Persediaan Temuduga..

Bahagian 3: Perkongsian Noorahayu Yahya

SEBELUM INTERVIEW

a) Intelektual
-Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang penting kerajaan
-Membaca buku Malaysia kita yang banyak memberi maklumat tentang sistem di negara Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan dewan negara)
-Membaca buku “kerjaya sebagai PTD” untuk mengetahui Job skop PTD supaya sekiranya ditanya kenapa mahu menjadi PTD, anda akan tahu jawapannya
-tau dasar kerajaan terbarunya contohnya “1 malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”

b) Isu-isu semasa
-kes H1N1=apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan penyakit ini?
-isu-isu terbaru di Malaysia?? baca suratkhabar dan pastikan anda familiar dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak dll..

c) Soalan-soalan berkaitan diri sendiri
-apa matlamat hidup?
-kenapa mahu jadi PTD?
-kene mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding ptd?
-apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

SEMASA INTERVIEW

-cara masuk ke Bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan salutasi -Assalamualaikum
-senyum senyum senyum
-kenal nama interviewer jika boleh
-duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
-tunggu duduk bila diminta oleh interviewer
-jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas

contohnya beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1

-anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamanya…Yang keduanya,..Yang ketiganya…”

SELEPAS INTERVIEW

-ucap terima kasih dan senyum!!
-berdoalah supaya berjaya

p/s: ini adalah tips ringkas dari saya, harap ia membantu anda semua!

—————————————

Terima kasih untuk Sis Noorahayu Yahya untuk perkongsian ini dari Team Tips PTD!

Bacaan tambahan:

  1. Temuduga PTD: Tahniah!
  2. Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga
  3. Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD
  4. Sesi Temuduga PTD Jun 2009
  5. Temuduga PTD Jun 09 selesai

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

17 Responses to “Persediaan Temuduga..”

  1. ryn Says:

    br jer check portal spa, panggilan interview dh mula..!!! i kena 8/9 kt putrajaya.. nervous..!!! hrpnya blh bg lg tips n info berguna..
    thanks

  2. leen Says:

    i pon br jer cek portal SPA slps terima sms, interview 3/9/ gemuruh..

  3. joe Says:

    Hi… tahniah.. ryn dan leen…

    saya punya 9/9.. tengah prepare apa yang patut…

    go go go..

    ryn dan leen.. appreciate can share with me your experience here later.. TQ

  4. admin Says:

    all the best untuk you ‘all. btul cakap joe, share2 lah apa yang patut. sharing is caring~

  5. masita Says:

    alhamdulillah sy pun dpt tau panggilan iview pd 08/09…tp sy musykil skit..harap sape2 leh tlg..nape iview tu dipanggil PTD kontrak JPA..adekah ni sama dgn sesi ambilan khas mcm June lepas? which yg sy tau ambilan khas kontrak xkn disambung lepas 2 thn..atau sesi kali ni tuk normal PTD yg akan diserap ikut performance?

  6. Joe Says:

    thank…

    masita apa yang u dah prepared untuk sessi interview ini ?

    please we discuss here…

  7. joe Says:

    i dun think so contract will be terminated after two year being trained…

    what a waste… u know what i mean

    believed contract is just like a probation period before u get confirmation..

    masita… your resume in malay or english ?

  8. Didy Says:

    Resume perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Semasa di PAC 3 Julai di Kemaman, PTD yang mempengerusikan taklimat mengatakan Kontrak kali ini ialah 3 tahun kerana termasuk 1 tahun DPA.

  9. Didy Says:

    1) Adakah resume terhad kepada satu mukasurat sahaja (seperti memohon kerja swasta) atau boleh sehingga 3 mukasurat (seperti mohon kerja kerajaan)?
    2) Salinan sijil-sijil untuk temuduga pun perlu disahkankah?

  10. masita Says:

    should our resume be in malay ke? aduh kena translate lg huhu

  11. neyl Says:

    gud luck 2 u all.. sya skg bru mnunggu mna2 pngglan intrvw.. b4 dis da 2x da kena pnggil but still lum ada rezki.. hopfuly after dis i can do my very best..

  12. haya Says:

    saya dapat interview pembantu makmal. tahu tak apa soalan kebiasaan interview ttg pmbntu makmal sekolah. macam mana nak lulus interview dgn cemerlang.

  13. admin Says:

    ~isu resume
    bahasa melayu dan english , dua-dua boleh. tak strict sangat pasal ni. untuk rakan-rakan ptd yang lain ada yang buat english dan ada yang malay. nanti saya kasik satu contoh resume. kalau boleh brief je dalam 2 pages

    ~haya
    yang penting konfiden dan tahu pasal jawatan yang di pohon.

  14. Didy Says:

    Salinan sijil-sijil untuk temuduga pun perlu disahkankah?

  15. admin Says:

    ~didy, ya semua salinan perlu di sahkan

  16. shahirah Says:

    takotnyer…. 19 ari bulan ni ada interview 4 pembantu makmal…. agak nye pe solan yg dorg kn tny ek????

  17. shahirah Says:

    if anybody knows,please share k…

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!