Posts Tagged ‘ujian PTD’

Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Friday, October 29th, 2010

Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik telah dijadualkan pada 13 November 2010 ini dan semakan online calon layak sudah pun dikeluarkan oleh pihak SPA. Anda boleh lakukan semakan anda melalui link di bawah;

SEMAK DISINI (Klik sini)

Seperti biasa, ramai yang risaukan soalan dan format. Format kali ini adalah seperti biasa cuma kali ini dimasukkan semula ujian Sahsiah dan Minat yang satu ketika dahulu dibawa ke sesi Assessment Center. Tapi kali ini dimasukkan semula ke dalam peperiksaan bertulis. Ianya kan memakan sedikit masa, tapi tips yang penting dalam seksyen ini ialah jadi diri anda sendiri dan tutup keburukan anda. Bukan menipu, tapi cuma tonjolkan yang baik dan nilai positif yang ada dalam diri anda.

Untuk seksyen yang lain, seperti biasa, persediaannya amat menyeluruh. Anda perlu mula dari sekarang. Umpamanya seksyen A mengenai pengetahuan Am, sangat luas skopnya. Bagi yang selalu peka dengan perkembangan dalam negeri mahupun luar negeri, ini adalah satu bonus buat anda. Pernah ditanya pada soalan dalam seksyen ini sesi lepas mengenai ‘pengasas Google’. Mungkin akan datang akan ditanya pula siapakah pengasas ‘Twitter’ atau ‘Facebook’..siapa tahu kan? Dalam seksyen ini kepekaan anda diambil kira

pegawaitadbirdiplomatik 300x70 Peperiksaan PTD : 13 November 2010

Untuk seksyen B, daya menyelesaikan masalah adalah satu seksyen yang menyeronokkan. ianya mencabar kebolehan berfikir anda. Tips yang penting ialah, tulis dahulu poin semasa bacaan anda. Kadang ianya mengelirukan. Sebagai contohnya soalan yang menguji kemahiran logik anda, tulis poin-poin penting kerana soalannya memang dirangka untuk mengelirukan anda!

Salam sukses anda! Apakah agaknya yang menghalang anda untuk berjaya? Soalan matematik? Soalan logik? Soalan sejarah? Kongsikan melalui ruangan komen di bawah!

Checklist: Peperiksaan Bertulis PTD

Thursday, October 1st, 2009

Tinggal 2 hari sahaja untuk peperiksaan khas 3 Oktober 2009 ini. Harap semua calon peperiksaan bertulis ptd kali ini sudah bersedia dengan sesungguh mungkin. Ini yang anda perlukan sebelum peperiksaan bermula, checklist! Semak persediaan anda!.Jangan masuk dewan peperiksaan sebelum anda semak semua ini!

  1. Kad pengenalan dan slip peperiksaan sudah sedia!
  2. Peralatan tulis dah sedia!
  3. Dah minta cuti untuk yang bertugas hari Sabtu 3/10
  4. Dah survey dan tahu tempat peperiksaan
  5. Dah tahu format soalan untuk semua seksyen
  6. Dah berbincang dan diskusi dengan kawan-kawan yang dah ambil peperiksaan sebelum ini
  7. Dah bersedia dengan isu-isu semasa untuk menjawab soalan esei
  8. Sudah membaca dan berlatih untuk kelima-lima seksyen peperiksaan
  9. Dah cuba soalan-soalan Matematik peperiksaan SPM dan PMR
  10. Yakin pada diri sendiri dan doa pada Tuhan!

Salam kejayaan untuk anda!

Tahniah untuk Calon Peperiksaan PTD Ogos

Tuesday, September 15th, 2009

Tahniah untuk calon-calon yang berjaya PEperiksaan PTD sesi Ogos. Keputusan telah diumumkan lebih awal kali ini dan bukan seperti kebiasaan yang mengambil antara 5-6 minggu. Mungkin kerana jumlah calon yang mengambil peperiksaan agak sedikit berbanding awal tahun dahulu. Apa-apapun kami dari pihak Tipsptd mengucapkan tahniah untuk yang berjaya, dan yang tak berjaya usah berputus asa kerana kalau dah rezeki tu tak ke mana!. Anda boleh semak keputusan di;

Semakan Keputusan Peperiksaan PTD 2009

Peperiksaan PTD Oktober 2009

Tuesday, September 15th, 2009

Agak terkejut juga bila ada pembaca yang bertanya tentang peperiksaan PTD sesi Oktober 2009 sebab setahunya peperiksaan bertulis hanya 2 kali setahun iaitu di awal tahun dan di hujungnya. Peperiksaan Ogos lalu adalah peperiksaan yang kedua dan sepatutnya yang terakhir tahun ini. Setelah dibuat sedikit inkuiri tentang ini, memang benar ada peperiksaan khas untuk calon yang tidak dapat hadir semasa panggilan Ogos yang lalu.

Rasanya isu ini sudah selesai dan ramai yang sudah mengesahkan kehadiran masing-masing. Cumanya oleh sebab tipsptd tidak dapat diakses sebelum ini, jadi respon ini agak lewat sedikit. Harapnya juga anda sudah mengambil tindakan yang sewajarnay kerana jawapan perlu diberikan sebelum 7 September yang lepas seperti yang tercatat di

http://aduan.spa.gov.my/exam_ptd/maklumbalas.asp

Buatlah persediaan yang sewajarnya kerana seperti yang diketahui, skopnya adalah terlalu luas dan mengambil masa sedikit untuk persediaan yang rapi. Ambillah peluang ini sebaik mungkin dan mudah-mudahan kejayaan memihak kepada anda untuk bergelar seorang pegawai tadbir dan diplomatik!

Panduan peperiksaan Ogos lalu sudahpun dihentikan pengedarannya, tetapi kalau ada permintaan khas untuk sesi Oktober ini, team tips ptd tidak keberatan untuk membuka kembali pengedarannya. icon smile Peperiksaan PTD Oktober 2009

Exam PTD: Peluang anda cerah jika..

Monday, August 10th, 2009

Bagaimana dengan peperiksaan bertulis PTD anda? Ada yang kecewa, ada yang berpuas hati, ada juga yang konfiden tahap ‘cipan’! Hehe. Lumrah lah semua itu. Suka untuk dinyatakan sekali lagi, setiap tahun hampir 60 000 calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau exam bertulis PTD ini tapi bukan semuanya hadir. Ada yang masa mengisi borang tu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk peperiksaan baru-baru ini, ada juga jiran saya yang pergi menduduki peperiksaan tersebut. Tapi yang hairannya, semasa saya beristirahat sebelah petang saya nampak dia lantas saya tanya, macam mana soalan? Esei boleh jawab? Jawabnya simple je, “tak tahu lah esei keluar soalan apa, sebab lepas math session, aku terus balik.. down..” Huh maknanya dia hanya ambil peperiksaan separuh jalan sahaja akibat tidak dapat menjawab soalan seksyen Math&IQ dengan baik. Dan saya rasa ramai juga calon yang ambil peperiksaan separuh sahaja. Jadi hanya tinggal berapa calon yang menghabiskan peperiksaan?

Anda nampak tak peluang anda untuk berjaya semakin luas jika anda menghabiskan peperiksaan bertulis hingga ke akhirnya? Dari 60 000++ calon, berapa ribu yang tidak pergi langsung dan berapa ribu juga yang berputus asa di pertengahan jalan? Jadi sekiranya anda menghabiskan semua soalan dan jawab sehingga sesi yang terakhir, peluang anda masih terbuka dan apa yang ada pada anda sekarang ialah.. DOA

Salam kejayaan dari kami!

Soalan Peperiksaan PTD: Esei

Thursday, August 6th, 2009

Ramai yang tak senang duduk ni, begitu jugak team tips ptd, banyak sungguh email yang diterima dan untuk diblas. Bagi email yang tidak di balas, jawapan anda sudah ada dalam posting di blog ini, jadi anda harus explore dan maaf kerana kami tak dapat reply ke semuanya. Jadi bagaimana dengan persediaan anda? Ramai yang tanya, apakah soalan peperiksaan bertulis PTD? huuu.. :p Untuk posting yang lepas telah dihuraikan sedikit sebanyak cara mudah untuk menjawab soalan esei dan bagaimana pecahan perenggan yang sempurna yang mencakupi;

  • Perenggan 1: Pendahuluan
  • Perenggan 2-4: Isi dan huraian + contoh
  • Perenggan 5: Counter argument
  • Perenggan 6: Penutup

Untuk soalan esei anda perlu peka kepada isu, itu sahaja. Soalannya tidak terlalu spesifik bahkan ianya cukup umum untuk memudahkan anda. Percayalah. Kami telah kumpulkan beberapa soalan contoh exam ptd yang pernah keluar dari rakan blogger yang lain untuk anda nilai sendiri betapa mudahnya soalan esei ini dan tiada apa sebenarnya yang perlu anda risaukan. Antara soalan yang pernah keluar ialah;

  • Antara peranan penting yang dimainkan oleh media ialah untuk memupuk integrasi nasional. Bincangkan bagaimanakah unsur-unsur integrasi nasional ini dizahirkan dalam rancangan di media elektronik dan beri contoh yg sewajarnya.
  • Peningkatan kadar jenayah di Malaysia amat membimbangkan. Bincangkan cara-cara mengurangkan kadar jenayah di Malaysia.
  • Konsep e-kerajaan dibangunkan selari dengan perkembangan dan pelancaran Multimedia Super Coridor (MSC). Bagaimana membina kesedaran rakyat tentang kemudahan ini dan bagaimana ianya menyumbang kepada keberkesanan perkihidmatan ini kepada rakyat.
  • Dengan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan e-mel bukan sahaja dapat diakses melalui komputer tetapi juga melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersil internet dan e-mel dalam perniagaan siber. Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel secara meluas ini.

Ini adalah sebahagian soalan yang telah keluar sebelum ini dan adalah hampir mustahil untuk ianya keluar lagi. Apa yang kami ingin tunjukkan ialah tahap ‘keumuman’ soalan tersebut yang menungkinkan anda menghuraikan isu itu dengan lebih jauh. Semua isu di atas ialah isu-isu yang hangat pada masa itu dan anda pasti boleh mencapah apakah isu-isu yang hangat pada masa sekarang.

Team tips ptd ada menyenaraikan beberapa isu penting pada entri-entri berkaitan persediaan PAC baru-baru ini dan anda boleh rujuk semual di sana untuk mendapat sedikit idea pencerahan tentang isu-isu sekarang. Rujuk semula akhbar untuk bulan ini dan bulan lepas dan kenal pasti isu-isu penting. Hanya pergi ke akhbar online dan cari ‘arkib’ atau ‘archive’ sebulan. Salam kejayaan dari kami team tips ptd untuk semua calon peperiksaan bertulis PTD

Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Tuesday, July 14th, 2009

Musim ujian PTD atau peperiksaan bertulis PTD bakal menjelma bulan depan dan ianya ditetapkan secara umumnya pada 8 Ogos 2009. Tahniah untuk yang telah mendapat panggilan dan selamat berusaha!

Secara peribadi saya merasakan yang ujian bertulis PTD ini merupakan peringkat tapisan yang paling besar sekali. Kalau dilihat statistik secara kasar dari apa yang dilaporkan dalam Buku Laporan Tahunan SPA untuk tahun-tahun kebelakangan, hanya dalam lingkungan 8% sahaja yang lulus peringkat ini. Maknanya kalau bilangan calon adalah 80 000 (anggaran kasar), calon yang berjaya dipanggil ke peringkat PTD Assessment Center (PAC) hanyalah dalam lingkungan 6400 orang. Nisbah 8% jika dinilai amatlah kecil dan sudah pasti ramai yang kecewa dengan keputusan peperiksaan ini.

Secara keseluruhannya, pada peringkat ujian bertulis PTD ini, tidak ramai yang datang dengan persediaan yang rapi. Kebanyakannya datang sekadar mencuba nasib dan inilah yang menyebabkan ramai yang gagal dalam peperiksaan PTD ini. Ini attitude yang harus diubah sekiranya anda mahu berjaya dalam peperiksaan bertulis PTD ini. Anda harus hadir peperiksaan untuk berjaya dan bukannya sekadar mencuba nasib. Aspek ini seharusnya tak perlu disentuh lagi kerana ianya terlalu umum dan diketahui ramai, tak ramai yang tak ambil sebarang tindakan dan masih berada pada tahap “Mahu GAGAL”!

peperiksaanptd Ujian Bertulis PTD Ogos 2009

Buatlah persediaan yang sewajarnya, sesuai dengan kelayakan akademik kita. Anda harus tahu bahawa anda ada kelayakan yang secukupnya dan berpotensi untuk menjawat jawatan ini dan sebab itulah anda dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis PTD ini! Dan anda harus sedar ada puluhan ribu yang bersaing untuk jawatan ini, jadi seharusnyalah anda berusaha sebaik mungkin menjadi kelompok 8% ini!

Ujian PTD Assessment Centre (PAC): Part 2

Monday, April 20th, 2009

Tahniah untuk mereka yang lulus ujian PTD baru2 ini. Dan sekarang anda yang lulus harus fokus untuk berjaya dalam PTD Assessment Centre (PAC) test pula. Yang tak berjaya, jadikan ini pengalaman dan cuba lagi untuk sesi yang akan datang! jangan berputus asa.

Pada entri yang lepas, kita dah bincangkan sedikit sebanyak tentang apa yang dinilai dalam PAC. Ada beberapa criteria lain yang secara umumnya diambil kira semasa PAC ini selain dari kemahiran personal yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap kali ada berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan jelas kepada maknanya.

Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini kuncinya!

Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan.

Saya rasa entri Part 1 dan Part 2 cukup secara umumnya mencakupi apa yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda menghadapi PAC. Saya simpulkan sekali lagi, apa yang penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah dari sekarang untuk berjaya!

p/s Sekiranya entry ini bermanfaat, jemput rakan anda dengan menekan button “Tell a Friend” di bawah;

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!