Posts Tagged ‘lulus PTD’

Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik

Saturday, September 26th, 2009

Terlebih dahulu Selamat Hari Raya untuk semua. Tapi rasanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis 3 Oktober ni mesti tak senang duduk. Begitu juga calon-calon yang telah menduduki sesi temuduga September 2009 yang lalu, keputusan bakal keluar tidak lama lagi. Kalau diikutkan kenyataan dalam surat tawaran yang lalu ianya sepatutnya keluar pada 12 Oktober ini. Huh tak lama dah tuh.

Raya baru ni sempat juga berjumpa rakan-rakan PTD yang berkhidmat di negeri iaitu di pejabat SUK negeri. Ya sedikit berbeza jugalah pengalaman mereka berbanding yang bertugas di peringkat pusat. Tapi apa yang pasti para penjawat jawatan PTD ini memainkan peranan yang penting dan diharapkan di negeri. Tak perlulah nak kongsi cerita pengalaman, yang penting, anda usahakan dan siapkan diri anda untuk menjawat jawatan ini!

Melalui feedback calon yang mengambil peperiksaan bertulis ptd, bahagian yang mencabar ialah bahagian Matematik dan IQ. Sebenarnya ianya tidak lah sesukar mana kerana soalan MAtematik seperti yang telah dinyatakan hanya mencakupi silibus sehingga SPM sahaja. Cari set-set soalan matematik peringkat PMR dan SPM, cuba buat satu dua set percubaan untuk mengasah kembali bakat Matematik anda. Anda boleh cuba set-set soalan di bawah;

Sekurang-kurangnya anda ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Jangan tangguh, buat secepat mungkin! Mudah-mudahan anda dapat menduduki exam bertulis ptd kali ini dengan jayanya

Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Monday, August 10th, 2009

Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?

Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA

Salam kejayaan dari kami!

Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Tuesday, July 14th, 2009

Musim ujian PTD atau peperiksaan bertulis PTD bakal menjelma bulan depan dan ianya ditetapkan secara umumnya pada 8 Ogos 2009. Tahniah untuk yang telah mendapat panggilan dan selamat berusaha!

Secara peribadi saya merasakan yang ujian bertulis PTD ini merupakan peringkat tapisan yang paling besar sekali. Kalau dilihat statistik secara kasar dari apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan Tahunan SPA untuk tahun-tahun kebelakangan, hanya dalam lingkungan 8% sahaja yang lulus peringkat ini. Maknanya kalau bilangan calon adalah 80 000 (anggaran kasar), calon yang berjaya dipanggil ke peringkat PTD Assessment Center (PAC) hanyalah dalam lingkungan 6400 orang. Nisbah 8% jika dinilai amatlah kecil dan sudah pasti ramai yang kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.

Secara keseluruhannya, pada peringkat ujian bertulis PTD ini, tidak ramai yang datang dengan persediaan yang rapi. Kebanyakannya datang sekadar mencuba nasib dan inilah yang menyebabkan ramai yang gagal dalam peperiksaan PTD ini. Ini attitude yang harus diubah sekiranya anda mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD ini. Anda harus hadir peperiksaan untuk berjaya dan bukannya sekadar mencuba nasib. Aspek ini seharusnya tak perlu disentuh lagi kerana ianya terlalu umum dan diketahui ramai, tak ramai yang tak ambil sebarang tindakan dan masih berada pada tahap “Mahu GAGAL”!

peperiksaanptd Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Buatlah persediaan yang sewajarnya, sesuai dengan kelayakan akademik kita. Anda harus tahu bahawa anda ada kelayakan yang secukupnya dan berpotensi untuk menjawat jawatan ini dan sebab itulah anda dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis PTD ini! Dan anda harus sedar ada puluhan ribu yang bersaing untuk jawatan ini, jadi seharusnyalah anda berusaha sebaik mungkin menjadi kelompok 8% ini!

Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 1

Monday, April 13th, 2009

Setelah berjaya dalam peperiksaan PTD, anda akan dipanggail menghadiri PTD Assessment Centre atau ringkasnya PAC. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Ianya direkabentuk khas utk menilai anda, jadi anda perlu pergi dengan penuh persediaan! Program penilaian ini biasanya dilaksanakan selama tiga hari. Tapi format baru kali ini, ianya hanya satu hari. Tiga komponen utama akan dinilai iaitu Kualiti Personal, Pengetahuan dan Kemahiran anda.

Untuk entry kali ini kita akan bincangkan komponen “Kualiti Personal” dan 2 komponen lagi akan kita bincangkan pada entry akan datang. Kualiti personal mencakupi kelakuan yang mencakupi perilaku dan nilai murni yang sedia terbina pada diri anda. Tingkah laku anda serta gerak balas terhadap sesuatu isu semasa menghadiri PAC amat penting. Ramai yang mengatakan, kita hanya perlu jadi diri kita sendiri! Tapi bagi saya apa yang penting, simpan semua sikap/tingkah buruk anda dan hanya tonjolkan nilai yang baik sahaja dari diri anda. Anda bukan berpura-pura, tapi menyembunyikan apa yang sepatutnya dan menonjolkan apa yang patut ditonjolkan!

Selain itu penampilan anda juga dinilai, ianya lebih kepada pembawakan diri yang membuatkan orang selesa dengan anda. Pergaulan dan percakapan anda sepanjang PAC ini haruslah melambangkan identiti anda yang disenangi ramai. Anda tak perlu menjadi terlalu ramah, cukuplah sekadar bertindak dalam kesesuaian situasi yang ada. Jangan menimbulkan ‘provocative situation’. Yakin pada diri anda sendiri. Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal) merupakan ‘hidden criteria’ yang dinilai pada anda.

Anda haruslah menjadi penggerak kumpulan! Ambil tanggungjawab dan cuba tunjukkan kebolehan mengurus dan bekerjasama dalam pasukan. Dengan itu anda secara tidak langsung akan berjaya mengenengahkan potensi kepimpinan anda yang mana merupakan satu aspek kritikal sebagai seorang pegawai tabir dan diplomatik. Dalam kata lain, anda harus cuba sedaya upaya mempromosikan diri anda sepanjang PAC bahawa anda mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik.

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!