PAC Jun 2009: Aktiviti?
Wednesday, July 1st, 2009Syabas dan tahniah untuk yang dah berjaya melalui sesi PAC baru-baru ini di INTURA. Selepas ujian PAC tersebut ada yang mengadu sakit dan lenguh kaki tangan, tapi tak apa, yang penting anda sudah selesai melaluinya. Mudah-mudahan anda berjaya.
Bagi yang belum, teruskan latihan anda dan buat apa yang patut seperti yang sudah dikongsikan dalam post-post Persediaan PAC 2009 sebelum ini. Ianya membantu dan mendapat feedback yang positif dari pembaca blog ini. Ada yang bertanya apakah aktiviti yang dijalankan sepanjang satu hari PAC Jun di Intura baru-baru ini? Secara umumnya saya katakan, ianya sama seperti PAC format satu hari yang sebelum ini, jadi anda boleh semak apa formatnya. Anda juga boleh meneliti entri-entri di blog ini kerana ada perkongsian pembaca di bahagian komen. Anda geledah lah semuanya!
Mengenai tajuk isu semasa, ianya tidaklah sesukar yang dijangkakan. Asalkan anda tahu perkembangan semasa dan rajin membaca akhbar ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda. Rasanya apa yang penting dalam nilaian ialah keyakinan anda dalam berhujah dan memberikan pandangan di samping kematangan dalam mempertahankan hujah anda. Anda boleh lihat huraian saya dalam buku ’27 sebab kenapa calon Gagal Ujian PTD’ bagaimana nak melontarkan idea.
Untuk calon-calon PAC Julai, selamat berjuang, dan diharapkan agar anda suksess dalam ujian ini khas dari team TipsPTD


