Lokasi Ujian PTD Assessment Center (PAC)
Thursday, May 21st, 2009Sehingga entri ini ditulis, surat panggilan prePAC atau PAC masih belum diterima oleh calon-calon yang lulus ujian bertulis PTD sesi Februari 2009. Banyak spekulasi yang tersebar dan masih menjadi tanda tanya adakah format PTD Assesment Centre kali ini masih kekal 1 hari atau kembali kepada sistem 3 hari. Sama-sama lah kita nantikan. Tapi bagi saya itu tidak penting, yang penting anda siapkan diri anda secukupnya dari segi maklumat semasa dan latihan fizikal. Mula bermonolog sendiri untuk meningkatkan kemahiran pengucapan anda.
Entri kali ini ialah untuk tujuan pengetahuan semua calon PAC. Lokasi ujian PAC 2009 setakat ini di senaraipendekkan di 5 pusat di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Di semenanjung;
1. INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)
2. INTIM (Kampus Wilayah Timur)
3. INTURA (Kampus Wilayah Utara)
4. IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)
5. INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)
Sabah/Sarawak
1. Kampus INTAN Sarawak
2. Kampus INTAN Sabah
Kampus utama ialah INTAN Bukit Kiara. Keenam-enam kampus di wilayah yang lain menyediakan kursus yang memenuhi kehendak agensi dan jabatan diperingkat negeri dan daerah. Apabila perlu, kepakaran dari kampus utama akan dipanggil untuk memberi pandangan. Sesetengah kursus yang dijalankan di Kampus Utama boleh juga dijalankan di kampus wilayah atas permintaan


