Temuduga J-QAF

Temuduga J-QAF untuk calon yang melepasi Mtest yang diumumkan 4 Disember lepas akan dilangsungkan pada 14 – 16 Disember 2011 ini. Adakah anda calon yang dipanggil? Semak panggilan anda di;

>>>LINK SEMAKAN (Klik di sini)

Buat calon temuduga KPLI-SR j-QAF, ucapan tahniah buat anda kerana anda hanya selangkah sahaja untuk menggapai impian menyertai program KPLI-SR j-QAF dan seterusnya bakal guru j-QAF.

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Biarpun mengalami krisis kekurangan guru j-QAF di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tetap menggunapakai aras yang ditetapkan dalam pengambilan pelatih guru j-QAF.

Syarat pemilihan telah diperketatkan agar calon yang dipilih benar-benar berwibawa dan berkemampuan diakhiri dengan temuduga J-QAF

Fokus utama seisi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga JQAF bakal di uji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.

Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 Dec – 16 Dec 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Sebagai ‘senjata’ menahan ‘asakan’ soalan panel penemuduga, Tipsptd mencadangkan rujukan khas JQAF ini untuk anda melangkah dengan lebih yakin. Jika anda mahu lulus dan duduk dengan yakin di hadapan penemuduga nanti, ini yang anda perlukan. Terus ke link ini;

>>> Panduan Temuduga JQAF (klik di sini)

468X60 Temuduga J QAF

No related posts.

Most Commented Posts

Tags: , , , , , ,


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

3 Responses to “Temuduga J-QAF”

  1. cik mas Says:

    SALAM….TAHNIAH BUAT SAHABAT2 YG BAKAL MENDUDUKI TEMUDUGA JQAF NNTI…semoga selamat berjaya…walaupun dulu untuk pelajar kos pentadbiran muamalat uum diterima masuk dan sudah bergelar guru jqaf sekarang…graduan2 trbaru jurusan ini juga ttp menyimpan angan2 yg sama kerana senior2 kami dulu diberi peluang ..namun sekarang harapan kami semakin tiada…dan hanya mereka yang benar2 belajar dalam aliran yang dikendaki seperti syariah,usuluddin,dakwah,quran sunnah dan sebagainya sahaja diterima masuk dengan mudahnya untuk memegang jawatan ini….walau pada hakikatnya kami student pntadbiran mumalat uum jga boleh diberi hak dan peluang yang sama kerana kami juga layak.!.n memegang sijil STAM n lulus dengan jayanya di universiti…kami hnya menduduki sahaja ujian M-test n mnunggu utk dipanggil utk tmuduga j-qaf namun segalanya tidak mgkin berlaku…kerana apa yg lbh utama plajar aliran agama yg mmgng ijzah dalam bidang yg dikhendaki sahaja dipilih…walaupun dari uinversiti mana sekalipun..walau apa jua kputusan yg diperoleh smada mmberangsangkan atau tidak…walupun kewibawaan sebagai bakal guru yang belum pasti menduduki kelas yang boleh dibanggakan…seolah2 diambil dengan sengaja untuk memenuhi keperluan dan kuota tanpa difikirkan kualiti guru tersebut?? buknkan guru yang berpengetahuan luas dan fleksibel dan berkualiti yang lebih utama?..apalah salahnya jika kami semua pemegang sijil ATAM yang lulus jayanya juga di universiti dan juga dari sekolah agama arab yang bukan memegang ijazah dibidang yang dikehendaki tidak boleh diberi peluang yang sama rata untuk begelar guru j-qaf?kenapa tida peluang kami…bukan menafikan ketentuan ALLAH…rezeki ada dimana2..tapi kenapa kami tidak mendapat peluang yang sama seperti senior2 dahulu utk bgelar guru jqaf?

  2. Tarmizi Says:

    Kenapa malang nasib saya nama saya x dpt pun :(

  3. almezi Says:

    sama lah kita.sedih sangat

Leave a Reply

Sedang Online!
Feedback anda
Klik LIKE! untuk daftar!
Download PERCUMA
27 Sebab Gagal Ujian PTD
Masukkan nama dan email anda untuk penghantaran terus secara PERCUMA ke email anda
:
:
"NO SPAM" Policy Implemented
Pengunjung Setia
Follow Us!