Ujian Bertulis PTD Ogos 2009
Tuesday, July 14th, 2009Musim ujian PTD atau peperiksaan bertulis PTD bakal menjelma bulan depan dan ianya ditetapkan secara umumnya pada 8 Ogos 2009. Tahniah untuk yang telah mendapat panggilan dan selamat berusaha!
Secara peribadi saya merasakan yang ujian bertulis PTD ini merupakan peringkat tapisan yang paling besar sekali. Kalau dilihat statistik secara kasar dari apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan Tahunan SPA untuk tahun-tahun kebelakangan, hanya dalam lingkungan 8% sahaja yang lulus peringkat ini. Maknanya kalau bilangan calon adalah 80 000 (anggaran kasar), calon yang berjaya dipanggil ke peringkat PTD Assessment Center (PAC) hanyalah dalam lingkungan 6400 orang. Nisbah 8% jika dinilai amatlah kecil dan sudah pasti ramai yang kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.
Secara keseluruhannya, pada peringkat ujian bertulis PTD ini, tidak ramai yang datang dengan persediaan yang rapi. Kebanyakannya datang sekadar mencuba nasib dan inilah yang menyebabkan ramai yang gagal dalam peperiksaan PTD ini. Ini attitude yang harus diubah sekiranya anda mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD ini. Anda harus hadir peperiksaan untuk berjaya dan bukannya sekadar mencuba nasib. Aspek ini seharusnya tak perlu disentuh lagi kerana ianya terlalu umum dan diketahui ramai, tak ramai yang tak ambil sebarang tindakan dan masih berada pada tahap “Mahu GAGAL”!

Buatlah persediaan yang sewajarnya, sesuai dengan kelayakan akademik kita. Anda harus tahu bahawa anda ada kelayakan yang secukupnya dan berpotensi untuk menjawat jawatan ini dan sebab itulah anda dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis PTD ini! Dan anda harus sedar ada puluhan ribu yang bersaing untuk jawatan ini, jadi seharusnyalah anda berusaha sebaik mungkin menjadi kelompok 8% ini!



