Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?

Banyak persoalan dan luahan perasaan risau calon peperiksaan bertulis yang bakal dilangsungkan 10 April ini tentang soalan Matematik dan kami rasa sedikit terpanggil untuk buat satu posting pendek mengenainya. Sebenarnya ianya bukanlah sesukar yang disangka, cuma anda perlu tahu apa yang sepatutnya anda tahu dan lakukan sedikit latihan tentangnya. Itu sahaja.

mathematic lemah 300x236 Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?

Jadi apa sebenarnya soalan yang akan ditanya? Begini.. ada 2 ‘clue’ besar yang diberi oleh pihak SPA sendiri yang ramai orang terlepas pandang mengenainya dan Team Tips PTD sudah nyatakan dalam ‘Diskripsi Prima’ mengenai perkara ini. Apakah ‘clue’ tersebut?

  1. Calon tidak dibenarkan mengguna kalkulator
  2. Soalan hanya sehingga silibus SPM

2 perkara besar ini kalau diperincikan akan menjadikan persediaan matematik anda untuk peperiksaan gred 41 nantinya amat mudah dan kami terus terang yakin anda akan dapat jawab tanpa masalah besar. Jadi apa kesimpulan dari 2 perkara besar di atas;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang sukar
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

Mudah bukan? Anda seorang graduan universiti dan anda lulus subjek Matematik zaman SPM dahulu dan melayakkan diri ke Universiti dan sudah semestinya anda ada asas kalau pun tidak kukuh tetapi asas Matematik itu ada dalam diri anda. Apa yang anda perlukan ialah asah kembali kemahiran itu dan buat persediaan yang tepat dengan 2 ‘clue’ yang dibincangkan di atas. Tak susah bukan?

Salam kejayaan untuk anda!!

Bacaan tambahan:

  1. Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik
  2. Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010
  3. Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 – April
  4. Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?
  5. Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April

Most Commented Posts

Tags: , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

32 Responses to “Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?”

  1. yaya Says:

    emm btl..buat saj a1 set soalan mat..blh refresh semula..tgk gak nota2 ringkas mane2 bab yng rasa akn kuar..all d best

  2. mohd Says:

    saya cadangkan calon2 yg nak exam nanti ulangkaji sikit bab ‘set’… sebab soalannya berbelit2 sikit.

  3. aqma Says:

    eh..ada ke soalan set tu? yg psl luas, isipadu tu agk2 de kemungkinn ke nk klua?

  4. siti fatimah Says:

    untuk pengiraan seperti ini kit memerlukan formula. formula untuk segitiga ialah 1/2xpxl

    (x)(2)(4)
    1/2×4/3 = 1/2×12
    =6

  5. nurul Says:

    saya setuju ngan pasangan yang diberikan… n pada semua calon jangan bergantung harap pada nasib semata2, buatlah sedikit effort dengan mengulangkaji tentang soalan math… walaupon nampak cam budak school nak ambik exam jer gayanya tapi ianya pasti berguna kalau kita dah buat sikit flash back tentang soalan2 tersebut.saya juga nak ucapkan GOOD LUCK & ALL THE BEST untuk semua calon yang bakal menduduki exam gred 41 esok!!! 4/4/2010.

    p/s: make sure u r in a good mood 2 day n avoid argument with people yang boleh mengganggu fikiran u guys…

  6. nurul Says:

    sdorry bukan pasangan tapi pandangan!!!> hahah maafkan saya yer

  7. nurul Says:

    SORRY TYPING ERROR LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!!

  8. Hazimah Says:

    saya ucapkan ribuan terima kasih kepada team admin tips PTD coz bg info2 yg amt brguna sbg panduan dan rujukan utk brdepan dgn exam esok..Good job!!

    salam
    Hazimah

  9. indra Says:

    adakah soalan kebarangkalian akan ditanya dlm exam ni?

  10. Khairul Says:

    Macam mana dengan pelajar dah abis belajar..tapi tak konvo lagi..boleh amik peperiksaan PTD x…maksudnya..skrol ijazah tak dapat lagi tapi transkrip penuh dah ada…admin tolong jawab..urgent sebab esok saya kena hadiri exam PTD..kalau tak boleh..saya tak nak pergi…

  11. As Says:

    Thanks 4 d info…saya baru dapat sms hari ni untuk exam esok…doakan saya berjaya ya..

  12. akma Says:

    salam..

    err…tergelak juga la bace tips tu… tp x dinafikan..mmg betul pon.. (^_^)

    thanks for da info,ya…

    kpd semua yg akn ambil exam :
    smoga berjaya & jgn lpe minta restu ibubapa agar tenang….

  13. gee Says:

    hai semua.gd lck 4 2mrrow ptd exam.saya dh 4x ambek.hrp2 lps dpt tips ni,berjayalah hendaknya.

  14. haslina Says:

    ni bukan tjuk teorem phythagoras ke… yg ni x pyh kire pn bole tau.
    kalo x salah jwpn x=5cm. kena hafal kalo rajin. guna rumus pn bole kalo nk kire.

  15. Lizzie Says:

    salam..
    sy pernah mengikuti exam PTD ni last year.. hanya ingin berkongsi..soalan kebarangkalian yang agak mudah ada ditanya dalam kertas maths..tp kalu x tau konsep still x dapt jawnya..jadi sy cadangkan agar rakan2 buat sedikit rujukan dan latihan untuk bab tersebut..gud luck!!

  16. nadi Says:

    thanks semua,,doa2 semua dapat menjawab esok dengan baik..

  17. Fida Says:

    Salam semua.
    saya still tgh study lg nie…risau nak jwb esei BM & BI esok…
    thanks 4 team admin tip PTD coz bg beberapa tips…
    1st time sy amik exam PTD nie…
    tertekan sket rsnya beberapa hari nie….

  18. Izza Says:

    dah bace ape yg perlu mengikut tip.. xtau ler maner yg masuk exam.. huhu..
    gud luck seme k

  19. rina Says:

    kalo kte x bwk surt panggil periksa tu cmne eh? dh tsalah ltk, x jmpe ktne…

  20. Fiza Says:

    Haiii sumer….
    Thanks utk team tips ptd ni…
    risaunyee…hopefully blh jwab ngn tenang….xsmpt nk stdy byk..
    Goodluck utk sume sok….Gambate!!!!

  21. yatie wnh Says:

    saya sgt sedih dgn SPA sbb hntr saya buat exam jauh sgt… saya saty kt shah alam tp exam di Mardi,Serdang. smpy sane dh awal, dlm 8.15am naik komuter drop d komuter serdang,tp tunggu cab sampy udah dorg x nk hntr kami ke tmepat exam sbb dorg ckp akn lmbt smpy dan jammed,dorg ckp maybe sejam akn sampy. then,ktorg tunggu jgk smpy kul 9 lebih, ternyata mengecewakan sgt.. nie ke kelebihan public transport…trnyata kecewa sgt :(

  22. Farid Says:

    alhamdulillah.. dh selesai pun exam. huhu. soklan esei 1 malaysia kuar la. hahha. seronok btul jawab. err.. nk tanya ek.. pengasas enjin carian google sape ek? sy hentam jek soklan tu.. amik b. lary page. btul ke ek??

  23. chewani Says:

    Alhamdulillah..dah selesai exam..sy rasa exam kali ni..soalan2nya semua ok..matematik pun taklah susah mcm exam sebelum ni tapi..masa yang tak cukup utk semak..:(tapi rasanya perlu sgt kalau2 dapat lagi tips berguna utk akan datang..t.kasih utk admin yang mulakan blog utk persediaan exam ptd ni..sgt2 berguna utk kami..tq so much..

  24. nkkejagomem Says:

    ada ker soklan 1 malaysia tu? den xjumpa pun.. esei bm ker bi? betul la jwpn utk pengasas google tu b.. hehe

  25. akma Says:

    saya setuju dengan pandangan yatie,nasib baik saya tak naik public transport time tu,last2 saya gamble nak bawa keta juga kemardi dan parking pun ikut sukati jer sebab takutlambat masuk dewan.banyak juga calon yg datang lewat tapi nasib baik spa beri kelonggaran & peluang juga nak jawab ppaer tu walaupun keadaan agak kelam kabut juga.ada juga yang tak dapat g exam sebab jammed kat mardi,saya nasihatkan pada yati next time kalau dah tahu tempat exam jauh,contact spa untuk penukaran pusat ujian seberapa segera k.selalunua kesilapan pertama kali akan membuatkan kita berhati2 pada tindakan seterusnya…

  26. siti Says:

    alhamdulillah..exam dahpn hbis..sy baru tgk tips ni..tp xpelah..
    soalan mate x susah manepn..cume slalunye jwp soalan mate org suke kire lame2 & berkali2..mase2 mungkin terhad..tp kalu dah bnyak kali wat latihan semua akn jd mudah.

  27. fid Says:

    sy xdpt pegi exam. sedey sgt2..niat nk try lg ptd tu wpun dh smpi stage iv fail..hopefully u all yg pegi dpt jwb n dpt dpgil ke stage seterusnya..nti sy try lain masa..

  28. yatie wnh Says:

    Akma, owh i ingtkn public transport sng, that`s Y i x drive hari tu… tp sgt2 x sagka jd cmnie…sedih dan sgt terkilan…next time i akn call SPA if tmpt tu jauh, tp i just rsau tkut SPA x nkmelayan… anyway thanx for the info ye..:)

  29. yatie Says:

    Syabas kepada semua team akan tips2 yang diberi.Walaupun dah lama tak attend exam tapi seronok juga.Really challenge my brain and capability.Score mathematic cab be done if u have enough time..pd adik2byg baru nak minta kerja …usaha lebih pasti ada kejayan.termenung sekejap tgk ramainya adik2ku yg belum ada pekerjaan lg….cam.struggle for the place ..yg bestnyo..dah kerja ngan spa pun kena struggle uth naik pangkat with the same exam betapa mencabaranya zaman sekarang..so get prepare yourself before sit for exam.mana ada kemahuan tentu ada kejayaan.likes this team really assist me to score for an exam.well done n thanks for helping me equip with the knowledgen insyallah berjaya

  30. sagisyam2 Says:

    Tahniah kepada rakan2 yg sudah berjaya menduduki exam memasuki p’khidmatan awam. Untuk berusaha pergi dan menyelesaikan exam tersebut adalah langkah pertama utk mencapai cita2 anda. Setelah berusaha, berdoalah agar dipermudah segala urusan olehNya. Segalanya datang dari rahmat Tuhan.

    ‘it’s not how good you are, it’s how good you want to be’- Paul Arden

  31. john Says:

    matematik bukan la sesukar mana. tapi bergantung ianya bergantung kepada kepantasan calon berfikir.

  32. aima Says:

    me too dh lulus baru tahu kat sini ada tips….niway syukur lepas math sec….susah ya amaaat….for me la….xsangka lolos

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!