Ujian Bertulis PTD: Soalan Peperiksaan Bocor?
Akhirnya, setelah hampir 3 minggu tidak dapat diakses, blog tipsptd kembali online. Terima kasih untuk sokongan anda semua!.
Exam bertulis atau peperiksaan bertulis PTD bakal berlangsung di seluruh negara pada 8 Ogos ini. Bagaimana dengan persediaan anda? Sudah cukup yakin atau masih terkapai-kapai lagi? Masa masih ada untuk anda, dan harapnya anda mengambil kesempatan ini bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ada yang email kepada kami, ada soalan bocor tak? Wahh.. ini sudah seperti mentaliti peperiksaan SPM tak pun exam semasa di peringkat universiti. Jawapannya mudah sahaja, kami tiada soalan bocor!
Terus terang saya katakan, tidak banyak yang boleh dibantu untuk peperiksaan bertulis ini kerana skopnya terlalu luas. Soalan-soalan peperiksaan PTD ini terutamanya di seksyen A mencakupi pelbagai maklumat mencakupi pengetahuan Am, sejarah, peristiwa, kebudayaan dan lain-lain yang mana kalau hendak diperincikan amat lah sukar. Jadi tak dapat lah nak dibantu untuk soalan ujian bertulis pTD ini.
Untuk seksyen ujian Matematik dan IQ, terus terang juga dikatakan ianya tidak lah sesukar mana. Anda hanya perlu teliti dalam membaca soalan tersebut. Kadang ada soalan yang tak memerlukan anda buat pengiraan langsung, anda hanya boleh congak. Sekali lagi saya katakan, baca dengan teliti dan jangan terperangkap. Buatlah sedikit latihan matematik dan cari soalan-soalan IQ di internet sebanyak mungkin dan cuba selesaikan.
Untuk entri seterusnya, kita akan bincangkan sedikit pasal esei BM dan BI dan saya rasa itu bahagian yang penting dalam peperiksaan PTD ini. Salam kejayaan untuk anda! Anda boleh dapatkan “Risalah Peperiksaan PTD Ogos 2009” dari team tipsptd di SINI
Bacaan tambahan:
- Soalan Peperiksaan PTD: Esei
- Peperiksaan Bertulis PTD: Matematik
- Ujian Bertulis PTD Ogos 2009
- Peperiksaan Bertulis PTD: Panduan Esei
- Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik 2011
Entri Berkaitan
Tags: contoh soalan PTD, Exam PTD, Malaysia Kita, persediaan exam PTD, soalan exam ptd, soalan peperiksaan PTD, soalan ujian PTD, UJIAN BERTULIS, ujian matematik dan IQ, ujian sahsiah






August 2nd, 2009 at 7:40 pm
Jika link di atas tdak dapat dibuka, sila gunakan link ini: http://examptd.tipsptd.com/
August 3rd, 2009 at 4:37 pm
1. Mengapa JPA/SPA terburu-buru memanggil calon untuk ujian bertulis sedangkan keputusan PAC masih lagi belum diumumkan?
2. Calon-calon yang menunggu keputusan PAC juga dipanggil untuk ujian bertulis sekali lagi.
3. Apakah justifikasi disebalik tindakan mereka membuatkan calon-calon yang bersemangat untuk menjawat jawatan PTD meluangkan masa sekali lagi menghadiri ujian?
August 5th, 2009 at 1:12 am
jawapannya mudah, peluang terbuka seluas-luasnya untuk anda menjadi seorang ptd. sekiranya yakin dengan prestasi PAC, tidak perlu untuk hadir exam ptd. sekurang-kurangnya anda masih ada peluang ‘back-up’ sekiranya gagal pac. lihat aspek positif disebalik kelemahan sistem panggilan ini.
August 7th, 2009 at 1:01 pm
salam…saya dh bt bayaran utk beli risalah peperiksaan ptd semalam tp tak dapat lagi..
August 7th, 2009 at 2:44 pm
rasanya sudah dihantar. Sila semak semula email anda.
October 2nd, 2009 at 1:38 pm
Dah hampir 20 kali amik exam PTD sejak tahun 2003. Sekarang ni dah malas nak amik sebab tak penah lulus.. hehehe… nak kata power sangat soalan dia tu boleh la jawab.. tapi .entah laa… bukan rezeki kott.. sekarang ni malas la bila kena panggil… dah la umah dok jauh.. pasni dah tak mo amik lagi sebagai pilihan dalam SPA. Abih duit g exam je.
Teruk kan aku ni… hehehehe..
April 9th, 2010 at 1:10 am
KALAU GURU SANDARAN TERLATIH BOLEH MOHON PTD TAK?