Temuduga Kerja Kerajaan: Kacamata PTD
Pihak tipsptd mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi tips temuduga kerja kerajaan terutamanya temuduga PTD selepas keluarnya keputusan PAC baru-baru ini. Tahniah untuk yang berjaya. Sesi posting Khas Temuduga ini akan mencakupi 3 posting utama iaitu;
- Pemakaian Semasa Interview
- Sebelum Interview & Mentaliti
- Semasa temuduga & Selepas temuduga
Semua maklumat ini adalah tulisan Noorahayu Yahya yang merupakan perkongsian umum darinya setelah berjaya bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
————————————————————————————————-
Bahagian 1:
Pertamanya bagi rakan-rakan yang telah berjaya melepasi PAC, tahniah diucapkan..
Untuk perhatian rakan-rakan, bukan mudah untuk melepasi tahap ini, kerana pada tahap ini, rakan-rakan bukan sahaja dinilai dari segi kebolehan intelektual, malahan rakan2x juga telah dinilai dari semua aspek termasuk aspek ketrampilan, personaliti dan kebolehan semula jadi..untuk menjadi diplomat..
Bukan mudah untuk melepasi stage ini, kerana terdapat pelbagai peserta yang masing-masing berebut-rebut menonjolkan personaliti..Harus diingati, PAC bukanlah ruang untuk “bertanding menonjolkan bakat atau diri” tetapi ia merupakan platform untuk memberi peluang kepada bakal diplomat untuk menyuarakan pendapat, melebarkan jaringan persahabatan dan yang utama “memahami apakah maksud tersirat di sebalik setiap ujian yang telah diberikan”
Untuk tujuan tersebut, Tahniah kepada semua rakan yang berjaya melepasi PAC!!
Bagi stage seterusnya, memandangkan saya mendapat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan, dan bagi menyelaraskan keadaan supaya semuanya mendapat maklumat yang tepat dan sama rata..beberapa tips interview daripada saya secara peribadinya dan juga daripada rakan-rakan yang memegang jawatan ini..Harapan saya agar tips ini membantu walaupun bukan 100% kerana 99% daripada kami tapi selebihnya 1% adalah datang dari diri dan keperibadian calon2x interview..
nantikan sambungannya..
Bacaan tambahan:
- Temuduga PTD: Tahniah!
- Interview PTD: Penampilan Semasa Temuduga
- Soalan Temuduga PTD: Kisah Benar
- Sesi Temuduga PTD Jun 2009
- Persediaan Temuduga..
Entri Berkaitan
Tags: contoh soalan temuduga, Interview PTD, interview spa, nak jadi ptd, panduan interview ptd, panduan temuduga ptd, pegawai tadbir dan diplomatik, soalan temuduga ptd, temuduga pegawai kerajaan, temuduga spa, tips interview ptd, tips temuduga ptd






August 12th, 2009 at 11:12 am
salam
saya nak bertanya dari segi pemakaian
warna baju kurung apa yang sesuai utk d gunakan semasa intebiu PTD nanti slain tampil dgn gaya yg elegent dan cara pemakaian tudung yg ala2 wardina…atau host Wanita hari ini… dan satu lagi
court shoes tu mana satu?
August 29th, 2009 at 10:11 am
warna yang bersederhana dan tidak terlalu ‘garang’ dan membuatkan anda nampak konfiden. court shoe tu yang hitam bertutup
August 31st, 2009 at 2:22 am
salam,
saya nak tanya kalau perempuan melayu yg bertudung, tp tak pakai baju kurung.sebaliknya pakai suit dengan long skirt. ok tak pemakaian yang macam tu?
August 31st, 2009 at 11:51 pm
~rin, ok mcm tu. boleh rujuk entri
http://tipsptd.com/blog/interview-ptd-penampilan-semasa-temuduga