Posts Tagged ‘skim gred 41’

Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Gred 41

Tuesday, July 27th, 2010

Ramai yang bertanya tentang ‘Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Sebenarnya bukan semua jawatan memerlukan pemeriksaan ini. Ianya hanya melibatkan jawatan-jawatan yang memerlukan aktiviti fizikal yang banyak seperti penguasa dan lain-lain.

Untuk tahun ini, jawatan Gred 41 yang memerlukan pemeriksaan ini hanya melibatkan jawatan ini sahaja;

KX41 Penguasa Penjara
KB41 Penguasa Bomba
KP41 Pegawai Keselamatan
N41 Pegawai Penguatkuasa
S41 Pegawai Kesatria
KP41 Pegawai Pertahanan Awam

Untuk Gred 27 dan 17, ianya masih skop yang sama dengan jawatan diatas. Tapi anda tak perlu risau, tunggu sahaja panggilan jika jawatan yang anda pohon memerlukan pemeriksaan ini. Kemungkinan besar juga untuk ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ dan memasuki skim Gred 41 melalui Skim KPSL akan dipanggil untuk pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Untuk Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, yang diuji merangkumi

  • pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada-calon wanita dikecualikan)
  • pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna)
  • pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik, berkawad)

Bagi pemeriksaan kecergasan pula bagi saya agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Ianya merangkumi;

  • Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita
  • ‘pumping’ dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)
  • Lari ulang alik sejauh 10 meter (lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)
  • Lompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)

Ketinggian minima bagi lelaki ditetapkan 162 sentimeter dan wanita 157 sentimeter. Berat pula minima 48 untuk lelaki dan 46 untuk perempuan.

Penilaian ini diperlukan untuk lantikan jawatan-jawatan di atas yang dikategorikan ‘jawatan fizikal’. Sudah pasti bila memohon anda sudah tahu syarat pengambilan dan bagi saya ianya sedikit mencabar berbanding jawatan-jawatan yang lain.

buaian cukur jambul

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010

Sunday, February 28th, 2010

Pengambilan Perkhidmatan Skim 41 akan mengikut jejak langkah pengambilan pegawai PTD iaitu akan melalui Peperiksaan Bertulis yang komprehensif. Malah termasuk skim M41 PTD ini, sebanyak 13 skim Gred 41 akan diseragamkan peperiksaan bertulisnya di bawah nama “Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awan Gred 41“. Ianya melibatkan;

1. Pegawai Arkib Gred S41
2. Penguasa Kastam Gred W41
3. Penguasa Bomba Gred KB41
4. Pegawai Siasatan Gred KR41
5. Penguasa Penjara Gred KX41
6. Pegawai Penerangan Gred S41
7. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
9. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
10. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
11. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
12. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
13. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Format peperiksaan secara umumnya seperti format peperiksaan bertulis PTD dengan sedikit perbezaan jumlah soalan, tempoh masa dan tambahan Ujian Sahsiah diri yang dahulunya di buang dan di bawa ke prePAC. Dalam kata lain, skim Gred 41 yang lain juga harus merujuka kepada contoh-contoh soalan yang pernah dilalui oleh calon PTD dalam peperiksaan yang lepas icon smile Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010

Sebenarnya, ianya adalah kesinambungan pelancaran Kaedah Pengambilan Secara Profiling” secara rasmi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Januari 2010 yang lepas. Dalam majlis tersebut juga, pengurusi SPA Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri berkata “kaedah yang akan dilaksanakan ini, setiap calon yang akan dilantik oleh SPA akan melalui saringan dalam bentuk peperiksaan teori, ujian fizikal dan kecergasan, ujian praktikal, ujian psikologi, penilaian kompentesi dan temu duga”

myRecruitment profiling skim gred 41 300x226 Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41: 2010

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!