Posts Tagged ‘peperiksaan bertulis ptd’

Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik 2011

Thursday, June 23rd, 2011

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik dijadualkan pada 16 Julai 2011 (tertakluk kepada perubahan). Selagi tiada senarai semakan online dikeluarkan oleh pihak SPA, maka tarikh peperiksaan belum muktamad tapi adalah dalam jangkamasa lingkungan tersebut.

Bagaimana pula dengan persediaan calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut? Ianya adalah satu persediaan yang harus dilakukan dengan teratur mencakupi semua skop penilaian yang terdiri daripada;

  • Pengetahuan am
  • Pengetahuan Matematik dan analatikal
  • Ujian Sahsiah dan Minat
  • Kemahiran menulis karangan (Bahasa Melayu dan Inggeris)
  • Kefahaman dan penguasaan bahasa

Persediaan pengetahuan am memerlukan calon yang peka dengan perkembangan semasa. Aktiviti membaca akhbar harian sememangnya membantu calon dalam bahagian esei dan juga soalan objektif. Tapi harus diingat bahawa sumber berita haruslah sama dan selari dengan hasrat kerajaan maka dengan itu ianya harus datang daripada akhbar arus perdana. Untuk persediaan kali ini, calon tak perlu risau kerana Team Tipsptd telah mengumpulkan lebih 40 keratan akhbar sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada akhbar arus perdana mencakupi pelbagai isu khas untuk yang memilih untuk memiliki Pakej Rujukan PTD

Untuk bahagian Matematik pula, persediaan harus mencakupi penguasaan bab-bab mengikut silibus sehingga SPM (seperti yang dimaklumkan dalam edaran silibus umum SPA). Jika anda perasan, untuk SPM jumlah bab umum adalah sebanyak lebih 20 bab dan setiap bab tersebut ada pecahan sub-bab. Adakah peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik mencakupi kesemua bab beserta sub-bab? Cukupkah masa untuk calon ulangkaji dan kuasai semua bab dalam masa yang singkat ini? Team Tipsptd mengambil inisiatif mengkaji jenis-jenis soalan Matematik yang ditanya dalam peperiksaan PTD sepanjang 2 tahun ini dan kami telah ringkaskan dan sediakan sebanyak 180 lebih soalan dan jawapan khusus mencakupi keseluruhan ‘bab khas‘ yang selalu ditanya dalam peperiksaan bertulis PTD.

Jualan masih belum dibuka dan setiap tahun Pakej Ebook ini telah membantu calon dalam menduduki peperiksaan ini dan ianya dijual dalam tempoh yang terhad. Untuk yang berminat, anda boleh daftar di laman utama di;

[+] www.tipsptd.com

Ianya mencakupi hampir semua komponen rujukan lengkap dalam versi digital. Anda akan diberikan link untuk anda muat turun ke komputer anda, jadi tak perlu tunggu posmen hantar (ambil masa). Komponen yang akan dimasukkan adalah;

  1. Ebook utama (penerangan format dan strategi menjawab)
  2. Contoh Soalan Seksyen A, B, C, D dan E beserta jawapan
  3. Contoh esei Bahasa Melayu
  4. Contoh esei Bahasa Inggeris
  5. Nota isu semasa (lebih 40)
  6. Contoh Soalan Matematik (180+ soalan dan jawapan)
  7. Contoh Soalan ujian sahsiah dan Minat (lebih 400 soalan)

Tiada soalan bocor, ianya adalah contoh soalan berdasarkan edaran umum oleh pihak SPA sendiri. Jika anda mengharapkan soalan bocor, Pakej Rujukan PTD bukan untuk anda! Ianya khusus untuk membantu persediaan peperiksaan bertulis pegawai tadbir diplomatik dan telah terbukti membantu ratusan calon sebelum ini. Belum pernah ada pakej persediaan khusus peperiksaan bertulis dan jika ada, ianya hanya daripada Team Tipsptd.

Adakah anda berminat untk mendapatkannya? Tinggalkan komen di bawah jika anda berminat!

Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Friday, October 29th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik telah dijadualkan pada 13 November 2010 ini dan semakan online calon layak sudah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh lakukan semakan anda melalui link di bawah;

SEMAK DISINI (Klik sini)

Seperti biasa, ramai yang risaukan soalan dan format. Format kali ini adalah seperti biasa cuma kali ini dimasukkan semula ujian Sahsiah dan Minat yang satu ketika dahulu dibawa ke sesi Assessment Center. Tapi kali ini dimasukkan semula ke dalam peperiksaan bertulis. Ianya kan memakan sedikit masa, tapi tips yang penting dalam seksyen ini ialah jadi diri anda sendiri dan tutup keburukan anda. Bukan menipu, tapi cuma tonjolkan yang baik dan nilai positif yang ada dalam diri anda.

Untuk seksyen yang lain, seperti biasa, persediaannya amat menyeluruh. Anda perlu mula dari sekarang. Umpamanya seksyen A mengenai pengetahuan Am, sangat luas skopnya. Bagi yang selalu peka dengan perkembangan dalam negeri mahupun luar negeri, ini adalah satu bonus buat anda. Pernah ditanya pada soalan dalam seksyen ini sesi lepas mengenai ‘pengasas Google’. Mungkin akan datang akan ditanya pula siapakah pengasas ‘Twitter’ atau ‘Facebook’..siapa tahu kan? Dalam seksyen ini kepekaan anda diambil kira

pegawaitadbirdiplomatik 300x70 Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Untuk seksyen B, daya menyelesaikan masalah adalah satu seksyen yang menyeronokkan. ianya mencabar kebolehan berfikir anda. Tips yang penting ialah, tulis dahulu poin semasa bacaan anda. Kadang ianya mengelirukan. Sebagai contohnya soalan yang menguji kemahiran logik anda, tulis poin-poin penting kerana soalannya memang dirangka untuk mengelirukan anda!

Salam sukses anda! Apakah agaknya yang menghalang anda untuk berjaya? Soalan matematik? Soalan logik? Soalan sejarah? Kongsikan melalui ruangan komen di bawah!

Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?

Thursday, October 7th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik bakal diadakan tidak lama lagi dan dijangkakan bulan November. Tapi tarikhnya masih belum dapat dipastikan lagi. Menurut apa yang telah dijadualkan sejak bulan lepas di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ianya bakal diadakan pada 13 November 2010, tetapi masih tertakluk kepada perubahan dalaman.

Apa yang penting ialah persediaan. Itu yang ada pada kita. Kenapa ramai yang mengambil enteng peperiksaan memasuki perkhidmatan awam ini… sedangkan pada asasnya ianya sama penting dengan peperiksaan zaman sekolah mahupun universiti dahulu. Seharusnya persediaannya juga setaraf dengan peperiksaan yang dinyatakan tadi. Ini bakal menentukan halatuju masa depan, jadi buatlah sehabis baik, sebaik mungkin.

Ramai yang pada akhir nanti merungut kerana gagal. Sebelum merungut, tanya dulu hati, tanya tindakan yang telah anda lakukan untuk pergi ke peperiksaan. Adakah ianya cukup dan wajar untuk anda mengeluh? Tepuk dada tanya hati, buang budaya studi ‘last minute’, studi ‘tak tentu hala‘, studi ‘semborono‘. Itu semua jaminan untuk anda gagal. Kejayaan tak akan datang bergolek begitu sahaja tanpa persediaan yang rapi.

pegawai tadbir diplomatik Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik November 2010?

Mulakan dari sekarang! Mula buka suratkhabar, mula baca sejarah Malaysia, mula buat soalan Matematik SPM, mula tonton berita tv, mula ikuti perkembangan negara! Mual..mula dan mula!! Bagaimana dengan persediaan anda? Sudahkah anda bermula?

Checklist: Peperiksaan Bertulis PTD

Thursday, October 1st, 2009

Tinggal 2 hari sahaja untuk peperiksaan khas 3 Oktober 2009 ini. Harap semua calon peperiksaan bertulis ptd kali ini sudah bersedia dengan sesungguh mungkin. Ini yang anda perlukan sebelum peperiksaan bermula, checklist! Semak persediaan anda!.Jangan masuk dewan peperiksaan sebelum anda semak semua ini!

  1. Kad pengenalan dan slip peperiksaan sudah sedia!
  2. Peralatan tulis dah sedia!
  3. Dah minta cuti untuk yang bertugas hari Sabtu 3/10
  4. Dah survey dan tahu tempat peperiksaan
  5. Dah tahu format soalan untuk semua seksyen
  6. Dah berbincang dan diskusi dengan kawan-kawan yang dah ambil peperiksaan sebelum ini
  7. Dah bersedia dengan isu-isu semasa untuk menjawab soalan esei
  8. Sudah membaca dan berlatih untuk kelima-lima seksyen peperiksaan
  9. Dah cuba soalan-soalan Matematik peperiksaan SPM dan PMR
  10. Yakin pada diri sendiri dan doa pada Tuhan!

Salam kejayaan untuk anda!

Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik

Saturday, September 26th, 2009

Terlebih dahulu Selamat Hari Raya untuk semua. Tapi rasanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis 3 Oktober ni mesti tak senang duduk. Begitu juga calon-calon yang telah menduduki sesi temuduga September 2009 yang lalu, keputusan bakal keluar tidak lama lagi. Kalau diikutkan kenyataan dalam surat tawaran yang lalu ianya sepatutnya keluar pada 12 Oktober ini. Huh tak lama dah tuh.

Raya baru ni sempat juga berjumpa rakan-rakan PTD yang berkhidmat di negeri iaitu di pejabat SUK negeri. Ya sedikit berbeza jugalah pengalaman mereka berbanding yang bertugas di peringkat pusat. Tapi apa yang pasti para penjawat jawatan PTD ini memainkan peranan yang penting dan diharapkan di negeri. Tak perlulah nak kongsi cerita pengalaman, yang penting, anda usahakan dan siapkan diri anda untuk menjawat jawatan ini!

Melalui feedback calon yang mengambil peperiksaan bertulis ptd, bahagian yang mencabar ialah bahagian Matematik dan IQ. Sebenarnya ianya tidak lah sesukar mana kerana soalan MAtematik seperti yang telah dinyatakan hanya mencakupi silibus sehingga SPM sahaja. Cari set-set soalan matematik peringkat PMR dan SPM, cuba buat satu dua set percubaan untuk mengasah kembali bakat Matematik anda. Anda boleh cuba set-set soalan di bawah;

Sekurang-kurangnya anda ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Jangan tangguh, buat secepat mungkin! Mudah-mudahan anda dapat menduduki exam bertulis ptd kali ini dengan jayanya

Peperiksaan PTD Oktober 2009

Tuesday, September 15th, 2009

Agak terkejut juga bila ada pembaca yang bertanya tentang peperiksaan PTD sesi Oktober 2009 sebab setahunya peperiksaan bertulis hanya 2 kali setahun iaitu di awal tahun dan di hujungnya. Peperiksaan Ogos lalu adalah peperiksaan yang kedua dan sepatutnya yang terakhir tahun ini. Setelah dibuat sedikit inkuiri tentang ini, memang benar ada peperiksaan khas untuk calon yang tidak dapat hadir semasa panggilan Ogos yang lalu.

Rasanya isu ini sudah selesai dan ramai yang sudah mengesahkan kehadiran masing-masing. Cumanya oleh sebab tipsptd tidak dapat diakses sebelum ini, jadi respon ini agak lewat sedikit. Harapnya juga anda sudah mengambil tindakan yang sewajarnay kerana jawapan perlu diberikan sebelum 7 September yang lepas seperti yang tercatat di

http://aduan.spa.gov.my/exam_ptd/maklumbalas.asp

Buatlah persediaan yang sewajarnya kerana seperti yang diketahui, skopnya adalah terlalu luas dan mengambil masa sedikit untuk persediaan yang rapi. Ambillah peluang ini sebaik mungkin dan mudah-mudahan kejayaan memihak kepada anda untuk bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik!

Panduan peperiksaan Ogos lalu sudahpun dihentikan pengedarannya, tetapi kalau ada permintaan khas untuk sesi Oktober ini, team tips ptd tidak keberatan untuk membuka kembali pengedarannya. icon smile Peperiksaan PTD Oktober 2009

Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Monday, August 10th, 2009

Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?

Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA

Salam kejayaan dari kami!

Peperiksaan Bertulis PTD: Gambatte!

Friday, August 7th, 2009

Salam Kejayaan untuk semua yang bakal menduduki Peperiksaan Bertulis PTD 2009 dari keseluruhan Team Tips PTD. Harapan kami ialah anda buat sehabis baik dan berjaya melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu Ptd Assessment Center yang lebih mencabar. Salam kejayaan!!

goodluck Peperiksaan Bertulis PTD: Gambatte!

p/s Jualan “Risalah Peperiksaan Bertulis PTD” sudah dihentikan, terima kasih kepada semua pembeli yang memberi sokongan kepada TEam Tips PTD. Ikhlas dari;

Muaz Hadi, Afraha Baiti, Kak Yie, Tapa dan Acik!

Soalan Peperiksaan PTD: Esei

Thursday, August 6th, 2009

Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;

  • Perenggan 1: Pendahuluan
  • Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
  • Perenggan 5: Counter argument
  • Perenggan 6: Penutup

Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;

  • Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
  • Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
  • Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
  • Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.

Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD

Peperiksaan Bertulis PTD: Panduan Esei

Tuesday, August 4th, 2009

Bagaimana nak menjawab esei dalam Peperiksaan Bertulis PTD ini? Sejujurnya ianya tidak lah sesusah yang disangka. Asalkan anda tahu apa yang ditanya iaitu isu berkaitan, tiada masalah untuk anda. Apa yang perlu sekarang penuhkan pengetahuan anda.

Tentang isi penting, cukup sekadar 3-4 isi, dan anda kembangkan setiap isi di setiap perenggan. Jadinya nanti rangka esei anda akan dalam 5-6 perenggan, 1 perenggan pendahuluan, 1 penutup dan lain perenggan ialah untuk isi dan kembangan isi. Kalau boleh buat satu lagi perenggan ‘counter-argument’ atau satu perenggan kontra. Anda harus ingat, apa yang dinilai bukan sekadar kepekaan anda terhadap isu semasa, tetapi juga kematangan anda dalam melontar pendapat sebab anda bakal menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Jadi berfikir dan bertindak secara rasional dalam penulisan anda.

Bagaimana mengembangkan isi, anda boleh gunakan teknik ’5 Wives, 1 Husband’ iaitu What, Why, Where, Who, When, dan How. Saya perincikan ianya seperti di bawah;

Contoh soalan;
Bagaimana anda melihat isu penderaan pembantu rumah yang hangat diperkatakan pertengahan tahun ini yang melibatkan hubungan Malaysia-Indonesia? Bincangkan.

  • What : Apakah masalah sebenarnya, contoh kes (Nirmala Bonat etc)
  • Where: Di mana ianya berlaku?
  • When: Bila masalah ini berbangkit?
  • Who: Melibatkan siapa? Menteri luar?
  • Why: Punca Masalah penderaan ini, salah agensi? majikan?
  • How: Penyelesaian Masalah penderaan ini, perlu kepada akta baru?

Peruntukkan 10 minit awal untuk merangka esei anda supaya ianya kemas dan teratur. Tunjukkan kematangan anda semasa melontarkan idea dalam perenggan ‘counter-argument’ dalam perenggan khas sebelum penutup yang menunjukkan anda terbuka untuk perbincangan dan rasional dalam menerima pendapat.

Nantikan entri seterusnya selepas ini! Kami akan berikan contoh-contoh soalan yang pernah ditanya sebelum ini untuk anda. Anda boleh rujuk entri sebelum ini yang ditulis penuh informatif mengenai H1N1 dan 1 Malaysia

Salam kejayaan dalam peperiksaan bertulis PTD sesi 8 Ogos 2009

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!