Archive for the ‘PTD Assessment Center (PAC)’ Category

Keputusan Assessment Center 2011

Friday, January 27th, 2012

Keputusan Assessment Center (PAC) yang dijalankan pada 2011 sudah boleh disemak melalui laman rasmi SPA. Kepada yang belum semak keputusan, anda boleh terus semak melalui link pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui link di bawah;

>>>SEMAK KEPUTUSAN PAC PTD 2011<<<

Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal jangan berputus asa, jangan lupa kisah Puan Haslinda yang pernah dikongsikan dulu yang tak pernah berputus asa dan mengambil ujian berkali-kali dan akhirnya berjaya. Itulah semangat yang kita mahu… never give up!

Bagaimana dengan keputusan anda? Lulus atau Gagal? Kongsikan keputusan anda dan apa sebenarnya anda rasa sebab anda gagal dan yang lulus kongsikan tips anda untuk manfaat pembaca-pembaca yang lain!

keputusan pac assessmentcenter Keputusan Assessment Center 2011

PTD Assessment Center 2011

Thursday, October 20th, 2011

Jadual Assessment Center untuk Pegawai Tadbir Diplomatik sudah diumumkan dan boleh disemak sekarang. Ianya melibatkan semua pusat Institut Tadbiran Negara di seluruh negara.

>>Buat semakan dengan KLIK DI SINI<<

Pusat mencakupi 7 pusat di

  1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama),
  2. IKWAS (wilayah Selatan – pusat di Kluang, Johor),
  3. INTENGAH (wilayah tengah – pusat di Jalan Elmu),
  4. INTIM (wilayah timur – pusat di Cukai, Terengganu),
  5. INTURA (wilayah utara – Sungai Petani, Kedah),
  6. INTAN Sabah,
  7. INTAN Sarawak

format pac PTD Assessment Center 2011

Format untuk sesi kali mengekalkan durasi penilaian seperti sebelum ini iaitu 2 hari satu malam (penginapan dan makanan disediakan) mencakupi 6 aktiviti penilaian teras termasuk aktiviti Fizikal. Bagaimana persediaan anda?

Salam kejayaan untuk anda! Di mana lokasi dan tarikh anda?

Bila PAC 2011?

Tuesday, October 11th, 2011

Calon-calon yang lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik tahun 2011 berada dalam debaran sekarang menantikan panggilan ke sesi Assessment Center yang merupakan tahap kedua yang perlu diharungi sebelum sampai ke sesi temuduga PTD. Sebenarnya, tarikh tersebut tidak perlu dirisaukan, yang perlu dirisaukan adalah persediaan kita. Adakah kita sudah bersedia?

Untuk meredakan sedikit keresahan berkaitan tarikh, kita lihat semula sesi PAC untuk 2 sesi sebelum ini;

  • Keputusan peperiksaan bertulis diumumkan pada bulan Disember 2010, panggilan PAC pada Mac 2011 (3 bulan jarak)
  • Keputusan peperiksaan bertulis diumumkan pada Mei 2010, panggilan PAC pada Julai 2010 (2 bulan jarak)

Kesimpulan untuk tarikh, ianya tidak ada kalaan yang tetap, yang pastinya, ianya akan diumumkan kepada calon paling lambat seminggu sebelum tarikh PAC. Jadi bilakah sesi PAC untuk kali ini? Kami tidak ada jawapannya, nantikan pengumuman rasmi SPA setelah INTAN memberikan ‘lampu hijau’. Sehingga ‘entry’ ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi dari pihak SPA.

Berapa hari sesi PTD/Programme Assessment Center ini? Ini pun satu lagi soalan yang sukar diberikan jawapan yang konkrit dan sama seperti persoalan bila tarikh PAC. Ianya tertakluk kepada perubahan. Anda lihat sendiri variasi tempoh yang telah berlaku dalam beberapa sesi sebelum ini;

  • Sebelum 2008, penilaian 3 hari
  • 2008 sehingga 2010, penilaian 1 hari
  • MAC 2011, penilaian 2 hari

Mungkin sesi kali ini 2 hari, 1 hari ataupun 3 hari atau mungkin seminggu, mungkin 12 jam sahaja.. siapa tahu? Yang utama adalah formatnya tidak pernah lari dari skop umum mencakupi beberapa elemen penting;

  • Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Kecergasan fizikal
  • Kerjasama kumpulan

Sekali lagi, fokus kepada persediaan jangan risau mengenai format dan tarikh peperiksaan. Isu semasa yang penting. Selak akhbar kalau boleh setiap hari mulai hari ini! Nota-nota isu semasa yang diedarkan semasa sesi peperiksaan bertulis tempoh hari juga masih bermanfaat untuk semakan cepat anda!

Anda boleh gunakan ruang komen di bawah untuk berbincang dengan teman-teman berkaitan persediaan PAC, cara ini telah membantu ramai calon sesi lepas bahkan ada yang berkongsi kereta untuk ke PAC hanya dengan berjumpa di ruangan komen. Tinggalkan komen anda dan kongsikan persediaan anda =)

p/s Risalah PAC akan diedarkan kepada semua pembeli Pakej Rujukan PTD yang lepas sebaik sahaja SPA mengumumkan tarikh PAC.

Introspeksi PAC Mac 2011

Monday, March 28th, 2011

Macam mana dengan format PAC 2011? Banyak perubahan dari segi aktiviti tetapi secara umumnya ianya tetap pada matlamat penilaian yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Sedikit sorotan sesi Assessment Center dalam tempoh 10 tahun terakhir ini;

  • Sebelum 2008, penilaian 3 hari
  • 2008 sehingga 2010, penilaian 1 hari
  • Mac 2011, penilaian 2 hari

Tapi sayugia dimaklumi bahawa penilaian era awal Assessment Center lebih mencabar daripada era pasca 2000. Format ini sentiasa berubah untuk mengekalkan tahap ‘eksklusif’ dan sulit penilaian ini yang menjadi penunjuk aras ‘prestij’ jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bagi yang layak mendudukinya, ucapkan TAHNIAH kepada diri anda kerana inilah laluan kepada jawatan ‘keramat’ dalam jajaran ‘Perkhidmatan Awam’

Secara umumnya format baru kali ini lebih kepada kerjasama kumpulan. Seawal sesi lagi sudah dibahagikan kepada kumpulan dan semua aktiviti sepanjang 2 hari penilaian adalah dalam kumpulan. Secara umumnya penilaian dicerakinkan dalam beberapa juzuk aktiviti yang merangkumi;

  • Perbincangan kumpulan
  • Penyelesaian masalah berbentuk permainan
  • Perancangan berdasarkan masalah/tugasan yang diberi
  • Aktiviti fizikal
  • Pembentangan tugasan
  • Kreativiti
  • Mempertahankan idea

Ada beberapa aktiviti yang dipecahkan kepada dua sesi, satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris (i.e perbincangan kumpulan). Jadi kemampuan berbahasa dinilai sepenuhnya dalam aktiviti sepanjang 2 hari ini. Pembentangan tugasan dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris

Satu tambahan tugasan yang buat pertama kalinya dilakukan dalam penilaian pasca tahun 2000 adalah sesi pembentangan tugasan di mana satu sesi khusus 3 jam diberikan untuk pembahagian tajuk dan kajian boleh dilakukan menggunakan internet talian sendiri atau di makmal komputer pusat penilaian. Ianya satu implimentasi gerak kerja terancang yang harus ada pada setiap pegawai PTD (rancang dengan teliti sebelum perlaksanaan)

Ramai yang takut pada aktiviti fizikal, dan anda sewajarkan gentar. Ianya adalah gabungan kerjasama kumpulan dan larian 2.4KM. Jika anda perasan ianya adalah adaptasi (bukan gabungan) penilaian fizikal format 1 hari (senamrobik, aerobik berirama, larian) dan 3 hari (larian 2.4KM), jadi boleh dikatakan ianya lebih komprehensif dan lebih memenatkan.

Perkara yang paling menarik perhatian ialah aktiviti perbincangan kumpulan yang menggunakan keratan sumber akhbar! Kita selalu diingatkan sedari awal sesi peperiksaan bertulis untuk banyak membaca akhbar… baca akhbar… baca suratkhabar… dan dalam sesi ini bukan samata-mata maklumat yang anda sedut dari pembacaan anda, tapi diberikan sekali keratan daripada akhbar kepada anda. Apa yang cuba disampaikan oleh pihak INTAN seolah-oleh berbunyi… SILA BACA AKHBAR!

Jadi bagaimana pengalaman anda dalam PAC baru-baru ini? Apa tafsiran, apa yang anda belajar, apa yang anda dapat dari sesi ini? Seharusnya apa yang perlu kita amalkan dalam setiap aktiviti adalah introspeksi atas paksi WIIFM (What’s In It For Me). Kongsikan pengalaman anda dalam ruangan di bawah. Apa tajuk tugasan anda?

Risalah Program Assessment Center (PAC) 2011

Friday, February 11th, 2011

Ramai yang minta untuk buat pembelian Risalah PAC 2011 daripada Team Tipsptd, tapi kami mahu mengekalkannya sebagai hak milik eksklusif pembeli Pakej Rujukan PTD November lepas. Risalah kali ini sudah dikemaskinikan buat kali yang ketiga sejak dikeluarkan pada tahun 2009. Format Program Assessment Center yang berbeza kali ini meresahkan ramai calon. Ianya direkabentuk khas utk menilai anda, jadi anda perlu pergi dengan penuh persediaan! Program penilaian ini biasanya dilaksanakan selama tiga hari. Mulai tahun 2008 ianya dijalankan selama 1 hari sahaja dan untuk sesi Mac 2011 ianya dijadikan 2 hari. Tak perlu gusar dengan format kerana aspek penilaian yang dibuat adalah pada asas yang sama dan itulah yang dibincangkan dalam Risalah PAC 2011.

pac2011 195x300 Risalah Program Assessment Center (PAC) 2011

Khas untuk anda pembaca setia blog tipsptd, kami anjurkan satu ‘contest’ untuk anda dan hadiahnya adalah ‘Risalah PAC 2011′. Peraduan atau cabaran ini mudah sahaja, ianya lebih kepada memberi motivasi kepada calon yang layak ke sesi Mac 2011 ini. Ianya akan dijalankan di Fan Page Tipsptd di Facebook dan konsepnya begini;

[+] Upload snapshot surat panggilan PAC anda
[+] Hebahkan kepada rakan-rakan Facebook anda
[+] Mereka datang dan KLIK LIKE tanda sokongan kepada anda
[+] 3 orang yang dapat jumlah LIKE tertinggi dikira pemenang

Rasionalnya mudah, untuk berjaya dalam sesuatu perkara kita memerlukan ‘sokongan dan doa’ daripada ramai orang terutamanya saudara dan rakan-rakan kita. Jadi dalam peraduan ini, anda masukkan snapshot surat panggilan/email/semakan online ke PAC anda, dan hebahkan kepada rakan-rakan Facebook anda supaya mereka tahu anda akan menduduki PAC pada MAC ini. Lagi ramai yang klik LIKE maknanya lagi ramai yang tahu dan lagi ramai sokongan untuk anda. Mudah-mudahan ini memberi motivasi tambahan untuk anda berjaya nanti!

Bagaimana nak sertainya? Terus sahaja ke Facebook Team Tipsptd di sidebar kanan blog ini, cara dan panduan disediakan di sana! Semoga berjaya!

Program Assessment Center (PAC) PTD MAC 2011

Wednesday, February 2nd, 2011

Panggilan ke sesi Assessment Center (PAC) untuk calon yang lulus ujian bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA. Format sesi kali ini adalah 2 hari dengan 6 aktiviti teras bermula awal bulan MAC 2011. Penginapan dan makanan disediakan untuk hari yang pertama. Anda boleh semak semua maklumat panggilan dan keperluan melalui link semakan rasmi SPA di;

>>>Jadual PAC Mac 2011 KLIK DI SINI<<<

ptdassessmentcenter 300x138 Program Assessment Center (PAC) PTD MAC 2011

SENARAI SEMAK KEPERLUAN PENDAFTARAN:

1. Surat panggilan menduduki Program PTD Assessment Center.
2. Borang Profil I dan II beserta dua (2) keping gambar berukuran Passport yang telah lengkap diisi. Sila tampalkan gambar pada borang sebelum pendaftaran.
3. Skrol dan Transkrip Ijazah asal serta salinan atau surat pengesahan telah tamat pengajian (bagi yang belum menerima skrol dan transkip akhir).

PERINGATAN:

  • Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan peluang anda di dalam urusan ini.
  • Kemudahan penginapan disediakan sepanjang program.
  • Calon digalakkan membawa thumbdrive dan laptop untuk kegunaan semasa aktiviti.
  • Bagi calon buta/ cacat penglihatan – dibolehkan untuk membawa seorang waris/penjaga bagi membantu semasa program.

Masih banyak waktu untuk memperkemaskan diri anda terutama dalam persediaan fizikal. Salam sukses untuk anda! Di mana lokasi anda? Boleh tinggalkan komen mana tahu anda boleh kenal-kenal di sini terlebih dahulu dan berpakat untuk berkongsi kereta ke pusat PAC nanti. Tinggalkan komen anda!

Keputusan PAC M41 2010

Friday, August 13th, 2010

Keputusan Assessment Center untuk Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sudah dikeluarkan. Kepada yang belum semak keputusan, anda boleh terus semak melalui link pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui link di bawah;

>>>SEMAK KEPUTUSAN PAC 2010<<<

Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal jangan berputus asa, jangan lupa kisah Puan Haslinda yang pernah dikongsikan dulu yang tak pernah berputus asa dan mengambil ujian berkali-kali dan akhirnya berjaya. Itulah semangat yang kita mahu… never give up!

Bagaimana dengan keputusan anda? Lulus atau Gagal? Kongsikan keputusan anda dan apa sebenarnya anda rasa sebab anda gagal dan yang lulus kongsikan tips anda untuk manfaat pembaca-pembaca yang lain!

PAC Julai 2010: Pertukaran Tempat

Monday, June 28th, 2010

Sedikit maklumat tentang lokasi PAC Julai ini kepada calon-calon Sabah dan Sarawak, lokasi bertukar dan telah diumumkan minggu lalu oleh pihak SPA. Bagi yang belum maklum tentang perubahan ini, berikut adalah maklumat tersebut. Pastikan anda ke tempat yang betul =)

Pusat terdahulu :
INTAN Kampus Sabah,
Tingkat 17, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat,Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Pusat Terkini:
INTAN Kampus Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088-483500

Pusat terdahulu :
INTAN Kampus Sarawak,
31, Jalan Badruddin,
93000 Kuching,
Sarawak.

Pusat Terkini:
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Sarawak,
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak,
Lot 221 (KM 22) Batu 13 1/2,
Jalan Puncak Borneo,
93250 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082-420024

Untuk tips persediaan PAC anda boleh rujuk entri-entri terdahulu melalui link di bawah;

http://tipsptd.com/blog/category/ptd-assessment-centre-pac/

PAC Julai 2010: Apa perlu takut?

Friday, June 18th, 2010

Bagi yang lulus gred M41 dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang lepas anda sudah pasti sudah menerima surat panggilan memasuki Programme Assessment Center Julai ini di lokasi-lokasi seluruh negara sama ada INTAN, INTIM, INTURA, IKWAS, INTENGAH dan kampus Intan di Sabah dan Sarawak. Jika belum menerima surat, anda boleh semak status anda secara online di;

>>>Semakan Status PAC M41 Julai 2010<<<

Format kali ini mungkin sama atau mungkin berbeza dengan format yang sebelum ini tetapi anda harus buat persediaan sewajarnya kerana walaupun format mungkin berubah tetapi komponen penilaian tidak akan lari jauh dari ketetapan biasa yang merangkumi;

  • Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana rata-rata calon yang melalui PAC ini menganggap ianya antara kenangan indah dan ‘enjoyable’. Hanya buat persediaan sewajarnya mencakupi semua komponen di atas. Ramai yang gusar tentang isu semasa. Sebenarnya tajuk yang diketengahkan dalam semua sesi PAC yang lepas adalah begitu terbuka untuk membolehkan semua calon memberi pendapat dan tajuk-tajuknya adalah umum dan bukan spesifik.

Sebagai contoh PAC sebelum ini lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Ianya sememangnya mudah kerana  hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul. Perbincangan biasanya berlaku dalam keadaan yang santai. Satu lagi tajuk ialah  ‘Sekolah 1 Aliran’, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Bagaimana? Sedikit tenang? Tak perlu risau, buat persediaan secukupnya, buat monolog sendiri untuk melancarkan percakapan dan rajin baca suratkhabar. Salam kejayaan untuk anda dari kami!

Pandai bercakap vs Bijak bercakap

Friday, May 28th, 2010

Apa sebenarnya yang dinilai dalam percakapan, pengucapan atau sesi interaksi dalam Assessment Center, Temuduga dan penulisan esei? Adakah ianya sekadar ‘keyakinan’ atau attitud yakin diri sahaja?

muazhadi 300x225 Pandai bercakap vs Bijak bercakap

Ianya seakan sesi wajib dalam pengambilan pekerja sekarang.. bagaimana anda bercakap dan melontarkan idea anda. Ramai calon yang ‘belasah’ dan ‘redah’ sahaja semua sesi ini tanpa tahu betapa ianya sangat penting dalam menonjolkan ‘kehebatan’ anda. Boleh dikatakan ianya adalah ‘determining factor’ dalam membuat keputusan memilih calon yang sesuai dengan jawatan.

Perkara pertama yang perlu dalam menyediakan diri anda dalam semua sesi yang disebutkan di atas ialah ‘pengetahuan’. Rasanya tak perlu dihuraikan tentang isu ini. Apa yang penting ialah, sediakan diri anda dengan pengetahuan yang secukupnya, peka dengan isu-isu semasa terutama isu-isu nasional. Yang kedua ialah daya mengaitkan isu-isu dengan soalan yang ditanya. Contohnya apabila bercakap tentang isu pembuangan bayi, sudah tentu anda nampak lebih berpengetahuan jika dapat kaitkan isu tersebut dengan isu masalah sosial dan penyelesaian melalui ‘Human Genome Project’. Sudah tentu anda akan berada terkedepan kerana bukan sahaja bercakap tentang isu utama (isu buang bayi) tetapi memberikan faktor penyumbang (isu masalah sosial) dan penyelesaian (isu Human Genome). Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi anda sebagai seorang yang berpengetahuan luas dan peka dengan isu.

Tetapi ianya harus disertakan dengan skil pengucapan dan perbincangan yang bagus. Anda harus berlatih untuk bercakap dengan baik, menonjolkan idea dengan penuh toleransi atau terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Hal ini bergantung kepada situasi sebagai contohnya dalam Assessment Center selalunya ada 2 sesi yang berbeza. Jika sesi yang dijalankan ialah ‘perbincangan’, isu yang harus diketengahkan haruslah terbuka untuk berbincang dan anda harus buang keadaan ‘saya mahu menang’ dan tukarkan kepada ‘saya seorang yang terbuka’. Tetapi jika ianya satu sesi debat, ‘attitude’ anda ialah ‘isi saya adalah yang terbaik’. Ada ketika anda perlu berteloransi bagi menonjolkan jiwa ‘keterbukaan’ dan boleh menerima pendapat orang lain, dan ada ketikanya anda perlu berkeras bagi menonjolkan ‘ketegasan’ yang menjadi tunjang pemimpin yang berkredibiliti. Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi sebagai seorang yang boleh berbincang dan sebagai seorang pemimpin yang berprinsip.

Pada situasi manapun anda berada, nilai dahulu kehendak ujian. Itu terletak kepada kebijakan anda dan ketahuilah bahawa setiap sesi yang bakal anda lalui sepanjang proses pemilihan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan telah dirancang dan mempunyai skop nilaian yang tersendiri jadi mengapa anda hadapinya dengan sambil lewa?

Adakah anda seorang yang BIJAK BERCAKAP atau PANDAI BERCAKAP? Apa pendapat anda?

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!