Posts Tagged ‘wk1-1’

Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam WK1-1

Thursday, January 19th, 2012

SEMAKAN PANGGILAN Peperiksaan Penguasa Kastam boleh dibuat di sini;

>>>[KLIK DI SINI] Semak Panggilan Peperiksaan WK1-1<<< 

Ada yang bertanya mengenai jawatan Penguasa Kastam dengan skim gred baru WK1-1. Ianya adalah jawatan yang harus melalui peperiksaan penilaian yang sama seperti Pegawai Tadbir Diplomatik dan lain iaitu 3 tahap;

  • Peperiksaan bertulis
  • Assessment center
  • Temuduga

Tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Mengenai tugas penguasa Kastam pula ianya termasuk dalam cluster ‘Perkhidmatan Kewangan’ dan tugasannya antaranya (daripada edaran rasmi SPA);

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan

Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;

  • Pengetahuan Am
  • Daya menyelesaikan masalah
  • Esei Bahasa Melayu
  • Esei Bahasa Inggeris

Cumanya pada seksyen pengetahuan Am akan ada tambahan sedikit isu berkaitan seperti peperiksaan Pengawai Anti Dadah yang lepas. Jadi untuk persediaan kali ini, ambil tahu isu berkaitan kastam.

Untuk pembeli Tipsptd, anda boleh menggunakan rujukan yang sama untuk Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1. Adakah anda dipanggil menduduki peperiksaan Penguasa Kastam pada 4 Februari ini? Anda perlukan Rujukan ini; 

[+] http://tipsptd.com/

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!