Posts Tagged ‘pegawai tadbir dan diplomatik’

Nak Jadi PTD perlu TUAH?

Monday, February 15th, 2010

Ada yang dah 4 kali menduduki peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik, tapi masih belum berjaya lulus. Entah kenapa, tapi itulah hakikatnya. Itu belum dikira berapa yang berjaya ke sesi temuduga PTD, dan mereka yang berjaya ke sesi temuduga adalah mereka yang terpilih dan ‘bertuah’. Benarkah begitu? Adakah faktor ‘TUAH’ menjadi sebab ramai calon gagal?

Mengikut statistik akhir tahun 2008, hanya 3,579 calon sahaja yang berjaya lulus ke prePAC daripada 48,514 yang dipanggil menduduki peperiksaan bertulis PTD. Nyata sekali peperiksaan bertulis PTD adalah satu stage yang ‘vital’ dalam menentukan sama ada anda boleh jadi PTD atau tidak.

Sebab GAGAL yang utama ialah, calon tak tahu langsung bagaimana soalan yang akan ditanya, apakah formatnya dan bagaimana persediaan yang sewajarnya. Ianya bukan persoalan ‘TUAH’ semata-mata, tapi persediaan menduduki peperiksaan tersebut beserta strategi khusus untuk bersedia dan berjaya. Sekali lagi perlu ditegaskan, faktor utama ialah persediaan dan bukannya TUAH. Mungkin ianya sedikit menyumbang tetapi TUAH bukanlah sesuatu yang perlu dittitikberatkan..

pegawai tadbir diplomatik 267x300 Nak Jadi PTD perlu TUAH?

Rujukan Asas: Lantikan PTD

Thursday, January 7th, 2010

Nampaknya ramai yang berdebar menanti ujian bertulis PTD walaupun belum lagi diumumkan tarikhnya. Begitu juga yang masih berdebar tunggu results prePAC pun sama debarannya. Macam-macam khabar angin yang keluar sampai semua calon tak senang duduk. Inbox tipsptd pun tak kurang juga penuhnya dengan pelbagai soalan. Yang tak berbalas tu sabar ye..

Banyak soalan dari graduan-graduan baru rasanya bertanyakan soalan-soalan pasal rujuran dan proses lantikan PTD. Untuk kerjaya, anda boleh dapatkan buku keluaran PTS karangan saudara Salehuddin Md.Dahlan untuk dapatkan gambaran yang jelas tentang kerjaya ini, dari aspek lantikan, gaji, tokoh PTD, bidang tugas PTD dan lain-lain lah. Saya rasa buku itu amat bermanfaat bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang kerjaya PTD ini.

Blog tipsptd pula lebih mengkhususkan kepada peperiksaan-peperiksaan pengambilan bermula dengan ujian bertulis, prePAC dan temuduga. Jadi tiadak disentuh dengan mendalam tentang kerjaya ini. Jadi harap yang tanya dapat jawapan. Untuk memudahkan rujukan anda, anda boleh download Risalah Tenatng PTD yang berkaitan dengan lantikan dan sebagainya yang diedarkan oleh INTAN. Anda boleh dapatkannya di ruangan ‘free download’ di tab atas. Harap itu membantu anda. Untuk download terus dari website INTAN, anda boleh pergi ke;

Lantikan PTD: Rujukan Asas

Kenapa nak jadi PTD?

Thursday, October 22nd, 2009

Kerjaya ini sungguh menjadi satu kerjaya idaman kebanyakan graduan universiti. Tak kiralah anda jurusan apa pun, bahkan saya ada juga teman dari jurusan Kejuruteraan Bioteknologi memilih untuk bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Hairan juga kan, tapi itulah penangan jawatan ini.

Kalau anda membaca ruangan komen sebelum ini, ada juga calon yang sudah menjawat jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam bertahun lamanya, memilih untuk menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik dan mahu meninggalkan satu jawatan yang dianya sudah selesa dan berpengalaman, tak lain dan tidak bukan, hanya kerana minat dan impian. Terharu juga membacanya, tapi sayang bukan rezekinya di situ. Setulusnya, kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.

Jadi anda bagaimana? Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan anda? Adakah kerana skim gaji dan kenaikannya? Ataupun meneruskan legasi orang tua anda yang bertugas sebagai pegawai ptd? Ataupun ianya merupakan satu impian yang mahu anda kecapi? Jadi posting ini sebenarnya ialah satu survey untuk mengetahui kenapa sebenarnya anda mahu menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ini juga merupakan salah satu soalan yang penting dalam sesi temuduga.

Kongsi cerita anda di sini dan kita mahu lihat apakah sebenarnya pendorong anda!

Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik

Saturday, September 26th, 2009

Terlebih dahulu Selamat Hari Raya untuk semua. Tapi rasanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis 3 Oktober ni mesti tak senang duduk. Begitu juga calon-calon yang telah menduduki sesi temuduga September 2009 yang lalu, keputusan bakal keluar tidak lama lagi. Kalau diikutkan kenyataan dalam surat tawaran yang lalu ianya sepatutnya keluar pada 12 Oktober ini. Huh tak lama dah tuh.

Raya baru ni sempat juga berjumpa rakan-rakan PTD yang berkhidmat di negeri iaitu di pejabat SUK negeri. Ya sedikit berbeza jugalah pengalaman mereka berbanding yang bertugas di peringkat pusat. Tapi apa yang pasti para penjawat jawatan PTD ini memainkan peranan yang penting dan diharapkan di negeri. Tak perlulah nak kongsi cerita pengalaman, yang penting, anda usahakan dan siapkan diri anda untuk menjawat jawatan ini!

Melalui feedback calon yang mengambil peperiksaan bertulis ptd, bahagian yang mencabar ialah bahagian Matematik dan IQ. Sebenarnya ianya tidak lah sesukar mana kerana soalan MAtematik seperti yang telah dinyatakan hanya mencakupi silibus sehingga SPM sahaja. Cari set-set soalan matematik peringkat PMR dan SPM, cuba buat satu dua set percubaan untuk mengasah kembali bakat Matematik anda. Anda boleh cuba set-set soalan di bawah;

Sekurang-kurangnya anda ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Jangan tangguh, buat secepat mungkin! Mudah-mudahan anda dapat menduduki exam bertulis ptd kali ini dengan jayanya

Peperiksaan PTD Oktober 2009

Tuesday, September 15th, 2009

Agak terkejut juga bila ada pembaca yang bertanya tentang peperiksaan PTD sesi Oktober 2009 sebab setahunya peperiksaan bertulis hanya 2 kali setahun iaitu di awal tahun dan di hujungnya. Peperiksaan Ogos lalu adalah peperiksaan yang kedua dan sepatutnya yang terakhir tahun ini. Setelah dibuat sedikit inkuiri tentang ini, memang benar ada peperiksaan khas untuk calon yang tidak dapat hadir semasa panggilan Ogos yang lalu.

Rasanya isu ini sudah selesai dan ramai yang sudah mengesahkan kehadiran masing-masing. Cumanya oleh sebab tipsptd tidak dapat diakses sebelum ini, jadi respon ini agak lewat sedikit. Harapnya juga anda sudah mengambil tindakan yang sewajarnay kerana jawapan perlu diberikan sebelum 7 September yang lepas seperti yang tercatat di

http://aduan.spa.gov.my/exam_ptd/maklumbalas.asp

Buatlah persediaan yang sewajarnya kerana seperti yang diketahui, skopnya adalah terlalu luas dan mengambil masa sedikit untuk persediaan yang rapi. Ambillah peluang ini sebaik mungkin dan mudah-mudahan kejayaan memihak kepada anda untuk bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik!

Panduan peperiksaan Ogos lalu sudahpun dihentikan pengedarannya, tetapi kalau ada permintaan khas untuk sesi Oktober ini, team tips ptd tidak keberatan untuk membuka kembali pengedarannya. icon smile Peperiksaan PTD Oktober 2009

Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD

Tuesday, August 11th, 2009

Pihak tipsptd mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi tips temuduga kerja kerajaan terutamanya temuduga PTD selepas keluarnya keputusan PAC baru-baru ini. Tahniah untuk yang berjaya. Sesi posting Khas Temuduga ini akan mencakupi 3 posting utama iaitu;

  • Pemakaian Semasa Interview
  • Sebelum Interview & Mentaliti
  • Semasa temuduga & Selepas temuduga

Semua maklumat ini adalah tulisan Noorahayu Yahya yang merupakan perkongsian umum darinya setelah berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

————————————————————————————————-

Bahagian 1:

Pertamanya bagi rakan-rakan yang telah berjaya melepasi PAC, tahniah diucapkan..

Untuk perhatian rakan-rakan, bukan mudah untuk melepasi tahap ini, kerana pada tahap ini, rakan-rakan bukan sahaja dinilai dari segi kebolehan intelektual, malahan rakan2x juga telah dinilai dari semua aspek termasuk aspek ketrampilan, personaliti dan kebolehan semula jadi..untuk menjadi diplomat..

Bukan mudah untuk melepasi stage ini, kerana terdapat pelbagai peserta yang masing-masing berebut-rebut menonjolkan personaliti..Harus diingati, PAC bukanlah ruang untuk “bertanding menonjolkan bakat atau diri” tetapi ia merupakan platform untuk memberi peluang kepada bakal diplomat untuk menyuarakan pendapat, melebarkan jaringan persahabatan dan yang utama “memahami apakah maksud tersirat di sebalik setiap ujian yang telah diberikan”

Untuk tujuan tersebut, Tahniah kepada semua rakan yang berjaya melepasi PAC!!

Bagi stage seterusnya, memandangkan saya mendapat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan, dan bagi menyelaraskan keadaan supaya semuanya mendapat maklumat yang tepat dan sama rata..beberapa tips interview daripada saya secara peribadinya dan juga daripada rakan-rakan yang memegang jawatan ini..Harapan saya agar tips ini membantu walaupun bukan 100% kerana 99% daripada kami tapi selebihnya 1% adalah datang dari diri dan keperibadian calon2x interview..

nantikan sambungannya..

Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Monday, August 10th, 2009

Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?

Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA

Salam kejayaan dari kami!

Soalan Peperiksaan PTD: Esei

Thursday, August 6th, 2009

Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;

  • Perenggan 1: Pendahuluan
  • Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
  • Perenggan 5: Counter argument
  • Perenggan 6: Penutup

Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;

  • Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
  • Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
  • Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
  • Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.

Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD

Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Tuesday, July 14th, 2009

Musim ujian PTD atau peperiksaan bertulis PTD bakal menjelma bulan depan dan ianya ditetapkan secara umumnya pada 8 Ogos 2009. Tahniah untuk yang telah mendapat panggilan dan selamat berusaha!

Secara peribadi saya merasakan yang ujian bertulis PTD ini merupakan peringkat tapisan yang paling besar sekali. Kalau dilihat statistik secara kasar dari apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan Tahunan SPA untuk tahun-tahun kebelakangan, hanya dalam lingkungan 8% sahaja yang lulus peringkat ini. Maknanya kalau bilangan calon adalah 80 000 (anggaran kasar), calon yang berjaya dipanggil ke peringkat PTD Assessment Center (PAC) hanyalah dalam lingkungan 6400 orang. Nisbah 8% jika dinilai amatlah kecil dan sudah pasti ramai yang kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.

Secara keseluruhannya, pada peringkat ujian bertulis PTD ini, tidak ramai yang datang dengan persediaan yang rapi. Kebanyakannya datang sekadar mencuba nasib dan inilah yang menyebabkan ramai yang gagal dalam peperiksaan PTD ini. Ini attitude yang harus diubah sekiranya anda mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD ini. Anda harus hadir peperiksaan untuk berjaya dan bukannya sekadar mencuba nasib. Aspek ini seharusnya tak perlu disentuh lagi kerana ianya terlalu umum dan diketahui ramai, tak ramai yang tak ambil sebarang tindakan dan masih berada pada tahap “Mahu GAGAL”!

peperiksaanptd Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Buatlah persediaan yang sewajarnya, sesuai dengan kelayakan akademik kita. Anda harus tahu bahawa anda ada kelayakan yang secukupnya dan berpotensi untuk menjawat jawatan ini dan sebab itulah anda dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis PTD ini! Dan anda harus sedar ada puluhan ribu yang bersaing untuk jawatan ini, jadi seharusnyalah anda berusaha sebaik mungkin menjadi kelompok 8% ini!

Pegawai Tadbir Diplomatik di Tips PTD

Friday, July 10th, 2009

Banyak email yang diterima baru-baru ini sampai tak terjawab. Jadi bagi soalan-soalan yang tak terjawab kami mohon maaf. Untuk minggu ini ramai yang tiba di blog ini mencari soalan-soalan temuduga kerja kerajaan. Memang banyak sesi temuduga sekarang tambahan pula dengan gabungan beberapa kementerian dan tambahan bajet di bawah pakej rangsangan ekonomi yang baru. Jadi saya ucapkan selamat berjaya untuk yang bakal menduduki temuduga jawatan kerja kerajaan.

Untuk sesi ptd assessment center (PAC) baru-baru ini ada yang memberitahu bahawa blog ini disebut oleh pegawai semasa sesi Ujian PAC dengan mengatakan blog ini tidak memaparkan maklumat yang tepat. Lucu pula bila mendengarnya. Anda sendiri tahu bahawa maklumat-maklumat ujian PAC dan lain-lain maklumat yang terperinci adalah dilarang sama sekali kerana ianya termasuk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa yang dikongsikan di sini adalah maklumat umum yang berkait rapat dengan persediaan dalam setiap peringkat ujian sebelum berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Harapan kami ialah dapat menyediakan kepada pembaca blog dan pencari maklumat tentang kerjaya pegawai tadbir dan diplomatik ini satu maklumat dan flow yang betul tentang ujian-ujian pengambilan ke jawatan ini. Kurangnya satu tempat khusus membincangkan tentang kerjaya PTD ini menjadikan motivasi untuk blog ini dibangunkan. Jadi adalah diharapkan yang blog Tips PTD ini menjadi rujukan utama bagi mereka yang berminat menjawat jawatan pegawai tadbir dan diplomatik.

InshaAllah, minggu depan akan ada satu ebook percuma lagi untuk pembaca blog Tips PTD. Ianya berkisar tentang pengurusan gaji khusus untuk mereka yang makan gaji. Anda boleh tengok previewnya di Urus Gaji. Jangan risau, ianya percuma untuk anda!

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!