Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik
Saturday, September 26th, 2009Terlebih dahulu Selamat Hari Raya untuk semua. Tapi rasanya untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis 3 Oktober ni mesti tak senang duduk. Begitu juga calon-calon yang telah menduduki sesi temuduga September 2009 yang lalu, keputusan bakal keluar tidak lama lagi. Kalau diikutkan kenyataan dalam surat tawaran yang lalu ianya sepatutnya keluar pada 12 Oktober ini. Huh tak lama dah tuh.
Raya baru ni sempat juga berjumpa rakan-rakan PTD yang berkhidmat di negeri iaitu di pejabat SUK negeri. Ya sedikit berbeza jugalah pengalaman mereka berbanding yang bertugas di peringkat pusat. Tapi apa yang pasti para penjawat jawatan PTD ini memainkan peranan yang penting dan diharapkan di negeri. Tak perlulah nak kongsi cerita pengalaman, yang penting, anda usahakan dan siapkan diri anda untuk menjawat jawatan ini!
Melalui feedback calon yang mengambil peperiksaan bertulis ptd, bahagian yang mencabar ialah bahagian Matematik dan IQ. Sebenarnya ianya tidak lah sesukar mana kerana soalan MAtematik seperti yang telah dinyatakan hanya mencakupi silibus sehingga SPM sahaja. Cari set-set soalan matematik peringkat PMR dan SPM, cuba buat satu dua set percubaan untuk mengasah kembali bakat Matematik anda. Anda boleh cuba set-set soalan di bawah;
Sekurang-kurangnya anda ada sedikit persediaan untuk menghadapinya. Jangan tangguh, buat secepat mungkin! Mudah-mudahan anda dapat menduduki exam bertulis ptd kali ini dengan jayanya


