Pengeboman di Indonesia
Sunday, July 19th, 2009Isu pengeboman di Indonesia menjadi isu hangat dalam minggu ini dengan perkaitan semula nama Nordin Mat Top. Kalau anda masih ingat semasa pengeboman dahulu yang melibatkan Imam Samudera, Dr.Azahari dan lain-lain, nama Nordin Mat Top juga tersenarai. Sudah lama tidak mengikuti perkembangan, rupanya beliau masih belum berjaya di tangkap oleh kerajaan Indonesia. Tak ada komen yang mahu saya lontarkan, cukuplah sekadar mengatakan Islam tidak menyeru kita berbuat demikian, bahkan melarang sama sekali perbuatan itu secara asasnya.
Lupakah kita dalam etika peperangan dalam Islam juga digariskan beberapa perkara penting antara lainnya termasuk larangan membunuh warga tua dan kanak-kanak. Juga mereka yang tidak bersalah atau orang awam. Saya bukan sarjana tapi sedikt sebanyak perkara-perkara asas ada dalam tafsiran akal waras ini. Kalau mahu diikutkan hati, mahu ditulis lagi, tapi saya bukanlah blogger ulung yang mahu berlagak lancang, tapi hanya dibelakang tabir. Serahkan pada yang pakar. huhuu
Sedikit update, ebook percuma pasal Pengurusan Gaji sudah pun siap dan sedia untuk di muatturun. Cumanya beberapa tools ‘kalkulator’ penting masih belum sedia untuk diedarkan. Anda boleh dapatkan naskah anda di Pengurusan Kewangan hari ini!



