Posts Tagged ‘tugas ptd’

Pegawai Tadbir Diplomatik di setiap Jabatan?

Wednesday, April 27th, 2011

Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah satu jawatan prima dalam Perkhidmatan Awam dan merupakan satu-satunya laluan untuk menjawat jawatan nombor 1 dalam perkhidmatan awam iaitu Ketua Setiausaha Negara. Boleh dikatakan setiap jabatan negeri, jawatan pengarah dijawat oleh pegawai jurus gred ‘M’ atau khususnya pegawai PTD dan jawatan-jawatan pengurusan di kementerian juga dipegang oleh pegawai gred ‘M’

Kenapa perlu jawatan PTD di setiap kementerian dan jabatan? Ketika ditanya isu ini, Timbalan Menteri memberikan jawapan mudah dan tepat kepada fungsi dan tugas PTD;

Pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bertujuan melicinkan sistem penyampaian di sektor khidmat pengurusan dan pembangunan kementerian

PTD dilatih untuk menjawat jawatan pengurusan dan mereka melalui peringkat perjawatan yang ketat dengan Assessment Center (bukan sekadar prePAC), DPA dan lain-lain yang tidak dilalui oleh perjawatan lain. Boleh dikatakan oleh kerana tapisan yang ketat, mereka yang berjaya menjawat jawatan ini adalah umpama ‘mutiara’ terpilih. Jadi berusahalah sebaik mungkin untuk menjawat jawatan pegawai tadbir diplomatik ini!

Ada satu jabatan yang ‘kebal’ dari pegawai gred ‘M’ iaitu Jabatan Pelajaran Negeri. Timbalan Menteri Pelajaran memberikan jaminan berikut;

Saya juga ingin memberi jaminan PTD tidak akan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Sektor pendidikan negara masih dipegang oleh golongan guru dan pegawai pendidikan di peringkat negeri mahupun kementerian. Ini penghormatan buat golongan guru dan sememangnya mereka adalah golongan yang paling layak memegang jawatan dalam bidang yang mereka sememangnya pakar dalamnya. Siapa lagi yang layak untuk bercakap soal pendidikan melainkan golongan pendidik itu sendiri.

Maka dapat dilihat dalam situasi ini, jika masih belum berjaya dalam ambilan PTD, peluang untuk menjawat jawatan pengurusan tinggi masih terbuka di sektor pendidikan negara. Ini peluang yang harus dilihat sebagai satu keistimewaan untuk sektor perguruan, dan jelas bidang ini mempunyai kedudukan yang istimewa hampir berdiri sama tinggi dengan Gred ‘M’. Untuk yang berminat ke sektor perguruan, rujukan ini untuk anda

>>Kerjaya Perguruan<<

Berusaha keras mencapai matlamat kerjaya anda, tak kira sama ada ianya gred ‘M’, ‘DG’, ‘S’, ‘J’ atau apa saja gred, yang penting kita sama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara yang kita kasihi..Malaysia! Pegawai Tadbir Diplomatik (M41)

Kenapa nak jadi PTD?

Thursday, October 22nd, 2009

Kerjaya ini sungguh menjadi satu kerjaya idaman kebanyakan graduan universiti. Tak kiralah anda jurusan apa pun, bahkan saya ada juga teman dari jurusan Kejuruteraan Bioteknologi memilih untuk bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Hairan juga kan, tapi itulah penangan jawatan ini.

Kalau anda membaca ruangan komen sebelum ini, ada juga calon yang sudah menjawat jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam bertahun lamanya, memilih untuk menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik dan mahu meninggalkan satu jawatan yang dianya sudah selesa dan berpengalaman, tak lain dan tidak bukan, hanya kerana minat dan impian. Terharu juga membacanya, tapi sayang bukan rezekinya di situ. Setulusnya, kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.

Jadi anda bagaimana? Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan anda? Adakah kerana skim gaji dan kenaikannya? Ataupun meneruskan legasi orang tua anda yang bertugas sebagai pegawai ptd? Ataupun ianya merupakan satu impian yang mahu anda kecapi? Jadi posting ini sebenarnya ialah satu survey untuk mengetahui kenapa sebenarnya anda mahu menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ini juga merupakan salah satu soalan yang penting dalam sesi temuduga.

Kongsi cerita anda di sini dan kita mahu lihat apakah sebenarnya pendorong anda!

Bidang Tugas PTD

Tuesday, June 2nd, 2009

Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!