Posts Tagged ‘contoh resume’

Temuduga PTD: Penulisan Resume

Tuesday, September 1st, 2009

Banyak persoalan tentang resume dan pemakaian untuk sesi temuduga ptd yang bakal berlangsung 2-11 September ini. Untuk pemakaian anda boleh rujuk posting sebelum ini tentang “Penampilan Semasa Temuduga”. Ianya bukanlah satu kemestian untuk anda ikuti, tetapi lebih kepada cadangan pemakaian berdasarkan pengalaman rakan-rakan PTD.

Untuk posting kali ini, tidaklah diterangkan secara details mengenai penulisan resume, sebab panduan penulisan resume mudah didapati di mana-mana sahaja. Cuma kali ini fokus kita ialah penulisan resume khas untukl temuduga ptd. Secara umumnya, untuk resume ada sedikit perbezaannya dengan resume yang anda hantar untuk mencari kerja. Untuk resume permohonan jawatan, anda perlu ada ‘career objective’ atau apa yang anda inginkan dari jawatan tersebut. Tetapi untuk temuduga PTD, anda tak perlu nyatakan perkara tersebut. Cukuplah sekadar maklumat anda dan apakah pencapaian dan pengalaman anda.

Dalam kata lain, ianya ringkas dan padat. Tentang bahasa pula, sepatutnya ianya berbahasa melayu, tetapi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang berjaya dalam PTD dan yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan yang lain, rata-rata menggunakan resume berbahasa Inggeris. Jadi kami merasakan bahasa bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk di pertimbangkan.

Tentang panjang resume, anda harus faham ianya berbeza dengan CV di mana dalam CV anda pelu nyatakan secara terperinci pencapaian anda. Tapi resume ialah satu tunjuk tara yang menerangkan diri anda sendiri. Jadi ianya mestilah ringkas dalam 2-3 muka surat sahaja.

Anda boleh muat turun Contoh Resume yang digunakan oleh saudari Noorahayu sendiri semasa berjaya dalam sesi temuduga PTD. Terima kasih untuk sumbangan beliau!

Temuduga PTD: Buang gugup..nervous

Tuesday, August 25th, 2009

Bahang temuduga ptd semakin hampir, bagaimana dengan persediaan anda. Saya tak mahu sentuh lagi mengenai isu semasa dan soalan lazim kerana semua itu sudah banyak dibincangkan dalam post dalam kategori temuduga PTD, anda boleh semak di situ. Ada satu lagi masalah penting semasa interview iaitu gemuruh atau gugup yang membawa kepada situasi gagap dan ‘speechless’. Jadi bagaimana mahu mengurangkan rasa ‘nervous’ semasa interview atau temuduga PTD nanti? Saya kongsikan tips yang di tulis oleh saudara Jamal kepada anda;

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Semoga tips ini sikit sebanyak membantu anda. Tapi bagi saya, yang terpenting ialah anda cukupkan persediaan anda dan yakin pada diri sendiri. Kenapa perlu gugup kalau anda sudah tau semuanya!!

p/s Contoh resume akan diedarkan dalam masa terdekat hasil sumbangan rakan PTD Noorahayu Yahya

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!