of Succesful Job Hunting – Rahsia orang USA bagaimana untuk mencari dan mendapatkan kerja di musim kegawatan ekonomi
7. Template Resume (dalam format word) – memudahkan calon menyediakan resume yang baik
Rasanya ini merupakan satu rujukan yang anda perlu miliki untuk berjaya dalam temuduga. Dapatkan kesemuanya dengan klik DI SINI
Hari ini merupakan hari lapor diri pegawai-pegwai baru yang berjaya melepasi 3 peringkat ujian PTD. Akhirnya, mereka (mungkin anda) berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Syabas dan tahniah! Bagaimana perasaan anda di hari pertama secara rasminya menjadi pegawai PTD? Mesti masih tersenyum lagi walaupun letih!
Ditempatkan di pelbagai kementerian atau jabatan pasti memberikan anda satu pengalaman dan status yang baik. Apa yang perlu sekarang ialah fokus dan berikan khidmat terbaik anda untuk negara. Tingkatkan motivasi anda dan anda harus sedar bahawa banyak lagi cabaran lain untuk anda.
Kekeliruan berlaku terhadap calon-calon yang baru melepasi ujian bertulis PTD yang berlangsung pada Februari yang lepas. Tahniah untuk yang berjaya dan jangan berputus asa untuk yang tidak berjaya. Cuba lagi untuk sesi akan datang. Entri ringkas kali ini kita akan tengok sedikit sebanyak perbezaan peringkat PTD Assessment Center dahulu dan PTD Assessment Centre sekarang.
Kebanyakan calon masih belum tahu yang format telah berubah di mana PAC sekarang dinamakan pre-PAC. Saya tak ingin menghuraikan dengan mendalam tentang isu ini, tapi cukuplah sekadar anda tahu bahawa, pre-PAC atau PAC format baru ini hanya dijalankan selama satu hari sahajaberbanding 3 hari format dahulu. Ianya masih dalam percubaan, tapi bagi anda yang baru lulus ujian bertulis PTD Februari 2009, anda adalah batch kedua yang bakal mengikuti format baru ini.
Format tak banyak beza, tapi saya difahamkan oleh teman-teman yang modulnya dikompakkan dan nyata lebih mudah dari format yang lama. Jadi bersyukur lah! Untuk batch yang pertama pre-PAC ni, tiada lagi larian 2.4 KM dalam masa 20 minit, tapi digantikan dengan cabaran fizikal yang lain yang mana saya tak boleh dedahkan disini. Cuma anda perlu bersedia untuk itu. Nilaian untuk diskusi, pembawakan dan lontaran idea masih sama dengan sedikit perubahan. Jadi anda harus bersedia seperti biasa dengan maklumat isu semasa. Rajinkan membaca akhbar dan mendengar berita.
Saya rasa entri ini sedikit sebanyak merungkaikan persoalan anda semua. Berusahalah sebaik mungkin kerana semua orang berhak untuk berjaya.
p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;
Kepada pembaca blog Tips PTD ini, ada ole-ole untuk anda. Satu laporan ringkas percuma bertajuk “27 sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD” akan diedarkan kepada anda semua tidak lama lagi (mungkin minggu depan). Ianya adalah hasil dari maklum balas dari 15 orang calon gagal ujian PTD di semua bahagian iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (pre-PAC) dan temuduga PTD.
Bookmark blog ini dan pastikan anda tidak terlepas untuk memiliki repot PERCUMA ini! Khas dari Team TipsPtd.com
Anda datang ke sini kerana anda mahu menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kan? Ianya merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa…….