Keputusan Temuduga PTD September 2009
Keputusan temuduga PTD September 2009 sudah pun diumumkan. Sedikit kelewatan berlaku kerana tertulis di surat temuduga yang keputusan sepatutnya diumumkan pada 12 Oktober, tapi 16 Oktober baru keluar. Apapun tahniah untuk yang berjaya dan nantikan surat panggilan lapor diri kelak dan selamat bertugas!
Untuk semakan, anda boleh semak melalui link di bawah:
Semakan Keputusan Temuduga PTD (DI SINI)
Kongsi kegembiraan anda dengan meninggalkan komen di bawah. Jika boleh, kongsikan tips anda mudah mudahan ianya memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Bacaan tambahan:
- Temuduga PTD – sesi September 2010
- Keputusan Temuduga PTD Februari 2010
- Peperiksaan M41 PTD Khas September 2011
- Sesi Temuduga PTD Jun 2009






October 16th, 2009 at 3:21 pm
alhamdulillah…agak2nya bila nak kena lapor diri ni?any idea?
October 16th, 2009 at 3:38 pm
Salam
Saya rasa xde pun menu semakan utk jawatan PTD disini.
October 16th, 2009 at 4:58 pm
Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. Saya telah berjaya di dalam temuduga tersebut dan berjaya menempatkan diri di dalam PTD. Mudah-mudahan ini adalah satu batu loncatan untuk saya meningkatkan ekonomi keluarga.
En. Admin. Saya dah emailkan pengalaman saya.
October 16th, 2009 at 5:00 pm
first to comment.. ^^
menunjukkan betapa saya peka sangat dengan blog ini..
alhamdulillah sy antara ribuan calon yang ditemuduga dan sukacita saya ingin berkongsi bahawa saya telah LULUS.. Yippie..!!
October 16th, 2009 at 6:18 pm
Salam.
Alhamdulillah, hajat utk menjadi seorang PTD telah dimakbulkan. Terima kasih kpd semua yg telah memberi sokongan. Setinggi perhargaan kepada blog tipsptd.com yang byk berkongsi maklumat tentang kerjaya ini.
Tips utama utk menjadi seorang PTD : kunjungi blog TIPSPTD.COM selalu..!!
Terima kasih semua. Sedia berkhidmat untuk negara.
October 16th, 2009 at 6:23 pm
congrats!!
October 16th, 2009 at 8:10 pm
Salam…
Alhamdullilah syukur akhirnya saya juga berjaya menempatkan diri dalam kerjaya PTD ni…Actually tak percaya lagi rasanya..Inilah doa mama dan abah saya serta seluruh ahli keluarga dan sahabat saya…
Million thanks to all of you..Blog ini banyak membantu..Moga segala jasa dan kebaikan kalian diterima..AMIN…
October 16th, 2009 at 10:39 pm
Alhamdulillah…blog ini banyak membantu… Dengan izin Allah saya lulus temuduga… Moga penglibatan saya dalam TipsPTD tidak berakhir di sini…betul tak admin?
October 16th, 2009 at 11:19 pm
blog ni byk membantu.alhamdulillah saya berjaya tapi tertakluk kpd pengesahan kelayakan?admin blh bantu dalam kebuntuan ini.
October 17th, 2009 at 12:01 am
Dear Team Admin,
Sejuta-juta TERIMA KASIH terhadap sharing dan tips di blog ini,
saya betul-betul tidak sangka saya akan lulus dalam temuduga pada halnya saya berasa malu apabila ditanya beberapa soalan basic yang saya tidak dapat menjawab.
Di sini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel-panel temuduga yang memilih saya pada akhirnya.
Sekarang,saya banyak stress terhadap cabaran yang akan saya temui,
saya berharap saya tidak akan mengecewakan panel-panel dari ujian tulis,PAC dan temuduga kerana saya sekarang sedang berbakti kepada masyarakat,tetapi dgn menjawat sebagai PTD,saya bersedia berbakti kepada negara secara professional.
terima kasih!
Kpd kawan-kawan yang akan kami temui tidak lama lagi,saya ingin cakap “hi,nice to meet you!”,See you!
October 17th, 2009 at 12:10 am
didy lulus gak..?? tahniah didy..
we met before kan..??
October 17th, 2009 at 5:46 am
To Lina Chan: I know we have met lots of times in this blog, but have we actually met before???
October 17th, 2009 at 1:50 pm
To Didy:
we just met in this blog.. hehe..
may i know ur name didy..??
October 17th, 2009 at 6:29 pm
tahniah kepada semua yang berjaya!
October 17th, 2009 at 7:54 pm
To Lina Chan: Nope. Hehe. *wink* (later)
October 17th, 2009 at 10:27 pm
Welcome To The World Of PTD..Semoga PTD-PTD Junior dapat berkhidmat dengan cemerlang..Kerja baik2..Kerja nie susah nak dapat..OK…
October 18th, 2009 at 2:32 am
thanx lee..
to didy : u r so cruel.. if i jumpa u nnt, siap la..!! sombong..
October 18th, 2009 at 6:07 am
To Lina Chan: *ooppsss! ada orang marah!*
October 18th, 2009 at 10:44 am
congrat 2 all… & me too…
thanx 2 tipsptd yg byk mmbantu…
u all ada idea x bila kita kena lapor diri?
ada posibility x kene lapor diri dlm masa terdekat ni?
emmm…. keje skrg notis tender kene hantar sebulan…
delima… x tahu nk buat apa…. pls tolong..
October 18th, 2009 at 2:36 pm
To elda :
sy dah hantar notis 3 bulan yang lepas..
bukan sebab yakin ble dapat PTD, tapi maybe rezeki sy dengan PTD..
lepas je dapat tau saya lulus PAC, saya terus hantar notis..
ujung bulan ni saya berenti..
dengar2 cite gak, kita melapor ujung bulan 10..
surat tawaran sampai minggu ni.. *berdebar*
October 18th, 2009 at 2:37 pm
To Didy yang tak cool langsung :
sapa marah awak..?? cian2.. ^^
October 18th, 2009 at 4:41 pm
tang…
hai…tak sabar nak jumpa kawan2 baru…
nice to meet you and all of you guys…see ya…
October 18th, 2009 at 11:34 pm
Salam…
Kpd yg berjaya saya ucapkan tahniah…
tpi saya tak berjaya dlm intvw d melaka pada 10/9 yg lalu..sedih juga kerana saya telah memohon jwtn ptd sejak dari tahun 2002 sehingga lah 2009.dalam tempoh tersebut yg paling byk dialami adalah tak lulus exam…lulus exam 3-4 kali dan seterusnya di panggil ke PAC sejak tahun 2007. cuma pada thn ini shj saya bernasib baik dipanggil ke temuduga dan mengharapkan kali ini merupakan rezeki saya ttpi hampa sekali walaupun saya telah menjadi pegawai kontrak sejak tahun 2002-2008 dan menjadi pegawai ttp mulai thn lepas sehingga kini. Semangat dan cita2 saya tidak pernah padam.
Tetapi saya merasa kecewa kerana panel tidak melihat pengalaman yg saya ada dlm perkhidmatan awam hampir 7 tahun dan semasa ditemuduga panel juga mempertikaikan knp saya minta ptd sedangkan saya telah ada kerja tetap. Telah berulang kali saya tegas dan nyatakan kerjaya ini merupakan impian saya sejak memasuki perkhidmatan awam walaupun saya hanya berstatus kontrak pada suatu ketika dulu. Saya jangkakan ini merupakan provokasi dari panel ttpi kebenaran dibuktikan dengan keputusan temuduga tempoh hari. Usaha, ikhtiar dan doa telah saya lakukan dan mungkin bkn rezeki saya sbg ptd dan saya telah buat keputusan tidak akan memohonnya lagi. Kepada yang berjaya…Selamat Maju Jaya saya ucapkan..
October 19th, 2009 at 12:10 am
To Nabilah..
Nice to meet u too.. ^^
October 19th, 2009 at 3:09 am
Terima kasih banyak-banyak kepada Blog PTD atas panduan-panduan dan maklumat yang amat berguna membolehkan saya berjaya dalam seluruh proses penilaian dan temuduga.
Saya amat bersyukur kerana dapat berjaya dengan sekali permohonan sahaja. Taniah kepada semua yang berjaya dilantik! Bagi mereka yang belum belum berjaya, janganlah putus asa dan terus berusaha. Saya yakin saudara/i akan berjaya kelak nanti.
Saya tak sabar lagi hendak berjumpa dgn bakal rakan-rakan sekerja saya. Nice to meet you all dan semoga kita semua dapat berkhidmat dengan baik dan berbakti kepada negara.
October 19th, 2009 at 3:44 am
To Lina Chan: Katalah apa-apapun…cruel ke, sombong ke, tak cool ke…saya terima je…
October 19th, 2009 at 9:12 am
Alhamdulillah…syukur..berjaya akhirnya…
thanks to this blog dan suma yg mendoakan…
congrats kepada yg berjaya dan kepada yang belum ada rezeki…jangan putus asa…
aak2 bila kena lapor diri?nak kena hantar notis ni…
October 19th, 2009 at 1:44 pm
wau..besnye korg…congrat2…
October 19th, 2009 at 3:15 pm
Alhamdulillah..
saya pun berjaya!!!
tq..tq..tq..to tipsptd blog ni coz sgt byk membantu.
May Allah Bless You All..
October 19th, 2009 at 4:01 pm
tahniah kepada yg berjaya..
saya tidak berjaya dalam temuduga yg telah diadakan di melaka pada 10/9/09 yg lalu…
sedih juga kerana telah memohon jawatan ini sejaka sekian lama dan ini kali pertama dipanggil temuduga walaupun sebelum ini telah banyak kali gagal di dalam exam dan pac..
October 19th, 2009 at 6:31 pm
To Didy : Apa2 la Didy..
October 19th, 2009 at 6:43 pm
tq lina chan..
saya pun dah hantar notis sebulan tadi..
kene keja sampai 18/11…
tadi ada call spa untuk cnfirmation…
spa kata exact date x cnfirm lagi…
but besar kemungkinan x sampai 1 bulan utk lpor diri..
skrg ni diorg tgh hntar official letter 2 kementerian…
hope selepas 18/11.. klu x, x dapat gaji lah bulan ni..
October 20th, 2009 at 12:38 am
syukur dan kami rasa SANGAT GEMBIRA untuk yang lulus, tahniah untuk anda!
untuk yang gagal, jangan putus asa yer! Helmi Ezwan, kami hormat keputusan anda. Apa-apa pun kami dari team tipsptd ucapkan ‘All the best’ untuk anda dan kerjaya anda. Yang penting, kita sama-sama menyumbang ke arah memajukan negara yang kita sayangi ini!
October 20th, 2009 at 11:20 am
Alhamdulillah sy juga antara calon yg telah lulus temuduga bln 9 lps..
Tahniah utk semua..
to Lina Chan..ingat x kita 1 group kt pdg (PAC)kt INTIM?
October 20th, 2009 at 11:27 am
tahniah kpd semua yang berjaya…
kpd yang tak berjaya seperti sy harap jgn putus asa….
mudah2an ada kesempatan lain atau peluang lain utk kita…
October 20th, 2009 at 11:35 am
yg latest one result exam ptd bile kuar ye? ade sesiapa tau?
anyway, congrats pada yg dh berjaya!!!!
October 20th, 2009 at 12:01 pm
To Elda :
Yeehaa..!! Nanti kita jumpa ye..
Tak sabar nak jumpa kawan2 baru..
To Helmi Ezwan :
Awak jangan putus asa ye..
Saya harap awak teruskan perjuangan..
Jangan terhenti disini sahaja..
Wish u all the best..
October 20th, 2009 at 12:39 pm
alhamdulillah… saya pun berjaya setelah 2 kali gagal exam. kali ketiga lulus dan pergi pac, jugak lulus dan akhir sekali ke interview…. alhamdulillah… kepada yang tak berjaya, cuba dan terus mencuba…
October 20th, 2009 at 2:13 pm
Alhamdulillah, saye pn lulus jugak temuduga on 09.09.09 yg lps.mmg blog nh sgt informative.since exam, slalu bkk website tips ptd nh.sekurang2nya ada tempat utk junior2 bakal ptd berpaut nak dptkan maklumat.hi3x.ape2 pn, yg paling penting ialah usaha, berdoa dan bertawakkal.Congratz tuk sume yg berjaya utk batch 2/2009=)
October 20th, 2009 at 4:49 pm
To Helmi:
Aku simpati ngan nko…kita ni senasib je…
hari tu aku siap p PAC kat Kemaman…tengah exam bertulis depa announce GURU x leh amek PAC. Mau tak bengang aku dah habis rm300 p sana (hotel-minyak-tol-makan). Lain kali pesan siap siap la dalam website SPA tu, takde la aku nk p sana.
And of course result sampai x yah bukak surat dah tau.
Tp percayalah, rezeki ada di mana – mana dan aku percaya semua yg berlaku ada hikmah belaka. Jd cikgu pun ok apa. He He.
October 20th, 2009 at 5:21 pm
To Botak_RXZ :
betul ke kalu dah jadi cikgu takleh jadi PTD..??
pelik gak ni.. *confius*
October 20th, 2009 at 10:23 pm
tq lina…nice to know you soon…
buat Helmi Ezwan, sy harap awak tak akan berputus asa untuk perjuang ini ok…kadang2 kita rasa ini yg terbaik tetapi Dia yang di atas sana jauh mengetahui..Apa2 pun saya doakan anda, saya dan lain2 akan terus success dalam kehidupan kita..AMIN..
October 21st, 2009 at 1:07 am
To Farah :
erm, saya rasa macam kenal awak gak la..
kita satu kumpulan erk..??
yang saya ajar korang menari poco2 tu..??
hehe..
farah, add me at facebook.. ^^
lama nak cari u all..
tak sempat nak kenal2 kan..??
waa.. hepinya..
October 21st, 2009 at 11:31 am
To Botak_RXZ :
Saya tak pasti pasal kes cikgu x bo jadi ptd sbb masa PAC saya di IKHWAS bulan 7 aritu pihak urusetia ada maklum kalau sesiapa yg dah tetap dan disahkan dlm jwtn termsauk cikgu tidak ada masalah dan boleh mohon ptd.
Saya lain skit sbb dulu pegawai kontrak negeri dan sekarang pegawai tetap di sebuah badan berkanun. Saya sedih sbb panel tidak tgk kecemerlangan saya termasuk pernah dianugerahkan pingat kebesaran negeri selain pencapaiqan saya di dalam perkhidmatan awam selama 7 tahun ini.
Malah panel mengkritik saya kenapa mohon ptd sbb dari segi pengalaman, sijil2 kursus peningkatan kerjaya dll yg saya ada seolah-olah saya terlebih kelayakan pulak. Sepanjang tempoh temuduga selama 1 jam tersebut saya diasak dgn pelbagai soalan yg menjurus kepada knp saya memilih utk jadi ptd sedangkan saya telah “selesa” dgn kerjaya sekarang. sedangkan org2 di sekeliling saya semuanya amat yakin bhw saya boleh berjaya.
Ntah la..saya pun tak boleh nak ulas apa2 kerana kecewa yg amat setelah melalui semua proses ini dan akhirnya kecundang di final stage..memikirkan usia, tempoh minimum utk layak menerima pencen dlm perkhidmtn awam, saya rasa saya perlu undur diri drpd memohon jwtn ini
October 21st, 2009 at 3:29 pm
To Lina Chan & Farah:
U all buat PAC kat INTIM jg ke? No. plat sy 125. I rasa kita sama group masa Akt. Fizikal…Grp I buat poco2 & joget jg. Sy ingat masa tu ada seorg perempuan yang kata namanya Chan. I yg cadangkan poco2 tp x tau nak menari….Pas tu, Chan mengajar kita semua. Kalo x silap masa perbincangan BI kita sama grp jg. I seorg sj yang bantah foreign maid digantikan local maid pada akhirnya. Happy betul dpt tau u all lulus. Taniah!!! Hrp kita dpt berjumpa nanti.
October 21st, 2009 at 4:10 pm
syukur…Sy lulus juga..now waiting for the LO
October 21st, 2009 at 5:24 pm
masa PAC kat INTIM dulu mmg dorg ada mention yg guru x leh apply ptd dah.bebudak final year yg x abis lagi pun x bleh gak.at least dorg dah tamat belajar; ada transkrip masa ambil exam ptd.
October 21st, 2009 at 10:26 pm
alhamdulillah..
berkat doa kedua org tua dan kesabaran selama ini akhirnya “dream job” ini hampir pasti utk dijawat.
bkn utk membangga diri kerana saya lulus ptd dgn sekali ujian utk setiap peringkat..tetapi saya percaya pd rezeki yg diberi oleh-Nya.
setiap yg berlaku pasti ada hikmah sebalik itu..
bermula dgn exam ptd di Bangi..
kemudian PAC di INTIM dan temuduga di Putrajaya..
berbekalkan pengetahuan yg xseberapa,mungkin juga dibantu oleh panel penemuduga hari itu.
saya mengakui tidak membuat persedian utk PTD ini..
tapi akhirnya hampir tidak percaya dgn keputusan tempoh hari..
kepada rakan2 sekalian..selamat memasuki perkhidmatan awam..
October 21st, 2009 at 11:01 pm
To Thai :
Yup.. Kita sama kumpulan la.. I know ur name..
Hai again..
I teach u how to dance.. haha..
U lulus gak erk..??
ok, nanti kita jumpa..
no plat saya 105.. memang btul la kita sama kumpulan..
kita sama2 berdebat dan sama2 berlari pecut di padang..
tak sangka jumpa kat sini.. ^^
October 22nd, 2009 at 10:34 am
sy dah check result utk PTD tetapi dlm status ia tdk menyatakan samaada GAGAL atau LULUS sebaliknya ia menyatakan TERTAKLUK KEPADA PENGESAHAN KELAYAKAN… ada sesiapa yg dapat result yg sama x or sesiapa tahu aper maksudnya?…
October 22nd, 2009 at 11:01 am
to Lina Chan:
Lina, just to make sure.u nh PAC kt kemaman on 4july tu ke?
October 22nd, 2009 at 11:55 am
ada sesapa yg dah dapat surat tawaran ke?
kalau ada leh la update kat sini…
October 22nd, 2009 at 6:46 pm
to torres…
LO x dpt lagi.. saya yakin kwn2 yg lain pun mesti x dpt lagi…
siapa yg dpt dulu.. tolong update ye..
to Helmi Ezwan & kwn2 cikgu yg lain…
jgn berputus asa or down dgn keputusan ptd ni..
yakinlah Dia nak bagi rezeki yg lbh besar dari yg ini..
dulu saya pun pernah rsa frust sgt2 bila apply kpli 2x & dpli 2x tapi x pernah dpt.. jwtan gov yg lain jgn kira lah, pendek kata semua iklan keja gov kt internet, semua sy apply tapi x pernah lepas.. sampai lah kpd ptd, sy nekad & bangkit utk buat yg terbaik..baru skrg sy dpt jawapan napa Allah itu x pernah bagi sy pluang sblum ni, rupa2nya Dia nak bagi saya rezeki yg lbh besar dr itu.. cuma yg penting kita perlu byk sabar & usaha utk trus majukan diri..
October 22nd, 2009 at 8:03 pm
nampaknya ramai juga calon2 INTIM dapat PTD ni ye..
semoga berjumpa lagi..
October 23rd, 2009 at 10:09 am
update…
surat tawaran dah kua petang semalam…and today diorg akan pos…
but this morning my sister dah tolong ambikkan…
kena lapor on 8hb dkt IKHWAS…
so standby je by monday semua dijangka menerima surat memasing…because rasanya diorg guna poslaju…
October 23rd, 2009 at 10:19 am
latest update…
sy call JPA td..one of d officer informed ade 2 tarikh lapor diri, 8hb n 13hb november…surat twrn sudah dihantar, maybe latest by monday smpai sbb hntr poslaju..
ada 2 tempat lapor diri: utara & selatan…
3/4 days course kat sane then trus msuk kementerian…
thanx..
October 23rd, 2009 at 10:36 am
5 days course…
mine…8hb until 12hb…IKHWAS…
October 23rd, 2009 at 3:41 pm
oh thanks for ths blog. its realy help me to sucess in interview…
October 23rd, 2009 at 3:42 pm
oh thanks for this blog…realy help me lots to sucess in intervw
October 23rd, 2009 at 6:29 pm
To Sarah :
wow.. macam mana ramai kenal saya ni..??
malunya.. hehe..
To All :
saya tak dapat surat lagi..
tak sabar nak melapor..
jumpa u all..
thanx to torres and gadget..
good luck to all PTDian..
October 24th, 2009 at 11:04 pm
surat tawaran dan kuar…???
takutnyer..betul ke aku akan bergelar penjawat awam PTD…still tak percaya g…;D
tq all for this update…
October 25th, 2009 at 1:46 am
saya lulus…
syukur alhamdulillah…
nak buat medical chek up …
p/s from PAC Intim 5hb last day… interview 9/9/09 di putrajaya
October 25th, 2009 at 3:06 am
To Nabilah :
surat dah kuar dah.. saya baru dapat hari ni..
saya melapor di Intan wilayah selatan (ikwas) kat kluang, johor..
my hometown.. lama tak balik kluang..
ada sapa2 lagi dapat di ikwas..??
see u there..!!
October 25th, 2009 at 10:47 pm
*Lina..
awak dah tahu ke…bape hb bulan report duty…??
sy blum dapat lagi la…maybe esok la kot…dia hantar by pos laju ke??
October 25th, 2009 at 10:56 pm
To Nabilah :
saya dapat surat tu semalam (24/10)
dia hantar poslaju..
maklumat seperti berikut :
lapor diri dan kursus asas pengenalan jawatan PTD gred M41
tarikh : 8 hingga 12 november 2009 (ahad – khamis)
waktu pendaftaran : 830 pagi
tempat : ada dua, utara dan selatan
(saya dapat di selatan, intan wilayah selatan (ikwas) kluang, johor)
*kalau utara di intan wilayah utara (intura) sungai petani, kedah
October 26th, 2009 at 9:07 am
hi frens me too at ikwas on 8th Nov…see you there…
October 26th, 2009 at 11:09 am
hi frens..
syukur sebab saya pun di antasa yang terpilih untuk pengambilan kali ini.
cuma nak tanye..
ade berape peringkat sebenarnya untuk lapor diri ni?
sebab saya tak terima surat lagi setakat ni berkenaan tarikh utk lapor diri..
October 26th, 2009 at 5:19 pm
To Mis Raje :
hai.. meet u at ikwas.. ^^
October 26th, 2009 at 5:21 pm
update..!!
ikwas 8 nov until 12 nov
intura 13 nov until 17 nov
*silap tarikh.. hehe~
October 28th, 2009 at 12:43 am
Dah terima surat semalam. Sy punya kat INTURA 13-17 NOV. Ada siapa yg dpt INTURA jg ke?
Kata kontrak tu kena isi dgn pen dakwat kekal. Any idea? Ball pen ke? Roller pen ke? Pen Dakwat ke? Ada siapa2 saudara/i yg tau? Takut nanti silap isi.
To Lina Chan:
Unfortunately, we can’t meet again. Tp mungkin kita dpt jumpa lg lps posting.
October 28th, 2009 at 9:55 am
thai: rasanya kontrak tu isi masa kat posting kat kementerian nanti…tapi elok bawak gak masa peg intura…
betulkan kalau saya silap…
October 28th, 2009 at 12:07 pm
hi linda….nice to meet u here….see you at kluang…..my name rajes
October 28th, 2009 at 12:08 pm
hi lina……nice meet u here….tak sabar meet u alll….my name rajes….
October 28th, 2009 at 11:50 pm
To Thai :
its ok.. nnt kita jumpa ye..
surat perjanjian tu isi masa posting..
sama mcm apa yang torres cakap..
sayapun paham benda yang sama..
To Mis Raje :
ok.. meet u there..
before this, sy chat ngan PTDian yang lain di forum ptd portal..
tapi bandwidth limit exceeded plak..
sedih betul..
October 29th, 2009 at 10:50 am
betul lah lina…bandwidth exceeded…
hari tu u pegi rnr awan besar x?
x dapat nak join lah…
October 29th, 2009 at 12:35 pm
To Torres :
saya tak pegi.. saya masih di kelantan..
minggu depan baru saya gerak gi kluang..
rindu nak chat ngan korang sume..
kat mana ye website yang boleh mengumpulkan sume orang..??
any idea..??
October 29th, 2009 at 2:49 pm
ya saya pun tak faham bot the pen dakwat hitam kekal. need clarification..
surat terima perlantikan when hv sign?….masa lapor diri? they say kena bawa asal & salinan…so panic…
October 29th, 2009 at 3:16 pm
salam sejahtera semua..
to mis raje,
sy ade kol SPA Bhgn Pengambilan..
diberitahu bahawa surat pelantikan perlu ditandatangani dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat pelawaan/lantikan diterima dan di fax terus ke 03-88885044 U.P En. Mohamad Nazmi bin Ismail..
maknanya kalau surat pelawaan diterima pada 16okt 2009, selewat2nya 30hb okt perlu dihantar ke SPA Bhgn Pengambilan..
manakala hardcopy untuk surat setuju lantikan pula perlu dibawa bersama2 ketika lapor diri.
TQ.
October 29th, 2009 at 4:40 pm
To Lina & Torres,
Thanks a lot. Nanti sy bawa pi INTURA.
To Zul:
Nasib baik u bgtau. Sy x tau langsung nak faks surat setuju. Sy cuma dan emelkan borang profail sj. Thanx
October 29th, 2009 at 5:29 pm
to zulhilmi: thanks…x tau pun kena faks dulu surat terima tu…
tapi rasanya paling awal kita terima pun pada 23hb..tu pun kalau collect sendiri…16hb cuma result keluar…
so maknanya 2 minggu dari 23hb la kan??
betulkan kalau saya silap…
lagi satu:boleh ke kita buat medical chckup kat private or kena gov hospital je???please sesapa clarify…thanks…
October 29th, 2009 at 6:51 pm
To Zulhilmi & torres,
Surat setuju tu setakat faks shj ke? Kenapa pula mrk bg 3 salinan? Tadi sy cuba call SPA jam 4:45, xde org angkat. I cuba call besok pagi. Surat tu I faks dulu. Kalo ada ape2, I bgtau semua.
Surat tu, sy dpt hari Isnin. Waktu dpt tu dah overjoy, cuma tau hantar profail shj belum baca semua isi dgn btul2. Kalo Zul x pos msg ini, sy memang xkan sempat nak hantar. Thanx again Zul. Kalo diorg nak yg asal, I hantar terus ke pejabat SPA besok.
Pasal medic checkup tu, sy x pasti. Tp masa bini sy buat checkup utk perlantikan guru, dia buat kat private. diorg terima jg. Bg I, I akan buat kat Pusat Kesihatan UPM.
October 29th, 2009 at 10:48 pm
ai bukan rancak bakal2 ptd ni berborak..
saya dapat kat INTURA..sama ngan Thai..see u there…
saya belum tengok la surat panggilan original coz still kat kl..abah sy faxkan apa yg patut je…so sy pun just email apa yg jpa minta and hantar surat setuju terima pelantikan je kat spa…
apa2 pun kita jumpa nanti ok…takutnyer….
October 30th, 2009 at 4:27 am
To Thai :
saya di IKWAS.. bukan di INTURA..
To Zulhilmi :
thanx for the info.. saya kena pegi SPA terus la esok kalu gini..
takut lambat..
banyak lagi saya nak kena buat rupanya..
alhamdulillah saya officially dah berenti keje hari ni..
sedih plak meninggalkan kawan2..
October 30th, 2009 at 5:07 am
bukan yang perlu diemel itu ialah resume and borang JPA(K)1/78 ka..??
surat setuju terima, pihak SPA minta kita bawa masa melapor diri..
seperti dalam surat ada nyatakan…
“Tuan/Puan dikehendaki memenuhi dan menandatangani surat setuju terima SPA.6A yang dilampirkan 2 minggu mulai tarikh surat ini…”
maksudnya, kita tandatangan je and pastikan tarikh surat tidak melebihi 2 minggu dari tarikh surat yang kita terima itu.. rasanya semua surat bertarikh 16 oktober..
“…dan melaporkan diri bertugas pada tarikh yang ditetapkan sekiranya tawaran perlantikan ini dipersetujui..”
maksudnya kita bawa je la surat setuju terima tu time lapor diri nanti..
October 30th, 2009 at 8:45 am
email cuma JPA K 1/78 je..resume bawak masa pg ikwas/intura nanti…lain2 tu rasanya masa melapor diri…tapi bawak jugaklah ke ikwas/intura…mana tau diorg nak jugak…
boleh x sesapa yg confirm senaraikan apa yg patut dibuat..boleh sama2 kita rujuk…tq
October 30th, 2009 at 8:50 am
Salam sejahtera semua,
To Lina Chan,
Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga,saya rasa elok jugak kalau kita faxkan/hantarkan dulu surat setuju lantikan tersebut ke nombor seperti yang diberitahu dan pada hari melapor diri, ketiga-tiga borang tersebut kita bawa bersama-sama.
To Torres,
1. Berkenaan tarikh pada surat pelawaan lantikan, tercatat tarikh 16 Oktober 2009. Sepertimana di dalam surat ada nyatakan…
“Tuan/Puan dikehendaki memenuhi dan menandatangani surat setuju terima SPA.6A yang dilampirkan 2 minggu mulai tarikh surat ini dikeluarkan…”.
Maknanya, 30 Oktober 2009 adalah tarikh akhir untuk tempoh 2 minggu tersebut.
Pemahaman saya pada mulanya adalah seperti Torres untuk tarikh surat setuju terima lantikan tapi setelah menelefon Bhgn Pengambilan, saya telah dijelaskan seperti yang tertera di atas.
Mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang ada idea berkenaan pasal hal ni?
2. Tentang medical check up, saya rase xde masalah rasenye kalau kita buat di swasta. Asalkan Doktor yang Bertauliah tersebut memenuhi segala perincian sepertimana yang telah ditetapkan
dalam borang medical check up untuk kemasukan ke perkhidmatan awam tersebut. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang ada idea berkenaan pasal hal ni?
October 30th, 2009 at 10:09 am
Saya dah call Bhg. Pengambilan SPA. Kata mrk, kita kena faks borang SPA.6A tu kpd no. sptmana yg disebut oleh Zulhilmi -88885044. Mrk akan call jika borang x diterima. Kata mrk, lagi bagus kalo kita hantar by hand….Skrang sy nak bertolak ke SPA….
October 30th, 2009 at 11:28 am
to zulhilmi:
nak ty jek, awak skrang keje private r gomen staff yek?sbb skrang sy nk cr those yg gomen staff n dpt ptd nh.any info x?yg sy dapat tau, kite akan ade taklimat khas oleh spa n jpa.sbb kite akan dilantik scara pinjaman, bkn kontrak.
October 30th, 2009 at 11:35 am
Salam Sejahtera Sarah,
Saya sekarang bekerja dengan private sector.
Dan saya minta maaf sebab saya tak dapat nak menjawab soalan awak berkenaan sesi taklimat khas dpd spa dan jpa.
Mungkin ada di antara rakan- rakan kita yang dapat bantu Cik Sarah kita?
Saya pun nak tahu gak..
October 30th, 2009 at 1:09 pm
thanks…i jz knw have fax to spa…..i
October 30th, 2009 at 2:22 pm
to zulhilmi.
thanks…i jz faks to spa…en.nazmi mail inform tel i faks…later may be i go spa…i double confirm…then my medical checkup GH will gv late results….so hw
October 30th, 2009 at 2:23 pm
two week period very shortime to settle all…
October 30th, 2009 at 2:24 pm
email en. nazmi in spa
nazmi@spa.gov.my
November 12th, 2009 at 2:23 pm
Slm.. anybody knows bile intake for those yg keputusan tertakluk kepada pengesahan? call spa die ckp lulus. emm bile ye intake?
November 16th, 2009 at 11:58 am
salam…Saya x amik PTD.. tp g interview Pegawai perancang bandar…
result dapat tertakluk kpada penegsahan klayakan..
time call tnya dia ckap simpanan.. so ape status sebenar trtakluk nih ek..confius.. sblum nih SPA call suh fack transcrip dgree.. dah fax.. so perlu ke aku berharap r.. huhu..
November 16th, 2009 at 2:41 pm
Slm,
Saya telah mendapat surat untuk menghadirkan diri kat PAC.
Tetapi apa maksud PTD Gred M41 kontrak? Terdapat tetap dan kontrak ke?
I’m confused.
January 25th, 2010 at 1:10 pm
salam..tahniah utk yg dh bjaya..saya akan ditemuduga pada 4/2/2010..boleh sesiapa bantu berikan cth resume?
June 21st, 2010 at 11:05 pm
hi semua, adake mana mana tempat tinggal dekat kluang? saya orang kl, tak tau nak duduk kat mana masa pergi ke PAC tu…
ingat nak pergi dengan train malam dan sampai sana pada waktu pagi…tapi takut nanti pengsan masa ujian fizikal