Bagaimana Nak Berjaya dalam Ujian PAC: Part 1
Monday, April 27th, 2009Wah banyak betul email pertanyaan tentang PTD Assessment Center diajukan ke email kami. Ada yang sempat kami jawab, dan ada yang tak. Harapan kami entry kali ini menjawab soalan-soalan anda.
Untuk stage yang pertama, adanya “Group Discussion” dalam bahasa Inggeris. Berikan idea anda yang bernas bedasarkan kefahaman dan fakta anda. Ada yang bertanya tentang tips no.10 dalam ebook ‘27 Sebab Mengapa Calon Gagal Ujian PTD’ iaitu menganggap pandangan anda adalah idea dan bukan fakta. Tips ini bermaksud bahawa anda harus berfikiran terbuka, sanggup menerima kritikan dan selalu terbuka untuk berbincang. Dalam kata lain, kalau anda menganggap ianya fakta anda sebenarnya menutup pintu perbincangan, kerana fakta harus diterima tanpa persoalan. Oleh itu setiap lontaran anda, harus ada dalam fikiran anda ianya adalah idea terbuka dan sesiapa pun layak mempersoalkannya. Dalam kata lain, anda akan memainkan peranan penting dalam perbincangan itu dengan mengemukakan idea untuk perbincangan. Bukankah ini sedikit sebanyak menunjukkan anda seorang yang pandai berdiplomasi? Ya lah, itu attitude profesional seorang Pegawai tadbir dan Diplomatik!
Bahagian yang kedua pula ialah debat bahasa melayu. Anda akan dibahagikan samaada menjadi pembangkang ataupun pencadang. Attitude yang anda harus ada ialah berbeza dengan group discussion. Dalam sesi ini anda harus mempertahankan idea anda seperti fakta yang mana sememangnya betul dan tiada yang salah melainkan betul. Walaupun ianya hanyalah lontaran idea anda semata-mata dan bukan lah fakta, tapi kali ini anda harus anggap ianya fakta dan anda mampu mempertahankannya. Fakta dari pihak lawan pula anda harus anggap sebagai ‘idea yang salah’, keluarkan fakta lain yang mampu mematahkan idea mereka. Tapi jaga kata-kata anda, tingkah laku anda haruslah menunjukkan anda profesional dan tidak emosi.
Rasanya cukup lah untuk entry kali ini, lagi pun rasanya surat panggilan PAC masih belum dikeluarkan kan? Jadi untuk sesi fizikal kita akan bincangkan pada entry yang akan datang. Jangan lupa ajak teman-teman anda yang berjaya dalam ujian bertulis PTD untuk melawat blog ini dan sama-sama kita kongsi pengalaman. Mengenai format PTD Assessment Centre 2009 akan saya ulas sedikit lagi pada entry akan datang.
Apa2 soalan dan tips boleh lah diusulkan dengan meninggalkan komen di bawah.
p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;


