Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Gred 41
Ramai yang bertanya tentang ‘Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Sebenarnya bukan semua jawatan memerlukan pemeriksaan ini. Ianya hanya melibatkan jawatan-jawatan yang memerlukan aktiviti fizikal yang banyak seperti penguasa dan lain-lain.
Untuk tahun ini, jawatan Gred 41 yang memerlukan pemeriksaan ini hanya melibatkan jawatan ini sahaja;
KX41 Penguasa Penjara
KB41 Penguasa Bomba
KP41 Pegawai Keselamatan
N41 Pegawai Penguatkuasa
S41 Pegawai Kesatria
KP41 Pegawai Pertahanan Awam
Untuk Gred 27 dan 17, ianya masih skop yang sama dengan jawatan diatas. Tapi anda tak perlu risau, tunggu sahaja panggilan jika jawatan yang anda pohon memerlukan pemeriksaan ini. Kemungkinan besar juga untuk ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ dan memasuki skim Gred 41 melalui Skim KPSL akan dipanggil untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.
Untuk Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, yang diuji merangkumi
- pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada-calon wanita dikecualikan)
- pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna)
- pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik, berkawad)
Bagi pemeriksaan kecergasan pula bagi saya agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Ianya merangkumi;
- Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita
- ‘pumping’ dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)
- Lari ulang alik sejauh 10 meter (lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)
- Lompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)
Ketinggian minima bagi lelaki ditetapkan 162 sentimeter dan wanita 157 sentimeter. Berat pula minima 48 untuk lelaki dan 46 untuk perempuan.
Penilaian ini diperlukan untuk lantikan jawatan-jawatan di atas yang dikategorikan ‘jawatan fizikal’. Sudah pasti bila memohon anda sudah tahu syarat pengambilan dan bagi saya ianya sedikit mencabar berbanding jawatan-jawatan yang lain.
Bacaan tambahan:
Entri Berkaitan
Tags: pancaindera, Pancaindera dan Kecergasan, Pemeriksaan Fizikal, pemeriksaan fizikal dan pancaindera, PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN, pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan gred 41, pemeriksaan penglihatan, penguasa bomba, penguasa penjara, skim gred 41






July 28th, 2010 at 10:54 pm
salam…sya ingin kepastian penguasa imigresen xperlukan ujian ini ker..sebab ia juga kp 41..terima kasih
July 28th, 2010 at 10:55 pm
Saya rasa agak gementar untuk menduduki ujian kecerdasan..memang mencabar
July 29th, 2010 at 1:26 am
salam, saya passed exam april lalu utk 4 jawatan gred 41 ttp shingga skrg saya blum d panggil utk pac atau temuduga.tq
July 29th, 2010 at 9:23 am
Salam… Saya telah lulus exam 10/04/2010 yg lepas utk jawatan Pegawai Penguatkuasa N41… Bilakah agaknya saya akan dipanggil temuduga? Tq…
July 29th, 2010 at 9:34 am
kalau tinggi pun minimum 157cm utk wanita, saya dah sah-sah tak lepas walaupun ujian april dulu dah lulus…mcm mana tu?
July 29th, 2010 at 10:43 am
ya, saya pun menunggu juga, harap admin boleh ‘roger-roger’ contacts dalam spa, tanya agak2nya bila SPA nak buat panggilan nyer.
July 29th, 2010 at 10:50 am
ermm btul tu…excited bila da pass exam hr tu, tp smp skg xde pgilann pn..bila agak2 spa akan pgil interview yer..
July 29th, 2010 at 6:20 pm
- bb, khairi, fahmin, mai; ya panggilan masih belum dikeluarkan. harap bersabar
- jam, ujian fizikal hanya untuk jawatan2 yang disebutkan diatas sahaja
July 29th, 2010 at 11:03 pm
website ni banyak membantu. ada dua perkara lagi saya perlu tahu dan maybe sapa2 boleh bantu..
1st – kalau kita lingkup Pre-PAC, adakah harus mohon lain jawatan, selain dari yang dah 4 yang lain. saya mohon M41 dan juga S41 serentak.
2nd – agak2 bila keluar result Pre-PAC hari tu yea??
thanks…
July 30th, 2010 at 9:26 am
Saya pernah di panggil untuk menghadiri temuduga Peg. Penguatkuasaan N41. Sewaktu mengisi borang SPA8 dulu, tidak pasti pula sama ada jawatan ini memerlukan ujian fizikal. Dan, pada hari temuduga tersebut seramai 11 calon yang hadir, kami semua berpakaian formal dan rupa-rupanya kami diminta untuk membuat ujian fizikal terlebih dahulu, siapa yang lulus ujian fizikal barulah akan ke bilik temuduga. Hanya 4 orang sahaja yang layak sampai ke peringkat temuduga. Cuma yang agak terkilan, ada segelintir pegawai yang terbabit tidak bersikap professional kepada kami yang tidak melepasi ujian fizikal.
August 1st, 2010 at 12:16 pm
hai…sue pun da lulus ujian bulan april…tp t’tunggu2 utk panggilan ujian fizikal n tmuduga…agak2nye la bila ujian fizikal utk N41 nie???huhu…
August 3rd, 2010 at 12:49 am
salam,
sy telah lulus exam btulis ..
tetapi, sy memilih kebanyakan jawatan2 yg memerlukan kekuatan fizikal..
saya x aware ttg ujian fizikal tersebut, ketinggian sy langsung tidak mencapai 157cm..
jd, apa perlu sy buat ye?menukar pilihan2 jawatn yang telah sy pilih ke?
selepas exam?
aduhai, saya tak tahu pun psl jawatn nih memerlukan requirement fizikal..
August 7th, 2010 at 4:39 pm
saya pon lulus ujian masa april lalu utk penguasa penjara,sekarang saya pregnent 6bln,kalo lah saya dipanggil utk ujian dalam masa terdekat apa yg patut saya lakukan ye?
August 11th, 2010 at 11:53 am
Saya periksa laman web SPA tadi, ada panggilan pemeriksaan fizikal dan pancaindera bagi jawatan Penguasa Imigresen KP41, selama 2 hari iaitu 23hb and 24hb ini.
August 11th, 2010 at 12:38 pm
oh dah check..dpt panggilan ke pemeriksaan fizikal dan pancaindera utk penguasa imigresen..tapi, saya ni rabun..uhuk..anyone tau x if rabun mcm mana eh?
August 11th, 2010 at 1:07 pm
Salam.
Bagi jawatan Penguasa Imigresen Gred KP41, adakah pemeriksaan kecergasan sama formatnya dengan apa yang dijelaskan di atas?
Pemeriksaan saya pada 23 dan 26 haribulan Ogos 2010, di Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.
August 11th, 2010 at 2:24 pm
mFm: awk pun apply penguasa imigresen eh? ade ape2 info x ttg physical test tu? same mcm physical test polis ke?
August 11th, 2010 at 4:14 pm
Sy 25hb ni… kwn sy 30hb.. Sy rabunla.. mempengaruhi ke?
August 11th, 2010 at 4:55 pm
Saya da dapat tu panggilan juga untuk Penguasa Imigresen KP41, takkan la dorang nak buat Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan tu dalam bulan puasa juga.Kalau yang muslim susah la macam tu. Tapi setahu saya tak da pun dalam syarat lantikan perlu untuk ujian kecergasan pula.
August 11th, 2010 at 9:26 pm
Penguasa Imigresen pun X boleh rabun mata?
August 12th, 2010 at 8:33 am
huhu..klu mcm tu sah sah saya tak lepas ni…ada sapa2 yang dr SPA ke? pemeriksaan fizikal,pancaindera,kecergasan tu mcmna? especialy lg time2 bulan puasa ni..nak suruh berlari juga ke?
August 12th, 2010 at 10:45 am
Macam mana kalau ketinggian saya 150cm dan berat 52kg? gagal dalam pengambilan Pegawai Imigresen?
August 12th, 2010 at 11:11 am
Ujian fizikal pada bulan puasa?
August 12th, 2010 at 11:24 am
Saya dah dpt panggilan 24hb ni. Tp ketinggian confirm tak mencukupi
Lagi satu, bulan2 puasa ni dorang nak suruh kita lari jugak ke? Lagipun tempat pemeriksaan tu kat office, takkan nak lari 2.4km kt kawasan office. Tak faham la..
August 12th, 2010 at 12:07 pm
kalau tgh mengandung macamana? adakah dikecualikan dari berlari dan sebagainya?
August 12th, 2010 at 12:21 pm
sy pun dpt untuk periksa fizikal untuk jawatan penguasa imigresen..tp tinggi 1.5 jerk sah-sah xlepas…hurmmm
August 12th, 2010 at 12:35 pm
admin, nampaknya dalam ujian fizikal dan kecerdasan penguasa imigresen ini tak pasti dapat lepas atau tak sebab saya rabun mata,tinggi 152cm saja…macam mana pula tu?
August 12th, 2010 at 3:02 pm
~Shana~
Saya ada pengalaman mengikuti ujian pancaindera untuk N41, Peg. Penguatkuasaan, untuk Penguasa Imigresen tak pernah lagi. Basicly, untuk ujian pancaindera, rasanya sama dengan ujian untuk jawatan-jawatan lain. Tinggi, berat, BMI, ukur dada dan test mata. Cuma apa yang menjadi kemusykilan ialah tentang kod pakaian sewaktu ujian tersebut dijalankan.
August 12th, 2010 at 3:35 pm
huh..smua bingung2 ni..please somebody from SPA answer that questions..
August 12th, 2010 at 4:44 pm
wei result PTD dah klua tadi
August 12th, 2010 at 7:53 pm
salam. kawan2 yang pergi PAC bulan julai lepas, result dah keluar harini. dah boleh semak sekarang di SPA. =)
Alhamdulillah. syukur pada Allah S.W.T. saya lulus ujian PAC. saya doakan rakan2 sekalian juga lulus PAC. =)
August 13th, 2010 at 8:02 am
shana:yg test mata tu dorang buat macaman eh?yg ujian membaca huruf tu ke? klu pki cermin mata mcmna?
August 13th, 2010 at 8:11 am
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya saya juga lulus PAC hari tu. Thanks to my family, frenz and to the admin tipsptd, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
August 13th, 2010 at 10:03 am
KAO: yg test mata tu x sure x mcm mana diorang test, ade range yg specific kot..
August 13th, 2010 at 10:59 am
result PAC Julai 2010 dah keluar..boleh cek di http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_pe.php?jawatan=Program%20Assessment%20Centre%20Pegawai%20Tadbir%20dan%20Diplomatik%20%28PAC%29%20Gred%20M41&pemerolehan=SM20100063
August 13th, 2010 at 11:57 am
cuba semak blk jadual korg..ada info tmbhn
* Pemeriksaan Penglihatan dikecualikan.
uhhuhu..moskel2
August 13th, 2010 at 2:22 pm
ponpon:cuba tengok2 btul2 dia letak tu dekat ngn calon KPSL kn.
4. Calon KPSL disyaratkan Pemeriksaan Fizikal dan
Pancaindera.
* Body Mass Index diantara 19-30.
* Pemeriksaan Penglihatan dikecualikan.
means hanya calon KPSL ja dikecualikan tu.
Calon KPSL=Calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Apapun yang penting kita cuba dulu.Dapat ke x tu blakang crita kn
August 13th, 2010 at 2:44 pm
Pemeriksaan penglihatan serupa macam sesiapa yang ada pengalaman buat kacamata. Maknanya, dalam distance tertentu, kita dikehendaki menutup sebelah mata, kemudian pihak urusetia akan menunjukkan huruf atau angka yang tertera didepan kita, dan kita dikehendaki menyebut angka atau huruf yang ditunjukkan tersebut.
August 13th, 2010 at 3:45 pm
@KAO: xperasan plak mula2 hehe
@mFm: so, if yg pakai spek/CL ni time pemeriksaan penglihatan, perlu tanggalkan spek? ke mcm mana?
uhuksss
August 15th, 2010 at 1:39 am
Saya pun dipanggil utk ujian fizikal n pancaindera tu.. Kengkawan tak risau pasal lari2 sebab tak de ujian kecergasan la.. Yg saya musykil apa itu ujian pskologi?? Apa kandungan ujian psikologi?? ada sesiapa brpngalaman bolh share?? pastu apa kod pakaian ye?? dalam surat panggilan dioarng kata bawa bersama pakaian sukan
August 15th, 2010 at 6:23 am
Good Luck Everybody
August 15th, 2010 at 3:27 pm
hye kawan2..saya pon dpt pnggil utk pemeriksaan fizikal penguasa imigresen 23hb nie…..saya pon risaw juga…dgr2 nid a2nd intake yer?
hurmmm…psl psikologi test tue, yg syg taw dia more to menguji kta punya kecenderungan…
psl pakaian saya konpius jg…kan dia ckp bawa bsaam…so maksudnya adakah kite pegi kena pakai formal..then kt sana nnt bru tukar pakaian….
jum sape2 yg dpt kita buat discussion…blh add sy kt fb.. nie email saya: rafflesia_gurlz86@yahoo.com
bole jg ke blog sy..ade sedikit info yg saya muatkan disitu tnttng test nie… http://delicioustastydelicia.blogspot.com
saya jarang kat sini…so hope ade yg sudi bkongsi dgn saya sedikit sbyk info….kaalw dpt add fb pon ok sbb sy aktif kt fb..
August 15th, 2010 at 6:32 pm
Utk Penguasa Kastam dah keluar ke belum?
August 16th, 2010 at 7:34 am
~ponpon~
Pengalaman saya mengikuti ujian pancaindera tu, mmg pihak urusetia minta kita tanggalkan spek atau CL. Cuma, time saya hari tu, yang pakai spek katanya tak perlulah ikut ujian tu (kononnya dah tentu gagal), tapi mereka tetap memberikan peluang dengan syarat kena tanggalkan spek lah.
August 17th, 2010 at 8:28 am
mcm mn ni??? xpham la.. sy pn dpt gak pggln pemeriksaan fizikal penguasa imigresen.. dlm surat 2 rsnye xde pon letak contct no. sp2 yg blh dihubungi.. klu x blh je cll tnye cmne ngn dress code sbnr.. nk pkai pakaian formal ke or trus pkai pakaian sukan..
August 17th, 2010 at 5:31 pm
Salam semua, nk tumpang tanya pd admin tipsptd yg lebih berpengetahuan luas dlm bidang ni. insyallah sy akn attend utk pemeriksaan fizikal dan pancaindera bg penguasa imigresen pd 30hb ni. adakah bg mereka yg mempunyai anggota badan yg patah seperti siku dan bahu (sb kena langgar ms nk g kuliah) akn berdepan dgn masalah ketika ujian tesebut? Sbb bila tgok kat senarai semak, dinyatakn pemeriksaan fizikal anggota badan..
harap pihak tipsptd dpt berikan input kpd mereka yg berdepan dgn situasi yg sama sprti saya.. terima kasih..
August 18th, 2010 at 9:39 am
~Myra~
So, nanti u attend ujian fizikal penguasa imigresen tu, dengan berpakaian sukan atau mcm mana?
August 18th, 2010 at 10:13 am
~mFm~
xtau lg laa.. myb pkai formal kot.. sbb dlm surat 2 pon ckp bw brsama pakaian sukan.. xckp pn perlu pkai pakaian sukan sepanjang hari..
August 18th, 2010 at 11:17 am
~Myra~
Kalau macam tu, kita set pakai pakaian formal je. Then, bila pihak urusetia minta kita tukar pakaian sukan, barulah kita salin pakaian.
August 18th, 2010 at 11:59 am
~mFm~
yup2 btol 2.. dh bwk pakaian sukan 2 jgn lupa plak bwk kasut sukan..
August 18th, 2010 at 2:43 pm
ahmad tarmizi – saya pun kena kat jab.imigresen n9 jgk..confius sal pemakaian…tp lau ikut surat die ckp bawa…so dtg pakai formal la kan…
August 19th, 2010 at 3:16 am
pakai uniform imigresen lah hahahaha
August 19th, 2010 at 9:38 am
saya dapat temuduga pegawai imigresen gred kp41 30 hb ogos 2010…tapi saya rabun n tak cukup berat…p mmg nak sgt masuk bidang imigresen…mcm mane?strict sgt k?kan gred 41 akan kje ofis rasernya tak perlu strict sgt kot..
August 19th, 2010 at 11:57 am
hi all.. FYI, i baru je call pegawai spa. dia bagitau kene pakai pakaian sukan dari awal datang utk pemeriksaan fizikal sume tu. then, kalo pass terus ke ujian psikologi. mmg sport attire for the whole day.
August 19th, 2010 at 12:09 pm
~RnH~
Terima kasih di atas makluman yang diberikan. Kiranya mcm PAC tempohari juga kan, kena pakai sport attire.
August 19th, 2010 at 4:45 pm
tq RnH…kan senang lau dalam srt tu mention kena pakai pakaian sukan terus..neh tak…suruh bawa plak…
August 20th, 2010 at 8:15 am
ok..noted.. so sume pkai pakaian sukan ye.. n gud luck tuk sume…
August 20th, 2010 at 8:39 am
good luck all !! rasa seram sejok plak nak gi nnt.
August 20th, 2010 at 12:12 pm
tu la pasal.. ok, gud luck tuk sume gak!
August 20th, 2010 at 1:20 pm
hye all,smlm kol pegawai spa,die kate takde ujian kecergasan…fizikal only…
August 20th, 2010 at 4:34 pm
huhu..memang pun
August 21st, 2010 at 12:38 pm
salam
nk kan kepastian
konfem ke kna pkai pkaian sukan terus?
risao lak psl dress code ni
August 21st, 2010 at 2:28 pm
hello…sy pun dpt panggilan jgk..confirm ke xde ujian kecergasan?sbb dlm web xde mention tp dlm surat ada..n ‘diana’, klu xde ujian kecergasan so just pki baju formal je la kan…
August 21st, 2010 at 9:20 pm
Macam mana dengan calon yang rabun ni..?
patut datang ke tak..?
xde harapan ke?
August 22nd, 2010 at 2:24 pm
so..kesimpulan ats pbincgn di ats…1)kna pkai pkian sukan atau fmal..?..2)ade ke x ujian fzkl tme2 pose ni.?.sy pun tlibat pac imigresen bah..papn just give ur best shoot..
August 22nd, 2010 at 9:57 pm
(-_-) <— mata rabun
kalau x g kena blacklist x?
August 22nd, 2010 at 10:39 pm
~NmT~
Dlm surat xde plak ujian kecergasan. Fizikal & Pancaindra je la.
Kena pakai pakaian sukan sbb nak cek fizikal tu la. Klu lelaki kena bukak baju. Pastu kan kena berkawad plak. Takkan lah nak berkawad guna pakaian formal.
August 23rd, 2010 at 8:08 am
~swan~
dtg je… i pn rabun gak. klu de rezeki dpt.. klu xde rezeki redha jela nk wat cmne kn.. at least dpt pengalaman g ujian fizikal n pncaindera..
August 23rd, 2010 at 8:12 am
~NmT~
kn ‘RnH’ dh gtau dia dh cll pegawai spa…n peg spa 2 ckp kna pkai pakaian sukan 4 da whole day.. gud luck ye..
August 23rd, 2010 at 8:39 am
sapa2 yg da lps pac 2 lehlh shre2..
August 24th, 2010 at 10:49 am
salam semua!!!
saya rasa esok pagi terus pakai baju sukan siap2 & standby la pakaian formal dalam beg. jangan tak bawak langsung pakaian formal. at least kalau dah tersalah dress code boleh tukar. yang pasti, pakaian sukan wajib ADA sebab kita nak kena berkawad aiyayaaaaaaaaaaaaaaa
GOOD LUCK SEMUA!! SEMOGA ADA REZEKI KITA AMIN…
August 25th, 2010 at 3:30 am
SAPE YG BELUM WAT UJIAN IMIGRESEN, PAKAI TERUS PAKAIAN SUKAN. YG PAKAI SPEK BUATLAH APA YG PATUT UNTUK BG MATA CLEAR SBB JAUH GAK DIA SUH BC HURUF YG DIA TUNJUK. BMI CHECK LA SIAP2 GUNA BMI CALCULATOR KAT INTERNET. SAPE X CUKUP TINGGI BG TINGGI CKIT, X CUKUP BERAT MAKAN BYK CKIT. PEGAWAI PEMILIH IMIGRESEN STRICT, JUJUR & TEPAT. KALAU KITA LULUS DIA CAKAP TUAN/PUAN TAHNIAH ANDA LULUS. KALAU X LULUS, JANGAN NANGIS (POMPUAN)BALIK G TRAINING BUAT PE YG PATUT.UJIAN PSCYCHOLOGY JWB SETIAP SOALAN APA YG TERBIT DARI HATI. TP SELECTION MEMAMNG STRICT SBB NAMPAK GAYA MEMANG 1/3 CALON JE YG AKAN LEPAS. TAWAKAL NA INNALAHHUTAALA.
August 25th, 2010 at 3:34 am
SATU LAGI BERLATIH KAWAD, JANGAN DOK JALAN MCM ‘TUT’ NAK P MAIN MAHJONG. SAYA DOAKAN KAWAN2 SEMUA BERJAYA & MURAH REZEKI. NAMA SAYA ALUN BAKAL PENGUASA IMIGRESEN YG TEGAS DAN GAGAH BERANI. INGAT TU
August 25th, 2010 at 11:11 am
alun…kiranye dier bg tau time tu jgk la kt lulus ker tak…dowg juz check fizikal jer la eh…
August 25th, 2010 at 12:10 pm
thnks pd yg sdi shre..sy 27hb br pac..tp tnggi ckup2 mkn sje..
ntah lps ntah x..huhu
August 25th, 2010 at 3:22 pm
hello..
esok saya akan menghadiri pemeriksaan fizikal dan pancaindera utk Penguasa Imigresen…harap dpt lepas la…
soalan: boleh tak kalau pakai pakaian formal selain pakaian sukan untuk pemeriksaan ini?…siapa2 yg ada pengalaman, bleh tlg explain….?
August 26th, 2010 at 10:40 am
bawa ja pakaian pa pun..tak yah tukar baju g.better pakaian sukan la sbab kena buka baju lagi tu tuk ukur dada.time saya ujian da yg pakai sluar third quarter lg.huhu nasihat saya klu tak cukup tinggi, terlebih atau kurang berat, rabun, memang sah2 tak lepas.Jadi terpulang lah nak pegi ke tak.tak kena blacklist juga tu.
August 26th, 2010 at 10:57 am
wan…sy pun 27hb gak..same la kes tinggi ckp2 jer…tkt time tu nnt tak ckp plak…ape2 pun try jer la…never noe der rezeki plka…
August 26th, 2010 at 11:30 am
salam semua… baru berpeluang update arini…
saya dah pegi ujian di JIM Putrajaya 25hb aritu.. terus berpakaian sukan. tak perlu baju formal. mmg strict.. unfortunately sy fail coz rabun.. pegawai tu siap advice, next time toksah apply uniform coz rugi kuota pilihan jawatan… all the best for the rest.. juz feel lucky coz we r a 1+++ passed the exam for this position all over Malaysia…
August 26th, 2010 at 3:18 pm
salam. saya baru lepas mengikuti test fizikal jim. saya tak pakai spek mata, tapi sayangnya oleh kerana banyak sangat duk depan komputer maka mata dah rabun dan saya sendiri tak aware saya rabun sehingga tidak dapat melepasi piawaian yang ditetapkan jim. huhu… sedih sangat =(((
August 26th, 2010 at 8:03 pm
hai..sy tadi baru pergi tapi tak lulus sebab die kata saya ada masalah masa berjalan…die kata saya berjalan senget skit… mmg panas hati tapi apakan daya kuasa di tangan mereka… masa saya ada 25 calon… sy org ke 22 .. masa tu dah 6 org lulus semua perempuan..
August 26th, 2010 at 10:40 pm
Saya pun sangkut kat rabun..yg frustnyer tu examiner dua2 pun pakai ‘Spec’.rasa unfair la..tp apa boleh buat..mungkin rezeki kat tempat lain kn..
August 27th, 2010 at 11:55 am
hi allz…. da p pon ujian tu 26hb… n it was very2 strict… juz lulus 3 of 8…. even BMI kurg ckit pon xlepas… alhamdulillah i’m 1 of the 3 person…. risau gak… mmg baek pya check.. luar dalam sume kene.. igtkan laki jer… pompuan pon sama.. tp lam closed room la… even ada scar pon terus reject… to others yg nk attend tu chaiyok….
August 27th, 2010 at 3:25 pm
~KAO~
maybe examiner tu ptd.. sy sorg je penguasa imigresen yg jd valuer. 2 lg ptd.
August 28th, 2010 at 1:43 pm
hai everyone..
saya dah pi 26hb. fizikal sy ok, siap kena puji lg oleh timb.pengarah imigresen tu. tp sy sangkut kat colour-blind test. sy mmg buta warna. tp sy salute ah dgn timb.pengarah imigrsen tu, dia byk kali bg sy peluang utk colour-blind test tu, tp sy x blh nmpk jgk. katanya dia nak sy keje kat situ.
tp ni mgkn bukan rezeki sy kot. apa lagi yg sy boleh buat dgn ketidakupayaan melihat keindahan warna dunia ini..?
September 2nd, 2010 at 5:47 pm
hye semua..
saya baru je lepas g temuduga imigresen tu..
tp x sempat nak g tebiu..terus kene reject..hikhik..
rasa sedih mmg la ada sbb sbnrnya saya mmg minat sangat nak bkhidmat
dalam jabatan beruniform ne..
saya sebenarnya rabun..tu yg kene reject..
huruf2 kat depan saya mmg x boleh nampak..so sad..
lagipun huruf2 tu jauh..hurm..
dorg ada sejenis alat macam torch light tp kecik tuk suluh biji mata tu sama ada org pakai lens ke x..so kalau yg ada niat nak pakai lens waktu tebiu..maaf lah yer..mmg x lepas..
kepada sape2 yg tau camana nak ubat rabun ne..sile2 lah syer yer..
datz all info from me..bye..
September 7th, 2010 at 1:46 pm
sy bru dapat panggilan untuk ujian fizikal penguasa bomba.tapi sy rabun jauh.agak2 lepas x?
September 9th, 2010 at 4:57 pm
~yaya~
pada pendapat saya memang tak lepas la.. asalkan ade je title “Penguasa” dlm jawatan tu, mata kena perfect. Penguasa imigresen, kastam, penjara, bomba, etc.. apapun good luck la, tu mungkin rezeki awak klu lepas. doa banyak2.
September 13th, 2010 at 2:31 am
bila nak tahu nak kena panggil teview penguasa imigresen ni…
September 15th, 2010 at 1:10 pm
agaknyer lps lulus pemeriksaan fizikal imigresen kp41 nie ada PAC lg ker…
September 22nd, 2010 at 1:09 pm
rasanyer 5/10 nie konfirm kuar ka result pemeriksaan fizikal gred kp41
September 27th, 2010 at 12:36 pm
ok rabun
September 27th, 2010 at 1:06 pm
lps kuar result kp41 agaknyer ada PAC lg ker?? tlg ler bg komen…..
September 30th, 2010 at 3:32 pm
x dak dah kot rabun sebab rasanya terus interview & kalu lepas terview tu terus ke jawatan yg berjaya la. PAC tu suppose sebelum intervie, sbb terview is the last process. Kalu x betul ADMIN tolong betulkan.
October 1st, 2010 at 1:47 am
kwn2,,
bila agaknya interview/PAC bg peg. siasatan eh?lama dok menunggu nieh..
October 1st, 2010 at 1:04 pm
tq…
October 1st, 2010 at 8:43 pm
asalam mfm..kalu kita pakai CL jugak masa ujian.agak2 dorang cek tak mate kite??…tq.
October 2nd, 2010 at 12:24 am
kwn2..
bila agaknye PAC/interview utk peg. siasatan eh?
October 5th, 2010 at 12:51 pm
da cek spa ari nie blm ada lg result kp41,suppose 2be today tp mc blm ada lg..ntah2 kna tunda lg ker..lmanyer tunggu….
October 6th, 2010 at 11:36 am
fhb: mesti drang check punya dengan torchlight. Pakai cl tak lepas…
October 12th, 2010 at 4:24 pm
Untuk Penguasa Penjara pulak, bila yer agak2nya sesi ujian fizikal dan temuduga yerk..? sy ni kalau bab BMI risau gakz, sbb ketinggian sy 180cm, tapi berat pulak 105KG, rasanya nak kena diet maut ni.. bab mata dan larian rasanya xder lah masalah besar sngt, mata alhamdunillah stay dalam keadaan baik, larian pun okey sbb duk main ragbi, cumanya pumping 30x dalam masa 2minit, xterlarat rasanya, kalau setakat 20x pun dah melepek:p
October 23rd, 2010 at 8:28 pm
salam…just nk share pngalaman…sy dah lepas PAC n tgah tunggu panggilan tmdg utk penguasa imgresen..PAC tu pada 26/9 kt ptrajaya (ade sape yg kena pda hr yg sama??) huhu time tu bulan puasa n i was pgnant!!alhmdulillah,rezeki anak..(blom tentu dpt lg hihi)2 pmpuan n 4 lelaki lepas ujian tu…(xde larian,push up atau ape2,just tgok fizikal n mata je)
waktu PAC tu sgt la straight…xnmpak satu huruf pun kna reject..
sal pgnant ni,sy ada tya pegawai kt ctu n dia ckp dont worry,kalo u btul2 layak,boleh diadjust smpai brsalin (lgpun tatau bila dpt)
November 2nd, 2010 at 10:02 am
sape2 g interview penguasa imigresen bln ni ek?
November 2nd, 2010 at 10:04 am
saya kena g 11.11.2010 di SPA…setau saya arini start interview kn?harap2 adr rezeki 4 jawatan ni….
November 2nd, 2010 at 7:33 pm
yup!arini 1st day!ada sape2 yg da pegi intebiu?
share la apa dia tnya…
saya kena 10.11.10 ne…..takutnya…
selain dari study psl jbtn apa lg nk kena tau yer?
November 5th, 2010 at 1:35 pm
baru lepas gi ujian fizikal pada 4/11/2010 kat putrajaya..malangnya tak lepas sebb x cukup tinggi..dia nak tinggi utk pompuan 153cm..aku punya tinggi memang ngam2 153cm..alih2 kat sana tak cukup 500 maknanye tinggi aku kat situ derang ukur 152.5cm..yang lain sume excellent… pegawai yg ukur aku tu ukur sampai 3 kali…tapi x lepas..dia memang nak tolong tapi x boleh (padahal boleh je..ikut hati budi dia jugak)
memang keciwa tahap gaban tol…kalo terkandas masa interview tu aku tak la terkilan…ni 1st step da kecundang…
nasihat saya…kalo rabun,ada history patah ke, asma/semput paham2 je la…
sapa yg pregnant kene bawak kad antenatal tu…lepas bersalin bawak gak…pastu yg sihat walafiat tu..terus je pakai baju sukan dari rumah…kalo lepas ujian fizikal baru tukar baju kurung/kemeja..
sesapa yng akan pi intebiu…gud luck…moga berjaya..:)
November 5th, 2010 at 2:19 pm
takutnya nak intbiew cming monday
November 6th, 2010 at 10:59 am
akula sy ujian fizikal dh g 30.8 pastu dh lulus…awak 04.11.2010 ujian fizikal 4 ape ek?penguasa imigresen@pegawai imigresen…sy 11.11.10 interview,xkn kena ujian fizikal lg?…hope segalanya di permudahkan…sapa2 dh interview penguasa imigresen syer a skit pengalaman…
November 6th, 2010 at 11:32 am
zana, sy gi intebiu utk pegawai imigresen..so awak da lepas ujian fizikal..mungkin panggilan kali ni untuk intebiu sahaja..sbb masa time saya tu…kalo tak lepas ujian fizikal..x leh gi intebiu on the same day…(kata pegawai tu la)
moga awak berjaya nanti..dah dapat nanti…gi tau la kami kat sini…:)
November 6th, 2010 at 12:30 pm
akula ms sy ujian fizikal ari last artu 19 org,lps 6 org je..pastu 6 org 2 terus amik ujian psikologi…pastu tggu surat spa ckp kita lulus…pastu br dtg surat interview pd 11.11.10….hope sy berjaya…thank 4 info…
November 8th, 2010 at 10:42 pm
rasa cam patah semangat nak g ujian fizikal esok 9/11/10… sebb aku rabun huhuuh.. tapi insyallah aku tetap pergi. sebb semua rezeki allah yang beri… moga2 allah membuka pintu rezeki ku seluas luasnya amin
November 8th, 2010 at 10:53 pm
salam..saya kena hadir ujian fizikal Imigresen esok..ada rabun skit la..hope lepas la…huhu..
November 9th, 2010 at 11:14 am
huhuhu, after tgok komen2 korang ni..aku rasa lemah semangat jer..aku rabun..ingat nak pkai CL, tp ada plak suluh spai dlm mata, tp tu la..mcm tak fair jer org imigrsen sendiri pun byk yg rabun..dpt plak diorg job tu..mcm mana kita yg rabun..jd buruh kasar jer ker? sekarang zaman IT semua dok ngadap komputer of coz rabun… Tolonggg.. sape yg rabun ada pengalaman n dapat job ni, kongsi skit…
November 10th, 2010 at 1:58 am
skang dah nak kol 2 pagi, aku blom gak pat tdo. gelisah nih. hahahah. esok nak interbiu. pumping 30 kali lam 2minit. mak aih. sakit giler tuh.. apa2 pun, wish me luck for tomorrow guys. salam.
November 10th, 2010 at 4:53 pm
sok interview…scary ni…smoga Allah beri aku rezeki itu..afrina doakan mama k…
November 12th, 2010 at 9:07 am
alhamdulillah dh selesai semua smalam…dpt no4 kul 10pg dh settle…die suh baca rukun negara,pastu ape perlembagaan,beza perlembagaan+undang2…pastu yg imigresen punya knp nk jd imigresen?if nk kejar PATI camne,x takut penyakit ke?if dpt anta jauh husband+baby cmne?ciri2 seorg penguasa imigresen ape?aku jwp jujur telus dlm keje,pastu die tanya if aku jujur cmne org bwhan plak?ape2 pun wish all the best pada yg blum interview k….smoga Allah beri aku rezeki 2..(ati sedih sbb dh tau dr 100 lebih just nk amik 8 org je..)
November 17th, 2010 at 3:30 pm
salam…sok sy intebiu ujian fizikal dn pancaindera..nk taw la..lpas tu ade intbiu lg ke?n ni intebiu pertama ke yg kedua?ujian lisan first ke ujian fzkal ni first?
December 23rd, 2010 at 8:02 pm
Salam…saya skrg mengandung 7 bulan..sy br dapat surat pg pemeriksaan fizikal,pancaindera dan kecergasan..tarikh 28/12/2010..tgk kandungan yg diorg bg kena lari,bangun tubi,lompat jauh..mana boleh buat lasak2 tgh mengandung ni..nak pg ke tak ye.. ada pengecualian x?
December 26th, 2010 at 2:33 pm
salam sy nk tnya….untuk pemeriksaan fizikal,pancaindera dan kecergasan ni pg pakai bju sukan trus ka??atau pon kna pakai bju fmal dulu…….??mklum la kli prtma nk pg tmduga…
January 4th, 2011 at 12:45 pm
adus..nmpak cam besar jew mslah rbun kt cnie…sye rbun ckit jew jew…tpi untuk test nie mmg smangat gilew r..nk pas gk…doakan sya yea all frenz……..salam…tq…hope we together success..maritim test…
January 6th, 2011 at 12:24 pm
apa cerita keputusan interview penguasa imigresen kp41. jom share
January 24th, 2011 at 4:08 pm
Rabun ape cerita? Berjaya interview penguasa Imigresen hari tu?
January 24th, 2011 at 9:54 pm
Saya nak tanya mengenai pemeriksaan fizikal dan pancaindera..kak saya ada dpt surat panggilan pemeriksaan fizikal dan pancaindera untuk jawatan Pegawai Imigresen..Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tinggi dia 1.48m je..kalau tgok kat dalam surat panggilan tu memang tak layak dah..Tp deskripsi tugas /gaji permulaan kat SPA8i untuk jawatan Pegawai Imigresen tak ada la pula nak fizikal dan pancaindera ni..Bila dia tengok balik surat tu..dia terus tak ada motivasi nak pergi temuduga tu..Jadi,apa pendapat korang semua?..sekian,terima kasih
January 26th, 2011 at 5:07 pm
sy dpt gak interview pgawai imigresen kp17 23/02/11 ni…tgi 163cm.berat 53kg…kira ok la x da apa msalah…cuma risau psl interview lisan plak…apa jak yg d tnya ar?????
January 26th, 2011 at 7:56 pm
sy dpt gak interview pgawai imigresen…sye lepasan spm jeww..takut la nk pergi interview 2..boleh sape2 y penah pergi interview pgawai imigresen ujian fizikal kongsi dgn sya??
January 28th, 2011 at 12:29 am
salam…
sy dpt intrview peg imigresen kp17 pd 8hb2 ni…
ntuk pmriksaan fizikal dan pancaindra…
tp sy ni rabun…
cane ae nk wt ni…
my parent brhrp sgt2 sy dpt kje gov..n sy pn mmg hrp sgt3 dpt tp poblem ni sal rabun…
penguasa imigresennnnnn tlg la sy….
sy xsngup nk hmpakn hrpn parent sy…..
January 28th, 2011 at 8:57 am
guys ,ak pn dpt pgilan utk physical test pgawai imigresen kp17,mslh nya ak ni rabun lak 2..ada potensi ke nk pas exam 2???
January 29th, 2011 at 12:01 am
salam,saya umur 39 thn dan 1st time apply gov x sangka bole dpt gak interbiu utk pegawai imigresen 23/2/11 ni d bangunan persekutuan d penang..CT NURISNAH kamu interbiu d mana??ada ujian kecerdasan dak??
January 29th, 2011 at 1:46 pm
waalaikumsalam.wan37….sya interview kat sabah…rs2nya ujian spt yg ttulis dlm surat tu sj
January 30th, 2011 at 11:24 pm
salam,kalu dpt keja ni..perkhidmatan x cukup 25 tahun pasal umur dah 39thn,pencen mcm mana??mesti ciput punya..
January 31st, 2011 at 11:46 am
kalu rabun sikit2 minumla air carrot bg mata terang. kalu rabun byk,mmg x lepas la kena cari keja lain la. Lgpun bukan senang nak dapat,Competition..Prepare interview dengan pengetahuan isu semasa terutama ETP. Faham juga tentang apa2 yg berkaitan rasuah pasal JIM x mau ambik kaki rasuah.Nak jadi Pegawai kenala outstanding kan, x kan kita x nak tambah ilmu pengetahuan untuk dapat kerja yg berbaloi ni. GudLuck.
February 2nd, 2011 at 2:54 am
salam/selamat sejahtera. kepada semua adik-adik yg ingin memohon jawatan dalam Jabatan Imigresen Malaysia. abang ada tips-tips.
February 2nd, 2011 at 2:59 am
salam/selamat sejahtera. kepada semua adik-adik yg ingin memohon jawatan dalam Jabatan Imigresen Malaysia. abang ada tips-tips.
1. rabun – lupakan utk memohon (ini bdn uniform)
2. tinggi n berat ideal penting utk masuk unit penguatkuasa
3. soalan psikologi – jawab dengan betul..jgn tipu..
4. kena semangat n minat
5. baca n dapatkan info mengenai imigresen
6. semasa interview jawab dengan jujur…klu tak tahu cakap
7. perwatakan menarik/kemas/rambut, janggut, misai potong(lelaki)
February 2nd, 2011 at 3:11 am
sambungan…
8. kena ada daya kreatif n idea utk bg pendapat.
9. soalan menyelesaikan masalah – cuba bagi jawapan yg sesuai (contoh masalah pati)
10. jgn libatkan politik
11. kalau mahir bahasa ketiga satu advantages (contoh mandarin/inggeris/tamil/arab)
12. semasa temuduga jgn jawab teragak2. jawab dgn semangat dan sentiasa senyum
13. soalan maut – sanggup dihantar ke mana-mana? (jawap sendiri)
14. bagi calon Penguasa imigresen, bersiap sedia menjawab soalan dlm bahasa inggeris. tunjukkan komunikasi yg bagus dan jangan berlagak pandai..
February 2nd, 2011 at 3:38 am
terima kasih ‘orglamajim’ atas perkongsian yang amat bermanfaat sekali dan harap calon-calon boleh ambil perhatian atas perkongsian ini =)
February 2nd, 2011 at 2:38 pm
hi..slmt ptng..sya dpt surat pnggln tmudga utk pegawai imigresen kp17..and ada pmreksaan fzikal…tp sya tngo komen2 kwn2 yg lain rsa tkut pla sya..sbb sya jg rabun..emm..tp apa pn sya cuba yg trbaik..klu lpas syukur la…
February 2nd, 2011 at 2:50 pm
rsanya..mslah skrg ni adalah kbnykan kwn2 yg mau pi tmuduga tu rbun mcm sya jg..hehe..tp we try our best ok..dont give up too early.. hnya Tuhan yg tau sgala ssuatu..sya pi tmudga 10/2/11 ni..goodluck for everybody..see ya..
February 7th, 2011 at 11:29 pm
Alhamdulilah…terima kasih oranglamajim…sedikit sbyk dpt mbantu sy time interview nt….sy da 3kli interview gov ni..tp x rezeki lg….kpd kwn2 yg interview pegawai imigresen kp17 ni..07/02/11-25/02/11…semoga bjaya..
February 8th, 2011 at 3:54 pm
gdluck jg ct nurisnah..org sabah jg kmu kan..oh ya kna trus pkai pkaian skn ke bla nak dtg tmudga.??nervous sya..hehe..anyway have a good shot all guys..
February 9th, 2011 at 3:17 pm
hi….mslh sy ni lak lengan panjang nk tekan tubi mcmne 2???????????ketar2 tuuuuuu………huhuhuhuhuhu
February 9th, 2011 at 3:19 pm
14/2/11 sy intbiu takutnyer…..tlglh sape leh tlg setle mslh sy nie….
February 10th, 2011 at 2:37 pm
lexhamt..a’ah sy org sabah…awal jg ko interview..sy 23hb ni..mcm mn interview ko, ok jg ka? anyway..gud luck a..sy pun nervous jg ni…
February 11th, 2011 at 4:01 am
ermmmmm………
takot nyer nak pe interview 17/2/2011 nie…
banyak kekurangan pada saya berbnding kwn2 yng lain….
tpi w’pon bnyak kkrngan,saya akn cbe jgak…lau der rezeki alhmdllah,lau x der pon x pe jnji dh cbe…..
February 11th, 2011 at 3:29 pm
ada sumber2 ckp…klu ada parut pun kena reject jg..mcm mn 2 ya…klu mcm 2 tipis la peluang….ada sapa2 nak bg komen x????
February 12th, 2011 at 12:14 am
salam..sy dpt temuduga imgresen jagk tp bce komen2 ni semua rase cm tkt pun ad,sy pun rabun gak..tingi dh ok cme berat bdn je masalah..
February 18th, 2011 at 3:37 am
just nak kongsi pengalaman..
sy pernah di panggil interview kecergasan pegawai bomba baru2 ni..
lg teruk interview pegawai bomba :
-berlari keliling padang
-pajat just guna tali tnggi wo guna teknik sendiri sampai atas(nk tercabut tangan di watye,pkai tali tarik kapal pulak 2 pengalaman)
-angkat berat 60 kg ni lg dahsat x sape yg lepas
-angkat tangga ajax yg mememang brat
-berkawad keliling padang.
so ni sy d psnggil plk interview pegawai imigresen harap2 dapat la..
kwan2yg nk interview badan beruniform persiapkn diri se cukupnya rezeki xkan datang bergolek lau kita x berusaha ,he3
March 16th, 2011 at 9:19 pm
salam..esk sya interview bomba…rsa cmna ek..isau la plak…cmna nie…
March 28th, 2011 at 11:45 am
salam & hv a good day semua!!!
saya ingin berkongsi pengalaman semasa saya menjalani ujian kecergasan utk jawatan peg pertahanan awam (KP41) di institut latihan pertahanan awam di bangi. ujian pemilihan tersebut amat ketat sbb sape2 yg pakai contact lense tu mmg dia soh tanggalkan. dia akan check gune torch light kat mata tue. semasa berkawad mmg kene tanggalkan baju dan seluar track kene lipat hingga paras lutut.so, sape jgn jalan kengkang n bahu senget mmg takkan lepas. saya mmg tak benasib baik sbb BMI saya diorang kata tak ideal. mmg agak frustlah. bayangkan dari 60 org cuma 12 org jer yg stay utk sesi seterusnya (latihan dlm kump dan ujian minda). so, moral of the story, pilihlah jawatan yg sesuai dgn keadaan diri. wpun skg saya bekerja sbg pegawai tadbir di salah 1 kementerian di putrajaya secara kontrak but saya masih mencari jawatan tetap melalui SPA. takper, selagi ada usaha yg berterusan, insyaallah akan ada rezeki…
December 29th, 2011 at 10:13 am
Salam semua…
Ada panggilan terbaru utk ujian fizikal pancaindra untuk jawatan penolong penguasa bomba 19/1/2012. ada sesapa y lain dh dipanggil??? temuduga terus selepas ujian fizikal atau ada tarikh lain selepas tu???
December 29th, 2011 at 11:59 am
w’salam… sy ujian fizikal tuk KB29 pada 16/1/2012, bomba ipoh perak, rasanye tuk ujian fizikal je… maybe interview lain hari kot.. rasanya je lah… tk sure plak… ada sesapa bleh bg info sket
December 29th, 2011 at 10:59 pm
tula..sy pn dpt jgk kt jb 10/1/2012 ni..tu yg sy cnfius..ade temuduga lg ke x lpas ujian fzikal tu..
January 3rd, 2012 at 1:39 am
salam …aku pn sama dapat ujian fizikal kb 29 d putra jaya..tp aku rabun la..ade sape yg pegalamn interview bomba bleh bg info plzzz..
January 4th, 2012 at 11:16 am
Salam..
Aku pun dapat panggilan interview bomba kb29, 10 jan ni kat cyberjaya..
Dulu aku pernah interview bomba kb17, setahu aku kalau dah lepas ujian fizikal, kena tunggu dalam 4-5 minggu untuk panggilan interview. Klu xlepas ujian fizikal blik. Tapi dibagi pluang 3x untk buat ujian fizikal mcm angkat berat.
Kalu y pakai speck atau lense mmg kne tanggal dulu. pada pendapat aku kalau rabun sikit2 ok la, klu rabun bnyak aku sarankan ambik la pape ubat utk sihatkan mata… Sbb kalu ujian pancaindera xlepas dia suh korang trus balik.. Klu lepas ujian pancaindera termasuk kawad, korg akan wt ujian fizikal pulak, agkt beban, panjat tali,angkat tangga n last panjat tangga. Kalu ada masa bleh g mana2 balai bomba wt latihan fizikal kat sna.. free je pon
Smoga kita sesama brjaya nnti
January 5th, 2012 at 7:15 pm
hai,
saya pun dapat panggilan penolong penguasa bomba 17/01/2012 ni kat cyberjaya, tpi sya x cukup tinggi la…tak tau nk g ke tak?
kalau g takut kene reject terang2 jer…hmmm…masa nk apply dulu tak tau pulak tinggi perempuan paling minimum 153cm…
agak2 saya kene g tak???
January 9th, 2012 at 10:06 am
salam..aku nak taye pasal ujian mata la..test mata huruf sampai perenggan no berapa?yg aku tahu ade 11 baris.sbb aku ni rabun jauh tp sikit2 je..aku leh nmpk huruf samp baris 7 je..kalu diorg tunjuk baris ke 8 abis aku..sape2 yg pengalamn ujian mata smp mane yekk?plzz sape yg tahu…
January 20th, 2012 at 4:39 pm
Hai semua,sapa ada dpt peperiksaan penguasa kastam?????
January 21st, 2012 at 1:01 pm
hai Custam..
aku pn dpt exm pnguasa kastam tp pusat exm kat kota kinabalu..
hrp2 lepas la ni utk ke PAC plak.. anywy,SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yg mnymbutnya hehehehee
January 24th, 2012 at 4:27 pm
untuk penguasa kastam,ada pemeriksaan penglihatan x kalo lepas exam?
January 27th, 2012 at 9:40 am
Alhamdllillah….lulus ujian kecergasaan tuk pen.penguasa bmba kb29..leppas ni temuduga spa lak…sape2 yg pengalamn tuk temuduga spa tuk kb29..
January 28th, 2012 at 4:40 pm
untuk penguasa kastam,ada pemeriksaan penglihatan x kalo lepas exam?
February 3rd, 2012 at 7:39 am
Sabtu nie exam kastam…klu yg Rabun agak2 berbaloi x pegi exam??sbb mostly komen ckp klu Rabun jgn Harap nk lepas PAC…tu pon klu pass exam ni la..any comments?