Peperiksaan Gred 41 vs Peperiksaan PTD
Sedikit analisis dan pemerhatian yang dapat disimpulkan mengenai peperiksaan yang lepas, ianya jauh lebih mudah berbanding peperiksaan bertulis ambilan PTD yang lepas-lepas. Jadi bagi yang pernah menduduki peperiksaan PTD sebelum ini tetapi gagal dan mengambil semula peperiksaan ini dalam format Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, kami yakin anda tersenyum menjawab soalan kali ini kan?
Untuk bahagian pengetahuan am, ianya lebih kepada pengetahuan semasa dan banyak soalan seperti peperiksaan sesi 2009 yang lebih kepada ‘seakan sejarah’ seperti sejarah Olimpik, Piala Dunia dan lain-lain dan boleh dikatakan soalan kali ini lebih santai untuk memuatkan pengambilan 14 jawatan yang merupakan calon dari pelbagai latar. Soalan Matematik juga lebih kepada logik dan anda boleh congak jawapannya. Cuma ada juga soalan yang ‘sedikit memaksa’ anda membuat sedikit pengiraan.
Begitu juga bahagian-bahagian yang lain yang lebih ‘umum’ dan tidak spesifik. Soalan-soalan esei tidak seperti soalan esei peperiksaan khusus PTD yang memerlukan anda memahami dan mendalami beberap fakta dan isu. Kali ini ianya lebih kepada bagaimana ‘matang’ anda menyuarakan pendapat sebab isu-isu semuanya umum dan tidak sesekali menyebabkan anda ‘tersasar’ dengan kesilapan fakta sebagaimana yang berlaku dalam peperiksaan PTD.
Secara keseluruhannya, untuk calon-calon jawatan PTD, anda harus bersyukur sebab peperiksaan kali ini disekalikan sekaligus membuatkan ianya lebih mudah, tidak seperti barisan calon senior yang dahulu. Tapi harus juga berwaspada, jika soalannya mudah, mungkin gred lulus juga akan dinaikkan memenuhi kouta yang telah ditetapkan dan kapasiti pihak INTAN sendiri untuk memuatkan calon dalam sesi prePAC selepas ini.
Bagaimana pula pendapat anda selepas melalui peperiksaan yang lepas?
Bacaan tambahan:
- Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010
- Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 – April
- Peperiksaan Gred 41: Persediaan Matematik sukar?
- Keputusan Peperiksaan Gred 41 ditunda?
- Keputusan Peperiksaan Exam Gred 41 Sesi April
Entri Berkaitan
Tags: exam gred 41, peperiksaan memasuki perkhidmatan gred 41, peperiksaan ptd






May 7th, 2010 at 1:14 am
emm soalan exam ..tak ada la payah sangat seperti yang digembargemburkan…pada tahap sedang2 saja..bnyk kpda pengetahuan am..yang pali saya inagt soalan dia pasal ukur gempa bumi guna alat apa n siapa pencipta google..pergh…pepun tips dari website ini yang dihantar secara email sgt2 mambantu keyakinan saya…terima ksih semua..ni kali pertama saya ambil exam bertulis spa
May 7th, 2010 at 1:18 am
hye..soalan exam…alhamdulillah…mmg pakej ni really help me a lots!!!well exam ptd mmg lagi susah..but this one better la..but still i never regret take this e book as my reference…just pray for the best..thanx to ur team..
May 7th, 2010 at 1:32 am
Pada saya, tahap soalan exam gred 41 kali ni masih sm mcm dl… terlalu subjektif nak senang atau susah… sebab ini kali ke 3 saya ambil exam ni..kali pertama saya ambil, mungkin rezeki sy, saya lulus…(ms tu sy g tanpa study ape2 pun) x sangka lulus. rezeki kan.. second stage pac pun lulus…cuma sampa tmdga sy kandas…mmg kecewa… xpela, itu dh lepas, skang sy menaruh harapan utk lulus exam ni. tq..
May 7th, 2010 at 1:33 am
Salam
Memang betul la xsusah.Cam soklan B.I, salah satu pasal social networking. Senang la kot…tapi xtahu la dapat score ker x. Cuma ada menda yang saya agak musykil dengan kesahihan citer nie. Dia nie dah lepas exam PTD…PAC lepas…sampai la interview. Masa interview, terang2 diorang cakap, PTD nak lelaki…perempuan dah terlalu ramai. Bila result interview kuar, memang ramai calon wanita gagal. Bila call center, diorang kata memang ada kouta… Saya xtahu menda nie sahih ker x…
May 7th, 2010 at 1:41 am
hye..
saya sbg org yg 1st time ambil exam ni merasakan soalan exam hari tu not badla…setuju cam yaya ckp byk kpd pengetahuan am ttg pentabdiran Malaysia…cuma masa wat soalan exam Mate tu terkejar-kejar menjawab..huhuhu..dan exam ni agak mmenatkan sekiranya di buat dlm 1 hari…huhuhuh
Papepun, pengalaman ni tak leh lupa nyer…ala-ala SPM beb tp SPM 1 hari utk semua paper..huhuhu
hope i can pass it…really hope!!TQ all.
May 7th, 2010 at 1:45 am
yup betul tu…sln nye xssh sgt but takut jgk la..the most easy for me when this web give a lot of information abt PTD ..tq vry much ..sbb b4 ths sy xtau abt exam PTD and ap yg akan ditanye …sdkt sbyk dr web nie mmbri sy andaian bgmn exam PTD…tq..
May 7th, 2010 at 8:06 am
Alhamdulilah, soalan exam kali ini sungguh mudah dan ada soalan yang memerlukan berfikir secara logik terutama soalan matematik.kebanyakkan soalan menjurus kepada pengetahuan am.
May 7th, 2010 at 8:17 am
benar, setuju exam kali ni mudah dari yang sebelum..tapi saya masih belum boleh manage masa pada soalan matematik..apapun mengharap yang terbaik bagi exam kali ni..selepas 3 kali gagal sebelum ini
May 7th, 2010 at 8:18 am
alhamdulillah…lepas exam ari tu mmg lega ckit sbb dah dpt byk hint dr website ni…
insyaallah kalau ade rezeki…
soalan2 semua x sesukar mana cuma bergantung dgn cr menjawabnya…
paling tkt bahagian esei bm n english….
tp alhamdulillah…semua dpt di jwp..
x sbr nak tgu result nanti
May 7th, 2010 at 8:30 am
exam kali ni lebih mudah…lebih2 lagi dgn bantuan dr nota2 yg diberi oleh tipsptd. semoga ramai yg akan lulus n menjawat jawatan dlm government nanti.
May 7th, 2010 at 8:31 am
erm, sy setuju ngan yaya n amirah…melalui pakej tips ptd yg diambil ia tlh bantu dlm jimatkn mase utk sy ulangkaji n fokus pd bhgn2 yg perlu.soalan kali ni nmpk mudah..cuma mslh nk jwb tuk maths n analitikal tu…hrp2nye ade rezki tuk dpt jwtn ni..sekiranya x, ia beri pengalaman ptama kpd sy dlm mjwb pep bg jwtn ni…
May 7th, 2010 at 8:34 am
saya ucapkan terima kasih kpd teamPTD banyak menbantu saya n banyak member infomasi..ini 1st time amik exam…harap2 sgt lulus…
May 7th, 2010 at 8:47 am
actually, ini adalah kali ke-2 sya mengambil peperiksaan PTD setelah brjaya smpai ke-tahap temuduga pda thun sblumnya.May be tiada rezeki, sya tidak trpilih untk mnjawat jwatan PTD pda msa itu.Pada pndapat sya, soalan peperiksaan PTD ni especially soalan pengetahuan am, lbih kpda isu semasa lah..& lbih mudah dripada thun2 sblumnya.
Just esei bhasa Inggeris tu, sya sdah kekurangan idea…hehehehe..apepun sya harap sya akan lulus pda peperiksaan kali ini dn trpilih untk ke PAC INTAN..INSYAALLAH..
May 7th, 2010 at 8:53 am
btl..sy ada duduk xm ptd skali tp mmg langsung xleh nak jawab. pasal xde apa2 info dan rujukan nak dibaca. tp lpas baca artikel dr web ni…mcm suma ble jwb utk xm gred 41 bln lpas..hehe…tp apapun wait n see je la apa kputusan slps ni..kalau xdpt pun cuba lagi nx yr..
May 7th, 2010 at 8:54 am
Assalamualaikum…
1. Terlenih dahulu. saya ucapakan ribuan terima kasih kepada Team PTD kerana banyak membantu dari segi sumber-sumber nota yang diberi, tip-tip menjawab soalan dan sokongan yang telah diberikan.
2.Alhamdulilah…saya boleh menjawab soalan-soalan dengan mudah. Banyak bahan bacaan yang diberi dapat membantu saya dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.
3. Cuma.. agak sedikit kesal dalam diri saya.. ialah soalan matematik .. soalan yang amat mudah. tetapi kekangan dalam diri saya ialah MASA!..mungkin saya masih belum pandai menguruskan masa dengan bijak untuk menjawab soalan-soalan matematik.
InsyaAllah, saya buat yang terhabis baik..
4. Soalan esei BM dan BI.. alhamdulilah.. saya boleh melontarkan idea-idea saya melalui pembacaan nota yang diberi oleh team PTD.. Terima Kasih Ya!.. teruskan usaha anda untuk membantu anak-anak bangsa!.
5. Akhir sekali. saya berharap rezeki kali ini berpihak kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Ameen…Jika tidak berjaya.. jangan putusa asa.. InsyaAllah.. rezeki ada untuk setiap umatNYA.. InsyaAllah.cuma jangan putus asa.. (saya ingtkan untuk diri saya juga)
Salam 1 Malaysia.
Bersama-sama kita berkhidmat untuk Malaysia kita!.
rumiza ahmad
May 7th, 2010 at 8:54 am
disebabkan ini adalah kali pertama saya duduk exam ni…i rase memang mencabar la soalan2 dia…matematik x sempat nak abis…sahsiah & minat bolah kitakan i jawab sepantas kilat….apapun…harap dapat keputusan yang baik pada 17 Mei ini…
May 7th, 2010 at 8:57 am
mmg agak senang soalan die especially math…time kasih pade team PTD nie cz bg tip2 yg sgt berguna..tp saye masih x cukop nk jwb soanln math n INSAK..soaln insak nie saye risau la cz xdpt jwb ngan baik..
tp yae la kn bile senang soaln, pesaingn makin sengit…so doa la bnyk2..moga2 ader rezki..ini kali ke2 saye ambik exam ptd nie..
May 7th, 2010 at 8:59 am
hurm thanks to ptd’s team coz provide us with some knowledge and tips regarding spa’s exam…at least we have some ideas on how to answer the question..hopefully i can pass this exam and pass to the next stage also….:)
May 7th, 2010 at 9:03 am
stuju.. memang senang la skit dari yg lepas.. tp still bergantung pada rezki jgk la kan.. harap2 la lepas..amin..
May 7th, 2010 at 9:17 am
The exam was quite easy to handle as per what others mentioned . But the maths section was easy this time but I still had difficulties in managing the time .
The essay questions was more to general happenings and was easy to predict as well . What ever it is , I’ve done by best let’s wait gor the result . Hope for the best .
May 7th, 2010 at 9:24 am
rasanya tips dr web ni byk membantu especially utk esei mcm transformasi kerajaan.. tp utk soalan maths, mmg dr 1st time paper sampai dah masuk kali ke 4 ni tetap xpenah cukup masa walaupun soalannya bkn susah mana.. agak meletihkan tgn jgk utk menanda jwpan bg soalan sahsiah diri tu..apa2 pun sy harap dpt melepasi exam ni setelah kecundang masa interview 2thn lepas.. thanks to tips PTD team
May 7th, 2010 at 9:40 am
maybe senang sikit. xder experience sangat sbb dulu penah amik 3 tahun lepas. soklan math x smpat jawab pon actually sbb kurang maser.
paper pon hanye berserah
May 7th, 2010 at 9:43 am
saya setuju dengan pendapat yang diberikan… exam PTD yang lalu agak mencabar berbanding exam kemasukan gred 41 ini. Walaupon sesinya ditambah tapi tekanan 2 kurang dirasakan berbanding yang lalu. Saya doakan buat diri saya dan kawan2 yang tengah menunggu keputusan gred 41 ini berjaya. Banyak2kan berdoa moga jalan kita dipermudahkan…
May 7th, 2010 at 9:46 am
Saya ada dengar khabar, entah betul atau tidak. Jika seseorang tu ditaja oleh JPA time study kat u dlu, dia boleh terus apply ptd kontrak. ada sapa2 tau tak pasal hal ni?betul ke tak.
May 7th, 2010 at 10:05 am
soalannye agak mudah…cume ada beberapa soalan yang menguji minda sikit…n memerlukan kte mengetahui isu semasa…soalan math agak seronok….cume esei je…hopefully semua berjaya
May 7th, 2010 at 10:24 am
Saya setuju dgn semua pendapat d atas. Soalan exam kali ni kurang mencabar skit. Tapi kalo x btul2 ready pun tetap jadi susah gak. Ada salah sorg calon yg duduk sebelah saya mase exam yg lepas temenung je pen pun x bgerak mase nk jwb soalan esei BM. Apapun persediaan tetap penting dan terima kasih utk tips2 dari website ni yang byk mmbantu.
May 7th, 2010 at 10:37 am
moga2 sukacitanya….bukan dukacitanya….;)
May 7th, 2010 at 10:38 am
Tips PTD sedikit sebanyak mengurangkan tekanan saya untuk mencari bahan bacaan utk menghadapi exam PTD 2010 ni, ini kali pertama dan saya rase soalan2 agak mudah, cuma saya agak keliru utk menjawab soalan bahagian sahsiah untuk jawapn ‘kerap atau sangat kerap’ yang mana satu markah lebih tinggi.
May 7th, 2010 at 10:44 am
salam semua.. sejujurnya saya tidak berkesempatan utk buat persiapan peperiksaan.. dapt surat pun 3 hari sebelum exam.. dengan kesibukan kerja, memang xsempat.. apapun saya setuju dengan semua, alhamdulillah exam kali ni agak mudah berbanding dengan exam tahun2 sebelumnya.. saya berharap dapat melepasi ujian prePac kali ni setelah mencuba 2 tahun yg lalu.. pada yg lain, saya doakan semoga berjaya.. All the best n Gud luck ..:-)
May 7th, 2010 at 10:45 am
Hi, thanks sangat for the tips. Seriously, sangat mudah exam kali ni. ni kali ke dua saya amek exam ni. Hopefully ade rezeki kali ni,,, tapiiiiiii soalan sahsiah diri ni, saya terlalu jujur laa… uhuhu risau jugakkk… die tanye awak akan langgar red traffic light tak? saye jawab kadang-kadang… huihhh nebes dibuatnye.. terlalu jujur pun susah kannnnn…
May 7th, 2010 at 10:59 am
perghhhh… soalan boleh dikatakan senang, tapi bahagian math tu x cukup masa.. punyalah khusyuk mengira tiba2 pengawas tu ckp masa tinggal 2 minit… apa2pun bersamalah kita berdoa agar apa yg kita hajati dimakbulkan olehNYA. TQ juga kepada team tips PTD sebab byk membantu..
May 7th, 2010 at 10:59 am
soalan ok. mane yg agak2 tak sempat peluru banyak.heheh..hope the result will be ok…
May 7th, 2010 at 11:08 am
well this is my 1st time sitting for PTD exam. Well the questions was easy. Mostly was general questions. Well i managed to answer the questions as best as i could. just wait & see for the result. Wishing all the best to others who also have sat for this exam.
May 7th, 2010 at 11:12 am
benar exam kali ini lebih mudah daripada exam yang sebelumnya..tetapi saya risau gred lulus akan di naikkan..harap2 kita semua yang mengambil exam tersebut lulus dengan jayanya..
May 7th, 2010 at 11:29 am
soalan ok, not bad… ape2 pon thanks atas smua information… tp klau soalan sng, pluang utk menjawat jwatn ni amt susah laa..
May 7th, 2010 at 12:18 pm
setuju,saya rasakan kali nie exam senang sikit daripada exam-exam yang saya ambil sebelum nie. exam kali nie saya tak sabar untuk mengetahui resultnya,mungkin sebab kali nie saya rasa yakin sedikit kerana ada sumber rujukan selain dari buku malaysia kita.
May 7th, 2010 at 12:18 pm
Alhamdulillah kerana saya dapat mengambil exam PTD yang lepas.. Isu semasa amat perlu kita ambil tahu. Cuma untuk paper math tu banyak juga saya hentam sebab dah lama tak buat math… so xsmpat la nak buat calculation… So all the best kepada semua yang telah mengambil exam PTD tersebut..
May 7th, 2010 at 12:46 pm
1st time amik exam nie. Masa mula2 nak bukak kertas exam… kecut perut gak… bila dah bukak… ok la tak ler sesusah yang disangkakan. Cuma math tak sempat nak abis jawab semua (kes tak sempat la nih). Banyak dugaan yang ditempuh masa ambil exam. Kena tukar tempat exam ke bangunan lain (ini kes hotel tu tak mampu tampung calon2 yg ramai). Kena la menapak gi building sebelah, walaupun nampak dekat… tapi berpeluh gak den jalan kaki sebab traffic jam semua kereta bersusun nak keluar hantar calon. Masa ambil exam esei English… blackout la plak lebih kurang 20 minit… Dugaan betul… Mudah-mudahan ada rezeki disebalik kesulitan itu semua… Aminnnn 44x…
May 7th, 2010 at 1:22 pm
Salam,
Bagaimana bagi saya untuk mendapatkan risalah buku peperiksaan ptd ini??
May 7th, 2010 at 1:28 pm
soalan mcm sng dari hjg thn lepas…tapi tawakal jer la…soalan esei kali ni ok sket..math pun sng dari dulu..pepun sama2 la kita tunggu result nyer nant…good luck
May 7th, 2010 at 1:36 pm
exam ptd hari tu alhamdulilah soalannya tkdala susah sgt pun.. semoga kawan2 yg ambil exam gred41 ari tu berjaya, insyaAllah..
May 7th, 2010 at 2:15 pm
Saya pertama kali menduduki peperiksaan PTD. Tips dan panduan sangat membantu saya untuk menjawab soalan dengan tenang dan penuh rasa yakin. Pada soalan matematik, masa yang diperuntukan sangat terhad.Beberapa soalan saya tembak utk mengejar masa yang kesuntukan.Paper pon…Saya doakan semoga kite semua beroleh kejayaan….Terima Kasih kepada Team tipsptd..
May 7th, 2010 at 2:37 pm
Alhamdulillah, exam PTD dh lepas.Ini merupakan kali pertama saya menduduki peperiksaan ini. Jadi saya tidak ada banyak pengalaman mengenai peperiksaan ini. Di sini, saya ingin menyentuh bagi soalan matematik di mana masa yang diperuntukkan agak terhad. Bagi soalan matematik akan datang, saya mencadangkan bentuk soalan mestilah sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Oleh itu, bagi calon – calon yang menduduki peperiksaan PTD, I wish all the best for you all.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah dipilih untuk menduduki peperiksaan ini buat pertama kalinya. Mengenai keputusan peperiksaan, saya berserah kepada Yang Maha Esa..Jika layak, diharapkan saya mempunyai tempat untuk keperingkat yang seterusnya.InsyaAllah..
May 7th, 2010 at 3:15 pm
pada pendapat saya, peperiksaan ini boleh tahan senangnya, kerana skop soalan lebih menumpukan pada soalan umum…alhamdulilah saya dapat selesaikan dengan baik..tp hanya paper matematik ada yang beri masalah skit pada saya…sebab masa yg diberikan btul2 tidak mencukupi kerana apa yang sy thu soalan matematik pada peperiksaan hari tu betul2 rumit dan memerlukan pembacaan yang berulang kali untuk mengetahui kehendak soalan tersebut…walau apa pun saya harap dapat lulus dalam peperiksaan ini.. terima kasih kerana memberi tips2 yang berguna untuk menjawab soalan peperiksaan.. (^_^)
May 7th, 2010 at 3:39 pm
Hi,
Terima kasih sangat2(^_^)~~ walaupun kiriman sampai di saat akhir (sehari untuk menduduki peperiksaan)(~_~)..saya sempat juga membaca dan 1/3 dpd isu ada dikeluarkan dlm kertas soalan.Saya juga ada rekomenkan kepada rakan2 saya..mereka semua berpuas hati dengan tips ini. Terima Kasih sekali lagi (^_^)
May 7th, 2010 at 5:04 pm
soalan exam…rasanyer ok jer…nk kata susah x la,tp masanya kurang sedikit..apa-apa hal pun kita semua dh buat yg terbaik..gud luck semua,k..perbanyakkan tawakal n doa agar dimudahkan apa yg kita hajati..
May 7th, 2010 at 6:34 pm
HI. Ini kali pertama saya menduduki exam PTD Gred 41.. Exam ini tak la susah sangat cuma tidak cukup masa untuk menjawab bahagian matematik kerana kami tidak boleh menggunakan kalkulator jadi pengiraan manual mengambil masa yang agak lama berbanding dengan penggunaan kalkulator.. Bahagian pengetahuan am pula ok, soalan2 yg ditanya agak ok juga.. Bahagian esei (BM & BI) juga ok, topiknya straight to the point.. Secara keseluruhannya exam kali ini agak senang berbanding dengan exam2 Gred 41 sebelum ini (since ini kali pertama saya ambik exam ini, komen bahawa exam ini senang telah diberikan oleh kwn2 saya yg telah menduduki exam ini lebih dari 2 kali).. Apa-apapun all the best kepada kawan2 yang tengah tunggu result keluar pada 17/5..
May 7th, 2010 at 9:21 pm
ini kali pertama saya ambil peperiksaan bertulis spa.tips ptd memang byk membantu sy kerana mendapat gmbaran awal soalan. contoh esei turut byk membantu..hrp2 kta semua berjaya..
thanx tipsptd
May 7th, 2010 at 9:43 pm
alhamdulillah..
soalan nye xde la memeningkan sangat..
sekarang, hanya tawakal je..:-)
May 7th, 2010 at 10:23 pm
Ini kali pertama saya menduduki exam PTD Gred 41
isu semasa amat susah!nasib baik paper math x susah!hanya masa x cukup…
May 8th, 2010 at 12:02 am
Saya sudah melepasi exam Gred 41 dan 44. Terkini sedang menunggu keputusan exam gred 48. Agak mencabar juga soalannya. Moga dapat cemrlang . Amin
May 8th, 2010 at 9:48 am
Salam…
Tq admin sb byk bantu sy dlm exam yg lpas.overall ok, sy blh jawab n tawakkal je skrg, cuma disebabkan sy ni x minat sgt bab2 IT n Computer, jd soalan yg ade diselitkan di bah pengetahuan am (dlm 3 ke 4 soalan) tu sy jwb salah huhu..dah mengurangkan markah sy..mgkin nt pihak admin blh tambahkan maklumat tntg IT dan comp tu pd keluaran akan dtg bg org mcm sy.ape2 pn Gud Luck pada semua, semoga kite bjaya..amin..
May 8th, 2010 at 9:51 am
Salam…alhamdullilah..dh lps exam Gred 41…n kali ni rs yakin…ms jawab pun lebih relax..x da stress sgt…thanx to Team Pakej PTD ni…kali pertama sy praktikkan apa yg sy dpt dr note Team PTD ni..alhamdullilah..sy dah berusaha…berdoa n selebihnya sy serahkan pd Allah swt…InsyaAllah…Amin…
May 8th, 2010 at 11:34 am
ini exam PTD saya yang pertama.saya tak boleh nk cakap susah atau senang soalan tu sebab saya tak pernah tengok soalan PTD yang lepas2.saya yakin walaupun ramai yg kata exam kali ini senang tp pemarkahan akan jadi lebih susah.bersama-samalah kita berdoa untuk keputusan yang baik.
May 8th, 2010 at 11:50 am
salam, terima kasih team ptd, e-book anda bayak membantu….terima kasih banyak team ptd….sy ingin bertanya…jika lulus exam, kena mengikuti PAC kan….aperkah tujuan PAC?… kemudian temuduga…ader tips tak dr team PTD…SY berdebar2 menanti keputusan EXAM , doakan syt berjaya lulus…dan seterusnya menjawat jawatan di dlam perkhidmatan kerajaan…bersedia berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat…salam dr sy MOHD ASRUL BIN MOHD SAFIE.
May 8th, 2010 at 7:36 pm
Saya dah amik exam Gred41 kali ke3. rasa yang baru2 ni lagi senang. maybe exam yg lepas xready sangat. Terima kasih kepada team tips PTD sebab tips2 yang diberi membantu saya dari segi keyakinan diri semasa menjawap soalan..TQVM.
May 8th, 2010 at 8:55 pm
alhamdulilah..dah try sehabis baik.apapun e-book ni banyak memberi panduan utk yg mcm saya 1st time amik exam spa..mudah2an rezeki akan menyebelahi saya..
May 8th, 2010 at 9:10 pm
saya rasa soalan exam kali ni agak senang.Mudah2an kita semua lulus dengan cemerlang
May 8th, 2010 at 9:19 pm
hmm..soalan dia memang mudah sikit berbanding previous exam..cume seriously sy cuak dgn bahagian sahsiah diri..coz sy dpt rasakan jawapn sy tak konsisten:( berdebarnya nak tunggu result..
May 9th, 2010 at 8:09 am
Bila result kuar ya?
May 9th, 2010 at 9:38 am
Makin susah (unik dan pelik) lebih tepat. Soalan-soalannya terlalu terbuka. Esei BI dan BM mcm ssh nak kembangkan. Mungkin aku sj yg rasa mcm tu..atau penangan kecewa gagal IV feb lps kot, mood kecewa tak hbs lg! Whatever la. Ogos dulu rasanya soalannya lebih memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan nilai kreatif mereka (esei la). aku tunggu keputusan dengan debaran jga ni..kot2 blh pegi PAC lg.mana la tahu. Tp mmg ramai sgt222 yg amik exam kali ni. rasa mcm majlis konvokesyen seluruh IPT. menakutkan..
May 9th, 2010 at 1:15 pm
salam..tq buat team pTD..bolehla jwb soalan tempoh hari..cuma time nk wat esei je ketandusan idea..hikhik..bhgn minat..byk yg sy xminat..haha..tp buh je la jwpn..
May 9th, 2010 at 1:53 pm
salam,
boleh juga la nak jawap , cume x taw lagi la dapat score ke x..
May 10th, 2010 at 10:03 am
Salam…
Soalan hr tu baik2 jer,bleh jwb,semoga semua jwpn betol2 belaka,hehe..saya benar2 nak berjaya lulus exam gred 41,sy mmg study & ready utk exam ni,team PTD byk membantu,tQ.semoga saya berjaya,rakan2 yg lain juga berjaya,jumpa di PAC,InsyaAllah..
May 10th, 2010 at 12:39 pm
Salam.
jabatan saya ada 2 org pegawai yg menanda jawapan esei English utk exam Gred 41 yg lalu. Markah penuh adalah 20. Tp kebanyakan calon hanya dpt markah 2 atau 3. Bukan salah penyemak, tp bila saya sendiri baca, jawapan calon kebanyakannya tidak mencerminkan calon adalah lulusan ijazah. Antara kesalahan ialah struktur bahasa, grammar, spelling dan plg penting tak pandai nak kembangkan isi.
Bukan semua tak baik, tp calon harus bersedia sepenuhnya. Biasakan membaca artikel dan contoh karangan.
Untuk matematik pula, dr pengalaman saya, jawab soalan IQ dulu sbb mudah. Kemudian, scan soalan2 yg mudah dijawab. Baru jawab yg perlukan pengiraan.
Sahsiah hanya nak tentukan minat dan kecenderungan kita. Sekira dipilih, mereka boleh tempatkan kita di kementerian yg bersesuaian. Jd, jawab shj dgn jujur. Good luck to everyone.
May 12th, 2010 at 10:25 am
Salam…
Memang kali ini terdapat beberapa kelainan dalam exam tergabung ini…..
Apa yang saya dapat lihat :
1) Calon-calon juga lebih berusia daripada biasa…
2) 20%-30% tidak hadir (ditempat saya mengambil peperiksaan)…
Namun demikian, gara-gara team tip ptd lah saya cukup MASA dalam semua bahagian soalan tidak sepertimana kali pertama kira-kira 5 tahun dahulu.
Terima kasih dan salam maju jaya kepada semua…
May 13th, 2010 at 9:42 am
salam semua…… saya pun setuju dengan pendapat disini…. tahap kesukaran soalan biasa2 jerk… umum… saya pun tak dapat buat persedian sangat… kesibukan di tempat kerja…. baca surat khabar jer ari2…erm…kiter semua telah mencuba sebaik nyer…. insya allah…. rezeki kiter memang Dia yang tentukan… usahalah sebaiknya…
May 14th, 2010 at 8:23 pm
salam,,
Soalan mmg tidak terlalu sukar. tapi ia tetap memerlukan persediaan rapi. sama2 la kita berdoa agar rezeki menyebelahi kita. Aminn…
May 14th, 2010 at 8:47 pm
Tips yang diberikan amat membantu dalam menduduki peperiksaan ini. keep up the good work..
May 14th, 2010 at 9:03 pm
salam satu malaysia bt team ptd
alhamdullilah,pakej ni byk membantu sy dlm membuat persediaan dr segi fizikal+ mental.. soalan pengetahuan am sgt mencabar minda, tp dgn ada nye pakej ni, dpt membantu sy menekan kan segala aspek
tq to all of u..
May 14th, 2010 at 9:18 pm
Terima kasih kepada Tip Team PTD..
Nota yang sy beli banyak membantu sy ketika exam yg lepas..
Dengan membeli nota sy sudah tahu bagaimana rupa bentuk contoh soalan exam, oleh itu sy dapat mbuat persiapan sikit dalam tempoh yg agak singkat..
May 15th, 2010 at 11:11 am
ble result exam ye??kate 15hb kn??stakat ri ni xde pape pown
May 15th, 2010 at 4:27 pm
result kuar 17hb..isnin dpn..
May 17th, 2010 at 8:03 am
pukul berapa boleh check result ? n kat mane ? website SPA kat mane nak klik?? huwaaa…nervous…
May 17th, 2010 at 10:11 am
Result kuar 31 Mei nanti…
May 17th, 2010 at 2:15 pm
betul ke result kuar 31 mei?
May 17th, 2010 at 6:16 pm
31 Mei..ditangguh..huhu..penantian suatu penyeksaan..huhu
May 18th, 2010 at 12:55 am
a’aa..dah tukar plak tarikh kuar result..
May 18th, 2010 at 9:40 am
Haah.. tarikh result dah tukar ke 31 May nanti… Hoping 4 the best.. Esp kpd sape2 yg amik exam kat SMK Dato Haji Mohd Redza Seremban hari tue… Berdoa semoga ada rezeki kali nie..
Good luck friends…
May 26th, 2010 at 1:12 pm
Adalah SPA mengenakan syarat baru untuk memasuki PTD dimana calon perlu lulus ijazah sarjana muda dengan CGPA 3.00 dan ke atas. Sekiranya syarat ini dilaksanakan akan wujud diskriminasi dan ketidakadilan dalam mengrekrut calon baru memasuki PTD. Maka, malanglah untuk mereka yang mendapat CGPA di bawah 3.00 diibarat gagal walaupun pada hakikatnya lulus dan mendapat Ijazah dari universiti…pengangguran akan bertambah…
May 28th, 2010 at 2:22 am
betul ke Mat yg SPA nak calon yg dapat CGPA 3.00 ke atas je??dari mana tau??
June 1st, 2010 at 11:33 am
Alhamdulillah lulus=)
October 30th, 2010 at 11:25 pm
saya ingin berkongsi pengalaman di mana saya telah dutipu duit sebanyak RM40..setelah saya online bank in ke account 562209613491
AFRAHA BAITI BINTI A…….saya xdpt isi borang pesanan kerana account has been suspended
October 31st, 2010 at 4:15 am
saudara/ri Cing, anda tidak ditipu. Sistem tipsptd menghadapi masalah dengan hosting dan syarikat hosting tengah membetulkan sistem. anda boleh mengisi borang setelah ianya pulih. Buat masa ini ianya masih dibaik pulih. Maaf atas kesulitan yang berlaku kerana ianya diluar kawalan kami.
Admin
tipsptd.com
November 3rd, 2011 at 1:18 pm
Saya akan menduduki exam Pegawai Antidadah gred S41. ade ape2 tips x? Thanks..