Posts Tagged ‘contoh soalan PTD’

Introspeksi Peperiksaan PTD 2010

Wednesday, December 22nd, 2010

Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik sudah dikeluarkan dan seperti kelaziman fitrah, ada yang lulus dan ada yang gagal. Tahniah untuk yang lulus dan yang gagal cuba semak semula bagaimana anda ketika menjawab soalan. Kenal pasti bahagian mana yang menjadi kelemahan anda dan cuba tingkatkan dan perbaiki bahagian yang anda rasa lemah tersebut supaya nantinya bertukar menjadi kekuatan anda untuk sesi seterusnya.

pegawai tadbir diplomatik Introspeksi Peperiksaan PTD 2010

Untuk yang belum melakukan semakan, boleh lakukan semakan di;

Jom kita lakukan sedikit muhasabah atau introspeksi soalan peperiksaan yang lepas. Bahagian mana rasanya yang ‘membunuh anda?

Seksyen Pengetahuan Am

Soalan tempoh hari mencakupi skop yang sangat luas dan ramai yang tersangkut di sini. Sebenarnya setiap tahun begitu. Sememangnya ianya menjadi satu tapisan terbaik untuk menyingkirkan sebahagian calon sekaligus mengurangkan jumlah calon yang lulus. Antara soalan yang ditanya;

  • 1 Malaysia (slogan, prinsip 1Malaysia)
  • Pentadbiran (bidang kuasa mahkamah, pengutan cukai)
  • Sukan (juara All England, Azizul Hasni)
  • Skop tugasan (arkib negara,muzium negara)
  • DEB, NKRA,ASEAN

Dan rasanya ramai yang tergamam melihat soalan mengenai “Pengasas Ilmu Forensik”

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini membuatkan ramai calon tak cukup masa. Soalan menyelesaikan masalah memerlukan masa untuk calon berfikir. Banyak juga soalan konsep Matematik yang menyebabkan calon yang kurang bersedia mengeluh seperti;

  • peratusan
  • pecahan
  • purata
  • kebarangkalian

Adakah anda tergamam melihat seksyen ini?

Seksyen Pengertian dan Kefahaman terhadap esei

Rasanya ini adalah satu bahagian yang berjaya menenangkan calon kerana ianya boleh dikatakan amat mudah dan sebagai bonus kepada calon. Soalan ditanya dan jawapan ada dalam esei yang diberi. Apa yang perlu ialah memindahkan kefahaman kepada jawapan. Tiada masalah!

Seksyen Esei

Ada dua skop yang dapat disimpulkan untuk soalan yang lepas;

  1. Pengetahuan Am. Soalan berkait rapat dengan Jenayah Siber dan Isu Subsidi amat menggembirakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan isu semasa. Bahkan isu-isu tersebut dibincangkan dengan meluas dalam akhbar mencakupi berita dan artikel. Bagi golongan ini, tahniah untuk anda!
  2. Dasar negara. Soalan berkaitan Model Ekonomi Baru dan negara berpendapatan tinggi menuntut ‘observation’ dan kepekaan terutama semasa pengumuman MEB dan perlaksanaannya.

Seksyen Sahsiah dan Minat

Ramai yang tak cukup masa. Kenapa tak cukup masa? Ramai calon mengambil masa untuk berfikir. Seksyen ini dirangka bukan untuk anda berfikir, ianya mahu menilai anda dan perlakuan anda. Jadi jawapan yang seharusnya keluar adalah dalam norma tindakan harian anda. Sememangnya itu tujuannya. Jika calon berfikir dan memberi jawapan ideal makanya tujuan asal seksyen ini turut tercalar.

Jadi bagaimana dengan anda? Tanya kembali diri anda dan dimana sebenarnya seksyen yang ‘membunuh’ anda sekaligus membuatkan anda GAGAL dan yang mana yang menjadi kekuatan anda sekaligus membuatkan anda LULUS?

Temuduga PTD: Tahniah!

Friday, August 21st, 2009

Sesi temuduga PTD untuk ambilan kedua tahun ini sudah pun dijadualkan pada 2-11 September iaitu lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Pertama sekali tahniah untuk yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga kali ini. Difahamkan hanya lebih kurang 1100++ sahaja calon yang dipanggil menduduki temuduga kali ini untuk mengisi kekosongan 600 tempat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik skim kontrak. Pihak Tips PTD sudahpun membincangkan isu kontrak ini dan bagaimana ianya dilaksanakan jadi tak perlu lah dibincangkan lagi kali ini. Untuk yang belum menyemak status panggilan temuduga PTD ini anda boleh semak menggunakan link “Semakan Satus Temuduga PTD September 2009″

Pihak Tips PTD sudah pun mengambil inisiatif dalam mengemukakan tips dan tunjuk cara bagaimana menghadapi temuduga kali ini dengan 3 posting penting dari Saudari Noorahayu Yahya iaitu teman rakan PTD yang sudi berkongsi tips. Harap ianya menjadi rujukan untuk anda lulus dalam sesi temuduga kali ini. InshaAllah, akan ada lagi post dalam masa terdekat untuk pengkhususan persediaan anda, jadi jangan lupa sentiasa lawati blog ini untuk rujukan anda.

Sekali lagi tahniah untuk yang berjaya melepasi halangan PAC yang lalu dan dipanggil untuk temuduga kali ini. Ingat, anda adalah yang terpilih dan selangkah lagi, anda bakal bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik! Buat lah persediaan awal dari sekarang.

Bbanner370x60 Temuduga PTD: Tahniah!

Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Monday, August 10th, 2009

Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?

Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA

Salam kejayaan dari kami!

Soalan Peperiksaan PTD: Esei

Thursday, August 6th, 2009

Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;

  • Perenggan 1: Pendahuluan
  • Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
  • Perenggan 5: Counter argument
  • Perenggan 6: Penutup

Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;

  • Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
  • Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
  • Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
  • Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.

Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD

Ujian Bertulis PTD: Soalan Peperiksaan Bocor?

Sunday, August 2nd, 2009

Akhirnya, setelah hampir 3 minggu tidak dapat diakses, blog tipsptd kembali online. Terima kasih untuk sokongan anda semua!.

Exam bertulis atau peperiksaan bertulis PTD bakal berlangsung di seluruh negara pada 8 Ogos ini. Bagaimana dengan persediaan anda? Sudah cukup yakin atau masih terkapai-kapai lagi? Masa masih ada untuk anda, dan harapnya anda mengambil kesempatan ini bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ada yang email kepada kami, ada soalan bocor tak? Wahh.. ini sudah seperti mentaliti peperiksaan SPM tak pun exam semasa di peringkat universiti. Jawapannya mudah sahaja, kami tiada soalan bocor!

Terus terang saya katakan, tidak banyak yang boleh dibantu untuk peperiksaan bertulis ini kerana skopnya terlalu luas. Soalan-soalan peperiksaan PTD ini terutamanya di seksyen A mencakupi pelbagai maklumat mencakupi pengetahuan Am, sejarah, peristiwa, kebudayaan dan lain-lain yang mana kalau hendak diperincikan amat lah sukar. Jadi tak dapat lah nak dibantu untuk soalan ujian bertulis pTD ini.

Untuk seksyen ujian Matematik dan IQ, terus terang juga dikatakan ianya tidak lah sesukar mana. Anda hanya perlu teliti dalam membaca soalan tersebut. Kadang ada soalan yang tak memerlukan anda buat pengiraan langsung, anda hanya boleh congak. Sekali lagi saya katakan, baca dengan teliti dan jangan terperangkap. Buatlah sedikit latihan matematik dan cari soalan-soalan IQ di internet sebanyak mungkin dan cuba selesaikan.

Untuk entri seterusnya, kita akan bincangkan sedikit pasal esei BM dan BI dan saya rasa itu bahagian yang penting dalam peperiksaan PTD ini. Salam kejayaan untuk anda! Anda boleh dapatkan “Risalah Peperiksaan PTD Ogos 2009” dari team tipsptd di SINI

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!