Temuduga PTD Jun 09 selesai
Monday, June 15th, 2009Tahniah untuk semua yang berjaya dipanggil dan telah menduduki temuduga PTD ambilan khas yang baru berlangsung sehingga 12 Jun 2009 baru ni. Soalan dan isu kali ini tidak banyak berbeza sebagaimana sesi temuduga kerja kerajaan yang lain. Format masih dikekalkan dan rangka khas iaitu mengenai isu semasa masih menjadi antara yang perlu diambil berat di samping kefahaman tentang kerjaya ptd itu sendiri.
Untuk yang bakal menduduki ujian ptd assessment center (PAC) di harap anda dapat bersedia dengan isu-isu terkini termasuk isu tanah runtuh, bangunan segera yang melibatkan kerobohan stadium, isu Chin Peng termasuklah konsep 1 malaysia dan bagaimana ianya berbeza dengan konsep “Malaysian malaysia”


