Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Temuduga J-QAF

Thursday, December 8th, 2011

Temuduga J-QAF untuk calon yang melepasi Mtest yang diumumkan 4 Disember lepas akan dilangsungkan pada 14 – 16 Disember 2011 ini. Adakah anda calon yang dipanggil? Semak panggilan anda di;

>>>LINK SEMAKAN (Klik di sini)

Buat calon temuduga KPLI-SR j-QAF, ucapan tahniah buat anda kerana anda hanya selangkah sahaja untuk menggapai impian menyertai program KPLI-SR j-QAF dan seterusnya bakal guru j-QAF.

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Biarpun mengalami krisis kekurangan guru j-QAF di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tetap menggunapakai aras yang ditetapkan dalam pengambilan pelatih guru j-QAF.

Syarat pemilihan telah diperketatkan agar calon yang dipilih benar-benar berwibawa dan berkemampuan diakhiri dengan temuduga J-QAF

Fokus utama seisi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga JQAF bakal di uji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.

Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 Dec – 16 Dec 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Sebagai ‘senjata’ menahan ‘asakan’ soalan panel penemuduga, Tipsptd mencadangkan rujukan khas JQAF ini untuk anda melangkah dengan lebih yakin. Jika anda mahu lulus dan duduk dengan yakin di hadapan penemuduga nanti, ini yang anda perlukan. Terus ke link ini;

>>> Panduan Temuduga JQAF (klik di sini)

468X60 Temuduga J QAF

Bagaimana Membuat Pembelian Tipsptd

Saturday, July 9th, 2011

Entri ini khusus untuk bagaimana membeli Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik

Untuk lihat komponen & penerangan Pakej terus ke;
[+] www.tipsptd.com

Untuk pilih Pakej pembelian, boleh terus ke;
[+] www.tipsptd.com/oto.php

Untuk cara pembelian, boleh tonton Video ini;

Keputusan PAC Mac 2011 – Semak!

Tuesday, May 17th, 2011

Keputusan Assessment Center (PAC) yang dijalankan pada MAC 2011 sudah boleh disemak melalui laman rasmi SPA. Kepada yang belum semak keputusan, anda boleh terus semak melalui link pautan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui link di bawah;

>>>SEMAK KEPUTUSAN PAC MAC 2011<<<

Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal jangan berputus asa, jangan lupa kisah Puan Haslinda yang pernah dikongsikan dulu yang tak pernah berputus asa dan mengambil ujian berkali-kali dan akhirnya berjaya. Itulah semangat yang kita mahu… never give up!

Bagaimana dengan keputusan anda? Lulus atau Gagal? Kongsikan keputusan anda dan apa sebenarnya anda rasa sebab anda gagal dan yang lulus kongsikan tips anda untuk manfaat pembaca-pembaca yang lain!

keputusan pac assessmentcenter Keputusan PAC Mac 2011   Semak!

Perancangan Kewangan untuk Graduan

Wednesday, February 2nd, 2011

Untuk tahun 2011, sehingga artikel ini dikeluarkan, pihak SPA masih belum mengumumkan jadual umum peperiksaan tahun 2011 dan dijangkakan akan dikeluarkan dalam bulan Februari (bulan ini). Jadi apa yang penting untuk masa ini ialah memastikan yang pendaftaran anda dengan SPA masih sah.

Untuk semakan anda boleh terus ke laman SPA melalui di bawah;

>>>>KLIK DI SINI<<<<

Saban tahun, beribu-ribu graduan bergraduasi dan memasuki pasaran kerja. Hal ini bermakna akan bermulanya sebuah kehidupan baru untuk mereka yang mula berjuang mencari pekerjaan tetap dan nafkah hidup. Memikirkan soal kewangan, aspek perancangan teliti amat diperlukan dan seeloknya dimulakan sebelum anda memulakan langkah di alam pekerjaan lagi. Sekiranya sudah bekerja, susun semula struktur kewangan anda dan beberapa aspek utama harus ditekankan.

SEMAK SEMULA STATUS KEWANGAN

Langkah pertama ialah dengan mengawalselia kedudukan kewangan sebaik anda mula menerima gaji dan harus berwaspada dengan komitmen kewangan yang anda perlu penuhi.

Kenalpasti jumlah hutang anda dan untuk graduan awal biasanya melibatkan pinjaman pendidikan. Kebiasaannya pembiayaan dari PTPTN, Jabatan Perkhidmatan Awam, Yayasan negeri dan lain-lain badan swasta. Anda perlu ambil inisiatif untuk menghubungi mereka untuk bertanyakan mengenai pelan pembayaran balik untuk mendapatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu anda langsaikan sebagai tanggungjawab.

Kedua, senaraikan segala perbelanjaan yang anda jangkakan untuk membayar, termasuklah sewa rumah, bil telefon, bil-bil utiliti, pengangkutan dan makanan. Kemudian, senaraikan semua pendapatan yang anda jangka perolehi hasil kerja sampingan.

Gaji yang dibawa pulang merupakan baki selepas ditolak bayaran sumbangan KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan. Lebihan itu terpulang kepada anda untuk menyimpan/melabur

WUJUDKAN SISTEM PENGURUSAN WANG

Dengan mengadakan satu catitan imbangan kewangan, anda boleh mewujudkan satu sistem untuk memantau kewangan anda. Sama ada anda ingin melabur dalam sebuah perisian pengurusan wang atau melakukannya secara konvensional dengan membuat catatan dalam buku nota atau diari.

Kebaikan menggunakan perisian pengurusan wang adalah, ia boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Misalnya, perisian itu akan menentukan berapa banyak yang diperlukan anda untuk memperuntukkan setiap bulan dan tempoh yang anda perlukan untuk menyimpan bagi membayar balik ansuran sebuah kereta, contohnya.

Kebanyakan majikan mempunyai bank pilihan mereka sendiri untuk mendepositkan gaji bulanan pekerjanya. Jika syarikat atau majikan mempunyai lebih daripada sebuah bank untuk perkhidmatan itu, maka adalah bijak untuk memilih bank yang menawarkan kemudahan perbankan secara on-line. Tujuan utama ialah untuk anda melihat sendiri secara tersusun wang masuk dan keluar anda di hujung bulan dengan penyata online bank anda

BERWASPADA MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Hal ini rasanya tak perlu dibincangkan lagi. Kita sendiri sedia maklum berapa ramai golongan muda yang diisytiharkan bankrap dengan penggunaan kad kredit yang tidak berhemah. Kad kredit adalah satu ‘tool’ yang sangat bagus jika digunakan dengan baik, tapi ‘membunuh’ kita bila disalahgunakan.

PERLINDUNGAN INSURANS

Dalam laporan baru tahun 2010, masalah kewangan rakyat Malaysia sekarang bukan lagi berpunca dari kad kredit sebagaimana dulu, tapi disumbang secara majornya oleh ‘pembiayaan kesihatan’ Kos hospital dan rawatan yang tinggi ‘membunuh’ kewangan kita. Jadi salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan mengambil skim insuran dan untuk graduan baru yang belum berkahwin, utamakan skim insurans yang meliputi pembiayaan kesihatan atau yang tepatnya menawarkan ‘medical card’ kepada anda.

FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM MEMBELI KERETA

Kita harus faham dalam pengurusan kewangan asas, kereta yang kita naiki adalah liabiliti dan bukan aset. Apa sahaja yang mengeluarkan duit dari poket kita adalah liabiliti. Sebelum membeli sebuah kereta, pertimbangkan dahulu keupayaan kewangan anda untuk membayar wang pendahuluan dan ansuran bulanan. Tengok semula berapa jumlah keseluruhan ‘interest’ yang anda bayar dan prinsip utama untuk mengurangkan ‘interest’ adalah dengan meninggikan wang pendahuluan dan memendekkan jangka pinjaman.

Untuk permulaan selepas graduasi, kereta terpakai sudah memadai dengan syarat ianya berkeadaan baik jika tidak kita akan terperangkap dengan kos penyelenggarannya pula. Jika mahu menggunakan kereta baru model-model Proton dan Perodua yang berkos rendah sudah memadai buat permulaan ini.

MULAKAN SIMPANAN PADA AWAL LAGI

Waktu merupakan elemen penting dalam menjadikan simpanan sederhana kepada pengumpulan kekayaan yang signifikan. Katakan, jika kita mula membuat simpanan pada awal lagi, ketika usia baru mencecah 25 dengan mengetepikan RM167 setiap bulan dengan pulangan tahunan sebanyak 11 peratus, bayangkan apa yang diraih selepas 40 tahun kemudian. Tidakkah ia akan meningkat kepada RM1.2 juta (kaedah compounding rate) Betapa indahnya zaman persaraan jika memiliki wang sebanyak itu.

Sekarang, bayangkan pula jika kita mulakan simpanan pada usia lewat iaitu 45 tahun. Memandangkan kita mahu mengejar waktu, maka kita menggandakan simpanan kita menjadikan RM334 setiap bulan. Selepas 20 tahun menyimpan, ia akan berakhir dengan RM285,000.

Dalam setiap kes itu, kita telah melabur RM80,000. Jelaslah, membuat tabungan atau simpanan awal biarpun dalam jumlah yang sedikit mampu membuat perbezaan dalam kehidupan anda. ‘Compounding rate’ ini harus diambil perhatian dan seharusnya menggalakkan graduan menyimpan seawal mungkin dan inilah pengurusan kewangan yang betul

Pendek kata, jika anda mulakan tabungan pada usia awal dan dengan kerap, elak hutang kad kredit dan hemat berbelanja, anda akan menuju kehidupan ke arah kebebasan kewangan.

Sentiasa berwaspada terhadap kewangan individu untuk mengelak sebarang masalah kewangan disebabkan kejahilan. Mungkin boleh disyorkan kepada graduan baru cara menguruskan wang gaji dengan betul dengan panduan percuma di http://pengurusanwang.com/

Kerja Kerajaan tapi disenaraihitamkan…

Saturday, December 11th, 2010

Ramai graduan yang menadang remeh isu pembayaran semula pinjaman PTPTN yang dianggap seakan beban. Ianya bukan beban tetapi tanggungjawab untuk memastikan kesinambungan kemudahan pinjaman kepada generasi bawah termasuk anak-anak kita nanti. Kadar caj juga sudah diturunkan kepada 1% dan seharusnya tidak membebankan.

Jika masih belum berkemampuan, anda amat dialu-alukan untuk terus berbincang dengan pegawai PTPTN sendiri. Secara umumnya penangguhan pembayaran boleh dilakukan melalui borang ini (KLIK DI SINI) terutamanya;

  1. Masih belum mendapat pekerjaan
  2. Sambung belajar

Maklumkan kepada pihak PTPTN status anda supaya anda tidak disenaraihitamkan dan bakal menyukarkan urusan anda di kemudian hari. Meskipun masih dalam perbincangan untuk melupuskan ‘sekatan ke luar negara’ kepada peminjam yang disenaraihitamkan, adalah sesuatu yang pastinya sukar jika ianya dikenakan kepada kita.

Jangan lupa tanggungjawab kita! Link semakan pantas untuk urusan PTPTN;

PAC Julai 2010 – Larian atau Ujian Fizikal?

Sunday, July 4th, 2010

Dah ada beberapa kumpulan yang melalui PAC 2-3 hari yang lepas dan masih ada beberapa kumpulan lagi untuk minggu depan. Macam mana persediaan untuk kumpulan minggu kedua? Selalunya PAC hanya pada 1 sesi (minggu 1) tetapi kali ini mengambil masa sehingga 2 sesi.

Untuk yang masih belum ke PAC, teruskan persediaan anda dengan isu-isu semasa. Baca akhbar setiap hari dan 2-3 minggu yang lepas. Isu peperiksaan dan pendidikan dijadikan sebagai isu perbincangan yang lepas memberi isyarat yang isu terkini juga akan ditanya dalam sesi PAC kali ini berbanding peperiksaan bertulis yang mengabaikan isu-isu terkini. Ini satu perkembangan yang bagus icon smile PAC Julai 2010   Larian atau Ujian Fizikal?

Mengenai ujian fizikal untuk calon baru-baru ini, larian 2.4KM dimasukkan semula dan tiada lagi ujian fizikal. Tetapi hal ini tak boleh dijadikan panduan tetap, mungkin variasi juga akan diadakan bergantung kepada keadaan. Cuma yang perting ialah persediaan fizikal anda. Mulakan larian setiap petang bermula hari ini dan lakukan aktiviti fizikal untuk memantapkan fizikal anda.

Salam kejayaan untuk anda semua! Jika ada perkongsian boleh ditinggalkan di ruangan komen icon smile PAC Julai 2010   Larian atau Ujian Fizikal?

sukses 300x300 PAC Julai 2010   Larian atau Ujian Fizikal?

Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!

Tuesday, January 12th, 2010

Keputusan Peperiksaan Ujian PTD Assessment Center sesi Disember sudah diumumkan hari ini. Anda boleh semak memggunakan link di bawah:

Semakan keputusan prePAC Disember 2009 (Klik DI SINI)

Ada yang gagal dan ada yang lulus. Itu satu yang biasa dan harapan kami ialah anda jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Sekurang-kurangnya jika anda sampai ke peringkat ini nanti, anda sudah anda pengelaman dan kelebihan masa itu sudah memihak kepada anda. Yakinlah setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan hikmah yang jelas ialah, kegagalan ini sudah pasti akan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk sesi yang sama pada masa akan datang! Teruskan Usaha

Untuk yang berjaya, sekalung tahniah daripada kami di Tips PTD. Anda sudah selangkah ke hadapan dan tinggal 1 langkah lagi sebelum anda berjaya memasuki skim ini. Jangan bazirkan peluang yang anda dapat ini, mula peka dengan isu semasa sekarang, mula bermonolog sendiri dan tingkatkan keyakinan anda untuk menghadapi temuduga akan datang!

prePAC 2010 292x300 Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!

p/s Kongsi keputusan anda dengan tinggalkan komen di ruangan komen. Kami juga gembira untuk mengetahuinya!

Kembali Online!

Saturday, September 12th, 2009

Pertama sekali jutaan maaf untuk pembaca tipsptd kerana blog ini tidak dapat diakses selama lebih kurang seminggu lebih. Terutama kepada yang menduduki sesi temuduga sebelum ini, maaf sekali lagi kerana ianya di luar kawalan kami. Alhamdulillah dengan bantuan bro.Hanep dari Sealserver, blog ini berjaya di hidupkan kembali semalam. Mudah-mudahan tiada lagi masalah di masa depan!

Salam Ramadhan untuk semua

Temuduga PTD: Penulisan Resume

Tuesday, September 1st, 2009

Banyak persoalan tentang resume dan pemakaian untuk sesi temuduga ptd yang bakal berlangsung 2-11 September ini. Untuk pemakaian anda boleh rujuk posting sebelum ini tentang “Penampilan Semasa Temuduga”. Ianya bukanlah satu kemestian untuk anda ikuti, tetapi lebih kepada cadangan pemakaian berdasarkan pengalaman rakan-rakan PTD.

Untuk posting kali ini, tidaklah diterangkan secara details mengenai penulisan resume, sebab panduan penulisan resume mudah didapati di mana-mana sahaja. Cuma kali ini fokus kita ialah penulisan resume khas untukl temuduga ptd. Secara umumnya, untuk resume ada sedikit perbezaannya dengan resume yang anda hantar untuk mencari kerja. Untuk resume permohonan jawatan, anda perlu ada ‘career objective’ atau apa yang anda inginkan dari jawatan tersebut. Tetapi untuk temuduga PTD, anda tak perlu nyatakan perkara tersebut. Cukuplah sekadar maklumat anda dan apakah pencapaian dan pengalaman anda.

Dalam kata lain, ianya ringkas dan padat. Tentang bahasa pula, sepatutnya ianya berbahasa melayu, tetapi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang berjaya dalam PTD dan yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan yang lain, rata-rata menggunakan resume berbahasa Inggeris. Jadi kami merasakan bahasa bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk di pertimbangkan.

Tentang panjang resume, anda harus faham ianya berbeza dengan CV di mana dalam CV anda pelu nyatakan secara terperinci pencapaian anda. Tapi resume ialah satu tunjuk tara yang menerangkan diri anda sendiri. Jadi ianya mestilah ringkas dalam 2-3 muka surat sahaja.

Anda boleh muat turun Contoh Resume yang digunakan oleh saudari Noorahayu sendiri semasa berjaya dalam sesi temuduga PTD. Terima kasih untuk sumbangan beliau!

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!