Kenapa nak jadi PTD?
Kerjaya ini sungguh menjadi satu kerjaya idaman kebanyakan graduan universiti. Tak kiralah anda jurusan apa pun, bahkan saya ada juga teman dari jurusan Kejuruteraan Bioteknologi memilih untuk bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Hairan juga kan, tapi itulah penangan jawatan ini.
Kalau anda membaca ruangan komen sebelum ini, ada juga calon yang sudah menjawat jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam bertahun lamanya, memilih untuk menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik dan mahu meninggalkan satu jawatan yang dianya sudah selesa dan berpengalaman, tak lain dan tidak bukan, hanya kerana minat dan impian. Terharu juga membacanya, tapi sayang bukan rezekinya di situ. Setulusnya, kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.
Jadi anda bagaimana? Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan anda? Adakah kerana skim gaji dan kenaikannya? Ataupun meneruskan legasi orang tua anda yang bertugas sebagai pegawai ptd? Ataupun ianya merupakan satu impian yang mahu anda kecapi? Jadi posting ini sebenarnya ialah satu survey untuk mengetahui kenapa sebenarnya anda mahu menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ini juga merupakan salah satu soalan yang penting dalam sesi temuduga.
Kongsi cerita anda di sini dan kita mahu lihat apakah sebenarnya pendorong anda!
Bacaan tambahan:
Entri Berkaitan
Tags: berjaya PTD, jadi ptd, kenapa nak jadi ptd, pegawai tadbir dan diplomatik, tugas ptd






October 22nd, 2009 at 8:32 am
salam…
kenapa saya ingin menjadi PTD? sebagai penjawat awam yang telah berkhidmat di dalam skim ini yang baru mencecah setahun, saya dapat merasakan bahawa PTD adalah merupakan satu platform yang amat meluas pergerakannya. Saya pernah bekerja di dalam sektor swasta sebagai seorang jurutera tetapi kerjaya sebagai seorang ‘multiskill’ ini tidak terlalu terdedah dengan dunia korperat dan elit. saya mendapati skim PTD adalah satu profesion yang amat tinggi kreadibilitinya di mana ke mana sahaja kita pergi, orang akan memandang tinggi kepada kita. lebih-lebih lagi saya bekerja di peringkat negeri yang kerjaya saya lebih mencabar. kehadiran pihak kami sebagai penjawat awam ke rumah-rumah panjang sering disambut meriah. ini membuktikan bahawa betapa kaum-kaum bumiputera di Sarawak ini mengharapkan anggota kerajaan untuk melakukan perubahan di kawasan mereka.
October 22nd, 2009 at 8:52 am
Kenapa saya berminat dengan jawatan PTD ini,kerjaya ini merupakan kerjaya yang akan sentiasa berkhidmat untuk orang awam…sebenarnya jawatan kerajaan yang lain juga akan berkhidmat untuk orang awam, tetapi bagi saya kerjaya PTD ini akan memberikan saya lebih peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat selain dapat berkhidmat untuk masyarakat..lihat sahajalah PTD yang berkhidmat untuk daerah2,mereka akan banyak melibatkan diri dengan masyarakat..selain itu pengalaman saya bekerja sebagai pembantu tadbir juga banyak menarik minat saya terhadap kerjaya PTD ini.. melihat bos saya sebagai PTD dulu,telah menarik minat saya untuk menceburi kerjaya ini..dan saya sambung belajar di UiTM pun hanya untuk mendapatkan segulung ijazah bagi membolehkan saya untuk menceburi bidang ini…semoga Allah yang maha esa akan memperkenankan doa saya untuk mencapai cita2 dan impian saya ini…kupohon padamu ya Allah..amin (^_^)
October 22nd, 2009 at 9:59 am
PTD adalah impian saya semenjak saya graduan lagi. Setiap tahun saya mencuba nasib untuk bergelar PTD tetapi gagal. Kenapa PTD menjadi pihan saya ialah kerana, kenaikan pangkat yang cepat, daya kerja yang hectic, lingkup kerja yang tidak dormant dan stagnant. Memang benar, saya sekarang menjawat jawatan Tetap sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Jawatan ini baru disandang saya selama 3 minggu. Mungkin pembaca merasakan risiko yang harus ditanggung saya kerana jawatan PTD hanyalah kontrak selama 2 tahun berbanding saya yang berjawatan Tetap sekarang. Nekad saya makin kuat kerana setelah menjawat jawatan Pegawai Teknologi Maklumat ini, saya merasakan jawatan ini dormant dan stagnant. Saya melihat diri saya 10 thun akan datang. Saya masih bergelumang dengan perkara teknikal, pengaturcaraan di mana umur saya di masa itu telah mencecah 30an dan pekerjaan ini yang saya harus laksanakan sehingga saya pencen kelak. Hidup perlukan cabaran, dan PTD adalah cabaran yang terbaik buat saya.
Wallahualam
October 22nd, 2009 at 1:42 pm
secara peribadi, saya meminati jawatan PTD ni sebab nak capai cita2 saya. saya bercita2 untuk jadi representative bagi Malaysia ke arena global. dengan itu, saya lihat PTD boleh membawa saya ke destinasi cita2 saya. tak kisah la jika kena bermula dari bawah.
October 22nd, 2009 at 11:06 pm
mungkin pengaruh kawan kawan yg kata keje ni best
cepat naik pangkat
n selalu dpt p oversea ….ka..ka..
saya pun dah tetap kat goverment tp dah penat p sana sini PAC
mintak x dapat..
October 23rd, 2009 at 6:37 pm
Kenapa nak jadi PTD..??
Sebab saya nak memajukan diri lebih dalam bidang kerjaya saya..
Saya sukakan cabaran dan sangat mementingkan kesempurnaan..
Papa selalu cakap, saya seorang yang sesuai untuk jawatan PTD..
Berkat doa Papa dan Mama, family.. Alhamdulillah saya berjaya hanya dengan satu kali peperiksaan, PAC dan temuduga..
Yang mendorong lebih ialah kakak saya..
Sekarang dia merupakan seorang Pegawai Perikanan di Sarawak..
Dia menduduki peperiksaan PTD selama 3 kali tetapi gagal..
At last, saya pergi peperiksaan buat kali pertama dengan dia yang kali keempat..
Kami berdua lulus.. Tapi masa itu kakak dah dapat tawaran pegawai perikanan itu..
Kakak banyak bagi sokongan yang saya boleh melakukannya..
PTD juga merupakan satu jawatan yang amat susah..
Maybe sebab tu saya bertekad dari mula untuk buat yang terbaik..
Dan berusaha tanpa jemu..
Berbaloi jadi PTD dengan kerja yang banyak serta gaji yang agak best.. ^^
October 24th, 2009 at 8:00 am
Salam semua,
Biar saya kenalkan diri saya dahulu, saya telah menduduki 3 kali peperiksaan PTD.. alhamdulillah untuk kali ke 3 saya telah berjaya sampai ke peringkat temuduga dan seterusnya telah berjaya mendapat jawatan ini.
Walaupun umur saya yang ‘agak ‘ lanjut.. itu tidak menjadi penghalang bagi saya untuk terus mencuba.
Berbalik kepada topik kita bahawa.. kenapa nak jadi PTD ?
Secara peribadi saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profession yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih adalah cream of cream…
Mereka inilah yang akan menyusun dasar dasar kerajaan dan melaksanakan secara jayanya bersama sama pegawai pegawai kerajaan yang lain. Untuk ini mereka akan dibekalkan dengan berbagai bagai ilmu skils dan juga latihan yang secukupnya untuk melaksanakan tugas berat yang akan dihadapi.
Untuk mereka yang mementingkan kewangan semata mata,, PTD adalah bukan jawapannya..tetapi untuk jangka masa yang panjang saya percaya PTD boleh memberikan kelegaan dalam hal ini.
Oleh itu saya simpulkan WHY PTD ?
1. Satu jawatan yang disegani dan dihormati
2. Kewangan bukanlah satu satunya perkara tetapi.. ilmu.. network dan kepuasan adalah lebih penting
Sekian terima kasih
wassalam…
October 28th, 2009 at 8:53 am
salam..
saya menyokong pendapat daripada ‘orang tua’. Kerjaya sebagai seorang PTD ini adalah bukan faktor kewangan semata-mata, ini adalah kerana gaji for the first start tak setinggi mane, tetapi profesion ini amat tinggi nilainya. Sesiapa yang telah menjawat jawatan ini sudah tentu memahami keadaan ini. Profesion PTD ini terlalu meluas. Tidak semestinya PTD ini bekerja di peringkat global hanya kerana term ‘diplomatik’ yang ada. Sekarang saya bertugas di bahagian development. Saya berharap selepas ini saya dapat gain experiance melalui majlis keselamatan pula.
October 29th, 2009 at 12:07 pm
Salam,
Saya adalah dari golongan miskin dan menetap di Kampung di Utara tanah air. Saya mengetahui tentang kerjaya PTD ini semasa dihujung pengajian Ijazah saya. Sehingga sekarang saya sudah melalui 6 kali peperiksaan dan 1 kali PAC. Nampaknya rezki masih belum berpihak kepada saya lagi tetapi saya masih tetap bersemangat dan tidak putus asa untuk menjadi seorang PTD ini.
Kenapa saya berminat menjadi PTD ini adalah pertamanya adalah untuk membantu keluarga saya dan buat masa sekarang belum ada saudara-mara saya yang dapat berkhidmat dengan kerajaan walaupun telah berusaha & menghadiri temuduga.
Keduanya saya mahu membuktikan kepada orang kampung bahawa w’pun saya anak orang susah tetapi masih boleh berjaya dan berkhidmat di dalam sektor awam sebagai PTD. Ini kerana kedua Ibubapa saya terlalu dipandang rendah di atas kemiskinan dahulu dan tiada juga bantuan yang diberikan kepada keluarga saya pada semasa itu. Hanya cemuhan dan hinaan saja yang diterima membuatkan saya berusaha besungguh-sungguh untuk membalas jasa kedua Ibubapa saya ini dan membuktikan anak orang susah dan miskin juga mampu dan boleh berjaya.
Ketiganya saya adalah seorang yang sukakan cabaran dan mempunyai iltizam yang tinngi, maka saya merasakan PTD adalah kerjaya yang saya burui dan idamkan walaupun saya boleh dikatakan bekerja agak selesa dan ok di dalam sektor swasta sekarang. Demi memenuhi cita-cita dan impian saya, maka saya tetap akan berusaha untuk PTD ini. Saya amat bersyukur kerana bertemu dengan laman web tipsptd ini dan merasakan amat bertuah walaupun untuk peperiksaan kali yang ke-6.
Terima Kasih tipsptd kerana membuat saya yakin dengan peperiksaan pada 03/10/2009 yang lepas. Insya-Allah jika ada rezki saya untuk menjawat jawatan sebagai PTD ini. Amin. semoga berjumpa lagi.
November 11th, 2009 at 11:53 am
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Kenapa saya berminat menjawat jawatan PTD?
Saya berminat dengan skop tugas, cabaran dan prospek masa depan yang cemerlang seandainya saya terpilih menyertai PTD.Kerjaya ini memerlukan kita memiliki bukan sahaja ilmu pengetahuan yang luas dari segi pelbagai bidang dan skop, namun kekuatan dan kemahiran diri juga perlu dipertingkatkan.Di samping itu, saya berhasrat untuk terus berkhidmat dengan kerajaan memandangkan saya telah lama berkhidmat dengan kerajaan sebagai kakitangan sementara.
Namun begitu, terdapat banyak cabaran sebelum benar-benar dapat menjawat jawatan ini. Saya sudah pun 6 kali menghadiri peperiksaan PTD namun masih gagal. Saya tidak akan berputus asa dan akan terus mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran saya.Walaupun saya memiliki hampir 6 tahun pengalaman pekerjaan di bidang swasta dan kini penjawat awam, ia bukan merupakan kelebihan bagi saya untuk menjawat jawatan ini.
Sekian, terima kasih.
January 9th, 2010 at 2:15 am
salam dan selamat sejahtera,
kenape saya berminat dengan jawatan PTD?
Sebenarnya saya baru mengenali jawatan PTD, itupun setelah saya membaca akhbar berkaitan jawatan tersebut. Setelah saya ‘browse’ mengenai PTD, saya rasa jawatan ini bersesuaian dengan diri saya.
Jadi saya berharap rakan2 di luar sana boleh membantu saya untuk menyediakan diri menghadapi peperiksaan PTD..
January 22nd, 2010 at 10:55 am
PTD? Ntah,lecturer dah pukul canang PTD 2 best, aku try jela.2x exam, 2x PAC sume lulus.tunggu nak interview je ni.
Tak pandaila nak ayat manis, tp PTD ni aku just nak try test jek.
February 18th, 2010 at 5:08 pm
Salam 1 Malaysia!!!
Kenapa saya nak jadi PTD? Sebenarnya kerjaya ni memang kerjaya pilihan saya sejak grad dari Universiti dulu. Banyak kali juga la exam…lulus, gagal, lulus, gagal…tapi yang peliknya setiap kali PAC kat Intan tak penah la gagal…cuma intebiu je sangkut..masuk yang taun lepas dah 3 kali…frust giler rasa!!!
bebalik kenapa nak jadi PTD ni…saya setuju dengan pendapat orang tua. Kerjaya ini terlalu tinggi nilainya..bukan sekadar kerjaya biasa tapi kerjaya yang mencabar..mencabar dari segala segi baik mental dan ketahanan fizikal jugak…
Selain tu, kerjaya ini memang berreputasi tinggi dan dipandang tinggi dalam masyarakat (kalau tak caya cuba tengok camana orang respek gile kat D.O.) Betul tak???
Yang paling penting….exposure serta potensi untuk maju adalah cerah dan tinggi berbanding kerjaya lain dalam kerajaan (tak la kata kerjaya lain takde masa depan, tapi yang ni lebih la sikit)…
Sekian….
May 16th, 2010 at 11:13 am
knpa ingin menjadi pembantu tadbir kewangan??
December 30th, 2010 at 1:15 am
saya tmuduga ptd nanti pada jan 2011, sangat gementar sebab menaruh harapan yg tinggi dan semoga saya berjaya nanti, doakan saya untuk berjaya, terima kasih di atas tips2 ini kerana dapat membantu saya dalam mempersiapkan diri. Ptd is a great in public service.
July 7th, 2011 at 9:13 pm
Kenapa saya ingin jadi PTD?
Sebenarnya, saya ingatkan jawatan ni adalah jawatan biasa2 je, tapi bila cek info kat blog2 tentang PTD ni… begitu tinggi nilai PTD ni ye… sedangkan PTD merupakan pilihan kedua saya dalam borang SPA.. dan 16 Julai 2011 ni kena exam.
October 1st, 2011 at 4:29 pm
saya g apply PTD sekadar cuba2. sekali cubaan, saya berjaya sehingga ditawarkan jawatan PTD. saya melaporkan diri tanpa berfikir panjang dan ini adalah lantikan tetap buat saya tanpa ada istilah kontrak 2tahun. apabila didedahkan dengan kursus dan melihat dunia sebenar PTD ini, saya merasakan dunia ini bukan untuk saya serta bukan jiwa saya….