Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!

Keputusan Peperiksaan Ujian PTD Assessment Center sesi Disember sudah diumumkan hari ini. Anda boleh semak memggunakan link di bawah:

Semakan keputusan prePAC Disember 2009 (Klik DI SINI)

Ada yang gagal dan ada yang lulus. Itu satu yang biasa dan harapan kami ialah anda jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Sekurang-kurangnya jika anda sampai ke peringkat ini nanti, anda sudah anda pengelaman dan kelebihan masa itu sudah memihak kepada anda. Yakinlah setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan hikmah yang jelas ialah, kegagalan ini sudah pasti akan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk sesi yang sama pada masa akan datang! Teruskan Usaha

Untuk yang berjaya, sekalung tahniah daripada kami di Tips PTD. Anda sudah selangkah ke hadapan dan tinggal 1 langkah lagi sebelum anda berjaya memasuki skim ini. Jangan bazirkan peluang yang anda dapat ini, mula peka dengan isu semasa sekarang, mula bermonolog sendiri dan tingkatkan keyakinan anda untuk menghadapi temuduga akan datang!

prePAC 2010 292x300 Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!

p/s Kongsi keputusan anda dengan tinggalkan komen di ruangan komen. Kami juga gembira untuk mengetahuinya!

Bacaan tambahan:

  1. Jadual prePAC Disember: Semak
  2. pre-PAC Disember: Mula sekarang!
  3. Keputusan PAC Mac 2011 – Semak!
  4. Pre-PAC Disember 2009
  5. Muhasabah PrePAC 2009

Entri Berkaitan

Tags: , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

71 Responses to “Keputusan prePAC Disember: Semak sekarang!”

  1. rina Says:

    Alhamdulillah saya lepas. Tahniah buat yang berjaya dan bagi yang tidak, anda bukan gagal sebenarnya.. itu cuma kejayaan yang ditangguhkan. Teruskan berusaha!

    PS: Admin tahu bila tarikh temuduga?

  2. anonymous Says:

    terima kasih team tips ptd yang banyak membantu.. berkat saya rujuk pada website ni dh membuatkan saya selangkah lagi menuju ke perkhidmatan PTD ni. Korang mmg best.. =)

  3. latifah ramlee Says:

    Assalamualaikum….

    Alhamdulillah saya lulus PAC. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan memberi sokongan. Kpd pihak tipsptd, terima kasih kerana banyak membantu. Tahniah kepada yang berjaya. kepada yg tdk berjaya, jgn putus asa! Teruskan usaha! Semoga kita semua berjaya menjdi seorang PTD suatu hari nanti. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu…

  4. Noor Khamarol Nahar bt Ismail Says:

    Salam Tips PTD,

    Saya telah semak keputusan pre-pac, dukacita saya gagal. Tapi tak apa, saya masih ada pekerjaan. Alhamdulillah.

    Terima kasih untuk tips PTD.

  5. Azlinna Says:

    Alhamdulillah, saya lulus, but as I commented earlier here after Pre-PAC, I am still not sure nak teruskan ke peringkat seterusnya atau tidak. Ada sesiapa boleh bantu saya menjawab beberapa soalan, i.e. Adakah tempat mastautin dan tempat kerja pasangan diambil kira dalam menentukan tempat seseorang PTD itu akan di tempatkan? Sesiapa ada kenalan di JPA mungkin can help me…thanks. To all yang berjaya congrats dari saya & all the best utk temuduga.

  6. izzah Says:

    congratz utk yg berjaya… utk elis, INTURA 12/12/09 macamna, berjaya x? ingat saya x group sama waktu debat BM, dan senamrobik?

  7. amy Says:

    Alhamdulillah berjaya..gembira tetapi dalam masa yang sama berdebar-debar untuk ke peringkat seterusnya yg lebih mencabar. Terima kasih kpd semua yang memberi sokongan termasuklah tipsPTD yang byk memberi info. Selepas ini, diharap tipsPTD boleh membantu kami dalam memberikan tips untuk inteview pula.

    Sekian.Terima kasih.

  8. Noor Khamarol Nahar bt Ismail Says:

    Saya nak tanya adakah kita terpaksa menduduki semula ujian bertulis PTD untuk mencuba sekali lagi.

  9. abby Says:

    Alhamdullillah saye lulus Pre-pac ni… unexpected result.. first time for me take the exam and pre-pac… syukur saye lulus..

    trime kasih teams tipsptd… u all mmg byk membantu for the tips… harap akan kuar plak tips untuk interview..

    kpd yg gagal jgn putus asa.. insyaallah rezki u all akan smpai jugak nnt..

    kpd yg berjaya… TAHNIAH! :)

  10. mell Says:

    Alhamdulillah… syukur kepada Tuhan…. saya lulus PAC…. sangat berdebar2 untuk IV… BTW, thanks to team tipsPTD yg banyk membantu sy….

  11. bzzzt Says:

    Alhamdulillah lulus :)
    PrePAC Intengah 06/12
    Terima kasih Tips PTD.

  12. Azlinna Says:

    Terima kasih juga pada team Tips PTD dan kawan-kawan yang menyumbang info di Tips PTD.

  13. Azlina Tajuddin Says:

    Salam to everyone..Alhamdulillah,saya lulus PrePAC Dec 2009..ini kali ke2 saya menghadiri PrePAC..tahniah for those yang lulus..kpd yg gagal masih ada peluang utk anda,jgn cepat putus asa..
    Thanx a bunch to TipsPTD team..waiting forward for the upcoming interview session..semoga dipermudahkan Allah SWT.

  14. Edd Says:

    Hi suma… Result mendukacitakan… Hu3.. It’s ok myb bukan rezeki.. But ada masa I’ll try for 2nd time… But now nak fokus pada Master… Good luck y’all suma..

  15. adeep Says:

    Alhamdulillah, pass…
    PrePAC Intim 11/12

    Thanx TipsPTD.

  16. Fa Says:

    alhamdulillah pass too…prepac 5/12/09 INTENGAH..thanx TIPS PTD…

  17. arz Says:

    PrePAC INTENGAH 5/12/2009..
    anyone with me on that day..?
    bila interview ekk….?

  18. fikri Says:

    salam sume…alhamdulillah, pass…unexpected..mgkin rezeki anak yang bakal kuar nnt…tankx kpd tipsptd yang bnyk bantu…but nervous nk tggu next stage ni…huhu..agak2 bile tu

  19. Lina Chan Says:

    interview selalunya sebulan dari tarikh result PAC kuar..

  20. arz Says:

    thanks Lina Chan..
    How are u now..?
    u dah dalam service kan..?
    kat mana posting..?

  21. Ridhuan Says:

    Salam semua.
    Tak tau nak cakap ape. well, Alhmadulillah, saya lulus gak.hehe2…
    INTIM kat Kemaman 12/12 . 2nd day.

    Thanks a lot to tipsptd team. You help me a lot to face all these.

    Yang pasti Allah dah kabulkan hajat saya selepas banyak malam solat hajat sendiri kat rumah. Then mungkin sebab berjaya meyakinkan other victims that ‘sea man’ is among the important person who sholud be save first. (kpd yg dah g pre-PAC pasti faham). pastu mungkin sebab saya antara top-10 masa larian 2.4km.

    Anyway, harap-harap masa temuduga nanti pun lulus. Tak nak mencuba untuk kedua kali dah kalau boleh.

  22. Myarazee Says:

    Salam Team Tips PTD dan Teman2 sblog….

    Alhamdulillah….saya LULUS…
    Sangat tidak percaya…
    terima Kasih untuk semua yg byk mmbntu dan yang mendoakan…
    Ke[ada teman2 yg sekumpulan INTURA 13/12/09..terima kasih jugak ats kerjasama….jasa dan kenangan bersama kalian tak kan pernah sekali dilupakan…
    Untuk Team TIPS PTD…terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan, nasihat dan segala panduan yang diberikan…
    Doakan kejayaan saya dan teman2 lain untuk peringkat yang seterusnya….

    Wassalam…

  23. faraHoney Says:

    salam semua…

    Alhamdulillah..syukur sangat sy lulus PAC-PTD IKWAS(12/12/09) hari tu.Terima ksih kepada kenalan2 dan Team Tips PTD di atas bantuan kalian.InsyaAllah sy dan kawan2 yg berjaya akn buat y terbaik untuk temuduga yg akan datang.Sama-sama kiter berusaha.Kepada yg belum berjaya,sy doakan semoga kalian berjaya dan jangan cepat putus asa.

  24. Syafie Says:

    Salam semua, tahniah kepada yang lulus, saya gagal dan akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

    Saya berminat untuk menduduki semula ujian bertulis dan untuk itu, adakah saya perlu mengisi semula borang SPA8 atau secara automatik akan dipanggil semula.

    Harap dapat komen dari anda semua kerana saya tidak mahu cita-cita saya ini berkubur begitu sahaja.

    Terima kasih.

  25. fid Says:

    Salam kpd teams n rakan2 semua,

    Alhamdulillah..saya lulus pac n btul2 xsangka. sy di ikwas 12hb..to member yg lulus tahniah n yg gagal jgn give up..x lupa juga kpd team tipsptd yg byk menyumbang tips..very useful

  26. suraya Says:

    Alhamdulillah…syukur sangat2..terima kasih tak terhingga pada team tipsptd yang banyak membantu..

    Kepada yang tidak berjaya, yang memang bercita-cita untuk jadi PTD jangan berputus asa..=)

  27. azra Says:

    Masih bukan rezeki saya.. xper, sekurang2nye ada pengalaman.. humm, kena isi borang lg la ni?

  28. sha Says:

    dah check result….dukacita gagal…:(

    emm frust jugak kan, bila dah di takat ini, tapi kita yang merancang, Tuhan yang mementukan, terima jelah. tak tahulah sama ada nak diteruskan atau tidak selepas ini, umur pun dah semakin tua. kalau ikutkan, memang masih berminat.tengoklah nanti.

    buat yang lulus tuh, congratulations!…you are the best!!!get ready for the interview, ok? saya doakan agar cita-cita anda termakbul.

  29. moonlite8484 Says:

    Alhamdulilah, syukur. saya lulus. nie pengalaman pertama, x sangka berjaya mengharunginya. Berkat doa ibubapa n kwn2, tak lupa juga teams tipsptd yang banyak beri info @ tips perjalanan PAC sblum nie. keep up the good work!!Kepada semua kenalan yang mengharungi ‘perjalanan’ yang sama di INTENGAH 11/12/2009- harap anda semua berjaya dengan berita gembira.Thanks once again pada team tipsptd- benar kata anda, be yourself – itu yang saya lakukan ketika penilaian PAC tempoh hari.berbaloi2.buat yang belum berjaya, cuba lagi ya- InsyaAllah rezeki anda mayb pada masa akan datang, yang penting usaha. Doakan kejayaan saya dalam peringkat seterusnya!tk cr!

  30. epi Says:

    tahniah kepada yang lulus
    ada sesiapa yang pre-PAC di INTENGAH 12/12 layak ke peringkat temuduga?

  31. Miss^SeaMaN Says:

    assalammualaikum…

    firstly, tahniah buat semua yang berjaya…kepada yang tak berjaya, cube lagik. jangan putus asa. rezki ada dimana-mana..

    Saya alhamdulillah, lulus walaupun tidak berapa menjangka perkara ini berlaku. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat2.. Moga dipermudahkan untuk stage yang terakhir ni.

    Sekian terima kasih.

    .Intim 12/12/2009.

  32. 5ruz Says:

    salam, syukur saya lulus. Saya dari INTENGAH, 12/12. Ingatlah Tuhan dah tentukan perjalanan hidup kita, cuma teruskan lagi berkayuh di dunia ini. Ini kali kedua saya mencuba selepas kali pertama gagal ketika ujian bertulis. Tapi semasa menunggu ujian bertulis kedua, ada sesuatu yang menarik telah berlaku dalam hidup saya ( tiada kena mengena dgn PTD ). Mungkin Allah mahu saya menunggu agar menemui ” yang menarik itu ” sebelum saya layak ke jawatan PTD. Apapun saya berserah saja mengenai temuduga yang bakal dilalui.

  33. azlan(intim 11/12) Says:

    alhamdulillah sye lulus PrePAC kali ini. three i want to say here:
    thank you, well done, i’m sorry. terima kasih kepada semua pihak yg telah bekerjasama memberi sokongan dan dorongan kepada kami semua, terutama sekali TipsPTD. maklumat anda banyak membantu kami menjayai PrePAC kali ini. tahniah kepada yg berjaya, terutama sekali rakan2 seprjuangan di INTIM 11/12. sye minta maaf sekiranye ada membuat sebarang kesilapan kepada anda semua (yg mengenali/sye pki no.30 mase tu)hehehe. sye juga meminta maaf kerana x dapat membantu rakan2 lain yg telah gagal dlm PrePAC kali ini. sye berharap anda semua tidak berputus asa.

    Salam.

  34. admin Says:

    utk yg tanya kalau fail kena amik exam ke tak, jawapannya ya. yg fail anda kena duduki sekali lagi ujian bertulis, tak boleh terus ke prepac. pasal isi borang, anda kena semak sekali lagi samaada application anda masih sah atau tidak. biasanya anda kena renew 1 tahun sekali sahaja.

    tahniah sekali lagi untuk yang lulus dan saya gembira untuk anda semua! untuk yg gagal, kejayaan inshaAllah akan datang juga!

  35. izuan Says:

    salam..congrats utk sume yg lulus.. alhamdulillah lulus prePAC aritu..1st time attend prePAC actualy coz b4 dat 3x exam x lps beb..sy kt IKWAS 12/12..no 122..jmpa ms i’view pulak nnt k..

  36. wawan Says:

    asssalamualaikum..alhamdulillah…saya lulus pac ikhas 11 dec. tie kasih utk semua yg mbantu.

  37. aszwan Says:

    Alhamdulillah…

    Salam…saya lulus…(IKWAS 11/12)..Tahniah pada semua x kira lulus atau tak coz kita semua berjaya buat yang terbaik… bagi yg lulus, kita sama-sama teruskan usaha untuk lulus interview pula…yang gagal, jadikan ni satu pglmn yng mgkin akan brguna satu hari nnt..

  38. vino24 Says:

    hello semua… saya terhutang budi dgn semua… geng PTD.. syukur kpd Tuhan saya berjaya dalam ujian PRE_PAC di INTAN UTARA baru-bari ini! tahniah kepada semua yg berjaya…

  39. taurus09 Says:

    Saya lulus. alhamdulillah. Tetapi saya tak akan meneruskan perjuangan untuk pergi ke peringkat seterusnya. Terima kasih kepada team tipsPTD di atas segala tips yang berguna. Ia sangat membantu.

    Saya baru saja sedar yang PTD bukanlah kerjaya pilihan saya. Saya tak mahu membazir 30 tahun seterusnya untuk menjadi seperti robot, segala-galanya diprogramkan, cara pertuturan, cara bekerja. Ayah saya seorang PTD juga, Jusa B. Saya hormati beliau, tetapi melihat pengalaman selama lebih 30 tahun berkhidmat dalam PTD, menjadikan beliau seorang yang begitu bosan dan kehidupannya bagaikan diprogram. Beliau sungguh berbeza dengan personaliti saya. Saya jenis yang suka menyuarakan apa yang saya rasa, dan tidak suka hidup sebegitu. Pengalaman yang dilalui oleh ayah saya sangat-sangatlah membosankan. dan saya tidak sanggup menjadi seperti beliau.

  40. firdaus Says:

    knp IC sy tiada dlm urusan PAC……
    sy mmg amik PAC 12/12/09…..
    ade sesape jd kes mcm tu tak?????
    sape yg boleh tolong…. isu ni kire besar ni

  41. tucen Says:

    ramai gak yg x expect boleh lulus..hehe..
    anyone prepac kat intura 13/12 haritu?
    so mcm mana result korg? hehe..

  42. hatebreed Says:

    kalau x dpt hadir interview cemane ye?
    ke start all over again ke?
    alahaii…

  43. hamba Allah y kecewa Says:

    Assalammualaikum…
    TAHNIAH kepada y berjaya…pada y x lepas mcm saya tue chao!chao! kita usaha lagi…tp sy cukup sedih bila terbaca komen taurus y mengatakan dia sebenarnyer x berminat utk menjadi PTD, pd sy dia dh cukup terlewat utk tersedar sbbnyer knp baru skrg dia sedar, knp sblm nie (PAC)dia x tarik diri…kesian pada kami y gagal…sekurang² kalau dia tak sertai adelah peluang utk kami isi, wlpn hanya satu y kosong….pada sylah awq telah menganiaya kami….sorry to say itu y sy rase….

  44. Edd Says:

    Berapa org ye yg Lulus PAC agak2nye seluruh M’sia…? Yg Lulus Ujian betulis tu mayb more than 5k kot… So yg lulus PAC?

  45. epi Says:

    @taurus09
    harap anda lepaskan sahaja temuduga PTD anda dan berikan peluang untuk dilantik kepada yang berminat. Seperti kata2 pegawai semasa taklumat pada PAC INTENGAH yang lepas, jangan la nak test power ke suka2 pegi tapisan PTD, anda telah menidakkan peluang untuk orang yang berminat menceburi bidang tugas PTD.kasihan kepada mereka.berikan peluang ini kepada mereka.beri mereka kebarangkalian yang lebih tinggi untuk dilantik.
    Tapi memang best kalau kita boleh bekerja bebas dan menceburi bidang yang kita sukai.hasilnya lebih nikmat
    salam…

  46. amy Says:

    taurus09,

    Saya hormati pendirian anda berkaitan kerjaya PTD.

    Tetapi pada pandangan saya pula, kerjaya PTD tidaklah seperti robot yang segala-galanya diprogramkan. Semuanya bergantung kepada indivudu itu sendiri untuk menjadikan hidup/kerjayanya menyeronokkan atau membosankan.

    Saya sedang berkhidmat dalam skim PTD ini melalui lantikan JPA, dan saya juga sedang melalui stage-stage untuk menjadi PTD di bawah SPA.

    Sepanjang setahun saya berkihidmat, kerjaya PTD telah membuka ruang kepada saya untuk explore kemampuan diri sendiri. Arahan dari pihak atasan memang akan sentiasa ada, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk melaksanakan kerja dengan amanah, tepat dan betul, dan bukannya hanya mengikut secara membuta tuli seterusnya menjadi robot.

    Dalam skim PTD juga, kita masih bebas menyuarakan pendapat. Itulah salah satu kualiti yang perlu ada utk menjadi PTD; iaitu dapat mengeluarkan pendapat/idea yang bernas untuk dimajukan. Dalam menyuarakan pendapat, cara dan salurannya mestilah betul, bermaruah dan tidak melampaui batas.

    Saya tahu yang sesetengah org di luar sana yang memandang serong kerjaya PTD. Mereka menyatakan ptd adalah seperti robot, kaki bodek bos, pak turut. Tetapi percayalah ia tidak seteruk itu dan saya gembira sedang berkhidmat dlm skim ini. Ini adalah kerjaya yang saya inginkan !!!!

    Saya quote kata-kata dari bos saya:

    4 elements penting untuk berjaya;
    1. Knowledge
    2. Skill
    3. Experience
    4. Right Attitude

    Thanks.

  47. ryn Says:

    nmpknya percubaan kali ni juga masih blm ader rezeki..
    sedih tp tetap redha dgn ketentuan Tuhan..
    so, kena la mula skali lg.. kehidupan mmg satu cabaran..
    kpd yg berjaya, gd luck for iv, be yourself k..
    yg lulus tp xnk, jgn la membazir masa anda, hidup ini berharga..

  48. sya Says:

    prepac 5/12 ..i was with u,arz and fa..

  49. pinkyknot Says:

    Salam…

    Setelah membaca komen anda semua, tergerak hati utk sy turut serta memberikan komen. Alhamdulillah, percubaan kali pertama saya juga membuahkan hasil. Saya bersyukur sgt2 lulus PAC 12/12/09 di IKWAS. Thanks kepada tipsptd yg byk membantu. Juga kpd kawan2 yg sudi berkongsi idea dan terutama sekali kedua ibu bapa serta adi-beradik yang sering memberikan semangat dan doa kalian terhadap sy.

    Saya berharap kepada yang lulus, kite boleh fokus kepada interview yang bakal tiba. Kepada yang tidak berjaya, anda jgn berputus asa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apakah yang terbaik utk hamba-Nya.

    Doakan saya berjaya mengharungi sesi interview dengan success dan berjaya menjawat jawatan sebagai salah seorang PTD nanti. InsyaAllah.

    Wassalam.

  50. nana Says:

    hye..sy lulus PAC..thanx 2 admin n all frens yg sudi share info n experiance..Btw PAC satu pengalaman yg menarik..sy d INTURA 13/12..;p

  51. Lina Chan Says:

    ARZ :

    yes.. saya dalam skim PTD dah..
    skrg penolong pengarah di salah sebuah jabatan di bawah kementerian sumber asli dan alam sekitar..

    “u all sume buat betul2 tau time interview nanti.. tanya la member2 yang dah penah interview PTD.. dapatkan pengalaman mereka2 yang berjaya.. sayapun berbangga menjadi salah sorang PTD dan tak lama lagi dapat junior.. hehe..”

  52. latifah ramlee Says:

    salam Lina Chan,

    Dulu mase awk interview, awak pakai baju ape? thanks…

  53. Lina Chan Says:

    LATIFAH RAMLEE :

    dulu masa saya interview saya pakai baju kurung je.. ada sorang PTD penah cakap pada saya sebelum saya pegi interview PTD.. antara kriteria pemakaian yang MESTI dipatuhi :

    1. pakai baju kurung je sebab baju kurung, baju kebangsaan negara kita, malaysia.. jangan nak pakai kebaya ke, kebarung ke..

    2. jangan pakai baju dijahit dengan manik2..

    3. warna mesti la tidak terlalu cerah atau gelap sangat.. dan kalau boleh pakai la baju tidak bercorak berbunga2 sangat..

    4. pakai kasut hitam, bertutup depan belakang.. bertumit tak lebih 2 inci.. tapi yang pasti mesti bertumit.. yang lelaki kasut kena berkilat..

    5. pakai blazer.. nampak protokol sikit..

    erm, ada apa2 lagi.? ble email saya.. saya sedia membantu.. ^^

  54. aramint Says:

    Salam Lina Chan (or anyone yg dah dalam service),

    saya nak bertanya berkenaan gaji…boleh tak?sangat2 curious ni… ^_^

    1. akan dapat bulan pertama kita bekerja or still kena tunggu 3 bulan baru akan dapat skali dgn tunggakan?

    2. gaji ptd skrang akan ikut gaji basic M41 ataupun akan dipertimbangkan mengikut current gaji kita?

    thanks a lot for helping…

  55. Lina Chan Says:

    wslm..

    1. bergantung bila anda diserap masuk.. macam saya, masuk november 2009, gaji dapat hujung bulan disember (kira trus dapat gaji lumpsum 2 bulan)..

    2. gaji ikut tangga gaji ptd M41.. kalau degree, P1T1.. kalau ada master, P1T3..

  56. ryzie Says:

    hai…saya lulus-ikwas 12/12….
    lina chan-klo saya amek exam kat johor,intrvw kat johor gak ke?

  57. Lina Chan Says:

    RYZIE :

    u minta temuduga kat mana.?
    rasanya johor gak kot..

  58. bzzzt Says:

    hi lina can i have ur email? wanna ask few questions regarding ptd..thanks :)

  59. Lina Chan Says:

    BZZZT :

    azlina_chan@yahoo.com.my
    i nak bantu apa tu.?

  60. nana Says:

    admin..bole tlg bg info tuk prepare i/view nant..sape2 yg de info bole tlg share x..sy blur la i/view ni..xtau nk stat dri mane..helpp..

  61. Fa Says:

    SPA dah announce jadual temuduga ..check it out…..

  62. latifah ramlee Says:

    SALAM…
    Lina Chan, t.ksh utk info tu. Sangat berguna…
    Saya ingin tahu awak baca buku ape sebagai persediaan i/view?
    Terima kasih sekali lagi kerana banyak membantu…

  63. Lina Chan Says:

    latifah ramlee :

    saya banyak baca surat khabar, malay and english..
    pas tu tengok astro awani.. berita2 terkini..
    chat dengan member2 sePTDian kat portal PTD..
    itu je la.. key pointnya, kena banyak membaca walaupun kita tak suka membaca.. saya la tu orangnya.. hehe..

  64. CK Says:

    Temuduga saya di Kuching pada 4/2/10. Semoga berjaya kepada semua yang bakal menghadiri temuduga.

  65. izuan Says:

    salam semua..
    sekadar pertanyaan esp kpd admin n yg dh dlm service or sesiapa yg tau la..
    penempatan bila dh lulus i’view ni ikut pusat temuduga ke?.. cth nya klu i’view kt kl, posting kt area kl jg.. just nk tanya.. tq..

  66. ff Says:

    Resume in English or BM, anyone?
    Thanx

  67. Lina Chan Says:

    izuan :

    penempatan tak ikut tempat temuduga.. selalunya tempat temuduga ialah tempat kita tinggal.. penempatan mengikut kekosongan.. kecuali kalau anda sudah berkahwin, kebarangkalian untuk balik hometown tu, agak tinggi gak la..

    macam saya.. temuduga di kelantan.. tapi skrg bertugas di putrajaya..

  68. izzah Says:

    berdebar nak interview…
    cik lina chan, help us…
    selain baca paper, tgk news, apa lg nak focus ye?
    saya malas baca paper, tapi nak paksa juga mcm awak
    hehehe…

  69. Lina Chan Says:

    ff :

    resume is better in bi..
    but not necessary..

    izzah :

    erm, cakap depan cermin..
    tengok keyakinan diri..

  70. latifah ramlee Says:

    salam..
    Lina Chan, Bleh bgi contoh resume utk i/view x? tq…

  71. Lina Chan Says:

    wslm.. nak contoh resume, email saya..
    nanti saya bagi..

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!