Tahniah untuk Calon Peperiksaan PTD Ogos
Tahniah untuk calon-calon yang berjaya PEperiksaan PTD sesi Ogos. Keputusan telah diumumkan lebih awal kali ini dan bukan seperti kebiasaan yang mengambil antara 5-6 minggu. Mungkin kerana jumlah calon yang mengambil peperiksaan agak sedikit berbanding awal tahun dahulu. Apa-apapun kami dari pihak Tipsptd mengucapkan tahniah untuk yang berjaya, dan yang tak berjaya usah berputus asa kerana kalau dah rezeki tu tak ke mana!. Anda boleh semak keputusan di;
Semakan Keputusan Peperiksaan PTD 2009
Bacaan tambahan:
- Tahniah untuk Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru!
- Ujian Bertulis PTD Ogos 2009
- Perancangan Kewangan untuk Graduan
- Temuduga PTD: Tahniah!
- Peperiksaan PTD : 13 November 2010
Entri Berkaitan
Tags: Exam PTD, keputusan peperiksaan ujian ptd 2009, ujian PTD






September 15th, 2009 at 8:12 am
Alhamdulillah…sy lulus.. ni kali kedua saya duduki ujian ni.. Syukur pd Allah swt..
September 15th, 2009 at 8:50 am
First time amik exam..dan sy gagal..huhu..tahniah kpd yg berjaya!
September 15th, 2009 at 9:16 am
dukacita, saya GAGAL ujian PTD 8.8.09 yang lepas. perlu ke saya isi semula SPA online untuk pergi next exam tahun depan?
September 15th, 2009 at 10:08 am
kawan2.. gud luck.. sapa yang lulus tu, sy ucapkan tahniah.. pas ni ada peringkat assessment lagi.. do da best..!!
September 15th, 2009 at 10:25 am
admin, rasanya ader kemungkinan x result interview sept ni pn kuar awal cm result exam..? kt surat panggilan tmuduga tulis result 12/10..
September 15th, 2009 at 11:01 am
admin, utk 2nd assessment, ada x yg menguji stamina?ataupun hhanye debat je…
September 15th, 2009 at 12:31 pm
aah la admin.. result interview kuar bila ye..?? takutnya.. dalam surat kata 12/10..
ryn, awak interview kat mana..??
September 15th, 2009 at 2:04 pm
alhamdulillah sy lulus exam ptd ni…tahniah juga diucapkan pada mereka yang telah lulus…terima kasih juga pada pihak tipsptd.com kerana banyak berkongsi dan memberikan maklumat dan panduan…for PAC,hope can do da best,insya’llah…gudluck utk diri sy sndri dan juga utk mereka yang lain..gambate o kudasai
September 15th, 2009 at 3:13 pm
assalammualaikum.
alhamdulillah, kali ni saya lulus ujian peperikasaan PTD ini. terima kasih kerana banyak persediaan untuk menduduki peperiksaan ini saya dapatkan dari tipsptd.com.
kalau ada tips atau ebook untuk peringkat kedua nanti, tolong maklumkan saya.
terima kasih
September 15th, 2009 at 5:17 pm
tahniah untuk yang berjaya. untuk yang tidak berjaya, cuba lagi! Untuk soalan ttg isi borang smula, apa yang anda isi valid lagik untuk setahun.
September 16th, 2009 at 12:17 am
Syukur alhamdulillah kerana saya telah lulus exam PTD Ogos lalu walaupun kali pertama. Lega dapat gembirakan ayah saya yg juga seorang PTD. Saya juga berdebar-debar menanti peringkat seterusnya. Apa yg sy musykilkan ialah adakah semua yang tercatat LULUS akan secara automatik layak ke PAC?
September 16th, 2009 at 9:48 am
Saya lulus???mcm tak percaya jek…hari tu maths banyak giler hentam…soalan pengetahuan ttg Malaysia hancur ku belasah….tapi karangan saya balun 4 pages, sbb kecewa tak leh jawab maths n pengetahuan am…apa kah yg akan terjadi lepas ni pada saya???sbb saya kalau bleh nak tunggu dapat bonus dari kilang dahulu….
September 16th, 2009 at 1:11 pm
saya lulus! hopefully can become PTD la..thanks sir.
September 16th, 2009 at 2:25 pm
Alhamdulillah…first time ambik, dan saya lulus. Bila agaknya PAC akan dibuat ye? Surat rasmi pemberitahuan keputusan bila pula akan dikeluarkan?
September 16th, 2009 at 2:42 pm
alhamdulillah….
sy pun lulus……
bila pac akan diadakan..
sy sebenarnya nervous jugak untuk pac ni..
macamana nak buat ni..
ada tips tak…
berapa ramai calon yg lulus sebenarnya….
September 16th, 2009 at 9:02 pm
tahniah yg dah lulus tu.. selalunya sebulan selepas result kuar, anda sume yg lulus akan dipanggil untuk PAC..
macam sy dulu la.. result kuar.. pas sebulan, dia panggil pegi PAC..
taktau la PAC kali ni dibuat dimana plak.. kemaman terengganu gak kot.. ^^
rindu giler moment2 PAC..
September 16th, 2009 at 9:06 pm
ARZ : tahniah dah lulus exam.. semua yg lulus exam akan dipanggil untuk PAC.. jangan risau..
ini berdasarkan pengalaman sy yang mungkin ble dikongsi bersama dengan anda semua..
PAC dibuat sehari saja.. maksudnya dari pagi sampai petang..
ada 3 aktiviti..
aktiviti 1 : debat bahasa inggeris
aktiviti 2 : debat bahasa melayu
sebelum aktiviti 3, anda semua akan menduduki ujian sahsiah dan minat.. lebih kurang 400 soalan objektif.. jawab dengan jujur dan ikhlas.. jgn baca soalan terlalu lama..
aktiviti 3 (sebelah petang) : ketahanan fizikal dan mental
jam 5 petang gitu, tamat..!!
September 16th, 2009 at 9:09 pm
Shakirah :
ada orang cakap maybe nasib kita.. time amik exam tu, ada lah peringkat yang paling susah..
peringkat 2 : PAC.. lebih kepada stamina dan diorang nak tengok cara kita menjadi seorang ketua..
peringkat 3 : temuduga.. lebih kepada untuk panel nak melihat keyakinan diri kita sebelum kita dilantik secara kontrak 3 tahun untuk menjadi seorang PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK..
(sy salah seorang calon PTD yang sudah ditemuduga pada 090909 yang lepas.. doakan sy berjaya..)
September 16th, 2009 at 11:11 pm
trima kasih Link Chan untuk jawapan2 anda. anda banyak bantu kami menjawab soalan2, itu semangat bantu membantu yang kita nak dari pembaca2. tQ skali lagi lina chan! kami doakan anda berjaya dalam temuduga anda!
September 17th, 2009 at 7:44 am
saya lulus ezam 8.8.09 baru2 ini. saya ada soalan ingin diajukan. harap boleh bantu. kesihatan saya kurang mengizinkan. adakah markah pac nanti terjejas sekiranya saya memohon pelepasan bagi aktiviti fizikal. Terima kasih.
September 17th, 2009 at 7:47 am
dan boleh saya tahu bilakah tarikh pac (anggaran) bg keputusan ezam bulan ogos yg lepas? dan adakah candidate oku layak lepasi pac?
September 17th, 2009 at 9:44 am
Lina, semoga berjaya….saya doakan awak berjya.
September 18th, 2009 at 2:25 am
admin :
tak mengapa.. tak salah berkongsi pengalaman.. sy dah sampai tahap interview pun sy dah cukup bersyukur dan bertuah.. tak kisahpun nak kongsi cerita dengan bakal2 PTD yang lain.. dulupun sy mcm diorang gak.. cuak bila nak berdepan dengan benda baru iaitu PTD..
thanx sebab doakan kejayaan sy.. insyaAllah kalau sy lulus PTD, sy akan membantu sama mcm Kak Ayu yang membantu sy juga untuk interview yg lepas.. ^^
Shakirah :
thanx a lot shakirah.. awakpun sy doakan berjaya..
Wawan :
Masa sy pegi PAC, takde plak yang OKU.. tapi yang ada masalah kesihatan tu memang ramai.. time sesi petang untuk fizikal tu, ramai gak yang takleh buat especially yang pregnant, yang baru lepas eksidenpun ada.. maybe pihak INTAN ble pertimbangkan hal itu.. apa yg penting, semangat ketika berada dipadang.. ^^
September 18th, 2009 at 2:27 am
Untuk semua, sy tak kisah untuk berkongsi cerita dengan anda.. klik di nama sy Lina Chan untuk ke blog sy.. sy ada cerita serba sedikit tentang perjalanan sy sepanjang exam smpi la interview PTD..
feel free, visit my blog..
http://nacmc.blogspot.com
September 30th, 2009 at 2:00 pm
my 2nd time exam..alhamdullilah pass..tipsptd are very useful..thanx a lot..hopes more tips for PAC..
October 12th, 2009 at 10:21 am
astaga. macam mana i boleh pass? jawab tunggang langgang hari tu,dah lah tak cukup masa, siap pakai jeans and t-shirt cartoon lagi. nasib baik tak kena halau keluar dewan dengan pengawas peperiksaan.
lepas ni, kena pakai formal.
admin, boleh bagi tips untuk PAC tak. Thx
October 13th, 2009 at 10:42 am
Hmmm..knp xdpt surat mngatakan lulus lg ni pastu xd pn panggilan unt bt PAC rsau plak ni…cek dkt web lulus aduhaiiii..
October 15th, 2009 at 2:01 am
nana ahmad :
congrats dah lulus.. bersedia untuk PAC plak ye..
rujuk komen2 sebelum ni utk persediaan PAC..
aadela :
nnt jgn plak pki mcm tu time pegi PAC sbb nanti ada sesi fotografi..
org nak tgk kita top to toe.. so pakai smart n formal..
itu br la semangat PTD namanya.. ^^
tahniah lulus exam tempoh hari..
azlan :
mmg surat lulus takkan dapat.. mcm sy dulu..
yang gagal je dapat surat..
awk tunggu surat PAC je la pas ni.. ok..??
tahniah lulus exam.. do da best utk PAC..
October 16th, 2009 at 6:55 pm
Saya lulus juga! Terima kasih TipsPTD.
Untuk semua, doakan saya lulus PAC juga k. Chaiyok2!! ^_^
October 23rd, 2009 at 9:07 pm
thank for your useful info lina…..
i’m visit your blog…
you’re young…
ada masa depan cerah u ni utk naik bila dah berkhidmat nanti..
tahniah coz berjaya diterima masuk sebgi PTD…
just nak info dr u, rata2 usia calon masa PAC tu berapa..?
ada tak yg usia more than 30 yrs old..?
bcoz i skrg tgh tunggu tarikh PAC..
i’m 31 yrs old..
adakah agak lewat utk mula berkhidmat sbg PTD dlm usia sy ni…
itupun kalau dapat laa..
exam hr tu pun tunggang langgang jawab ‘english essay’..
alhamdulillah lulus jugak…