Sesi Temuduga PTD Jun 2009
Sesi temuduga pegawai tadbir dan diplomatik diumumkan untuk sesi Jun iaitu pada 1 hingga 12 Jun 2009 iaitu pada minggu hadapan. Anda harus fokus kan minda anda yang anda pasti berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Temuduga PTD merypakan peringkat terakhir dalam usaha menjadi seorang pegawai ptd dan kegagalan pada peringkat ini sudah pasti mengundang perasaan kecewa yang amat sangat. Jadi jangan biarkan diri anda kecewa, berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
Tentu anda pernah membaca buku “The Power of Thinking Big” yang antara lainnya menggalakkan kita berimaginasi dalam melipatgandakan fokus dan usaha kita ke arah itu. Cuba bayangkan, apabila selesai temuduga ptd, dan tiba masanya anda semak keputusan, anda diberitakan yang anda berjaya seperti dibawah!

Dan selepas itu anda mendapat surat tawaran dan lapor diri sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Alangkah indahnya kerana impian itu sudah tercapai. Anda boleh berimaginasi, tapi jangan hanya berangan! Usaha, kumpul maklumat dan siapkan diri anda!
Sumber: Sini
Selamat berjaya untuk mereka yang bakal menduduki temuduga PTD sesi Jun 2009!
Bacaan tambahan:
- Temuduga PTD: Tahniah!
- Soalan Temuduga PTD: Kisah Benar
- Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga
- Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD
- Temuduga PTD Jun 09 selesai
Entri Berkaitan
Tags: berjaya PTD, gagal PTD, Interview PTD, interview spa, panduan interview ptd, panduan temuduga ptd, pegawai tadbir dan diplomatik, soalan temuduga, temuduga pegawai kerajaan, temuduga pegawai tadbir, temuduga spa, tips interview ptd, tips temuduga ptd






May 28th, 2009 at 10:16 am
salam,
blog ini sgt bagus.lodsa info yg sy dpt dr cni!ok,cut it short,sy antara salah seorg yg bakal ke interview on 11june,kat seremban.
wish me luck!!hehehe.anyways,sy ade kemusykilan sket la.
nk tny,nape status kontrak ye?kontrak tu mksdnye mcm mne?lepas setahun cnthnye kan,depends pada jpa whether nk renew ke x?
mcm tu ke?can u enlighten me on dis pls?thanx so much.
May 28th, 2009 at 10:18 am
Hebatlah kepada sesiapa yang dah lepas ujian PTD tu…
memang anda bakal melangkah ke alam pegawai besar kerajaan
May 28th, 2009 at 4:04 pm
Sejak kebelakangan nei banyak gak keluar tawaran kerja dengan jabatan kerajaan……
May 28th, 2009 at 4:58 pm
~farah
w/salam. mmg blog ini dibangunkan utk membekalkan info berkaitan exam ptd. utk kontrak itu, begitu lah. selepas tamat kontrak, berdasarkan prestasi anda akan disambung menjadi ptd. Kalau tidak mencapai tahap prestasi, anda akan diserap ke jabatan kerajaan tapi bukan dgn tangga gaji M41
~zool
ya mmg hebat. 3 peringkat kena lepas tuh sblm boleh bergelar ptd. mmg layak dibanggakan
~hazman
btul hazman. lepas Dato’Najib umum bajet mini, banyak peruntukan ke kementerian utk tambah kakitangan secara kontrak. masa ni lah nak ambil peluang
May 29th, 2009 at 3:48 pm
hai..assalamualaikum..
dok tengah search info, tetiba tertgk blog nii.
tq pada yang bg pndpt
aku dpt 2nd iview 1st June niii……..
iview hari tu lembik punya jwpn.
doakn aku..kuat dan berjaya.wish me luck!!
May 29th, 2009 at 3:50 pm
tak ready lagi nii..
dengan isu perak,pakej rangsangan ekon kedua,H1N1 la…
May 30th, 2009 at 2:56 am
gudluck fara. masih ada masa untuk anda!
July 15th, 2009 at 3:09 pm
salam..sy dah attend interview ptd on 11june n bile cek result isnin lepas,alhamdulillah positive..thanx pd admin blog nie yg byk bg info..
actualy sy ade kemusykilan..ble kte dah tau result interview kan,slalunya bile akan dapat surat utk lapor diri?sbb sy kene tender resignation letter n notice atleast 1month..atau admin ade info psl exact date?hehehe..
tq..
August 12th, 2009 at 8:45 am
Salam
saya bakal menjalani intervies PTD…
Da lulus Pra-Pac 4.7 yg lepas
hopely…this page can give a lot of useful information
farah…
could share ur exprince to me
apapun..tahniah!
August 12th, 2009 at 10:11 am
ellop,…
saya g interview pada 1st June, sape2 yang g interview june bile agaknye result nye kuar?
August 13th, 2009 at 9:25 am
agak2 nyer bila pangilan temuduga utk yg lulus prepac 5/7/09 akan dipanggil
August 30th, 2009 at 4:12 pm
interview start on 2/9-9/9
October 1st, 2009 at 10:58 am
saya telah menerima surat perlantikan sebagai PTD dan di kehendaki melaporkan diri pada 29 oct 2009 di INTAN Kuala Ketil, Sg. Petani. Dalam surat itu ada menyebut tentang kursus asas pengenalan PTD selama 5 hari bermula 29 oct-2 nov.boleh terangkan serba sedikit tentang kursus tersebut.
October 10th, 2009 at 9:23 am
cik siti intvw batch 2/9 – 11/9 ke?
result dah keluar ke?bkn ke result keluar 12/10
September 3rd, 2010 at 2:31 pm
Salam,
Saya baru sahaja selesai menjalani temuduga…namun apa yang agak pelik soalan yang ditanya kepada saya hanya berkenaan bidang tugas ptd serta pengalaman kerja saya..berbeza dengan calon2 ynag sebelum saya yang kebanyakkan berkisar tentang kenegaraan. dan diakhir temuduga panel akan bertanya ada apa2 soalan lagi yang hendak ditanya kepada calon? sedangkan temuduga saya hanya ditamatkan melalui perbualan tentang latarbelakang saya begitu sahaja..adakah saya diantara calon yang bakal gagal oleh itu pertanyaan pun berlainan dari calon-calon lain~~
September 22nd, 2010 at 10:11 pm
saya kurang jelas mengenai jawatan PTD y dilantik tanpa PAC..pengambilan melalui pemegang biasiwa JPA..boleh tak sesiapa tlg jelaskan..perbezaan jawatan PTD tanpa PAC vs beserta PAC…