Temuduga PTD.. Sukar?
Wednesday, May 6th, 2009Seperti yang dimaklumi, menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mencuba, tapi gagal walaupun berkali-kali mencuba. Kerjaya ini merupakan kerjaya pilihan ataupun digelar sebagai ‘fast track’ untuk melangkah jauh dalam jawatan pentadbiran negara.
Untuk awal tahun 2009, statistik yang dikeluarkan oleh SPA, hanya 1575 orang sahaja calon yang berjaya sampai ke tahap ketiga iaitu temuduga PTD. Dari beribu calon seluruh negara, ianya ditapis melalui ujian bertulis dan kemudiannya ditapis lagi melalui Pre-PAC (PTD Assessment Center). Dalam statistik itu juga ditunjukkan jumlah kekosongan jawatan sebanyak 550 tempat atau lebih kurang 35% dari jumlah yang layak ke peringkat interview. Maknanya hanya berapa peratus sahaja dari keseluruhan calon yang memohon untuk menjadi PTD akan dilantik menjawat jawatan ini.
Sumber: SPA
Sukar bukan? Apa yang anda perlu ialah maklumat yang tepat dan tersusun, dan syukur anda jumpa blog ini kerana ianya dibentuk khas untuk membekalkan maklumat yang tepat dan tersusun tentang strategi dan persediaan anda untuk berjaya dalam menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik!


