Posts Tagged ‘gagal PAC’

Gagal PAC: Kenapa?

Thursday, October 29th, 2009

PTD Assessment Center (PAC) atau pre-PAC untuk yang lulus peperiksaan bertulis PTD baru-baru ini dijangka akan dilangsungkan dalam awal bulan Disember 2009 ini. Dan ianya merupakan sesi tapisan kedua sebelum sesi temuduga di langsungkan. Persediaan yang rapi harus dilakukan lebih dari persediaan peperiksaan bertulis kerana ianya mencakapi beberapa skop yang berbeza seperti pengucapan umum dalam bahasa melayu dan Inggeris. Jadi kemahiran berbahasa dan kelancaran amat diperlukan dalam menghadapi pre-PAC ini.

Selain itu, aktiviti dan latihan fizikal juga amat penting dalam menyiapkan diri anda menghadapi PTD Assessment Center ini. Banyak yang mengeluh sakit otot selepas PAC kerana jarang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Ujian fizikal untuk PAC boleh dikatakan agak ‘tough’ dan bukan senang untuk dilakukan bagi yang kurang melakukan aktiviti fizikal secara kerap. Jadi anda harus mula melakukan persediaan fizikal mulai sekarang sebagai persediaan untuk panggilan PAC. Ada yang bertanya apa rasionalnya ujian fizikal dengan kerjaya PTD? Kerjaya ini memerlukan seorang yang ‘fit’ dalam melaksanakan tugasan dan menyerap tekanan. Anda pasti pernah terbaca dahulu, ‘anggota polis gemuk tidak layak naik pangkat’? Dalam kata lain, kerjaya kerajaan terutama dalam menguruskan pentadbiran negara memerlukan seorang yang sihat mental dan fizikal.

Yang paling merunsingkan dan keluhan yang diterima ialah mengenai masalah berbahasa Inggeris dan itu antara faktor gagal dalam PAC. Sebenarnya bahasa Inggeris tidak lah sesukar yang disangka. Anda semua graduan universiti dan saya yakin anda boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, cuma anda tak mahu mencuba untuk bertutur. Saya memiliki satu naskah eBook yang mengajar dan menunjuk cara bagaimana nak bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan yakin. Untuk anda yang masih belum yakin dan mahir untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, saya yakin ‘Plan 6 Minggu’ yang disarankan oleh penulis eBook ini akan membantu anda. Anda boleh dapatkannya melalui banner di bawah;

ban1 Gagal PAC: Kenapa?

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – H1N1

Wednesday, June 24th, 2009

Entri ini diawalkan atas permintaan calon-calon Program Assessment Center (ujian PAC) yang bakal mendudukinya hujung minggu ini (26-28 Jun). Ini adalah nota ringkas tentang Isu Semasa selepas posting mengenai 1Malaysia sebelum ini. selamat berjaya untuk anda.

Sekilas Pandang:
‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein dan ‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis atau subtypes H dan N, tapi hanya H1, H2, H3 dan N1, N2 sahaja yang biasanya ditemui di tubuh manusia. Jadinya yang heboh sekarang ialah H1N1.

Tindakan pencegahan;

  • Menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak ini.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza (ini termasuk demam, sakit tekak, batuk, hidung berair).
  • Elakkan tempat-tempat yang sesak.
  • Pastikan persekitaran dan diri dalam keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau tangan ketika bersin atau batuk.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas, sebelum makan dan ketika dicemari oleh cairan pernafasan seperti selepas bersin.
  • Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.
  • Mematuhi peraturan dan waktu melawat di hospital-hospital, terutama sekali untuk tidak membawa ke hospital kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah.

H1N1 2009
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Status Pandemic Fasa 6
Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan H1N1 sebagai ‘pendemic phase 6’. Apa itu ‘pendamic phase 6”? Menurut WHO;

Human-to-human spread of the virus in two or more countries in one WHO region. In addition to that, the same virus spreads from human-to-human in at least one other country in another WHO region

Dalam kata lain, penyebaran virus ini melibatkan lebih dari satu Negara dan dikira sebaran global yang pertama sejak tahun 1968.

Status Terkini H1N1 di Malaysia
Sehingga entri ini ditulis,

  • jumlah keseluruhan kes sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan
  • jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 1,619 kes
  • Bilangan sekolah yang ditutup masih kekal empat sekolah dan tiga sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelasnya

Rujukan Tambahan

Download Press Release dari Menteri Kesihatan (penting)

Update H1N1 Seluruh Dunia

Pandemic Alert Response dari WHO

Tajuk-tajuk yang perlud diberi perhatian untuk PAC 2009;

  • isu Pendidikan – PPSMI, SPM 10 subjek shj, kadar bayar balik ptptn, kekurangan guru lelaki
  • isu Kesihatan – related to H1N1, denggi, selsema burung, cikungunya
  • isu Ekonomi – rancangan pemulihan eko, keadaan eko skrg, blr – semak balik info rasmi gvment pasal ekonomi + bank negara
  • isu Sukan – Prestasi Sukan Malaysia, emas olimpik, prestasi bola sepak
  • isu Buruh Asing – dera, indonesia sekat panghantaran pembantu rumah, US kuar statement pasal M’sia
  • isu sosial & politik – rasuah, demokrasi, US dibawah Barack Obama

Selamat berjaya untuk semua calon pac 2009!

Persediaan PAC Julai 2009: Isu Semasa – 1Malaysia

Monday, June 22nd, 2009

1Malaysia-Pengenalan:

Entri ini merupakan nota ringkas melalui maklumat rasmi yang selari dengan hasrat kerajaan. Tiada pandangan peribadi disini, bahkan ianya adalah adaptasi maklumat rasmi sebaran sumber sebaran rasmi kerajaan. Maklumat ini kami rasakan perlu difahami oleh semua calon yang bakal menduduki ujian PAC 2009. Pastikan maklumat anda dari sumber yang betul dan bukan sumber pandangan peribadi yang membawa kepada ‘salah tafsir’ konsep ini kerana ianya turut dimainkan sebagai isu politik dan kita tiada tujuan politik di sini. Diharapkan agar entri ini bermanfaat dalam menjelaskan keseluruhan idea tentang konsep 1 Malaysia.

Slogan:
1Malaysia,
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang:
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Matlamat:
‘1Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sedikit huraian:
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Najib membawa satu harapan untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Perbezaan Konsep “1Malaysia” dengan “Malaysian Malaysia”
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan ‘affirmative statement ‘ oleh Dato’ Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1Malaysia berpayung di bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar “Malaysian Malaysia” membelakangkan perlembagaan. Secara dasarnya;

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
  • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula 7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Penutup
Seharusnya juga difahami oleh semua calon Program PTD Assessment Center, pendapat anda harus selari dengan kehendak kerajaan dalam isu ini semasa sesi ujian PAC. Anda boleh mengambil titik kontra dalam isu ini tetapi dalam nilaian satu perbincangan terbuka. Itu sekadar pandangan dari kami di tipsptd.

Rujukan Tambahan:

Download Nota Tambahan:

Lokasi Ujian PTD Assessment Center (PAC)

Thursday, May 21st, 2009

Sehingga entri ini ditulis, surat panggilan prePAC atau PAC masih belum diterima oleh calon-calon yang  lulus ujian bertulis PTD sesi Februari 2009. Banyak spekulasi yang tersebar dan masih menjadi tanda tanya adakah format PTD Assesment Centre kali ini masih kekal 1 hari atau kembali kepada sistem 3 hari. Sama-sama lah kita nantikan. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting anda siapkan diri anda secukupnya dari segi maklumat semasa dan latihan fizikal. Mula bermonolog sendiri untuk meningkatkan kemahiran pengucapan anda.

Entri kali ini ialah untuk tujuan pengetahuan semua calon PAC. Lokasi ujian PAC 2009 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di semenanjung;

1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)

2. INTIM (Kampus Wilayah Timur)

3. INTURA (Kampus Wilayah Utara)

4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)

5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)

Sabah/Sarawak

1. Kampus INTAN Sarawak

2. Kampus INTAN Sabah

Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk memberi pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan

Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 2

Wednesday, April 29th, 2009

Untuk ujian pre-PAC tahun 2009, masih berada dalam kekeliruan. Format awal tahun ini ialah 1 hari berbanding 3 hari sebelum ini. Tapi ianya masih dalam percubaan dan mungkin ambilan kali ini kembali kepada sistem 3 hari semula. Apa-apa pun usah risau kerana semuanya akan terjawab apabila anda mendapat surat panggilan PTD Assessment Center tidak lama lagi.

Apa-apa pun kita akan sambung perbincangan untuk bagaimana nak hendak berjaya dalam prePAC. Untuk format 1 hari tahun ini seperti yang anda maklum, tiada lagi larian 2.4 KM tetapi diganti dengan ujian fizikal yang lain. Detailnya harus dirahsiakan tetapi secara kasarnya ianya dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama ialah kerja berkumpulan dan anda bakal diarahkan berbuat sesuatu dengan muzik iringan. Bahagian kedua pula ialah tugasan individu yang mana stamina anda amat penting untuk lulus bahagian ini. Itu sahaja yang boleh saya gambarkan sedikit sebanyak tentang ujian fizikal dalam prePAC dengan format 1 hari yang lepas.

Apa yang penting, untuk berjaya dalam bahagian ujian fizikal ini, anda perlu melakukan persediaan bermula dari sekarang. Tingkatkan stamina anda, berlatih ‘sit up’ dan ‘pumping’ sekerap yang mungkin kerana ianya sememangnya bakal membantu anda semasa ujian fizikal nanti.

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

27 Sebab GAGAL Ujian PTD: Repot PERCUMA

Wednesday, April 22nd, 2009

Kepada pembaca blog Tips PTD ini, ada ole-ole untuk anda. Satu laporan ringkas percuma bertajuk “27 sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD” akan diedarkan kepada anda semua tidak lama lagi (mungkin minggu depan). Ianya adalah hasil dari maklum balas dari 15 orang calon gagal ujian PTD di semua bahagian iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (pre-PAC) dan temuduga PTD.

Bookmark blog ini dan pastikan anda tidak terlepas untuk memiliki repot PERCUMA ini! Khas dari Team TipsPtd.com

panduan ptd 27 Sebab GAGAL Ujian PTD: Repot PERCUMA

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!