Calon-calon yang lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik tahun 2011 berada dalam debaran sekarang menantikan panggilan ke sesi Assessment Center yang merupakan tahap kedua yang perlu diharungi sebelum sampai ke sesi temuduga PTD. Sebenarnya, tarikh tersebut tidak perlu dirisaukan, yang perlu dirisaukan adalah persediaan kita. Adakah kita sudah bersedia?
Untuk meredakan sedikit keresahan berkaitan tarikh, kita lihat semula sesi PAC untuk 2 sesi sebelum ini;
- Keputusan peperiksaan bertulis diumumkan pada bulan Disember 2010, panggilan PAC pada Mac 2011 (3 bulan jarak)
- Keputusan peperiksaan bertulis diumumkan pada Mei 2010, panggilan PAC pada Julai 2010 (2 bulan jarak)
Kesimpulan untuk tarikh, ianya tidak ada kalaan yang tetap, yang pastinya, ianya akan diumumkan kepada calon paling lambat seminggu sebelum tarikh PAC. Jadi bilakah sesi PAC untuk kali ini? Kami tidak ada jawapannya, nantikan pengumuman rasmi SPA setelah INTAN memberikan ‘lampu hijau’. Sehingga ‘entry’ ini ditulis, belum ada pengumuman rasmi dari pihak SPA.
Berapa hari sesi PTD/Programme Assessment Center ini? Ini pun satu lagi soalan yang sukar diberikan jawapan yang konkrit dan sama seperti persoalan bila tarikh PAC. Ianya tertakluk kepada perubahan. Anda lihat sendiri variasi tempoh yang telah berlaku dalam beberapa sesi sebelum ini;
- Sebelum 2008, penilaian 3 hari
- 2008 sehingga 2010, penilaian 1 hari
- MAC 2011, penilaian 2 hari
Mungkin sesi kali ini 2 hari, 1 hari ataupun 3 hari atau mungkin seminggu, mungkin 12 jam sahaja.. siapa tahu? Yang utama adalah formatnya tidak pernah lari dari skop umum mencakupi beberapa elemen penting;
- Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
- Kemahiran pengucapan
- Kepekaan terhadap isu-isu
- Kecergasan fizikal
- Kerjasama kumpulan
Sekali lagi, fokus kepada persediaan jangan risau mengenai format dan tarikh peperiksaan. Isu semasa yang penting. Selak akhbar kalau boleh setiap hari mulai hari ini! Nota-nota isu semasa yang diedarkan semasa sesi peperiksaan bertulis tempoh hari juga masih bermanfaat untuk semakan cepat anda!
Anda boleh gunakan ruang komen di bawah untuk berbincang dengan teman-teman berkaitan persediaan PAC, cara ini telah membantu ramai calon sesi lepas bahkan ada yang berkongsi kereta untuk ke PAC hanya dengan berjumpa di ruangan komen. Tinggalkan komen anda dan kongsikan persediaan anda =)
p/s Risalah PAC akan diedarkan kepada semua pembeli Pakej Rujukan PTD yang lepas sebaik sahaja SPA mengumumkan tarikh PAC.