Posts Tagged ‘intengah’

PAC Julai 2010: Apa perlu takut?

Friday, June 18th, 2010

Bagi yang lulus gred M41 dalam Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang lepas anda sudah pasti sudah menerima surat panggilan memasuki Programme Assessment Center Julai ini di lokasi-lokasi seluruh negara sama ada INTAN, INTIM, INTURA, IKWAS, INTENGAH dan kampus Intan di Sabah dan Sarawak. Jika belum menerima surat, anda boleh semak status anda secara online di;

>>>Semakan Status PAC M41 Julai 2010<<<

Format kali ini mungkin sama atau mungkin berbeza dengan format yang sebelum ini tetapi anda harus buat persediaan sewajarnya kerana walaupun format mungkin berubah tetapi komponen penilaian tidak akan lari jauh dari ketetapan biasa yang merangkumi;

  • Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana rata-rata calon yang melalui PAC ini menganggap ianya antara kenangan indah dan ‘enjoyable’. Hanya buat persediaan sewajarnya mencakupi semua komponen di atas. Ramai yang gusar tentang isu semasa. Sebenarnya tajuk yang diketengahkan dalam semua sesi PAC yang lepas adalah begitu terbuka untuk membolehkan semua calon memberi pendapat dan tajuk-tajuknya adalah umum dan bukan spesifik.

Sebagai contoh PAC sebelum ini lebih mudah dan lebih kepada perbincangan terbuka. Lucu juga bila tajuk “Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak” dikeluarkan untuk perbincangan. Ianya sememangnya mudah kerana  hanya memerlukan hujah logik dan bukan fakta. Maknanya tiada yang salah dan tiada yang betul. Perbincangan biasanya berlaku dalam keadaan yang santai. Satu lagi tajuk ialah  ‘Sekolah 1 Aliran’, yang membuatkan perbincangan lebih kepada pendapat umum.

Bagaimana? Sedikit tenang? Tak perlu risau, buat persediaan secukupnya, buat monolog sendiri untuk melancarkan percakapan dan rajin baca suratkhabar. Salam kejayaan untuk anda dari kami!

Pre-PAC Disember 2009

Monday, November 16th, 2009

Sebagimana yang diketahui, pre-PAC sesi Disember ini masih mengekalkan format 1 hari dan rasanya format tersebut akan kekal buat masa ini. sedikit bagi mereka yang tidak mengetahui, format 1 hari ini diperkenalkan pada hujung tahun 2008 menggantikan format 3 hari yang sebelum ini. Aktiviti tak banyak berubah bahkan ianya menjadi lebih mudah berdasarkan feedback dari peserta yang mengambilnya berulang kali. Aktiviti utama masih dikekalkan yang mencakupi penilaian;

  • Kemahiran berbahasa (English/MElayu)
  • Kemahiran pengucapan
  • Kepekaan terhadap isu-isu
  • Tahap fizikal (fitness)
  • Tahap kerjasama berkumpulan

Itu lima benda yang biasa dinilai dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Janagn lupa kemahiran melontarkan idea dan menerima idea dan bagaimana attitude anda di sana. Anda tak perlu jadi hipokrit dengan berlakon yang anda bagus, cumanya simpan atau sembunyikan sahaja sikap-sikap panas baran, nak selalu betul, tak boleh menerima pendapat orang lain dan sebagainya yang anda fikir negatif. Cuma tonjolkan sahaja nilai positif yang anda ada di sana.

Latih dan tingkatkan tahap keyakinan anda, jangan mudah mengalah. Ramai yang cepat mengalah dalam aktiviti fizikal sedangkan kalau dicuba dengan lebih bersungguh, anda akan mampu menghabiskannya.. saya pasti. Apa yang kurang ialah, anda tak yakin yang anda boleh melakukan. Begitu juga keyakinan dalam berucap dan melontarkan idea. Yakin dengan idea anda dan lontarkan dengan penuh kayakinan dengan suara dan nada yang yakin. Anda seorang graduan universiti dan anda lulus ujian bertulis yang mana puluhan ribu orang gagal, anda harus sedar hakikat ini dan tahu bahawa anda adalah graduan yang terpilih!ptd assessment center 265x300 Pre PAC Disember 2009

Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Wednesday, June 17th, 2009

Ada yang dah mula menerima surat rasmi panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk sesi PTD Assessment Center yang bakal diadakan pada 3,4 dan 5 Julai 2009. Untuk yang lulus ujian bertulis PTD sebelum ini, nantikan surat panggilan sampai ke rumah anda. Anda juga boleh menyemak terus di laman web rasmi di SEMAKAN Jadual PAC (klik di SINI)

ptdassessmentcenter Panggilan PAC 2009 Sesi Julai

Format kali ini ditentukan 1 hari dan bukan 3 hari seperti yang digembar-gemburkan tapi dengan sedikit perbezaan. Mungkin ramai yang perasan semasa ujian bertulis dulu tiada bahagian Syahsiyah Diri seperti kebiasaan, rupanya bahagian itu dibawa penilaiannya untuk pre-PAC sesi Julai 2009. Sedikit perbezaan untuk tahun ini. Apa-apa pun untuk details maklumat anda boleh semak pada surat panggilan tersebut.

Anda masih ada lebih 2 minggu untuk persediaan sebelum ujian bermula dan adalah dinasihatkan agar anda membuat persediaan yang rapi untuk berjaya kali ini. Mulakan aktif dalam membaca akhbar dan peka kepada isu semasa sekarang sama ada dalam dan luar negeri. Rasanya format tidak banyak berbeza untuk PTD Assessment Center 2009 (PAC) kali ini. Jangan lupa, rancang perjalanan anda supaya ianya berjalan dengan lancar dan tenang. Jangan gelabah, percaya lah, anda boleh melakukannya!

Inshaallah, beberapa post berkaitan dengan PTD Assessment Center (PAC) akan dihasilkan untuk membantu anda dalam persediaan menghadapi ujian PAC ini dari semasa ke semasa.

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!