Posts Tagged ‘temuduga ptd’

Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Jun 2011

Wednesday, June 1st, 2011

Team Tipsptd mengucapkan selamat berjaya untuk semua calon yang dipanggil ke temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik minggu (Jun 2011). Anda cuma satu langkah lagi untuk menjawat jawatan ini dan antara yang terbaik dapat layak ke temuduga setelah melalui sesi peperiksaan bertulis yang amat mencabar, sesi Assessment center yang amat hebat dan kini di sini anda… menjejak kaki menduduki temuduga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

temudugaptd 300x89 Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Jun 2011

Jangan sia-siakan peluang ini, buat sehabis baik. Yang penting lontarkan perbualan dengan yakin. Sedikit rangkuman rujukan temuduga PTD yang lepas hasil perkongsian calon-calon yang lepas boleh download di;

[+] Download di sini

Harap ianya bermanfaat untuk anda. Setelah selesai nanti jangan lupa kongsikan di ruangan komen di bawah untuk rujukan rakan-rakan yang akan datang seperti mana anda mendapat rujukan daripada rakan-rakan yang lepas daripada naskhah yang yang anda download ini. Salam kejayaan untuk anda di temuduga pegawai tadbir diplomatik!

 

Temuduga PTD – sesi September 2010

Saturday, September 4th, 2010

Untuk jawatan M41 yang lulus Assessment Center lepas, panggilan temuduga sudah pun dikeluarkan dan ramai yang menduduki sesi temuduga pada 1-3 September baru-baru ini. Antara soalan yang ditanya adalah ‘standard’ biasa bermula dengan mengenalkan diri anda, sedikit latarbelakang anda dan kenapa memilih untuk menjawat jawatan PTD. Khabarnya tidak banyak soalan isu semasa yang ditanya tapi masih bermain tentang DEB vs MEB, proses lantikan badan eksekutif dan pakej rangsangan ekonomi.

Tak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya, buat persediaan secukupnya. Ramai yang masih belum ‘confident’ dalam memilih pakaian. Kami nyatakan sekali lagi cadangan pemakaian yang telah dikongsikan dulu untuk lelaki dan perempuan;

======================================
Perkongsian dari Saudari Noorahayu – Rakan PTD
======================================

-Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur
-Kasut
hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
-Baju
kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
-
Blazer untuk tampil meyakinkan
-ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun

-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai
sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut tumit tinggi -
court shoes berwarna hitam
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-
makeup yang profesional dan meyakinkan
-blazer sekiranya bersesuaian

Untuk yang telah menduduki temuduga, bolehlah berkongsi disini untuk manfaat pembaca yang lain tentang persediaan dan suasan temuduga. Perkara sebenarnya yang anda harus sedar, temuduga ini sesuatu yang dinamik, tiada soalan tetap dan ianya lebih bergantung kepada penemuduga anda. Salam sukses dari kami untuk anda!

Kongsikan pandangan dan pengalaman anda melalui ruangan komen di bawah.

Temuduga PTD: Penulisan Resume

Tuesday, September 1st, 2009

Banyak persoalan tentang resume dan pemakaian untuk sesi temuduga ptd yang bakal berlangsung 2-11 September ini. Untuk pemakaian anda boleh rujuk posting sebelum ini tentang “Penampilan Semasa Temuduga”. Ianya bukanlah satu kemestian untuk anda ikuti, tetapi lebih kepada cadangan pemakaian berdasarkan pengalaman rakan-rakan PTD.

Untuk posting kali ini, tidaklah diterangkan secara details mengenai penulisan resume, sebab panduan penulisan resume mudah didapati di mana-mana sahaja. Cuma kali ini fokus kita ialah penulisan resume khas untukl temuduga ptd. Secara umumnya, untuk resume ada sedikit perbezaannya dengan resume yang anda hantar untuk mencari kerja. Untuk resume permohonan jawatan, anda perlu ada ‘career objective’ atau apa yang anda inginkan dari jawatan tersebut. Tetapi untuk temuduga PTD, anda tak perlu nyatakan perkara tersebut. Cukuplah sekadar maklumat anda dan apakah pencapaian dan pengalaman anda.

Dalam kata lain, ianya ringkas dan padat. Tentang bahasa pula, sepatutnya ianya berbahasa melayu, tetapi berdasarkan perkongsian rakan-rakan yang berjaya dalam PTD dan yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan yang lain, rata-rata menggunakan resume berbahasa Inggeris. Jadi kami merasakan bahasa bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk di pertimbangkan.

Tentang panjang resume, anda harus faham ianya berbeza dengan CV di mana dalam CV anda pelu nyatakan secara terperinci pencapaian anda. Tapi resume ialah satu tunjuk tara yang menerangkan diri anda sendiri. Jadi ianya mestilah ringkas dalam 2-3 muka surat sahaja.

Anda boleh muat turun Contoh Resume yang digunakan oleh saudari Noorahayu sendiri semasa berjaya dalam sesi temuduga PTD. Terima kasih untuk sumbangan beliau!

Temuduga PTD: Buang gugup..nervous

Tuesday, August 25th, 2009

Bahang temuduga ptd semakin hampir, bagaimana dengan persediaan anda. Saya tak mahu sentuh lagi mengenai isu semasa dan soalan lazim kerana semua itu sudah banyak dibincangkan dalam post dalam kategori temuduga PTD, anda boleh semak di situ. Ada satu lagi masalah penting semasa interview iaitu gemuruh atau gugup yang membawa kepada situasi gagap dan ‘speechless’. Jadi bagaimana mahu mengurangkan rasa ‘nervous’ semasa interview atau temuduga PTD nanti? Saya kongsikan tips yang di tulis oleh saudara Jamal kepada anda;

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat.

4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya.

5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga.

6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin.

Semoga tips ini sikit sebanyak membantu anda. Tapi bagi saya, yang terpenting ialah anda cukupkan persediaan anda dan yakin pada diri sendiri. Kenapa perlu gugup kalau anda sudah tau semuanya!!

p/s Contoh resume akan diedarkan dalam masa terdekat hasil sumbangan rakan PTD Noorahayu Yahya

Soalan-soalan Temuduga PTD

Thursday, June 4th, 2009

Post ini ialah mengenai soalan-soalan lazim temuduga PTD yang di kongsikan oleh Saudara Khairul Zuhdi. Harap ianya memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada bakal calon temuduga PTD. Soalan temuduga PTD 2009

1. Sila perkenalkan diri anda..
2. Kenapa nak jadi PTD???
3. Apa beza PTD dgn PTN (Peg.Tadbir Negeri)
4. Apa beza Ambassador dgn High Commissioner
5. Apa beza HRM (Management) dgn HRD (Department)
6. Apa beza Management dgn Administration
7. Kalau dapat PTD..Kamu nak kejer KEMENTERIAN maner??..Kenapa???Apa tugas utama kementerian terbabit??..Saper nama KSU Kementerian terbabit…Bagi nama satu agensi dibawah kementerian terbabit…
8. Apa 8 Bidang Tugas PTD..
9. Siapa KSN dan KPPA..
10. Nama2 Menteri..
11. Apa beza ISA dan OSA..
12. Dasar kerajaan…MISI NASIONAL, DEB dan sebagainya..
13. Pertubuhan antarabangsa..NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya..
14. Rancangan Malaysia yang terkini..(Contoh RMK8,RMK9)..
15. Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya..
16. RUKUN NEGARA…
17. Sejarah asal usul PTD…
18. Apa beza DUN dan PARLIMEN…Boleh disusuli ngan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..
19. Delivery System..
20. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..
21. Apa beza SULTAN dgn AGONG??…
22. Apa beza PKPA dgn PERINTAH AM ???
*Soalan kemungkinan akan ditanya berdasarkan jawapan yang dikemukakan…So kena laa stanby ngan jawapan2 yang munasabah..

Bidang Tugas PTD

Tuesday, June 2nd, 2009

Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Temuduga PTD.. Sukar?

Wednesday, May 6th, 2009

Seperti yang dimaklumi, menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mencuba, tapi gagal walaupun berkali-kali mencuba. Kerjaya ini merupakan kerjaya pilihan ataupun digelar sebagai ‘fast track’ untuk melangkah jauh dalam jawatan pentadbiran negara.

Untuk awal tahun 2009, statistik yang dikeluarkan oleh SPA, hanya 1575 orang sahaja calon yang berjaya sampai ke tahap ketiga iaitu temuduga PTD. Dari beribu calon seluruh negara, ianya ditapis melalui ujian bertulis dan kemudiannya ditapis lagi melalui Pre-PAC (PTD Assessment Center). Dalam statistik itu juga ditunjukkan jumlah kekosongan jawatan sebanyak 550 tempat atau lebih kurang 35% dari jumlah yang layak ke peringkat interview. Maknanya hanya berapa peratus sahaja dari keseluruhan calon yang memohon untuk menjadi PTD akan dilantik menjawat jawatan ini.

ptd Temuduga PTD.. Sukar?Sumber: SPA

Sukar bukan? Apa yang anda perlu ialah maklumat yang tepat dan tersusun, dan syukur anda jumpa blog ini kerana ianya dibentuk khas untuk membekalkan maklumat yang tepat dan tersusun tentang strategi dan persediaan anda untuk berjaya dalam menjadi seorang Pegawai Tadbir  Diplomatik!

Temuduga PTD

Tuesday, April 21st, 2009

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temuduga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urusetia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Tip-tip bagaimana untuk berjaya dalam temuduga ini akan kita bincangkan dari semasa ke semasa. Tetapi secara umumnya persediaannya sama dengan persediaan anda menghadapi PAC. Anda harus bekalkan maklumat yang secukupnya mencakupi maklumat tentang kelulusan anda, institusi kerajaan dan kritikan terhadap isu semasa

Kebiasaannya sesi temuduga mempunyai tiga kitaran. Kitaran tersebut adalah pengenalan, isi dan penutup. Kitaran pertama selalunya soalan-soalan bersifat suai kenal calon oleh penemuduga. Kitaran seterusnya adalah bersifat mengetahui tahap kemampuan atau keupayaan calon. Dan akhirnya kitaran ketiga iaitu penutup temuduga iaitu soalan-soalan bersifat menyimpulkan prestasi calon.

Untuk bahagian personal anda, anda harus selesaikan masalah keyakinan anda disamping isu-isu teknikal seperti membawa dokumen yang secukupnya dan lain-lain. Pastikan juga anda memakai pakaian yang segak dan kemas dan tenang semasa menghadapi temuduga. Kita akan bincangkan lagi tips temuduga untuk entri2 akan datang

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!