Pegawai Tadbir Diplomatik di Tips PTD
Banyak email yang diterima baru-baru ini sampai tak terjawab. Jadi bagi soalan-soalan yang tak terjawab kami mohon maaf. Untuk minggu ini ramai yang tiba di blog ini mencari soalan-soalan temuduga kerja kerajaan. Memang banyak sesi temuduga sekarang tambahan pula dengan gabungan beberapa kementerian dan tambahan bajet di bawah pakej rangsangan ekonomi yang baru. Jadi saya ucapkan selamat berjaya untuk yang bakal menduduki temuduga jawatan kerja kerajaan.
Untuk sesi ptd assessment center (PAC) baru-baru ini ada yang memberitahu bahawa blog ini disebut oleh pegawai semasa sesi Ujian PAC dengan mengatakan blog ini tidak memaparkan maklumat yang tepat. Lucu pula bila mendengarnya. Anda sendiri tahu bahawa maklumat-maklumat ujian PAC dan lain-lain maklumat yang terperinci adalah dilarang sama sekali kerana ianya termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat umum yang berkait rapat dengan persediaan dalam setiap peringkat ujian sebelum berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Harapan kami ialah dapat menyediakan kepada pembaca blog dan pencari maklumat tentang kerjaya pegawai tadbir dan diplomatik ini satu maklumat dan flow yang betul tentang ujian-ujian pengambilan ke jawatan ini. Kurangnya satu tempat khusus membincangkan tentang kerjaya PTD ini menjadikan motivasi untuk blog ini dibangunkan. Jadi adalah diharapkan yang blog Tips PTD ini menjadi rujukan utama bagi mereka yang berminat menjawat jawatan pegawai tadbir dan diplomatik.
InshaAllah, minggu depan akan ada satu ebook percuma lagi untuk pembaca blog Tips PTD. Ianya berkisar tentang pengurusan gaji khusus untuk mereka yang makan gaji. Anda boleh tengok previewnya di Urus Gaji. Jangan risau, ianya percuma untuk anda!
Bacaan tambahan:
- Tahniah untuk Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru!
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik
- Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik
- Pegawai Tadbir Diplomatik di setiap Jabatan?
- Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?
Entri Berkaitan
Tags: blog tips ptd, pegawai tadbir, pegawai tadbir dan diplomatik, soalan temuduga, temuduga pegawai tadbir, temuduga spa






July 14th, 2009 at 10:23 pm
Adakah ebook percuma tentang urus gaji tersebut sudah boleh di download? Saya berminat untuk mendapatkannya
July 17th, 2009 at 11:39 am
masih blum. nanti akan diumumkan kepada semua subscriber ebook 27 Sebab gagal PTD
July 25th, 2009 at 12:55 pm
saya dipanggil utk ke exam PTD yang tak tahu la yang ke berapa…sblm ini saya telah lulus exam n PAC hinggalah ke temuduga dan saya kecundang. kemudian saya ditawarkan menjawat PTD (Kontrak). mlgnya slps 4 thn berkhidmat, kontrak sye xdismbung lg. 8 ogos 2009 amat ditunggu untuk saya kecapi semula impian saya untuk bergelar PTD. Namun saya takut gagal! saya amat kecewa..mungkin betul kte tuan..saya tak cukup bersedia..tolonglah saya..
August 2nd, 2009 at 4:47 pm
noorzi. setelah tidak disambung apa yang ditawarkan kepada anda? adakah ada perjawatan di jabatan lain walaupun bukan sebagai ptd? anda dah ada pengalaman berjaya dalam ujian bertulis dan pac, seharusnya ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda pada 8 ogos ini. kuatkan semangat dan yakin pada diri sendiri. inshaAllah kejayaan pasti mengiringi anda!
October 7th, 2010 at 8:22 am
Salam..saya nak tanya klu untuk jawatan penolong setiausaha gred 41 SUHAKAM sama dengan PTD juga status jawatannya..adakah bentuk soalan tmuduga sama seperti temuduga PTD juga