Nak Jadi PTD perlu TUAH?
Ada yang dah 4 kali menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik, tapi masih belum berjaya lulus. Entah kenapa, tapi itulah hakikatnya. Itu belum dikira berapa yang berjaya ke sesi temuduga PTD, dan mereka yang berjaya ke sesi temuduga adalah mereka yang terpilih dan ‘bertuah’. Benarkah begitu? Adakah faktor ‘TUAH’ menjadi sebab ramai calon gagal?
Mengikut statistik akhir tahun 2008, hanya 3,579 calon sahaja yang berjaya lulus ke prePAC daripada 48,514 yang dipanggil menduduki peperiksaan bertulis PTD. Nyata sekali peperiksaan bertulis PTD adalah satu stage yang ‘vital’ dalam menentukan sama ada anda boleh jadi PTD atau tidak.
Sebab GAGAL yang utama ialah, calon tak tahu langsung bagaimana soalan yang akan ditanya, apakah formatnya dan bagaimana persediaan yang sewajarnya. Ianya bukan persoalan ‘TUAH’ semata-mata, tapi persediaan menduduki peperiksaan tersebut beserta strategi khusus untuk bersedia dan berjaya. Sekali lagi perlu ditegaskan, faktor utama ialah persediaan dan bukannya TUAH. Mungkin ianya sedikit menyumbang tetapi TUAH bukanlah sesuatu yang perlu dittitikberatkan..

Bacaan tambahan:






February 23rd, 2010 at 11:23 am
salam admin.
nak tny la..selalu pd mereka yg lulus interview, gap antara hari check result and lapor diri berapa lame ye? teringin sangat nak tau sb kalau swasta diorg selalunye akan tny dulu sb nak ks ample time utk kita bagi notis kat old company.
February 25th, 2010 at 4:08 pm
assalamualaikum,
sekadar berkongsi info,(juga cuba menjawab soalan medayout). Bila kita dah mohon jawatan ini,kita bukan sahaja perlu membuat persiapan untuk menempuh peperiksaan kemasukan,perPAC juga temuduga. tetapi kita juga perlu belajar untuk “expect the unexpected & accept the unaccepted” untuk semua kemungkinan. bukan semua calon lulus@gagal, kerana wujud sekumpulan kecil yang keputusan temuduganya “tertakluk kepada pengesahan kelayakan” (seperti yang menulis ini dan geng2 yang seangkatan,kerana difahamkan banyak lagi kes-kes “tertaluk” selain daripada pengesahan kelayakan). apa yang berlaku kepada kumpulan ini,tidaklah dapat saya beri jawapan yang jelas tentang letak duduk status mereka.(moga2,dapat la surat panggilan sekali dengan intake yang baru lepas temuduga ni nanti…aminnn.bukan apa,dah lama menunggu..sedikit cemburu melihat rakan2 yang dah mula bertugas.hehe).
Pun begitu, kalau dah rezeki tu sampai awal,lulus dengan tiada masalah,tempoh menunggu tak lama pun…rakan-rakan yang ditemuduga september lepas hanya ambil masa 2-3 minggu saja.
wallahua’lam. =)
March 9th, 2010 at 7:51 am
btul kot mmg nk jd ptd kena ade tuah…terima jela semua kputusan..AKU GAGAL INTERVIEW!!!! sadisnya…
May 3rd, 2010 at 9:11 pm
lebih 50% daripada calon temuduga ada kabel.. yang lain kene la fight skit… smpi bila pun malaysia xkan maju kalau pakai orang dalam je…