Soalan Peperiksaan PTD: Esei

Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;

  • Perenggan 1: Pendahuluan
  • Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
  • Perenggan 5: Counter argument
  • Perenggan 6: Penutup

Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;

  • Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
  • Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
  • Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
  • Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.

Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD

Bacaan tambahan:

  1. Ujian Bertulis PTD: Soalan Peperiksaan Bocor?
  2. Peperiksaan Bertulis PTD: Panduan Esei
  3. Peperiksaan PTD Oktober 2009
  4. Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik
  5. Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Entri Berkaitan

Tags: , , , , , , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

12 Responses to “Soalan Peperiksaan PTD: Esei”

  1. Anis Says:

    Salam..apakah isu-isu yang hangat pada masa kini yang team ptd target bakal keluar untuk exm 10 april ini..?..please reply my mail..=)

  2. Zoey AJ Says:

    Saya seorang yg bercita-cita utk menjadi PTD, & sedang membuat kaji selidik tentangnya utk mengetahui dgn lebih lanjut. Soalan2 di atas kini telah diberikan oleh guru2 di peringkat SPM/STPM walaupun soalan2 dilihat agak mencabar. Adakah soalan2 tersebut merupakan antara jenis2 yg agak popular ?

  3. Zoey AJ Says:

    Saya seorang yg bercita-cita utk menjadi PTD, & sedang membuat kaji selidik tentangnya utk mengetahui dgn lebih lanjut. Soalan2 di atas kini telah diberikan oleh guru2 di peringkat SPM/STPM walaupun soalan2 dilihat agak mencabar. Adakah soalan2 tersebut merupakan antara jenis2 yg agak popular ?

    Terima kasih atas info & maklumat yg diberikan…

  4. sayzz Says:

    salam..sy bakal menduduki peperiksaan ptd 16 julai ni, apekah isu-isu semasa tahun ini..harap dapat emelkan kpd sy isu2 semasa..tq

  5. nur Says:

    sy juga bakal menduduki peperiksaan ptd 16 julai ni, sy ingin bertanya apakah isu-isu semasa bagi tahun ini..harap dapat di emelkan kpd sy isu2 semasa tersebut..trma kasih.

  6. Burn Says:

    salam..sy bakal menduduki peperiksaan ptd 16 julai ni, apekah isu-isu semasa tahun ini..harap dapat emelkan kpd sy isu2 semasa..tq

  7. Burn Says:

    takottnyee

  8. ikram Says:

    sy ingin bertanye apakah isu-isu semasa bagi tahun ini..harap dapat emailkan kpd sy..thanks ye

  9. suffi Says:

    sy pn ingin bertanya apakah isu-isu semasa bg tahun nie..harap dpt emailkan kpd sy utk hadapi exam 16july nie :) thanks..

  10. Erna Says:

    Apa ek current issues tahun ni?

  11. fairuz Says:

    sy ingin bertanya apakah isu-isu semasa bg tahun nie..harap dpt emailkan kpd sy utk hadapi exam 16july nie thanks..utk pengetahuan cik, sy bakal menduduki exam kastam 4 hb ni

  12. Sharizat Says:

    Terlalu ramai permohonan untuk diemailkan tentang apakah isu-isu semasa yang aktif diperkatakan pada tahun ini. Namun yang demikian adalah diingatkan supaya ke semua bahan-bahan umum tersebut di gali sendiri demi mempertingkatkan berkah usaha anda. Diingatkan lagi, harus diubah mentaliti ‘spoonfeeding’ pada masa sekarang dalam menerpa cabaran globalisasi yang kian sengit.
    Semoga anda berjaya.AMIN.

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!