Survey: Bengkel PAC

=====================================================================

UPDATE 4/11/09

DUKACITA DIMAKLUMKAN;

Pihak penganjur memaklumkan yang Bengkel ini dibatalkan buat masa ini kerana adanya pertindihan dengan Hari Raya Aidil Adha

=====================================================================

Sekadar satu hebahan kepada yang belum tahu, satu bengkel PTD Assessment Center akan diadakan pada hujung bulan November iaitu kira-kira seminggu sebelum sesi PAC di mulakan. Ianya merupakan satu bengkel yang julung kali diadakan yang melibatkan penganjuran oleh pihak lain dan bukan pihak tipsptd. Rasanya ini adalah peluang yang amat hebat untuk anda meningkatkan peluang lulus dalam PAC nanti. Yang penting pendedahannya dijangka berbaloi kerana ianya merupakan bengkel 1 hari dan melibatkan beberapa sesi penting seperti;

Anda boleh lihat iklannya di http://www.kawankuservices.com/

 Survey: Bengkel PAC

Ianya akan diadakan di INTAN kampus Wilayah Timur atau dikenali sebagai INTIM. Sekiranya anda berminat, kita boleh hantar permohonan secara BERKUMPULAN dari tipsptd dan kami dari team tipsptd akan mengusahakan secara terus dengan pihak penganjur untuk mendapat sedikit diskaun sekiranya penyertaan kita ramai. Jika anda berminat, tinggal komen di sini dan jangan lupa ‘SUBSCRIBE’ dengan men’download’ ebook 27 Sebab Gagal Ujian PTD di sidebar sebelah kanan (jika anda belum) kerana segala maklumat akan disampaikan kepada subscriber nanti.

Tipsptd perlukan sedikit maklum balas sekiranya anda bersetuju hadir sebagai peserta “Berkumpulan” dari tipsptd untuk dapatkan sedikit diskaun. Ianya tiada kaitan dengan tipsptd, tapi sebolehnya kami mahu membantu anda untuk menghadiri bengkel ini kerana kami berpendapat ianya sangan bermanfaat.

Mudah-mudahan anda membuat satu keputusan yang bijak dengan menyertai Bengkel ini kerana belum pernah diadakan Bengkel seperti ini sebelum ini. Kita tak pernah merancang untuk gagal, tapi kita GAGAl untuk merancang. Jadi rancanglah untuk BERJAYA dalam PAC kali ini!

Bacaan tambahan:

  1. Panggilan PAC 2009 Sesi Julai
  2. Pre-PAC Disember 2009
  3. Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 1
  4. PAC Jun 2009: Aktiviti?
  5. PAC Julai 2010: Apa perlu takut?

Entri Berkaitan

Tags: , , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

31 Responses to “Survey: Bengkel PAC”

  1. Lee Says:

    Alhamdulillah sy lulus periksa PTD yang 3/10/09.
    Agak jauh kemaman dgn putrajaya, so sy x sure mampu ke sana atau tak untuk seminar tuh.
    Anyway, thanks!! :)

  2. admin Says:

    tahniah kerana lulus Lee. pasal seminar tu tak pe, yang penting buat persediaan yang bagus untuk berjaya. all the best untuk anda!

  3. rina Says:

    salam admin. :) pihak admin tahu tak bila tarikh PAC sebenar?

  4. mfmd Says:

    Assalam! Penganjuran bengkel PAC yang bakal diadakan di INTIM adalah satu peluang baik kepada peserta-peserta yang bakal mengikuti program prePAC pada bulan Disember nanti. Dan, kelebihan pada peserta yang tinggal di kawasan yang berhampiran. Tetapi, bagi kami, calon-calon dari zon Sabah & Sarawak, mungkin agar sukar untuk hadir ke program tersebut. Jadi, kami mengalu-alukan agar program sebegini dapat dipanjangkan ke zon Sabah & Sarawak, demi keadilan pada calon-calon dari sini. Terima kasih.

  5. kanaga Says:

    terima kasih kepada admin kerana sanggup mengaturkan tempat penginapan dan juga diskaun kepada kami. saya memang berminat untuk mengikuti bengkel pre-pac.

  6. Lin Says:

    Menarik bengkel tu…tapi agak jauh di Kemaman. Kenapa tidak dibuat di KL …rasanya kalau di sekitar KL insyallah 90% boleh pergi.

  7. Azlinna Says:

    Memang ada keinginan mahu menyertai bengkel tersebut tetapi memandangkan tempatnya di Terengganu membatalkan niat tersebut. Saya di Johor Bahru. Jika dibuat di Kuala Lumpur alangkah baiknya.

  8. Syafie Says:

    tuan,
    Bagus cadangan tu..cuma dibuat masa cuti raya haji..walaubagaimanapun..saya akan cuba menghadirinya juga..

  9. naMia Says:

    Sy lulus exam PTD 3/10 baru2 ni dan menantikan pre-pac yang seterusnya.Di kemaman, sy ok je. blh balik kampung sekali.hehe

  10. Azira Says:

    Teringin sangat nak pegi. Cuma tempatnya di Kemaman. Tapi tak mengapa…saya ingin turut serta. :)

  11. Nik Says:

    Dapat surat Oct exam,x pegi…ada hal x dapat dielakkan…tp still berminat nk attend seminar tu…bukan senang INTAN nk anjur seminar berkenaan PAC.Agak rugi kalau x pegi. Mohon Admin selitkan saya sebagai peserta berkumpulan

  12. admin Says:

    pre-PAC dijangka dalam pertengahan Disember, tapi tertakluk kepada perubahan. Untuk yang di luar Terengganu, penginapan terhad ada disediakan di INTIM sendiri dengan kos serendah RM30 sahaja. Pihak kami juga tak pasti bila lagi Bengkel seperti ini akan diadakan dengan kerjasama INTAN, jadi agak rugi kalau lepaskan peluang keemasan ini sebenarnya. :)

  13. latifah ramlee Says:

    Saya nak sertai bengkel PAC tu…
    Terima kasih…..

  14. latifah ramlee Says:

    Saya berminat untuk menyertai bengkel pre-PAC tu. Semoga bengkel tersebut dapat membantu…. Terima kasih kepada pihak tipsptd kerana banyak membantu…

  15. bootet_nurul Says:

    huu jaauuhhnyaaaaa…dekat bahagian utara xde??sy cadanggkann dekat areaa2 kl la ea cik adminn…plzzz =)

  16. azie Says:

    saya sangat berminat untuk menyertainya…

  17. NIK Says:

    Salam….saya berminat….braper hari yer bengkel tu?

  18. admin Says:

    Nik, bengkel tu satu hari sahaja

  19. olkud knulla Says:

    Siapakah tenaga pengajar/faci bagi kursus ini nanti?
    Adakah kursus ini mendapat endorsement dari pihak Intan atau mana2 agensi kerajaan?

  20. admin Says:

    DUKACITA DIMAKLUMKAN;

    Pihak penganjur memaklumkan yang Bengkel ini dibatalkan buat masa ini kerana adanya pertindihan dengan Hari Raya Aidil Adha

  21. amyhani Says:

    Salam…

    Alhamdulillah…sy lulus exam PTD 8/8 aritu..xsgka 1st time ambil lulus pdhal sy mmg xbersedia sbb mase tu bz dgn training. Pergi pon sbb takot nama kna blacklist..hehe
    Tp, utk PAC ni sy rase xyakin sbb sy mmg lemah bab2 public speaking ni. Sape2 kat cni ade tips blh share utk org yg spt sy?

  22. cik nor Says:

    salam….

    alhamdulillah, saya lulus ujian PTD 3/10/2009. Ini mungkin peluang kedua saya ke PAC. Saya ingin menyertai bengkel yang diadakan tapi kurang pasti dapat pergi atau tidak kerana terlalu jauh. Jika penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan, bolehkah pihak tipsPTD menguruskan pengangkutan agar kita boleh pergi berkumpulan bagi mereka yang tinggal di kawasan selatan seperti melaka, kuala lumpur dan selangor?…cadangan ajer..terima kasih.

  23. saniboy66 Says:

    to amyhani:

    yakin dengan kemapuan sendiri..jangan takut dan berdoa selalu diberikan kekuatan..semoga kita berjumpa di PAC nanti..salam

  24. ckin-one Says:

    salam admin..
    harap dapat beri info mengenai isu semasa untuk PAC sessi Disember ini.

  25. nas Says:

    dah tau date PAC,tapi jauh la kat kemaman,penginapan pun xdisediakan.kat sekitar INTIM tu ader hotel2 budget x?

  26. Fadzly Says:

    admin
    apa maklumat terkini ttg seminar ni ??
    saya berminat utk join kalau ada.
    tapi kalau dibuat di Lembah Kelang lagi memudahkan.
    tapi sekiranya akan diadakan di kemaman juga Insyaallah akan diusahakan.

  27. fid Says:

    Alhamdulillah..lulus juga akhirnya exam PTD kali ni pd 8/8/09 lalu.yg merunsingkan PAC this coming Disember 09..1st time..byk dgr crita dr kawan2 yg dh pegi PAC…mcm x mampu jer nak lalui semua ujian tu..

  28. admin Says:

    seminar ini bukan anjuran TipsPTD, kami cuma menghebahkan sahaja, jadi kami tak ada maklumat tersebut. Anda boleh rujuk semula di laman web penganjur :)

  29. osman hambali Says:

    Saya sudah 5 kali pergi PAC ni.. tak dapat-dapat jugak kerja PTD.. tiap kali nak pergi, saya study laman web ni.. duit dah byk habis.. mesti ada yg tak kena dgn web ni..

  30. mrs X Says:

    “osman hambali Says:
    December 14th, 2009 at 5:49 pm

    Saya sudah 5 kali pergi PAC ni.. tak dapat-dapat jugak kerja PTD.. tiap kali nak pergi, saya study laman web ni.. duit dah byk habis.. mesti ada yg tak kena dgn web ni..”

    salam kpd en osman… minta maaf kerana menegur… bukan apa, saya terpanggil untuk memberikan pendapat kerana statement en osman tentang “mesti ade yang tak kena dgn web ini”… kegagalan en osman sebanyak 5 kali seperti yg en osman katakan bukan lah berpunca dari web ini, mungkin berpunca dari diri sendiri… web ini cuba membantu dengan memberikan tips, terpulang kepada masing-masing sama ada untuk menjadikan panduan atau tidak… klau rase tips yang diberikan tidak membantu en osman langsung, tidak baik lah menyalahkan web ini, sebaik-baiknya en osman bermuhasabahlah dan fikirkan semula kenapa en osman masih gagal… mungkin masih belum ade rezeki… anyway.. slamat maju jaya

  31. admin Says:

    baru terperasan komen en.osman. laman web ini dilancarkan pada 2009 dan setakat ini ianya melalui tak sampai 5 sesi PAC.. maknanya en.osman sememangnya telah gagal sebelum jumpa laman web ini. tiada jaminan untuk lulus, tetapi kami cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik semampu kami.

    ~admin

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!