Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan semasa saya dalam proses pemilihan menjadi PTD (1st stage: exam, 2nd stage: PAC & 3rd stage: interview)

Tidak dinafikan, pos PTD ini memang menjadi pos kegemaran bagi setiap lepasan ijazah yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan@awam terutama kepada mereka yang sukakan cara bekerja secara korporat dan mementingkan personaliti. Sebut sahaja PTD, orang diluar sana akan membayangkan betapa hebatnya ‘ilmu’ dia, ‘hebat’ penampilan nya serta ‘cantik’ perwatakannya. Tetapi perlu diingat sesiapa yang ingin menjadi PTD mestilah mempunyai pengetahuan tentang dasar2 kenegaraan yang cukup meluas disamping mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup-cukup baik. Tidak dinafikan juga, seseorang yang bakal menjadi PTD harus mempunyai kemahiran negosasi (berunding) yang baik dan juga mempunyai keterbukaan dalam semua aspek. Ini berdasarkan pengalaman saya melalui PAC apabila saya melihat ada segelintir peserta yang begitu ‘ambitious’ semata2 ingin menyerlahkan ‘kehebatan’ dalaman mereka kepada yang lain. Pada saya itu tidak perlu, buat orang lain rasa menyampah ada la. Yang penting, kekalkan sifat ketenangan dan besederhana dan yang paling penting ialah kemapuan membuat keputusan (decision making) bersama2 dengan ulasan dan ‘point’ yang ringkas tapi padat.

Yang paling utama, seseorang yang ingin menjadi PTD harus tahu perkara2 asas tentang negara kita, kerajaan kita. Jangan sampai orang mempertikaikan kredibiliti kita disebabkan pengetahuan kenegaraan kita yang amat sempit sudah la..

Meskipun saya antara kalangan bakal PTD yang ‘kecundang’, saya tetap menyanjung tinggi kerjaya ini kerana kerjaya ini merupakan satu cabaran yang belum saya kecapi lagi ketika ini dan saya amat2 mencintai kerjaya ini.

Perkongsian oleh: Syed Munir

p/s sekiranya anda ingin berkongsi pendapat dan pengalaman anda dalam peperiksaan PTD, emailkan kepada kami dan kami akan siarkan jika ianya bersesuaian. Belajar melalui pengalaman orang lain adalah sesuatu yang lebih pantas dan bagus, jadi mulakan dengan perkongsian diri sendiri dahulu! ke arah menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul!

Bacaan tambahan:

  1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  2. Pegawai Tadbir Diplomatik di Tips PTD
  3. Pegawai Tadbir Diplomatik di setiap Jabatan?
  4. Tahniah untuk Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru!
  5. Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?

Entri Berkaitan

Tags: , , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

14 Responses to “Sekilas Pandangan: Pegawai Tadbir Diplomatik”

  1. jeeha Says:

    salam

    saya telah ditemuduga pada 8/9 yg lepas
    dalam surat ckp hari ni 12/10 akan dapat tahu result
    tp dlm website spa masih x ada
    agak2nya bl tarikh sebenar result keluar?

    TQ

  2. syukri Says:

    Assalamualaikum w.b.t.
    Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh saudara Syed. Sewaktu di peringkat PAC dahulu, berdasarkan pengamatan saya dan perkongsian dengan rakan-rakan yang lain, terdapat ramai juga calon yang terlalu ‘self centered’ terutamanya dalam sesi perbincangan dalam bahasa inggeris. Mereka berbicara seolah-olah pandangan merekalah yang paling tepat dan benar. Perbincangan yang sepatutnya pelbagai hala dan mampu membahaskan isu secara bertukar menjadi sesi mencari publisiti yang membosankan (dan menjengkelkan di mata sesetengah pihak). Bagi calon-calon yang bakal menduduki PAC nanti,mari renungkan bersama ingatan yang saya petik daripada pengarang buku-buku pengucapan umum tersohor tanah air; Ainon Ahmad, “Pandai bercakap tidak bererti pandai berkomunikasi”.

  3. Didy Says:

    Mengapa keputusan temuduga PTD tidak keluar pada 12 Oktober?

  4. admin Says:

    mengikut maklumat, ianya lewat atas masalah teknikal. inshaAllah akan di upload dan sedia dalam minggu depan. harap bersabar. :)

  5. nik yusoff Says:

    alhamdullilah… saya dah melalui pengalaman pahit getir nak jadi seorang ptd. bagi saya yg teramat penting adalah semangat dan pengetahuan tentang kenegaraan anda mestilah tip top.. x de sikit sikit je ada. klu x de baik tak yah cuba langsung. masa interview 08/09/09 saya dah bersedia dgn tips yg diberi tp sayang langsung x mengena, takpelah saya dah cuba yg terbaik klu ada rezeki saya rezeki sayalah… anyway good luck 4 u all yg rasa ingin mencuba lggg… till then cherio…

  6. Lina Chan Says:

    result interview PTD september 2009 dah keluar..
    alhamdulillah sy lulus.. tinggal tunggu surat tawaran je..
    arrgghh..!! hepinya.. syukur sangat2..
    berkat doa mama, papa, adik beradik dan kawan2..

    thanx a lot..

  7. Didy Says:

    Alhamdulillah…saya dah check SPA, saya juga lulus. Tapi tak dapat guna service SMS dan TeleSPA, ye? Kenapa ya? Saya nak tau bila perlu lapor diri supaya boleh hantar notis letak jawatan kerja sekarang…

  8. Lina Chan Says:

    tahniah didy..

  9. admin Says:

    tahniah2 untuk Lina Chan n Didy. berkat korg tolong jawab soalan2 rakan2 yang melawat tipsptd ni lah tuh. hhuhuh. tahniah!

  10. Lina Chan Says:

    thank you admin.. ^^

  11. torres Says:

    Alhamdulillah..congrats to me and suma yang berjaya…

    pada yang belum ada rezeki…jangan sesekali berputus asa….insyaAllah rezeki akan muncul jua…

    toadmin..thanks..blog ni sangat berguna…

  12. Noor Khamarol Nahar bt Ismail Says:

    Lina Chan, Tahniah kerana berjaya. Saya memang berharap sangat untuk berjaya dalam program ni. Boleh bagi sedikit nasihat.

    Terima kasih.

  13. nadia nazaruddin Says:

    assalammualaikum….
    saya fresh grad drpd uitm shah alam telah dipilih utk menghadiri exam pada 13 nov ni…saya sedang dlm persediaan namun,terasa gementar sbb ni merupakan kali pertama menduduki exam ini…saya telah membaca semua tips2 yg dinyatakan dlm blog ini…
    walaupun begitu,saya masih kurang jelas dgn soalan2 yg bakal diajukan terutamanya dlm seksyen A:Objektif. apakah perkara penting yg perlu saya ketahui?

    terima kasih.

  14. Mardhiah Says:

    Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya.Sekiranya saya lulus ujian bertulis, saya akan ke Assesment tapi di dalam PAC itu sendiri,terdapat latihan fizikal.Adakah saya akan ditolak mentah-mentah memandangkan sekarang saya tengah mengandung dan dijangka bersalin Disember nanti.Untuk pengetahuan,saya bakal menduduki exam 16 July nanti.

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!