Posts Tagged ‘pegawai tadbir dan diplomatik’

Sesi Temuduga PTD Jun 2009

Tuesday, May 26th, 2009

Sesi temuduga pegawai tadbir dan diplomatik diumumkan untuk sesi Jun iaitu pada 1 hingga 12 Jun 2009 iaitu pada minggu hadapan. Anda harus fokus kan minda anda yang anda pasti berjaya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Temuduga PTD merypakan peringkat terakhir dalam usaha menjadi seorang pegawai ptd dan kegagalan pada peringkat ini sudah pasti mengundang perasaan kecewa yang amat sangat. Jadi jangan biarkan diri anda kecewa, berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Tentu anda pernah membaca buku “The Power of Thinking Big” yang antara lainnya menggalakkan kita berimaginasi dalam melipatgandakan fokus dan usaha kita ke arah itu. Cuba bayangkan, apabila selesai temuduga ptd, dan tiba masanya anda semak keputusan, anda diberitakan yang anda berjaya seperti dibawah!
temudugaptd Sesi Temuduga PTD Jun 2009

Dan selepas itu anda mendapat surat tawaran dan lapor diri sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Alangkah indahnya kerana impian itu sudah tercapai. Anda boleh berimaginasi, tapi jangan hanya berangan! Usaha, kumpul maklumat dan siapkan diri anda!

lantikanptd 300x225 Sesi Temuduga PTD Jun 2009Sumber: Sini

Selamat berjaya untuk mereka yang bakal menduduki temuduga PTD sesi Jun 2009!

Lokasi Ujian PTD Assessment Center (PAC)

Thursday, May 21st, 2009

Sehingga entri ini ditulis, surat panggilan prePAC atau PAC masih belum diterima oleh calon-calon yang  lulus ujian bertulis PTD sesi Februari 2009. Banyak spekulasi yang tersebar dan masih menjadi tanda tanya adakah format PTD Assesment Centre kali ini masih kekal 1 hari atau kembali kepada sistem 3 hari. Sama-sama lah kita nantikan. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting anda siapkan diri anda secukupnya dari segi maklumat semasa dan latihan fizikal. Mula bermonolog sendiri untuk meningkatkan kemahiran pengucapan anda.

Entri kali ini ialah untuk tujuan pengetahuan semua calon PAC. Lokasi ujian PAC 2009 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di semenanjung;

1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)

2. INTIM (Kampus Wilayah Timur)

3. INTURA (Kampus Wilayah Utara)

4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)

5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)

Sabah/Sarawak

1. Kampus INTAN Sarawak

2. Kampus INTAN Sabah

Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk memberi pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan

Temuduga PTD.. Sukar?

Wednesday, May 6th, 2009

Seperti yang dimaklumi, menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mencuba, tapi gagal walaupun berkali-kali mencuba. Kerjaya ini merupakan kerjaya pilihan ataupun digelar sebagai ‘fast track’ untuk melangkah jauh dalam jawatan pentadbiran negara.

Untuk awal tahun 2009, statistik yang dikeluarkan oleh SPA, hanya 1575 orang sahaja calon yang berjaya sampai ke tahap ketiga iaitu temuduga PTD. Dari beribu calon seluruh negara, ianya ditapis melalui ujian bertulis dan kemudiannya ditapis lagi melalui Pre-PAC (PTD Assessment Center). Dalam statistik itu juga ditunjukkan jumlah kekosongan jawatan sebanyak 550 tempat atau lebih kurang 35% dari jumlah yang layak ke peringkat interview. Maknanya hanya berapa peratus sahaja dari keseluruhan calon yang memohon untuk menjadi PTD akan dilantik menjawat jawatan ini.

ptd Temuduga PTD.. Sukar?Sumber: SPA

Sukar bukan? Apa yang anda perlu ialah maklumat yang tepat dan tersusun, dan syukur anda jumpa blog ini kerana ianya dibentuk khas untuk membekalkan maklumat yang tepat dan tersusun tentang strategi dan persediaan anda untuk berjaya dalam menjadi seorang Pegawai Tadbir  Diplomatik!

Tahniah untuk Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru!

Friday, April 24th, 2009

Hari ini merupakan hari lapor diri pegawai-pegwai baru yang berjaya melepasi 3 peringkat ujian PTD. Akhirnya, mereka (mungkin anda) berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Syabas dan tahniah! Bagaimana perasaan anda di hari pertama secara rasminya menjadi pegawai PTD? Mesti masih tersenyum lagi walaupun letih!

Ditempatkan di pelbagai kementerian atau jabatan pasti memberikan anda satu pengalaman dan status yang baik. Apa yang perlu sekarang ialah fokus dan berikan khidmat terbaik anda untuk negara. Tingkatkan motivasi anda dan anda harus sedar bahawa banyak lagi cabaran lain untuk anda.

Selamat berkhidmat!!

Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)

Thursday, April 23rd, 2009

Kekeliruan berlaku terhadap calon-calon yang baru melepasi ujian bertulis PTD yang berlangsung pada Februari yang lepas. Tahniah untuk yang berjaya dan jangan berputus asa untuk yang tidak berjaya. Cuba lagi untuk sesi akan datang. Entri ringkas kali ini kita akan tengok sedikit sebanyak perbezaan peringkat PTD Assessment Center dahulu dan PTD Assessment Centre sekarang.

Kebanyakan calon masih belum tahu yang format telah berubah di mana PAC sekarang dinamakan pre-PAC. Saya tak ingin menghuraikan dengan mendalam tentang isu ini, tapi cukuplah sekadar anda tahu bahawa, pre-PAC atau PAC format baru ini hanya dijalankan selama satu hari sahaja berbanding 3 hari format dahulu. Ianya masih dalam percubaan, tapi bagi anda yang baru lulus ujian bertulis PTD Februari 2009, anda adalah batch kedua yang bakal mengikuti format baru ini.

Format tak banyak beza, tapi saya difahamkan oleh teman-teman yang modulnya dikompakkan dan nyata lebih mudah dari format yang lama. Jadi bersyukur lah! Untuk batch yang pertama pre-PAC ni, tiada lagi larian 2.4 KM dalam masa 20 minit, tapi digantikan dengan cabaran fizikal yang lain yang mana saya tak boleh dedahkan disini. Cuma anda perlu bersedia untuk itu. Nilaian untuk diskusi, pembawakan dan lontaran idea masih sama dengan sedikit perubahan. Jadi anda harus bersedia seperti biasa dengan maklumat isu semasa. Rajinkan membaca akhbar dan mendengar berita.

Saya rasa entri ini sedikit sebanyak merungkaikan persoalan anda semua. Berusahalah sebaik mungkin kerana semua orang berhak untuk berjaya.

panduanptd Format 2009 PTD Assessment Center (PAC)

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

27 Sebab GAGAL Ujian PTD: Repot PERCUMA

Wednesday, April 22nd, 2009

Kepada pembaca blog Tips PTD ini, ada ole-ole untuk anda. Satu laporan ringkas percuma bertajuk “27 sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD” akan diedarkan kepada anda semua tidak lama lagi (mungkin minggu depan). Ianya adalah hasil dari maklum balas dari 15 orang calon gagal ujian PTD di semua bahagian iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (pre-PAC) dan temuduga PTD.

Bookmark blog ini dan pastikan anda tidak terlepas untuk memiliki repot PERCUMA ini! Khas dari Team TipsPtd.com

panduan ptd 27 Sebab GAGAL Ujian PTD: Repot PERCUMA

Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 2

Monday, April 20th, 2009

Tahniah untuk mereka yang lulus ujian PTD baru2 ini. Dan sekarang anda yang lulus harus fokus untuk berjaya dalam PTD Assessment Centre (PAC) test pula. Yang tak berjaya, jadikan ini pengalaman dan cuba lagi untuk sesi yang akan datang! jangan berputus asa.

Pada entri yang lepas, kita dah bincangkan sedikit sebanyak tentang apa yang dinilai dalam PAC. Ada beberapa criteria lain yang secara umumnya diambil kira semasa PAC ini selain dari kemahiran personal yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap kali ada berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan jelas kepada maknanya.

Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini kuncinya!

Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan.

Saya rasa entri Part 1 dan Part 2 cukup secara umumnya mencakupi apa yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda menghadapi PAC. Saya simpulkan sekali lagi, apa yang penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah dari sekarang untuk berjaya!

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!