Archive for the ‘PTD Assessment Center (PAC)’ Category

PAC Jun 2009: Aktiviti?

Wednesday, July 1st, 2009

Syabas dan tahniah untuk yang dah berjaya melalui sesi PAC baru-baru ini di INTURA. Selepas ujian PAC tersebut ada yang mengadu sakit dan lenguh kaki tangan, tapi tak apa, yang penting anda sudah selesai melaluinya. Mudah-mudahan anda berjaya.

Bagi yang belum, teruskan latihan anda dan buat apa yang patut seperti yang sudah dikongsikan dalam post-post Persediaan PAC 2009 sebelum ini. Ianya membantu dan mendapat feedback yang positif dari pembaca blog ini. Ada yang bertanya apakah aktiviti yang dijalankan sepanjang satu hari PAC Jun di Intura baru-baru ini? Secara umumnya saya katakan, ianya sama seperti PAC format satu hari yang sebelum ini, jadi anda boleh semak apa formatnya. Anda juga boleh meneliti entri-entri di blog ini kerana ada perkongsian pembaca di bahagian komen. Anda geledah lah semuanya!

Mengenai tajuk isu semasa, ianya tidaklah sesukar yang dijangkakan. Asalkan anda tahu perkembangan semasa dan rajin membaca akhbar ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda. Rasanya apa yang penting dalam nilaian ialah keyakinan anda dalam berhujah dan memberikan pandangan di samping kematangan dalam mempertahankan hujah anda. Anda boleh lihat huraian saya dalam buku ’27 sebab kenapa calon Gagal Ujian PTD’ bagaimana nak melontarkan idea.

Untuk calon-calon PAC Julai, selamat berjuang, dan diharapkan agar anda suksess dalam ujian ini khas dari team TipsPTD

Persediaan PAC Julai 2009: Checklist

Thursday, June 25th, 2009

Entri kali ini ialah entri terakhir dalam Siri Persediaan PAC Jun/Julai 2009. Esok sudah ada calon yang bakal menghadapi Program PTD Assessment Center dan harapan kami ialah anda mengharunginya dengan penuh keyakinan dan persediaan. Entri ini akan menyentuh 2 perkara penting iaitu checklist dan juga persediaan rohani.

Senarai Semak keperluan Ujian PAC 2009

  1. Surat panggilan temu duga Program PTD Assessment Centre.
  2. 2 keping gambar berukuran passport.
  3. Skrol ijazah dan transkrip penuh (ASAL & SALINAN).
  4. Sila cetak borang profil peserta (I dan II) untuk diisi dan diserahkan sewaktu anda mendaftar pada tarikh, masa dan tempat seperti di atas. Download borang di SINi
  5. Jangan lupa membawa peralatan tulis (pensil 2B dan pemadam pensil) untuk tujuan Ujian Sahsiah
  6. “Track bottom” berwarna gelap dan baju t-shirt putih berkolar (Pakaian hendaklah bersopan).
  7. Kasut sukan yang bersesuaian.
  8. Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim).

Peringatan

  • Semasa pendaftaran, anda dikehendaki memakai pakaian pejabat.
  • Sila ambil maklum bahawa penginapan tidak akan disediakan untuk bermalam.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan peluang anda dalam urusan ini.

Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang penting sepanjang ujian PAC ialah ketenangan, kelancaran dan buah fikiran yang datang mencurah-curah. Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan bersesuaian dengan ujian PAC ini ialah;

  • Surah Al-Inshirah
  • Doa dipermudahkan Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”

ujianpac 300x110 Persediaan PAC Julai 2009: ChecklistBacalah dua benda ini sambil menggosok-gosak dada anda. semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk semua calon Ujian PAC 2009 dan semoga berjaya melayakkan diri untuk temuduga PTD pula nanti!

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1

Wednesday, June 24th, 2009

Entri ini diawalkan atas permintaan calon-calon Program Assessment Center (ujian PAC) yang bakal mendudukinya hujung minggu ini (26-28 Jun). Ini adalah nota ringkas tentang Isu Semasa selepas posting mengenai 1Malaysia sebelum ini. selamat berjaya untuk anda.

Sekilas Pandang:
‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein dan ‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis atau subtypes H dan N, tapi hanya H1, H2, H3 dan N1, N2 sahaja yang biasanya ditemui di tubuh manusia. Jadinya yang heboh sekarang ialah H1N1.

Tindakan pencegahan;

  • Menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak ini.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza (ini termasuk demam, sakit tekak, batuk, hidung berair).
  • Elakkan tempat-tempat yang sesak.
  • Pastikan persekitaran dan diri dalam keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau tangan ketika bersin atau batuk.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum makan dan ketika dicemari oleh cairan pernafasan seperti selepas bersin.
  • Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.
  • Mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital, terutama sekali untuk tidak membawa ke hospital kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.

H1N1 2009
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Status Pandemic Fasa 6
Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan H1N1 sebagai ‘pendemic phase 6’. Apa itu ‘pendamic phase 6”? Menurut WHO;

Human-to-human spread of the virus in two or more countries in one WHO region. In addition to that, the same virus spreads from human-to-human in at least one other country in another WHO region

Dalam kata lain, penyebaran virus ini melibatkan lebih dari satu Negara dan dikira sebaran global yang pertama sejak tahun 1968.

Status Terkini H1N1 di Malaysia
Sehingga entri ini ditulis,

  • jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan
  • jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 1,619 kes
  • Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya

Rujukan Tambahan

Download Press Release dari Menteri Kesihatan (penting)

Update H1N1 Seluruh Dunia

Pandemic Alert Response dari WHO

Tajuk-tajuk yang perlud diberi perhatian untuk PAC 2009;

  • isu Pendidikan – PPSMI, SPM 10 subjek shj, kadar bayar balik ptptn, kekurangan guru lelaki
  • isu Kesihatan – related to H1N1, denggi, selsema burung, cikungunya
  • isu Ekonomi – rancangan pemulihan eko, keadaan eko skrg, blr – semak balik info rasmi gvment pasal ekonomi + bank negara
  • isu Sukan – Prestasi Sukan Malaysia, emas olimpik, prestasi bola sepak
  • isu Buruh Asing – dera, indonesia sekat panghantaran pembantu rumah, US kuar statement pasal M’sia
  • isu sosial & politik – rasuah, demokrasi, US dibawah Barack Obama

Selamat berjaya untuk semua calon pac 2009!

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – 1Malaysia

Monday, June 22nd, 2009

1Malaysia-Pengenalan:

Entri ini merupakan nota ringkas melalui maklumat rasmi yang selari dengan hasrat kerajaan. Tiada pandangan peribadi disini, bahkan ianya adalah adaptasi maklumat rasmi sebaran sumber sebaran rasmi kerajaan. Maklumat ini kami rasakan perlu difahami oleh semua calon yang bakal menduduki ujian PAC 2009. Pastikan maklumat anda dari sumber yang betul dan bukan sumber pandangan peribadi yang membawa kepada ‘salah tafsir’ konsep ini kerana ianya turut dimainkan sebagai isu politik dan kita tiada tujuan politik di sini. Diharapkan agar entri ini bermanfaat dalam menjelaskan keseluruhan idea tentang konsep 1 Malaysia.

Slogan:
1Malaysia,
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang:
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Matlamat:
‘1Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sedikit huraian:
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Najib membawa satu harapan untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Perbezaan Konsep “1Malaysia” dengan “Malaysian Malaysia”
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan ‘affirmative statement ‘ oleh Dato’ Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1Malaysia berpayung di bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar “Malaysian Malaysia” membelakangkan perlembagaan. Secara dasarnya;

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
  • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula 7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Penutup
Seharusnya juga difahami oleh semua calon Program PTD Assessment Center, pendapat anda harus selari dengan kehendak kerajaan dalam isu ini semasa sesi ujian PAC. Anda boleh mengambil titik kontra dalam isu ini tetapi dalam nilaian satu perbincangan terbuka. Itu sekadar pandangan dari kami di tipsptd.

Rujukan Tambahan:

Download Nota Tambahan:

Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan

Sunday, June 21st, 2009

Terlepas pandang kami tentang tarikh PAC rupanya akan berlangsung selama 2 sesi iaitu 26 – 28 Jun dan 3 – 5 Julai. Jadi ada yang minta pihak tipsptd mempercepatkan entri berkaitan. Akan diusahakan, kita tengok macam mana. Apa-apa pun diharapkan untuk yang bakal menghadapinya lebih awal iaitu sesi 26-28 Jun, harap boleh berkongsi pengalaman untuk manfaat teman-teman sesi seterusnya nanti.

Jadi entri kali ini lebih kepada “Pelan Tindakan” untuk anda menghadapi Program PTD Assessment Center nanti. Secara kasarnya kita tahu melalui pengalaman yang lepas yang ujian PAC mencakupi beberapa penilaian yang secara kasarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu;

• Aspek pengucapan Bahasa Melayu
• Aspek pengucapan Bahasa Inggeris
• Aspek fizikal

Dalam penilaian pengucapan adanya sesi debat dan perbincangan di mana anda akan dinilai di situ dan penilaian fizikal adalah melalui aktiviti fizikal yang dulunya larian 2.4km dan yang terbaru 5 corak senaman fizikal. Walau apa pun pertukaran perincian format, 3 aspek penilaian ini masih menjadi tumpuan utama disamping penilaian nilai kendiri dan syahsiah.

Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat?? Kami ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan yang perlu anda lakukan  mulai sekarang!

  1. Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek 1)
  2. Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek 2)
  3. Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam (aspek 1 dan 2)
  4. Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut dan buat sedikit catatan (aspek 1 dan 2)
  5. Khususkan pembacaan anda kepada beberapa kategori supaya anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1 etc), **isu nasional (KLCIC, bangunan runtuh etc), **isu sukan (prestasi bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (subjek tetap SPM, PPSMI etc) dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat masuk secara teratur dalam kepala anda icon smile Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan (aspek 1 dan 2)
  6. Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh, menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu penting. Contohnya, **mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes. Statement sebegini akan mengukuhkan statement anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek 1 dan 2)
  7. Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan ayat anda (aspek 1 dan 2)
  8. Baca dengan kuat akhbar The Star/NST untuk melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2)
  9. Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging dan apa2 yang difikirkan perlu untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Mengikut perkongsian, untuk ujian fizikal format 1 hari, rutin tugasan begitu berat dan menyakitkan otot bagi yang tak biasa. Jadi anda biasakan diri anda dengan semua aktiviti ini supaya memudahkan anda nanti tak kiralah apa bentuk ujian yang bakal pihak INTAN adakan, anda harus bersedia. (aspek 3)
  10. Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha tangga kejayaan! (aspek 1, 2 dan 3)

Entri seterusnya akan membincangkan tentang Isu Semasa: 1 malaysia

Persediaan PAC Julai 2009: Intro

Friday, June 19th, 2009

Ramai yang dah kecut perut dengan panggilan ke Program PTD Assessment Center pada 3-5 Julai 2009 ni. Apa yang nak dirisaukan, anda memang layak untuk ke sana dan potensi serta peluang anda untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat cerah.

Anda ada lebih kurang 2 minggu untuk menyiapkan diri anda dan kami di pihak tipsptd akan menyiapkan beberapa entry khas untuk sama-sama membantu anda dalam mengharungi ujian PAC kali ini. Kami memilih untuk membincangkan beberapa perkara dalam entri-entri yang akan datang yang kami rasa amat relevan dan mungkin boleh membantu anda. Jadi jangan lupa bookmark blog ini untuk maklumat yang seterusnya.

Untuk entri pertama kali ini, anda harus settle kan diri anda. Yakinkan diri anda bahawa anda boleh melakukannya. Buangkan rasa rendah diri kerana anda gemuk, anda tak cantik, anda rendah ke apa ke… mara terus dan buktikan kemampuan anda disertai dgn keyakinan yang mendalam. Anda boleh lakukan!

entri akan datang;
- Persediaan PAC Julai 2009: Pelan Tindakan (21/6/2009) (published)
- Persediaan PAC Julai 2009: Isu semasa 1 (24/6/2009) (published)
- Persediaan PAC Julai 2009: Isu semasa 2 (28/6/2009) (published)
- Persediaan PAC Julai 2009: Bonus dan Selamat Berjuang! (published)

Kalau tak ada halangan, begitu lah perancangannya. Feedback dari anda amatlah dialu-alukan.

p/s semua entri telah diawalkan atas permintaan calon-calon ujian PAC sesi Jun. Harap entri-entri ini dapat sedikit sebanyak membantu persediaan anda

Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Wednesday, June 17th, 2009

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

ptdassessmentcenter Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Temuduga PTD Jun 09 selesai

Monday, June 15th, 2009

Tahniah untuk semua yang berjaya dipanggil dan telah menduduki temuduga PTD ambilan khas yang baru berlangsung sehingga 12 Jun 2009 baru ni. Soalan dan isu kali ini tidak banyak berbeza sebagaimana sesi temuduga kerja kerajaan yang lain. Format masih dikekalkan dan rangka khas iaitu mengenai isu semasa masih menjadi antara yang perlu diambil berat di samping kefahaman tentang kerjaya ptd itu sendiri.

Untuk yang bakal menduduki ujian ptd assessment center (PAC) di harap anda dapat bersedia dengan isu-isu terkini termasuk isu tanah runtuh, bangunan segera yang melibatkan kerobohan stadium, isu Chin Peng termasuklah konsep 1 malaysia dan bagaimana ianya berbeza dengan konsep “Malaysian malaysia”

Lokasi Ujian PTD Assessment Center (PAC)

Thursday, May 21st, 2009

Sehingga entri ini ditulis, surat panggilan prePAC atau PAC masih belum diterima oleh calon-calon yang  lulus ujian bertulis PTD sesi Februari 2009. Banyak spekulasi yang tersebar dan masih menjadi tanda tanya adakah format PTD Assesment Centre kali ini masih kekal 1 hari atau kembali kepada sistem 3 hari. Sama-sama lah kita nantikan. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting anda siapkan diri anda secukupnya dari segi maklumat semasa dan latihan fizikal. Mula bermonolog sendiri untuk meningkatkan kemahiran pengucapan anda.

Entri kali ini ialah untuk tujuan pengetahuan semua calon PAC. Lokasi ujian PAC 2009 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di semenanjung;

1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)

2. INTIM (Kampus Wilayah Timur)

3. INTURA (Kampus Wilayah Utara)

4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)

5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)

Sabah/Sarawak

1. Kampus INTAN Sarawak

2. Kampus INTAN Sabah

Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk memberi pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan

Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 2

Wednesday, April 29th, 2009

Untuk ujian pre-PAC tahun 2009, masih berada dalam kekeliruan. Format awal tahun ini ialah 1 hari berbanding 3 hari sebelum ini. Tapi ianya masih dalam percubaan dan mungkin ambilan kali ini kembali kepada sistem 3 hari semula. Apa-apa pun usah risau kerana semuanya akan terjawab apabila anda mendapat surat panggilan PTD Assessment Center tidak lama lagi.

Apa-apa pun kita akan sambung perbincangan untuk bagaimana nak hendak berjaya dalam prePAC. Untuk format 1 hari tahun ini seperti yang anda maklum, tiada lagi larian 2.4 KM tetapi diganti dengan ujian fizikal yang lain. Detailnya harus dirahsiakan tetapi secara kasarnya ianya dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah kerja berkumpulan dan anda bakal diarahkan berbuat sesuatu dengan muzik iringan. Bahagian kedua pula ialah tugasan individu yang mana stamina anda amat penting untuk lulus bahagian ini. Itu sahaja yang boleh saya gambarkan sedikit sebanyak tentang ujian fizikal dalam prePAC dengan format 1 hari yang lepas.

Apa yang penting, untuk berjaya dalam bahagian ujian fizikal ini, anda perlu melakukan persediaan bermula dari sekarang. Tingkatkan stamina anda, berlatih ‘sit up’ dan ‘pumping’ sekerap yang mungkin kerana ianya sememangnya bakal membantu anda semasa ujian fizikal nanti.

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!